Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 14 March 2013

25.8 dan 28.6

Saya dah mula suka melihat nombor-nombor ini.

25.8% - clinical IUI pregnancy rate per cycle pesakit-pesakit saya yang menjalani IUI dalam tahun 2012, diikuti oleh 16% by a fellow gynaecologist. Ini adalah menurut laporan/emel dari embriologis yang mengira statistik secara purata keseluruhan, juga mengira secara individual/berasingan doktor2 di PHKL. Bolehlah merujuk kepada beliau untuk pengesahan dan maklumat lanjut.

28.6% - biochemical IUI pregnancy rate per cycle pesakit-pesakit saya yang menjalani IUI bulan Februari 2013 yang baru lepas. Ini cuma pengiraan dari buku saya, laporan secara 'official' oleh pihak ketiga (oleh embriologis) lazimnya dibuat selepas tamat tahun 2013 ini.

(clinical pregnancy rate = apabila kehamilan disahkan secara imbasan scan ke atas kantung kandungan yang mengandungi janin dan jantung janin)

(biochemical pregnancy rate = apabila kehamilan disahkan secara ujian eg ujian darah BhCG. Baru lagi pun, memang belum nampak janin/jantung lagi)



Mari kita kaji 5 daripada mereka yang hamil secara IUI Februari lepas. Kesemuanya belum pernah hamil sebelum ini.
(Memandangkan saya masih ada masalah meng-upload gambar2, post kali ini hanyalah dalam bentuk tulisan sahaja dan akan diserikan dengan gambar2 kemudian hari).


Kes pertama
Usia 29 thn, tempoh berkahwin 5 thn 6 bulan (Ogos 2007). 
Mempunyai 'multiple fibroids' tetapi kesemuanya jenis subserosal (4.6 cm x 3 cm, 4.6 cm x 3.2 cm dan 3.2 cm x 3 cm). Uterus - anteverted, anteflexed.

Percubaan IUI kali ke2 (kali pertama di sebuah pusat perubatan di Shah Alam). HSG normal.
Ubat kesuburan yang digunakan : clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula hari Day3.
Bilangan telur matang - 2.
Ketebalan lapisan endometrium - 8.4mm.

IUI Day 13 (18.02.2013)
Motile sperm selepas 'cuci' - 0.5 ml x 71.5 mio/ml x 95% = 33.96 juta
Luteal support - vaginal progestin.

BhCG 37.8 IU/L (04.03.2013 - 14 hari selepas IUI)




Kes kedua
Usia 33 thn, tempoh berkahwin 2 thn 8 bulan (June 2010). 
Penilaian asas saya dapati normal. Uterus anteverted, anteflexed. HSG normal.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan yang digunakan - pil clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula Day2.
Bilangan telur matang - 2.
Ketebalan lapisan endometrium - 7mm.

IUI Day 15 (21.02.2013)
Motile sperm selepas 'cuci' = (akan diisi kemudian)
Luteal support - vaginal progestin

BhCG 751 IU/L (11.03.2013 - 18 hari selepas IUI). Paras ini tinggi kerana beliau membuat ujian darah itu lewat dari tarikh yang disuruh (ada juga pesakit lain yang sengaja melambatkan tarikh ujian kerana tidak yakin/ tidak mahu kecewa awal jika keputusan negatif)



Kes ketiga.
Usia 34 tahun, tempoh perkahwinan 4 tahun 9 bulan (May 2008).
Mempunyai multiple uterine fibroids tetapi kesemuanya jenis intramural dan subserosal (4cm x 3cm dan 3cm x 3cm). Uterus anteverted, anteflexed.
HSG - tiub tidak tersumbat tetapi ada petanda perlekatan.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan yang digunakan - pil clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula D3.
Bilangan telur matang - 1
Ketebalan lapisan endoetrium - 8mm.

IUI Day 15 (09.02.2013)
Motile sperma selepas 'cuci' (VCM) - (akan diisi kemudian, lupa)
Luteal support - oral progestin.

BhCG 51.7 IU/L (22.02.2013 - 13 hari selepas IUI)



Kes keempat
Usia 37 tahun, tempoh perkahwinan 1 tahun 9 bulan (May 2011).
Polycystic ovaries, endometriosis, uterine fibroids. Uterus retroverted, retroflexed.
Menjalani pembedahan ke atas endometriosis, fibroid dan polycystic ovaries serta tiub tersumbat pada Julai 2012 disusuli dengan ubat-ubatan. (complete blockage of the right tube, minimal spillage of dye from the left tube). Rahim tidak dibetulkan kedudukan.
HSG selepas tamat ubat - normal.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan yang digunakan - (terlupa nak salin nota).
Bilangan telur matang - 4
Ketebalan lapisan endometrium - pada mulanya 5.5mm tetapi dgn ubat tambahan, ia menebal kepada 8mm pada hari IUI.

IUI Day 16 (21.02.2013)
Motile sperm selepas 'cuci' (VCM) - 0.5ml x80.9 mio/ml x 95% = 38.43 juta.
Luteal support - vaginal progestin

BhCG - 153.8 IU/L (07.03.2013 - 14 hari selepas IUI)


Kes kelima
29 tahun, tempoh perkahwinan (lupa juga nak catat).
Bilateral proximal tubal blockage.
Menjalani pembedahan membuka tiub falopian, disusuli dengan ubat-ubatan.
HSG selepas tamat ubat - patent tubes.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan digunakan - pil clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula D3 dan suntikan FSH.
Bilangan telur matang - 3.
Ketebalan lapisan endometrium - mulanya 5mm tetapi dgn ubat tambahan, ia menebal kepada 8.8mm pada hari IUI.

IUI Day 15 (14.02.2013)
Motile sperma selepas 'cuci' (VCM) - 0.5ml x 21.1mio/ml x 81.4% = 8.58 juta sperma.
Luteal support - vaginal progestin

BhCG - 116.8 IU/L (28.02.2013 - 14 hari selepas IUI)



Masih ramai yang mengatakan IUI tidak memerlukan kemahiran. Jika tidak diambil perkara-perkara tertentu secara teliti serta difahami akan logik/teorinya dan IUI dianggap sesuatu yang teknikal sahaja, sesiapa  pun boleh diajar buat prosedur IUI. Memang senang nak buat pun, terutamanya kalau nak ringkas - hanya masukkan tiub ke dalam lubang serviks/pintu rahim, kemudian agak-agak dalam 6 cm ke dalam, terus tekan syringe yang mengandungi cecair sperma.

Tetapi;

Setiap perkara ada kesenian membuatnya.
Perlu faham/tahu dengan apa yang kita buat.
Faham secara teori; mengapa sesuatu perubahan itu berlaku supaya kita tahu apa nak buat.
Barulah kita buat dengan betul.
Kerana dengan mengabaikan perkara-perkara kecil tetapi sebenarnya penting;
Peratus kejayaan boleh menjadi tidak optimum.
Dan bukan sahaja pelaburan tidak berjaya,
Masa juga terbuang dan usia (termasuk usia telur-telur kita) semakin bertambah.


Kesemua pesakit IUI pada bulan Februari tidak berehat/berbaring hatta walaupun 5 minit selepas IUI. Habis sahaja nurse saya membuangkan alat-alat 'disposables' di atas katil pada penghujung kaki pesakit, mereka terus dibenarkan bangun dan duduk di meja perundingan untuk pesanan/nasihat seterusnya.



8 comments:

  1. Puan Doktor,
    saya menjalani IUI pada penghujung 2007 dan tidak berjaya.

    ketika proses pengambilan ubat-ubatan (ubat makan dan ubat suntik) ovari saya bengkak kerana telur saya telalu membesar, and IUI dijalankan - tidak berjaya.

    selepas setahun saya dapati ada ketulan di bahagian ovari yang bengkak dulu. PPUM mengatakan itu adalah cyst.

    Adakah ubat-ubatan itu boleh menyebabkan cyst tersebut?

    mphon pencerahan..TQ

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah :).
    Terima kasih dr Adilah.. tak sangka patient yg ada tubal blockage macam saya ni masih ada peluang utk pregnant dengan pertama kali IUI dengan izin Allah dan bantuan doctor :)
    Terima kasih sekali lagi sbb bantu saya ya doctor,
    Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm....patient I rupanya you ni. Miss dah jadi Puan dah. Tahniah :)

      Delete
  3. rm1/pc strip test upt pregnancy dan rm1.20 /pc opk kesuburan
    email; lovidoobidoo@gmail.com
    blogshop; http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/
    sms:puan nor 0122723104

    ReplyDelete
  4. Salam dr. Roughly how much is the cost for IUI dekat Pantai Hospital?

    ReplyDelete
  5. DR, kalau saya bersalin secara C-SEC last September (6 months ago) and DR scan luka saya pun nmpk elok, dah boleh ke kalau nak main bowling/angkat benda berat? Thank You Dr!

    ReplyDelete
  6. Salam doc....saya pon ant yg sukses thn lepas...syukur dipertemukan dgn doc yg sgt2 concern. Sy doakan doc sentiasa beroleh kebahagian dunia n akhirat

    ReplyDelete
  7. Salam Doc,

    Boleh jelaskan teknik/seni yang digunakan doc? Ada kelainan ke antara procedure setiap hospital?

    Saya sudah 2kali IUI pd Dec 12 dan Feb 13 di hospital kerajaan. telur yang terhasil lebih dari 2 biji hasil dr makan clomid 100g dr day 2 ke day 5, dan tebal rahim juga lebih 8cm. pubergen 10000ml dan IUI hari ke 17 dan 18(telur besar lebih 18cm dalam tempoh tu) masih tiada rezeki. dah masuk 5 tahun berkahwin, usia skrg 31 thn. suami tiada masalah.

    selepas IUI, doc. beri vaginal progestron.

    masalah yg dihidapi: PCOS & tube follopio belah kanan tersumbat.

    kenapa pesakit Doc. tak perlu berbaring selepas procedure?

    utk pengetahuan doc., saya dah amik clomid dalam 7 cycle termasuk ketika IUI. bolehkah saya makan ubat clomid lg?

    Terima kasih untuk nasihat doc. Smg Allah balas jasa baik doc.




    ReplyDelete