Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 15 February 2013

D21 Progesteron

Pesakit saya tahu kenapa saya tak buat atau jarang buat ujian ini:



1. Ujian progesteron hanya laku untuk kitaran itu sahaja.
2. Saya boleh tengok secara scan sama ada telur besar dan kemudiannya dah ovulate atau tidak. Zaman dahulu tak semua klinik ada mesin scan ni. Kalau dah nampak bukti-buktinya telah berlaku ovulasi, tak perlulah nak kena datang sekali lagi ambil darah untuk ujian progesteron ni. Kos ujian darah pun hampir sama dengan kos scan, lainlah kalau anda suka nak kena diambil darah ni.
3. Kalau kitaran haid teratur (kalau tepat lagilah bagus) - memang lazimnya anda boleh ovulate. Kalau kitaran haid jarang-jarang eg 3-4 kali setahun barulah selalunya ada masalah tak boleh nak ovulate.

4. Sebab yang paling logik - sama ada progesteron bagus atau tidak ie sama ada anda boleh ovulate atau tidak, saya masih selalunya akan bagi ubat kesuburan. Secara ringkasnya, progesteron normal atau tidak, ia masih tidak mengubah cara rawatan saya sebab saya masih akan bagi ubat subur. Kalau wanita itu tak boleh ovulate, pemberian ubat subur adalah bertujuan mendapatkan mono-ovulasi. Kalaulah wanita itu memang boleh ovulate, pemberian ubat subur adalah bertujuan mendapatkan super-ovulasi (lebih daripada satu telur matang) supaya peluang hamil menjadi lebih tinggi. Hanya dalam kes terpencil eg wanita yang saja2 nak check kesuburan, wanita yang memang tak nak ambil ubat subur tetapi nak check sahaja kesuburan, barulah saya akan offer 'nak buat tak ujian progesteron ni?'.




Bagaimana nak tahu sama ada ujian ini relevan atau tidak keputusannya?

Kalau tarikh ia dibuat itu adalah sekitar seminggu daripada tarikh anda didatangi haid seterusnya, maka relevanlah ia.


Sila 'google' - menstrual cycle chart.

Lihat perubahan paras 4 hormon (FSH, LH, Estradiol, Prigesteron) yang naik turun dalam kitaran haid itu.
Paras progesteron hanya mula naik selepas berlakunya ovulasi. Paras ini menjadi optimum sekitar seminggu selepas ovulasi. Memandangkan wanita yang 'perfect' kitaran haidnya adalah yang ovulate hari ke-14, maka pada hari ke-21, progesteronnya juga dah jadi optimum. Tetapi, secara realitinya sangat sukar untuk berjumpa dengan wanita yang mempunyai kitaran haid setiap 28 hari dan ovulate pada hari ke-14 setiap kali.

Jika kitaran haid anda adalah setiap 35 hari, ini tidak bermakna anda tidak 'perfect'. Malah anda sebenarnya mungkin subur setiap kitaran, cuma hari ovulasi anda adalah hari ke 21, masa tu progesteron belum pun nak naik parasnya. Maka, ujian progesteron anda sesuai dilakukan pada hari ke-28, iaitu seminggu selepas anda ovulate. Janganlah sedih jika D21 progesteron anda rendah sebab ia memang sepatutnya masih rendah!

Jika kitaran haid anda tidak tetap, kadang-kadang 28 hari, banyak kadang 30-45 hari, maka sukar untuk menjangka bilakah anda ovulate, malah bolehkah anda ovulate setiap kitaran? Ada yang menyarankan dalam keadaan ini, ujian progesteron dilakukan pada D21 dan diulangi setiap minggu sehinggalah anda didatangi haid, sanggupkah anda diambil darah setiap minggu? jangan lebam/thrombosed salur vena tu sudahlah.



Saya masih 'terjumpa' ujian progesteron ini dilakukan bersama-sama ujian FSH, LH pada awal kedatangan haid. Ia dimasukkan dalam set profil ujian hormon kesuburan.
dan saya masih tertanya-tanya mengapakah ia dilakukan pada hari sedemikian?
Adakah saya ketinggalan ilmu?
kerana....
Sefaham saya;
Progesteron memang rendah pun pada awal kedatangan haid.

4 comments:

  1. Yea betul doc, nampak sangat tiada logiknya di situ kalau nak buat P4 test di awal cycle. Sepatutnya more precisely 7 days post ovu kan? :)

    ReplyDelete
  2. Wah! Cepatnya respon! Seronok dapat patient2 macam you zaman sekarang yang mmg pandai teori ilmu perubatan, senang I nak explain :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum doc, saya disahkan mengandung 4 minggu setelah 5 tahun berkahwin. gynea berikan acid folic serta ubat kuat rahim, utrogestan progesterone 100mg capsules for 15 days. anyhow, i did some research dan pamphlet ubat ni mengatakan yg ianya tak boleh dimakan semasa pregnant.

    sumber yg mengatakan tidak boleh: http://www.besins-healthcare.com/pdf/Utrogestan%20100mg%20Capsules%20WORD%20PIL.pdf

    persoalannyer, kenapa gynea kasi ye sedangkan pamphlet kata tak boleh? adakah ianya boleh/perlu utk normal pregnancy (tak bleeding)? perlu ke amik ubat ni and apa yg ubat ni buat kat kita? ada yg kata ubat ni utk dimasukkan ikut vagina, tapi ada yg kata utk dimakan. yg mana sebetulnya ye? dan apakah effect kalo dimakan jugak masa 1st trimester? sesungguhnya saya sedang risau ya amat.

    terima kasih doc :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dr...
    maaf sekiranya soalan yg sy kemukakan ini tak ada kena mengena dgn topik yg di bincangkan.
    sy ingin bertanya kpd dr tentang masalah yg sy alami. sudah seminggu sy rasa sakit di bahagian ari-ari. rasa sakit tu seperti sakit senggugut. kdg2 sakit tu menjalar hingga ke belakang pinggang. mula2 sy fikir itu cuma simptom PMS tapi sampai sekarang saya tak period. buat pengetahuan dr sy sudah 3 bulan tak dtg haid. sy bimbang sekiranya sy menghidap kanser ovari atau radang apendiks. walaubagaimana pun sy tidak mempunyai masalah kencing tak lawas yg merupakan simptom kanser. sy masih bujang dan baru berusia 18 thn. adakah kanser ovari tetap menyerang remaja dan adakah benar bahawa sy menghidap kanser ini? sy amat berharap dr akn menjwb soalan sy. email sy di alyn_nazira@yahoo.com.

    ReplyDelete