Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 21 February 2013

IVF Blastocyst Transfer

Embrio-embrio ini kepunyaan pesakit kes ke-4 yang diterangkan di bawah. Adakah anda nampak bezanya 2 blastocyst itu berbanding 2 lagi embrio yang lebih kecil di sebelahnya?




Semenjak balik dari 're-inforcement' menuntut ilmu IVF di Hamburg pada penghujung 2012, saya telah melakukan dua perkara penting :

1. Protokol yang baru dipelajari

2. Blastocyst Transfer (Day5 ET)


Saya pohon maaf kerana tidak dapat berkongsi protokol baru ini memandangkan saya telah diminta menandatangani 'non-disclosure agreement letter' mengenainya.


Maka marilah kita berkongsi pengetahuan mengenai 'Embryo Transfer' peringkat blastocyst sahaja.


Sebelum ini, kadang2 sahaja saya berani buat ET peringkat blastocyst kerana:
1. kurang yakin akan kemampuan embrio untuk bertahan selama itu di dalam inkubator makmal IVF.
2. kalau embrio tak survive (berhenti pembesarannya sebelum mencapai blastocyst), maka tak dapatlah nak transfer balik ke dalam rahim.
3. walaupun saya minta kalau boleh buat D5 ET, masuk hari ke-2, embryologist pula nasihatkan untuk buat ET lebih awal ie D3 apabila melihat embrio tak berkembang cantik.


Pada masa itu, kebanyakan blastocyst transfer sebelum ini memang pregnant. Boleh dikatakan 2 in 3 ie 60-70% pregnancy rate per cycle. Memang jauh lebih tinggi berbanding jika ET dibuat pada usia embrio D2 atau D3 selepas prosedur OPU.


Kini, saya (dan embriologis kami pun telah mendapat tips baru untuk mendapatkan blastocyst yang cantik) akan cuba lebih bersungguh, kalau boleh, untuk melakukan ET pada hari ke-5 selepas prosedur OPU ie pada peringkat blastocyst.


Mungkin masih terlalu awal untuk menyatakannya, tetapi setelah 4 kes dibuat ET blastocyst (maklumlah, OT IVF kami ditutup lebih sebulan kerana kerja2 renovation), 3 daripadanya pregnant on first attempt di sini. Seorang daripadanya tidak berjaya; mungkin disebabkan oleh kekurangan kemahiran saya/embryologist/makmal, mungkin juga disebabkan oleh usianya 44 tahun (di mana peluang kehamilan IVF hanyalah  kurang daripada 10 peratus disebabkan peratus embrio berkromosom juga lebih tinggi)


Kalau dikira secara am, 3 daripada 4 hamil dah sangat tinggi ie. 75% pregnancy rate per cycle.
Kalau diambilkira hanya yang berusia di bawah 42 tahun, dah 100% pregnancy rate per cycle. Seperti yang saya nyatakan awal tadi, mungkin terlalu awal untuk menyatakan mengenai pregnancy rate dengan blastocyst transfer.


Maka, tahun ini saya dan embryologist kami akan meneruskan usaha 'embryo culture' sehingga ke peringkat blastocyst sebelum dibuat ET.
Kalau boleh, no more Day2 ET
Kalau boleh, no more Day3 ET.


Saya belum pernah mendengar rakan/senior seperjuangan yang mengamalkan blastocyst transfer.

Ada yang tidak percaya embrio dapat bertahan sehingga peringkat itu di dalam makmal. Takut nanti tak ada embrio yang nak dibuat ET sebab semuanya tak survive. Kalau ikut kajian pakar embriologi, dalam kebanyakan percubaan ke arah blast0cyst culture, hanya sekitar 15-20% sahaja daripada embrio yang didapati menjadi blastocyst pada D5 (menurut kajian Ariff Bongso, embryologist di NUH, Singapura)

Ada juga yang mengatakan pregnancy rate mereka telah cukup tinggi, maka tak perlulah tunggu sehingga blastocyst. (tetapi kalau dengan blastocyst transfer ia boleh menjadi sekurang-kurangnya 60-70% per cycle, mengapa tak nak?)

Yang kesiannya, embryologist. Mereka kena kerja lebih bila nak sampaikan kepada blastocyst ni. Mujurlah embriologist kami baik hati dan rajin.


Kes pertama :
- 44 tahun
- percubaan kali pertama
- RM15,700 : ubat termasuk stimulation using recombinant FSH dan luteal support vaginal progestin sehingga hari ujian darah BhCG RM6233, consultation dan scan RM480, pakej prosedur IVF RM8899
- 4 telur, semua dibuat ICSI, 
- 3 jadi embrio (75% fertilization rate)
- tetapi pada D5 hanya 1 blastocyst dan 2 baru peringkat morula, maka 25% embrio berjaya menjadi blastocyst pada D5 (>15-20% seperti yang dilaporkan dalam kajian)
- Masuk ketiga-tiga embrio tetapi beliau tak pregnant

Kes kedua :
- 31 tahun, berkahwin Jun 2008
- IVF/ICSI kali pertama
- RM13,800 : ubat termasuk stimulation using recombinant FSH dan luteal support vaginal progestin sehingga hari ujian darah BhCG RM4340, consultation dan scan RM480, pakej prosedur IVF RM8899:
- 6 telur (5 matang dan satu M1) maka hanya boleh guna 5 telur,
- 3 jadi embrio (60% fertilization rate)
, pada D5 (2 blastocyst dan 1 masih morula), maka  66.7% embrio berjaya menjadi blastocyst pada D5 (pun > kadar yang dilaporkan dalam kajian)
- Saya masukkan 2 blastocyst pada D5, beliau kini hamil di bawah jagaan klinik kesihatan kerajaan, seorang janin
.


Kes ketiga :
- 33 tahun, berkahwin Jun 2003.
- pernah menjalani IVF di PPinang (17 telur, 3 embrio ET, no frozen kerana embrio lain tak cantik, tetapi tidak berjaya)
- RM 12,900: ubat termasuk stimulation using recombinant FSH dan luteal support vaginal progestin sehingga hari ujian darah BhCG RM4340, consultation dan scan RM480, pakej prosedur IVF RM8899
- 10 telur (9 matang dan satu masih M1) , maka hanya boleh guna 9 telur untuk IVF/ICSI.
- 4 drp 5 telur yang dibuat ICSI jadi embrio (80% ICSI fertilization rate) dan  kesemua 3 telur yang dibuat IVF jadi embrio
- pada D5, drp 8 embrio, ketiga2 embrio yang diteruskan culture telah menjadi blastocyst, maka 37.5% embrio menjadi blastocyst pada D5 (mungkin angka ini tidak tepat kerana selebih embrio telah dibekukan)

- Saya masukkan 3 blastocyst dan beliau pregnant with twins tetapi satu tak jadi. Mungkin ada faktor dalaman kerana bilangan telur dan embrio hampir sama dengan percubaan IVF beliau sebelum itu. Sepanjang amalan saya dalam blastocyst transfer, inilah kali pertama saya masukkan 3 blastocyst atas beberapa sebab (banyak 'fragmentation' pada embrio dan ini percubaan IVF kedua beliau)
- beliau hamil dengan twins tetapi tidak lamanya satu kantung 'crumpled', maka tinggallah satu janin.
- beliau kini di bawah jagaan salah seorang bekas Pensyarah saya di HUKM, baru menjalani prosedur cervical cerclage disebabkan cervical incompetence.


Kes keempat :
- 31 tahun, berkahwin Feb 2004.
- ICSI kali pertama beliau
- pesakit pertama saya sejak IVF OT/lab dibuka semula penghujung Januari ini.
- RM13,100 : ubat termasuk stimulation using recombinant FSH dan luteal support using vaginal progestin sehingga hari ujian darah BhCG RM3600, consultation dan scan RM640, pakej prosedur IVF RM8899:
- 5 telur (4 matang dan satu M1) maka hanya boleh guna 4 telur,
- kesemua 4 dibuat ICSI dan kesemua 4 jadi embrio (100% ICSI fertilization rate)
- pada D5 (2 blastocyst dan 2 masih morula), maka 50% embrio berjaya menjadi blastocyst pada D5 (pun > kadar yang dilaporkan dalam kajian)
- Saya masukkan 2 blastocyst pada D5, beliau baru disahkan hamil semalam dgn BhCG 900 IU/L (hmm...macam twins je ni.....)




Ini juga kepunyaan pesakit ke-4. Selain 4 embrio beliau, inilah telur tak matang yang masih dibiarkan di dalam inkubator. Pada hari ET, kami juga tunjukkan bukti telur2 yang tidak menjadi pada pesakit dan suaminya, kemudian barulah kami buang.





Pantai Hospital KL bertuah mempunyai embriolgis yang mahir. ICSI fertlization beliau memang sangat memuaskan, sejajar dengan  kadar 60-70% yang patut dicapai oleh seorang embriologis yang mahir.

IVF lab PHKL pun saya percaya telah mencapai standard yang tinggi. Kebolehan IVF lab untuk mengekalkan pertumbuhan embrio sehingga ke tahap blastocyst telah membuktikannya.

Kualiti telur dan embrio juga didapati lebih cantik dengan penggunaan protokol baru ini. Cuma, pening kepala pesakit saya terpaksa menggunakan berbagai jenis ubat berbanding dengan conventional short dan long protocols yang saya belajar 10 tahun dahulu. Ilmu perubatan sentiasa berkembang. Juga, pentingnya menuntut ilmu daripada Ckgu yang betul arif, cuma mereka tak lah amalkan blastocyst transfer.

Blastocyst juga tak perlu 'terapung'lama di dalam ruang rahim, lazimnya implantasi berlaku dalam masa 24 jam sahaja.

Usia pesakit pun masih muda (walaupun tempoh perkahwinan mereka lama). Mungkin selepas ini kita akan melihat corak keputusan kumpulan wanita yang lebih besar julat usia mereka.

Saya lihat ada ibu2 pesakit datang menemani di wad pada hari OPU, sesungguhnya restu/doa seorang ibu itu sangat membantu.

Suami2 juga memberi sokongan (di samping menjadi penyumbang kewangan). Saya terharu melihat sokongan/perhatian yang diberikan oleh suami, nampak sungguh sayang suami pada isterinya. Maklumlah, dalam rawatan IVF atau ICSI, walau siapapun puncanya, isteri yang terpaksa menanggung sakit disuntik setiap hari dan menjalani prosedur. Saya dapat tahu ada suami yang kini telahpun pandai memasak dalam masa 2 minggu sahaja memandangkan saya tekankan kepentingan isteri menjadi mem besar dan berehat sahaja :)

Doa.
Doa sangat penting......


Bulan ini masih terpaksa berehat lagi dari IVF. Embryologist kami bercuti CNY. Minggu hadapan pula beliau pergi 'clinical attachment' untuk update ilmu embriologi lagi di luar negara selama seminggu. Bulan hadapan pula ada cuti sekolah, sebagai seorang ibu, saya memilih untuk menemani anak saya bercuti sekolah.





5 comments:

  1. Salam Dr.

    Saya patient doktor. Saya ambik ovidrel shot on wednesday nite n iui on friday morning..
    And sejak mlm smlm cramping lower abdomen makin kuat terasa hingga perlu berjalan perlahan2 pagi ini.

    Isit normal symptom after iui and ovidrel shot?
    Saya ada terbaca simtom ini mungkin disebabkn ovidrel shot yg akan mengambil masa 36 jm -60 jam untuk mengeluarkn folikel yg matang.jika begitu its been more than 60hours frm the ovidrel shot i took..

    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok datang scan. Kadang2 selepas kantung telur ovulate (sama ada dgn unat atau spontan), boleh berlaku pendarahan (haemorrhagic corpus luteum)

      Delete
  2. Hi Dr,

    What is your experience with growing a frozen day 3 embryo into a day 5 blast for a frozen transfer. Please advice. I have 1 blast and 5 day 3 embryo frozen. My email, mylia_11@yahoo.co.uk. tq.

    Vats

    ReplyDelete
  3. Hi Dr,

    I have been trying to conceive a second child. I last went for my FIRST IUI on 12 July 2013. I was on clomid before this and responded well to it. Tried IUI because natural conception doesnt work. Now I am on a 2 week wait. I went for blood check, HSG, I am normal. Even hubby sperm is normal. I do not have PCOS. My last resort is IVF. Please advise and let me know your kind thoughts. Many Thanks!

    You can contact me at angelinesimone@gmail.com

    - Angie -

    ReplyDelete