Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 31 July 2012

Q&A Part 8 (Januari 2012)

Marathon menjawab soalan (tapi saya tak janji, ikut kemampuanku).
SILA PASTIKAN ANDA FAHAMI DISCLAIMER DI ATAS.
KEPADA YANG MEMEBRI SALAM - SALAM KEMBALI WARAHMATULLAH.
KEPADA YANG BERTERIMA KASIH - DE NADA :)

Berikut adalah soalan2 yang diajukan dalam bulan Januari 2012.

ON PERJALANAN INI (8/11/11)

Dari Mizz
Salam Dr Adilah


Saya ingin bertanya berkenaan PCOS. Dr telah beri saya diane and metphormin untuk ini. Tanda-tanda pcos i.e lebihan rambut dan obesiti ada pada saya. Bagaimanapun saya telah berhenti mendapat rawatan selama 4-5 tahun. Kini saya cuba mendapatkan rawatan semula dan memilih hospital kerajaan memandangkan kosnya tidak semahal swasta. Walaupun saya memilih untuk mendapatkan rawatan, tiga bulan kebelakangan ini (oct, nov and dec 2012) period saya normal (2-3 hari dan sedikit saja). Dr telah bagi saya Sucee dan akan follow up semula selepas 4 bulan. Bagaimanapun, saya jadi curiga kerana tiada penerangan pada keadaan saya walau Dr ada lakukan scan. Lebih membuat saya was-was sebab saya akan berkahwin dan saya amat berharap untuk dapatkan zuriat. Saya harap Dr Adila dapat memberi pandangan dan nasihat untuk masalah saya. Untuk makluman Dr Adila, usia saya 37 tahun dan berat saya 90 kg dan tinggi 157cm.


terima kasih.

Jawapan

Tidak semua wanita yang mengalami PCOS juga mempunyai masalah kesuburan. Ia lebih lazim pada wanita PCOS yang mempunyai berlebihan berat badan dan haid yang tidak teratur (kerana besar kemungkinan ovulasinya juga tidak teratur).

Mizz perlu berusaha lebih kuat lagi untuk menurunkan berat badan. Ini sangat penting. Tetapi bukan mudah nak turunkan berat badan bagi wanita PCOS. Biasanya wanita PCOS akan mudah mengalami kenaikan berat badan walaupun makan sedikit sahaja. Tetapi Mizz perlu faham akan keadaan Mizz sekarang:

1. Berat badan dah masuk kategori obes morbid ie obes berpenyakit. BMI dah melebihi 35 kgm2 pun. Mesti ingat akan jantung kita. Mesti kaji semula pemakanan dan lakukan senaman lagi. Elok dapatkan nasihat pakar dietician. Percayalah, panduan dietician memang praktikal dan membantu, di Hospital Pantai PHKL pun ada dietician. Cuba turunkan kepada kategori 'overweight' sahaja dahulu (di bawah 73kg) kemudian baru 'aim' untuk turunkan kepada berat badan ideal pula (46-61kg). Saya tiada petua 'short-cut', kalau ada, dah lama saya pun kurus :)

2. (untuk memberi semangat) kajian dah membuktikan, dengan menurunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dahulu boleh membantu menjadikan kitaran haid teratur semula (ie ovulasi pun teratur)

Tunggu selepas kahwin, kalau masih belum pregnant selepas 6 bulan, bolehlah dapatkan rawatan kesuburan. Kalau nak datang lebih awal pun boleh (tetapi harap maklum akan kos rawatan kesuburan)

PCOS ada banyak perkara lain yang perlu dijaga dan perlu dijaga sehingga kita lebioh berusia kelak - pemakanan kurang berkolesterol, screening untuk penyakit diabetes mellitus (kencing manis), penyakit jantung, kitaran haid (ada kaitan dengan risiko kanser endometrium) dll.

Saya tak faham apakah Sucee.



Dari Suwaibah YS
Salam Doctor

Terima kasih di atas jawapan yang doktor berikan, berdasarkan soalan doktor, tiub sya dibuang sewaktu pembedahan endometeorsis disebabkan ianya tidak lagi berfungsi.

dan saya ada lagi kemusykilan

sepatutnya hari ini saya membuat HSG di HKL, tapi sewaktu prosedur dijalankan, doktor telah cuba banyak kali tetapi dye tak dapat masuk ke dalam rahim. banyak saiz yang telah digunakan. setelah hampir sejam, mereka membatalkan prosedur tersebut dan menyatakan pangkal rahim saya terlalu tinggi dan minta saya jumpa doktor di bahagian infertility.
dalam situasi ini, apa prosedur seterusnya yang bakal dilakukan oleh hospital
1) adakah rahim saya akan dibetulkan?
2) adakah cara lain untuk mengetahui keadaan tiub saya?
3) adakah kaedah IVF boleh dilakukan sekiranya kedudukan rahim tidak betul?

saya harap doktor boleh membantu saya
terima kasih


Jawapan

Ada pendapat berbeza mengenai tiub falopian yang berpenyakit ni. Ada pendapat yang mengatakan perlu dibuang memandangkan dijangkakan tiub yang rosak tidak lagi berfungsi. Tetapi ada pendapat yang tidak membuangnya, cuma melakukan prosedur membaikinya seboleh mungkin dan berharap pada 'natural healing process'. Kadangkala kita tidak dapat menjangka akan kebolehan untuk tibuh kita mengalami 'remarkable spontaneous healing' sendirinya, sama seperti kita sembuh daripada luka atau patah tulang. Saya pun ada belajar daripada kes2 pesakit sendiri:
- ada yang memilih untuk tidak membuang hydrosalpinx dan kemudiannya hamil secara sendiri!
- ada yang memang tiub falopian kelihatan rosak, menjalani pembedahan dan ubatan, bersedia untuk meneruskan rawatan dengan IVF, tiba2 hamil sendiri.

Apa-apapun, Suwaibah masih ada sebelah lagi tiub. HSG adalah ujian mudah menggunakan cecair dan x-ray. Apakah sebenarnya pangkal rahim tinggi yang dimaksudkan itu? Bagi keadaan pangkal rahim terlalu tinggi, mungkin dalam posisi tertentu katil itu dan bertukar kepada alat spekulum bersaiz besar dapat menunjukkan pangkal rahim itu, barulah doktor mudah hendak memasukkan alat ke dalam pangkal rahim. Tetapi jika dye dapat dimasukkan, ini bermakna alat ke dalam pangkal rahim pun dah berjaya dimasukkan, cuma dye sahaja yang tak dapat disuntik menerusinya. Di hospital tertentu, jika terdapat masalah sebegini, staf akan meminta bantuan doktor x-ray (radiologist) ataupun doktor gynae untuk cuba memasukkan alat/dye itu.

Mesti dapatkan penjelasan akan keadaan pangkal rahim tinggi, biasanya tak de masalah besar untuk lakukan prosedur termasuk IUI atau IVF.

Ada cara lain, mengunakan ultrasound tetapi cecair dimasukkan melalui pangkal rahim juga. Saya pernah ada seorang pesakit sebegini dalam tahun 210 atau 2011. Secara X-ray (HSG) tidak berjaya. Secara ultrasound pun tak berjaya dimasukkan cecair (hanya ke dalam ruang rahim sahaja) sehingga mengambil masa lama dan beliau kesakitan. Beliau kemudiannya memilih IVF, berjaya hamil kali pertama dan kini dah selamat bersalin pun.




ON 1ST DAY AT WORKPLACE (3/1/12)
Dari Angah
Assalamualaikum Doktor, saya pernah buat IUI pada tahun 2007 dan tidak berjaya. selepas proses itu saya dapati senguggut saya yg kebiasaan pada hari pertama telah menjadi sangat teruk hingga hari 5-8 hari period (period saya biasanya 10 hari). Saya jadi takut nak ulangi IUI itu. tapi saya masih inginkan zuriat. Boleh Doktor cadngkan apa-apa yg baik buat saya? tq

Jawapan
Ada 2 isu berbeza:
IUI - mengapa IUI perlu dan apakah faktor2 sewaktu IUI tersebut?
senggugut - mungkin tiada kaitan pun dengan IUI. Mungkin juga ada kaitan ie anda hamil dan keguguran awal (dan anda sangkakan period)



dari Sri Rahayu
as salam doktor..
saya nak tanya, saya dah setahun pakai iud...sebelum ni period saya elok, teratur dan normal..tapi bulan ni period saya datang betul pada waktunya, cuma kuantitinya sedikit...kuantiti haid bergantung kpd hormon ke? ade possibility ke saya pregnant? risau gak ni...
tq doc..

Jawapan
Ada kemungkinan, check dahulu untuk kepastian. IUD tiada hormon (kecuali IUD berprogestin tetapi yang ini sangat mahal mencecah RMseribu ++).
Kuantiti haid bergantung kepada penebalan lapisan endometrium (yang membentuk haid). Lapisan endometrium ini memang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron.


Dari Salamz
Assalaamualaikum Dr..
Boleh tak nak tau minor surgery yg Dr buat utk patient tu laparoscopy ke? Saya dh jumpa Dr (x tau dr ingat ke tak..nama saya saliza) and Dr suggest buat laparoscopy tapi tgh pikir nak buat ke tak or buat IUI lagi buleh ke? Setakat ni dah 4 kali IUI tp dgn Dr lain. Kalau dgn laparoscopy + iui boleh berjaya, ada la sikit motivasi saya nak buat laparoscopy..hehe

Jawapan
Rasanya dah tak payah jawab soalan ini sebab you dah pregnan IUI. Tahniah :) Semoga selamat sehingga melahirkan.



Dari Ana
Assalamualaikum Dr
Saya sudah 7 thn berkahwin dan telah menjalani 4 kali IUI pada thn 2011. Semuanya gagal, dan saya beranggapan kemungkinan disebabkan berat badan yang berlebihan. Berat saya naik dari 60kg sebelum kawin dan kini 105kg. Secara tidak langsung saya ada diabetik.

Apa saranan Dr selain dari menurunkan berat badan.
terima kasih.

Jawapan
Saya masih nak sarankan turunkan berat badan kerana :
- bukan sahaja peluang hamil rendah
- risiko keguguran pun tinggi
- masalah kehamilan/bersalin kelak

IUI bukannya murah. Sayang kalau dah berjaya hamil dengan IUI kemudiannya gugur. Cuba turunkan 5 kg sahaj dulu.

Ana ada diabetes, ada tak Dr beritahu Ana ada PCOS? Kena jaga banyak perkara kalau ada PCOS. 



Dari Hartanak
Dr,sy mmpunyai mslh tiub sebelah kanan tersumbat manakala sebelah kiri dlm kadaan baik,ianya dpt dkesan mlalui ujian HSG..sy pnh melakukan IUI namun tdk berjaya.Dr,apakah peluang utk sy hamil msih ada.Skiranya sy melakukan IUI skali lagi,apakah peluang utk sy hamil?utk pngetahuan dr,bhagian bwh perut (kiri) juga slalu sakit & senak terutama slps period.

Jawapan
Kena tahu beberapa perkara lagi:
- ultrasound (TVS) : kedudukan rahim dan ovari, keadaan lapisan endometrium, keadaan telur matang pada bahagian tiub falopian yang masih tidak tersumbat, mengapa tiub falopia tersumbat (apa penyakitnya?), sperma suami, cara sperma 'dicuci', timing IUI, cara IUI dilakukan dan masalah sewaktu IUI (jika ada)  etc.

Jika kesemua faktor dipenuhi, peluang IUI di sini adalah melebihi 40% per cycle. Jika tidak berjaya, boleh cuba kali kedua. Tetapi jika masih tidak berjaya (sebab majoriti yang memenuhi faktor di atas dah pregnant pun), eloklah selidiki lebih lanjut secara pembedahan.

ON Q&A PART 6 (19/12/11)
Dari Cinda
salam Doktor,
Bole x saya tanye soalan, mungkin ke endometriosis di ovari kiri kembali membesar(7cmx3cm),dalam masa singkat?
Apakah puncanya?Saya operate lapatomy buang cyst pd july'11,Doktor sahkan endometriosis stage 4. Kemudian saya ada ambil analog Grnh dari Jul-Sep,1st period lepas injection bulan 12. Lately, saya buat medical cek up mendapati endometriosis masih ada berdasarkn ujian darah dan abdomen ultrasound scan. Apakah cadangan doktor?

Jawapan
Boleh, tetapi sangat jarang begitu cepat.
Sewaktu follow-up September, ada tak Dr kesan apa2 cyst?
Mungkin pesudocyst sahaja. Mungkin cyst jenis lain. Mungkin bukan cyst ovari pun sebab jarang cyst ovari lonjong sebegitu, tiub falopian bengkak/pseudocyst kot?



ON ECTOPIC PREGNANCY (4/3/11)
Dari Apple Lily
Salam doctor..sy ada Somalian berkaitan dgn ectopic ni...sy mengalami ectopic pada feb 2011...selepas laparoscopic dijalankan, doctor buat pengesahan bahawa janin tu dah jatuh..Dan kedua2 tub sy masih berfungsi...persoalannya...kat mana janin tu jatuh??...selepas jalani laparoscopic, sy mengalami senggugut yg agak teruk...Ada itu kesan bass selepas pembedahan??...sy juga risau kerana sy masih Blum hamil...sy pernah berjumpa dgn doc dan diberitahu semua ya ok..Dan tahap kesuburan sy pun ok...tapi setelah hampir sethn kenapa sy masih Blum hamil...Dan setiap bulan sy Akan mengalami senggugut yg agak teruk...doctor juga pernah memberitahu sy, terdapat byk cecair dalam rahim sy...
Apa yang patut sy lakukan doctor

Jawapan
Mungkin apa yang dimaksudkan adalah ektopik tu berada betul-betul pada penghujung tiub falopian sehinggalah ia terlepas dan terjatuh ke ruang pelvis. Maka doktor tak perlu membelah atau memotong tiubfalopian pun. Tetapi ini tidaka bermakna tiub falopian memang normal (kalau normal, macamana boleh jadi ektopik?)

Pastikan:
- apakah penyakit yang menyebabkan ektopik dahulu? Kebiasaannya endometriosis ataupun PID.
- apakah status tiub falopian?
- adakah mengalami lelehan faraj yang berbau? Atau pendarahan berpanjangan? Kalau ikut pengalaman dan ikut logik, jika tiub falopian tersumbat pada penghujung, haid lambat habis, biasanya ada pendarahan 'kotor' selepas haid berhenti 1-2 hari. Malah sewaktu haid pun sakit keran adarah haid turut berkumpul di dalam tiub.

Dah setahun ni, kenalah ikhtiar cara lain. Bila tahap kesuburan OK, mungkin maksudnya telur keluar (pvulasi ada). Tetapi ada beberapa faktor kesuburan yang lain.

Monday, 30 July 2012

Kepada Yang Beragama Islam

Pernah tonton rancangan ar-Rayyan bersama Dato' Dr Fatma El Zahraa?

Kebetulan saya hanya pernah menonton satu episod sahaja.
Pada minggu pertama puasa (ie minggu lepas).
Kebetulan kena dengan topik kegemaran saya..
Dalam episod itu,  Dato' Dr Fatma berbicara mengenai topik kesuburan.
Dan mengajar kita berdoa kepadaNya.
Selain yakin dengan firmanNya.
Beberapa 'points' penting yang boleh diperolehi daripada ceramahnya:


1. JANGAN BERPUTUS ASA, SENTIASALAH BERDOA
sebahagian dari ayat 60 surah 40 (al-Ghafir)

dan Tuhan kamu berfirman : mintalah kepadaKu, nescaya Aku akan berikan........


2. SELALU MINTA AMPUN DARIPADA ALLAH DENGAN SEBAIK2NYA MEMBACA PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR (SAYYIDUL ISTIGHFAR) DARI HADIS YANG BERMAKSUD:



Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau yang menciptakanku. dan aku adalah hambaMu dan aku ada dalam perjanjianMu, dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintahMu.  Aku berlindung dariMu daripada segala perbuatan buruk yang aku lakukan. Engkau mencurahkan nikmat kepadaku sedangkan aku sentiasa melakukan dosa. Ampunkan dosaku kerana tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau.

‘O Allaah, You are my Lord, no one has the right to be worshipped except You, You created me and I am your servant and I abide to your covenant and promise as best as I can, I take refuge in you from the evil of which I committed. I acknowledge your favour upon me and I acknowledge my sin, so forgive me, for verily no one can forgive sin except you



3. AMALKAN JUGA 2 DOA INI:

dari surah al-Imran ayat 38
(There did Zakariya pray to his Lord, saying : O my Lord! Grant unto me from Thee a progeny that is pure: for Thou art He that heareth prayer!)

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Rabbnya seraya berkata: “Ya Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.


"

dari surah al-Anbiya' ayat 89

21:89 And (remember) Zakariya, when he cried to his Lord: "O my Lord! leave me not without offspring, though thou art the best of inheritors."

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Rabbnya: “Ya Rabbku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik


Selamat bertadarus di bulan puasa :)

Thursday, 26 July 2012

IUI

My most recent IUI statistics:

Data keputusan 10 kes IUI terakhir yang dilakukan dari 18/06/12 sehingga 09/07/12. (ada lagi IUI yang dilakukan selepas itu tetapi masih menunggu keputusan darah)

4 yang berjaya hamil (kalau nak mengelat kira, boleh terus cakap 40% success rate, jauh lebih tinggi daripada tempat lain hanya 10% sahaja)

Mari kita analisa 4 IUI yang berjaya hamil ini (saya masih meneliti selebihnya 6 kes yang tak berjaya itu)



KES 1 - IUI PIL SUBUR CLOMIPHENE CITRATE 50mg, 4 KALI GAGAL SEBELUM INI, PERTAMA KALI IUI DI HOSPITAL PANTAI KL



Puan S, 35 tahun, berkahwin 2005, masih belum ada anak.
Pernah menjalani IUI sebanyak 4 kali sebelum ini di hospital swasta lain dalam thn 2009 dan 2011 menggunakan pil subur tetapi tidak berjaya.
Pertama kali berjumpa saya pada Oktober 2011;
USG:
- ovari kiri kedudukan tinggi berbanding ovari kanan
- 2 endometrial polyps bersaiz kecil (4mm dan 8mm)
- irregular endometrial lining.
HSG:
- ada kemungkinan pelvic adhesion berdasarkan imej pada delayed film (untuk pengetahuan, tak semua ujian HSG melakukan ujian delayed image ini. Kita bincang lain kali mengenai HSG ya).
- Ini menguatkan suspicion yang saya perolehi dari USG


Saya pun menasihati beliau untuk menjalani pembedahan apabila bersedia.

Beliau hanya datang sekali lagi dalam bulan Jun dan terus membuat permintaan "saya nak buat IUI dan saya dah ambil pil ... (yang ada bahan clomiphene citrate tu) sebiji sehari selama 5 hari". Dos yang sama seperti IUI dahulu.

USG menunjukkan ada satu folikel telur yang sesuai, endometrium pun cantik.
Suntikan ovulasi menggunakan recombinant-hCG.
IUI dilakukan pada Day-16  (05/07/2012).
Luteal support menggunakan vaginal progestin.
Disahkan hamil melalui ujian BhCG pada 18/07/2012.




KES 2 - IUI TANPA UBAT SUBUR, PERTAMA KALI.

Puan NE, 29 tahun, berkahwin Mei 2008.
Menjalani prosedur histeroskopi : laluan cervical canal yang sempit dan berparut/fibrosis.

Bulan berikutnya selepas pembedahan, beliau memilih untuk menjalani IUI tanpa menggunakan sebarang ubat subur.
Suntikan ovulasi menggunakan rec-hCG.
IUI dilakukan pada Day-19 (09/07/2012).
Bilangan dan kualiti sperma memang rendah (kalau di tempat lain, dah kena suruh buat IVF atau ICSI terus ni).

Kepekatan sperma hanya 2.2 juta/ml, dah masuk kategori severe oligospermia. But having said that, we just need one sperm.....ONE sperm.

Luteal support menggunakan vaginal progestin.
Disahkan hamil melalui ujian BhCG pada 25/7/12



KES 3 - IUI MENGGUNAKAN SUNTIKAN KESUBURAN FSH, IUI DAY-25! PERTAMA KALI

Puan SM, 27 tahun, berkahwin September 2009.
Masalah tiub falopian kanan, telah menjalani pembedahan.
Rahimnya pun retroverted, tetapi prinsip saya tidak membetulkan kedudukan rahim kerana dah terbukti kajian melaporkan prosedur membetulkan rahim tidak meningkatkan peratus kehamilan secara signifikan, malah boleh mendatangkan komplikasi lain (tunggu topik seterusnya ya).
Pernah saya berikan pil subur clomiphene citrate 50mg selama 5 hari (Mei 2011), kemudiannya 100mg selama 5 hari (Julai 2011), tiada pembesaran telur.
Saya nasihatkan ambil sultikan kesuburan dan IUI apabila bersedia (maklumlah, suntikan kesuburan kan mahal. Dah tu, bukannya 1005 guarantee hamil pun).

Beliau pun datang semula dalam Jun 2012 untuk rawatan itu.
Suntikan rec-FSH sebanyak 75IU setiap hari, tetapi perkembangan pembesaran folikel telurnya lambat sehinggalah pada Day-23 baru bersedia.
Mengambil suntikan rec-hCG untuk ovulasi.
IUI Day-25 (for the record, IUI day paling lambat yang pernah saya buat, sebelum ini paling lambat pun IUI Day-21).

Berjaya hamil dengan BhCG


Kos ujian darah BhCG berbeza-beza mengikut tempat. Kalau rajin survey, boleh dapat cari tempat yang murah. Di Hospital Pantai KL, dengan caj RM49 sahaja keputusannya dapat diketahui selepas 2-3 jam pada hari yang sama.


KES 4

IUI DENGAN SUNTIKAN KESUBURAN, 2ND IUI ATTEMPT

Puan S, 31 tahun, mempunyai seorang anak berusia 6 tahun.
Antara pesakit saya yang paling 'lama'. Anak lelakinya pun disambut oleh saya.
Kemudian beliau mengalami penyakit 'complex endometrial hyperplasia', satu keadaan yang boleh mengundang kepada kanser endometrium jika tidak dirawat.

Kerap berulang mengambil rawatan hormon progestin berdos tinggi sebelum menilai semula keadaan endometriumnya menggunakan prosedur DD&C.
"Dah 5 kali, Dr" beliau mengingatkan saya tentang bilangan DD&Cnya, kerana penyakit hiperplasianya kerap berulang.
Akhirnya pada Oktober 2011, beliau bebas dari endometrial hyperplasia.

IUI pertama menggunakan suntikan rec-FSHsebanyak 112.5IU.
Day -14 pada Feb 2012.
Tidak berjaya.



IUI kedua menggunakan suntikan rec-FSH 150IU selama 5 hari bermula hari day-4 (20/06/2012).
Suntikan rec-hCG untuk ovulasi pun diambil.
IUI Day-14.
Disahkan hamil dengan ujian BhCG pada 07/06/12.




...dan beliau telah mengirim sejambak bunga ini pada harijadi saya yang baru lepas. Terima kasih banyak2, S. Terharu ramai patient yang ingat harijadi saya ni. (Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar ucapan. Doakan saya sentiasa sihat tubuh badan dan akal fikiran ya, maklumlah dah makin tua :).



Maka,
Siapa kata retroverted uterus tak boleh hamil dan kena operate betulkan?


Kepada yang mempunyai masaalah serupa seperti di atas, ingatlah, jangan putus asa.


Mengapa IUI di sini success ratenya tinggi? Saya pun dah makin kurang kes yang perlu bertukar ke IVF kerana mereka2 ini dah hamil dengan kaedah lain. Nanti saya cerita satu-persatu (tapi tak lah cerita semua secret tu). Bermula dengan teknik 'mencuci' sperma dan teamwork. Sama penting dengan ubat yang sesuai, monitoring, timing of IUI dan teknik IUI itu. Monitoring patient sendiri untuk kesan samping ubat suntikan. Dan pantang-larang selepas IUI. Semuanya ada seni. Dan kena sentiasa update pengetahuan. Kalau 'generalise'kan semua je, bukan doktor pun boleh buatkan IUI tu, bukan susah pun :)

Q&A Part 7 (Disember 2011)

Hmm... saya tak pasti sama ada jawapan yang diberikan masih relevan kerana dah lama sangat tertunggak. Kalau orang hamil, dah masuk third trimester dah ni :)

Seperti biasa, sila fahami 'disclaimer' di atas dan juga Salam kembali untuk semua terutamanya yang memberi salam :)
Dan kepada yang ucapkan terima kasih, diucapkan kembali "sama-sama"



Sempat meng-update hard-disk jumjumatun dalam "advanced hands-on training in laparoscopic surgery" Mei yang lepas. nanti saya update-kan ilmu itu di sini ya :)




Dalam Topik Perjalanan Ini

Carmello bertanya ;

Assalam Dr. Adilah. Saya baru dtg period semalam. Selalunya 1st day period memang akan overflow. Tapi kal ini mcm pelik sikit. Tak banyak. Kalau ikut kiraan saya sepatutnya period sabtu ni. Tapi awal pula. Saya pernah kena ectopic dan masa tu pun saya dapat period seperti kali ni. saya belum check doktor lagi sebab nak tunggu harini mungkin kot2 baru flow seperti biasa. Saya takut kena ectopic lg sbb possibility mmg ada. Mungkin ke Dr Adilah kalau saya dpt period yg pelik,comfirm saya ectopic. Ke tak semestinya? Saya takut sebabnya tiub kanan dah operate...:(

Assalam Dr Adilah...Saya yang tanya soalan tadi.. Saya nak tanya Dr Adilah, saya perlu check sekarang ke,sebabnya kalau saya scan vagina dah boleh detect ke samada saya memang pregnant atau tidak? saya buat upt -ve. Tapi period saya memang sangat pelik dari selalu dan sama macam saya ectopic haritu... Mohon2 saya tak kena lagi ectopic... Aminnnn...


Jawapan
Untuk mana-mana wanita yang pernah mengalami kehamilan ektopik, risiko untuk kehamilan ektopik berulang sememangnya lebih tinggi berbanding wanita lain. Kalau ikut satu lagi kajian yang ada dilakukan, risiko kehamilan ektopik untuk pertama kali secara am hanyalah sekitar 1 peratus sahaja. tetapi, risiko untuk mendapat ektopik sekali lagi meningkat kepada sekitar 8 peratus (jika tiub dahulu dibuang ie salpingectomy) dan 18% (dalam keadaan tiub ektopik dahulu tidak dibuang tetapi hanya dibelah dan dikeluarkan ektopiknya ie. salpingotomy).

Maka, di atas sebab risiko meningkat inilah;
barangsiapa yang dah pernah mengalami kehamilan ektopik sebelum ini PERLU menjalani pemeriksaan/ujian pengesahan kehamilan jika terdapat sebarang petanda kemungkinan beliau hamil semula ataupun jika mengalami sebarang simptom mencurigakan. Ini kerana, jika dibiarlkan lewat dikesan dan jika sebenarnya beliau hamil dan kali ini ektopik juga, maka semakin ia lewat dikesan, kandungan akan semakin membesar dan menyebabkan rekahan/pendarahan dalaman yang membahayakan nyawa.

Kalau ujian UPT negatif tetapi doktor masih curiga (walaupun scan vagina tak dapat mengesan apa2), doktor mungkin akan suruh buat ujian darah kehamilan pula ie serum B-hCG yang lebih tepat daripada UPT.




Unknown bertanya;
Salam Dr Adilah,

Harap Dr & family sihat2 semuanya...insyaAllah...
Saya nk tanye berkenaan spinal procedure utk btl. Setelah op pesakit mengalami sakit kepala, mabuk, loya & tegang leher ketika duduk/berdiri tegak, tetapi sebaliknya ketika berbaring. Apakah itu Dr?
Saya dahulukan dgn terima kasih.

-sarlysangel-

Jawapan
 Saya kurang mahir bab pembiusan ini. Tetapi ada keadaan 'post-spinal headache' yang dialami sebagai kesan daripada pembiusan spinal, hanya segelintir sahaja yang didapati mengalami kesan samping ini. Yang saya faham, ia disebabkan oleh kebocoran akibat lubang tusukan jarum spinal sewaktu pembiusan dahulu. Kalau nak diumpamakan seperti mengambil sampel darah, ada yang cepat sembuh (darah berhenti) selepas jarum ditarik keluar tetapi ada pula yang darahnya lambat berhenti sehingga menyebabkan lebam di bawah kulit pula. Apa yang doktor bius boleh bantu adalah menutup semula lubang tersebut menggunakan hanya blood clot sendiri. Mungkin you lebih sesuai bertanya dengan doktor bius ni.




Greenflower bertanya;
salam Dr Adilah,

Saya ada beberapa soalan nak ajukan pada Dr. Sebelum tu sedikit background saya; umur 27 tahun, berat 90kg, tinggi 158 cm. Telah berkahwin 1 tahun 8 bulan. BMI suami normal.

BMI you tinggi, sangat tinggi. BMI anda 36 sedangkan berat badan yang ideal hanya di antara 47-62kg sahaja. Turunkan berat badan kepada 74kg dahulu, barulah you akan berada di luar kategori obes. BMI 36 dah masuk kategori obes morbid ie. obes yang berisiko untuk mendapat penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dll. Jumpalah dengan pakar pemakanan (dietician), banyak hospital ada dan you kena mula bersenam secara berterusan.
1) Saya pernah terbaca sekiranya terlampau kerap melakukan hubungan intim dengan suami (setiap hari), jumlah sperma suami boleh menurun? period saya irregular, jadi kami cuba buat tiap2 hari sebab saya tak tau bila masa subur saya, betul ke teknik saya ni dr?

Dah agak period irregular disebabkan oleh telur tak keluar (salah satu punca utamanya ialah obes).
Hubungan intim yang sesuai untuk meningkatkan peluang kehamilan ialah setiap selang sehari atau setiap selang 2 hari. Ini dah dibuktikan secara kajian.

2) Period saya datang tak tentu time. Sejak umur saya 18 tahun, period saya mmg tak regular. kadang-kadang 2 bulan,3 bulan dan pernahla sekali dua 4 bulan (4 bulan maksimum, tak pernah lebih 4 bulan). amat susah nak tau waktu subur saya. Saya pernah buat pemeriksaan doktor, dan die amaik darah saya untuk cek hormon, kalau ikut result tu, semua normal. Jadi doktor tu susah nak diagnose kenapa saya tak conceive. Tapi saya ada terbaca dalam internet untuk test hormon, test kena dibuat pada hari2 tertentu selepas period. masalahnya period saya tak regular so saya just terus buat je test tu. Soalan saya, adakah dengan buat test tu tanpa dibuat pada hari2 tertentu, result tu accurate?

Bila kata you ambil darah dan semua result normal, kena pastikan - apa ujian darah tu? Bila ujian tu dibuat mengikut hari period? Untuk yang tak regular period ni, ujian kesuburan (eg ujian darah progesteron+ dibuat setiap minggu sehinggalah period (I dah tak suruh buat lagi ujian ni sebab lebih mudah monitor ikut scan).

3) Dr tersebut suruh saya turunkan berat badan. Adakah berat mempengaruhi cycle period? Ada tak kes selama Dr rawat patients, yang berjaya turunkan berat badan dapat conceive? Saya just nak tau as motivation je, sebab berat badan saya sangat susah nak turun.

Sebenarnya dengan turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dah boleh regulate cycle kita ie dah boleh kembalikan ovulasi. dah ada patient2 yang pregnant selepas turunkan berat badan pun. Dan jangan sedih, memang wanita PCOS kena bekerja lebih keras untuk diet dan senaman berbanding wanita lain. Tetapi saya dapati nasihat/panduan pakar pemakanan sangat membantu. Di hospital Pantai KL pun ada. Saya tak ada formula khas untuk turunkan berat badan, kalau saya ada, dah lama saya jadi bilion-wan :)
4) Saya ada terbaca tanda-tanda ovulasi adalah keluar cecair jernih seperi telur putih kat vagina. Tapi seingat saya, dah lama saya tak pernah keluar cecair putih tu? Apakah maksudnya Dr? Adakah saya ni tak ovulate langsung?

Besar kemungkinan.
5)Saya confuse dengan masalah PCOS.Adakah sebab seseorang tu terlebih berat badan atau obese maka menyebabkan PCOS, ATAU dia ada PCOS menyebabkan dia susah nak turun berat badan?

Sama seperti tanya soalan 'chicken and egg'. Wanita PCOS tak semuanya yang obes pun. Tetapi memang diketahui wanita PCOS memang sukar nak turunkan berat badan dan mudah naik pula tu.

Mohon Dr jawab semua kemusykilan saya. Terima Kasih banyak2 Dr, semoga Allah merahmati hidup Dr dan keluarga.



Wan Sariah bertanya;
hi greenflower,

mslh yg di hadapi oleh u lebik kurang dengan i..
dah dua bulan i tak keluar cecair yg menunjukkan tyme kesuburan tu.. i pun tak tahu kenapa.. i pun takut if ada problem dgn kesuburan... period ok, cuma plg lambat seminggu je.. tu pun dlm tempoh seminggu i mengalami kegatalan yg teramat sgt sehinggakan keputihan menjadi kekuning kehijauan.. tp alhamdulillah.. dah ok, cuma sekarang i msh terasa gatal di dlm faraj. adakah ini petanda baru utk nak period?


huhh, i pun berharap doc dpt memberi pendapat utk kita nt.. :)

doc, kami menunggu pendapat dari anda.. :)

Pergi check dgn Dr ya :) Betul ke you ada PCOS? Kalau ada pun, tak semua PCOS yang menyebabkan kurang subur.



Putri Qaseh bertanya;
Salam Dr Adilah,

Saya berkahwin 10 bulan, baru memulakan rawatan kesuburan since period saya will skip one month e.g Aug Period, Sept Not Period, Oct Period (Cycle 60 Hari)

Saya ada results utk hormone studies saya (Sampel darah Period Day 2 & 21), harap Dr sudi untuk review dan give advise, resultnya :
FSH 6.0 IU/L  (OK :)
LH 3.7 IU/L  (pun OK :)
Prolactin 18.6 ug/L  (OK :)
Oestradiol <70 pmol/L  (OK :)
Free Thyroxine (FT4) 13.8 pmol/L
Progesterone <0.5 nmol/L (kalau ini yang you kata dibuat masa hari 21, then I nak tahu bila period you datang lepas tu, baru boleh komen. Tapi memandangkan you kata cycle period 60 hari, maka ujian progesterone yang dibuat pada day21 memang akan masih rendah  :)

Adakah keputusan hormone studies saya ini worst case, atau boleh dibantu?

Sekarang Dr bekalkan saya Ubat Norcolut utk Turunkn period, Dr. turut bekalkan Clomid 50mg (consume Day-2 until Day-6 period) dan pada hari Ke-12 period saya perlu buat TVS scan.Suami turut dibekalkan Ubat Sperma (Mobility).


Biasanya kalau cycle panjang, ubat subur dimulakan lebih lewat eg dan scan pun lebih lewat.
Terima kasih Dr.



Dalam topik Endometriosis (25/3/1/2010)
Matpit bertanya;
salam dr..sy nk tanye..sy disahkan ade fibroid luar rahim 8cm.pastu dr sy bg lucrin 3bln..then akan operate buang fibroid
bln yg ke3 amik lucrin sblm kesan ubat abes..mase inject yg 3rd fibroid sy kecik jd 6.5cm..sy nk tau lucrin ni ble bg fibroid tu kecil ke?

jawapan
Ya, memang dijangkakan. Doktor nak buat operation pun kurang komplikasi pendarahan, cuma mungkin sukar sedikit untuk pisahkan dari rahim. Tapi fibroid luar rahim tu di mana?




Dalam topik Dear Eliza (23/9/2011)
Wan Sariah bertanya;
Askum Dr Adilah,

saya tak tahu lah dr msh igt sy or tak, mayb kena check @ report kat pusrawi baru bole igt my probs. :) huhuhu

dr, saya ada mslh..hmm yes till now sy msh belum pregnant.. sy menganggap masih belum ada rezeki...

saya ada membaca beberapa artikal dan dr jge pernah berkata, if kita dlm tempoh subur cecair akn byk keluar bkn?

tetapi sy tidak dr. cecair boleh dikatakan tidak keluar melainkan kalau nak period, tu pun tak byk..

adakah ini mslh kesuburan?

sebab apa dr, secara peribadi semasa sy bersama suami pun tidak ada cecair.. kalau ada sedikit sgt dr.

boleh saya tahu apa punca sebenar yg terjadi pd saya?


Jawapan
Maaf banyak2, memang tak dapat nak komen pasal rekod kalau tak ada hitam putih depan mata ni, bimbang tertukar patient.

Cecair waktu subur tu sebenarnya cecair dari kelenjar serviks yang banyak keluar akibat hormon estrogen dari kantung telur yang meningkat bila telur semakin matang. Tujuan cecair serviks ini menjadi lebih cair (jernih dan anjal) ialah untuk memudahkan sperma melaluinya. Tak semua wanita dapat kenalpasti cecair ini.



Dalam topik Mengira Waktu Subur (8/12/09)
Wan Sariah bertanya;

Dear Doc,

How are you? hmm saya tak sure saya ada mslh kesuburan or not...
saya ingin bertanyakan pendapat mengenai masalah saya ni...

selalunya kalau kita subur, air or cecair akan banyak keluar, betul tak?

Tapi sudah 2 bulan saya tidak didatangi cecair. ada lah doc tp keputihan sehingga menyebabkan kegatalan pd faraj.

adakah ini ada kaitan dengan mslh kesuburan


Jawapan
Kalau dah lebih setahun mencuba tetapi masih belum hamil, biasanya memang ada masalah kesuburan; sama ada sebelah pihak ataupun dua belah pihak.



Shizuka bertanya;
salam doktor...saya ingin bertanya, jika hari pertama period pada bulan berikutnya adalah pada 2/01/2012...adakah jika saya bersama dengan suami 5 hari sebelum period (28/12/2011) persenyawaan boleh berlaku? Atau persenyawaan tidak sempat berlaku kerana telah cukup kitaran haid...terima kasih

Jawapan
Biasanya tidak, melainkan jika cycle sebenarnya lebih panjang dan bleeding 28/12/11 tu ukannya period tetapi implantation bleeding.



Dalam topik IUI (10/11/09)
Wan Sariah bertanya;
dear Dr,

how much the cost of IUI?
i ingat nak cuba.. cz since now i'm still not pregnant.. huhh
8months already.everybody asking same question everyday. i dah boring dengar. Allah saja yg tahu, bukan I tak ready, tp rezeki belum ada. i dah cuba sedaya mungkin doc.


Jawapan
Istilah sedaya mungkin tu subjektif. IUI berbeza kos ikut teknik dan cecair medium yang digunakan dalam 'cuci' air mani, jenis catheter IUI yang digunakan dan ubat rangsangan serta ubat 'kuatkan' rahim.



Dalam topik Q&A Part3 (22/9/11)
Leeya bertanya;
salam...
sy ade soalan..sy mgalami haid y berpanjangn. ut pngtahuan dr, sy mngalami haid sejak 3.8.2011.ia bertersn shgga 27.11.2011.haid sy hnya berhnti lbh kurg 10hr dan darh keluar smla pd 6.12.2011 bru2 ni. drh keluar xmntu.kdg2 byk dn kdg2 skdkt.klau byk, sy tpksa mnkr panty liner dgn kerap. dn kdg2 sdkt dmna hnya drh bwrna coklat sje y kluar.(drh y kluar xsbyk drh haid). drh y kluar skrg agk cair dan tidak berbau.. sblm bln 8, period sy tidak mnentu. sy hanya dtg haid 3-4. dan tiada drh y kluar.hnya tompok2 drh bwrna coklt. ia trjadi pd bln dlm bln 6-7.sy hrp dr dpt mmbntu mslh sy.utk pngetahuan dr sy sdh berkahwin.

Jawapan
 Kenalah datang check dulu. Ada beberapa petunjuk dalam scan pada rahim, sama ada doktor nak kenalpasti gambaran scan ataupun tidak. Ada ujian tambahan untuk kuatkan diagnosis.



dan leeya bertanya lagi dalam topik Pakej IVF
salam dr..
sy ade btnyakn soaln pd dr dlm ruangan Q&A3 hr tu. period sy xnormal.18.12 hr tu period sy ade berhenti.then skrg sy period lg..start 29hb. tp darah y keluar kli ni byk n bkn skt mcm y sblm2 ni.skrg sy period hr ke3. hr prtama darah keluar normal mcm biasa. tp hr ke 2 n ke3 darah byk dr biasa.hr ke2 sy tpksa tukr pad 3x.n hr ke3 sy kna tukar 4x. pinggang sakt skt sprti senggut dr hr ke2.adalah period sy normal??atau kmgknan sy trkena endometriosis?? atau mgkn pnykt lain??harp dr dpt bantu.terima kasih..

Jawapan
Saya harap leeya dah pergi pemeriksaan doktor. Bolehlah update.



Dalam topik Success Rate (31/12/10)
Chanteek .. bertanya;
salam...
saya baru berkahwin pada 27/11/2011 yang lalu dimana pada waktu itu, saya baru sahaja habis period iaitu pada 26/11/2011. dan saya period sekali lagi pada 20/12/2011. Namun begitu, saya mengalami masalah kencing kotor dan merasakan kesakitan pada bahagian pinggang dan perut di sebelah kiri. kadang-kala perut saya rasa berdenyut2 dan mencucuk2, loya disertai pening. rakan-rakan mengatakan bahawa saya mengandung(istilah bunting harimau). tp hasil UPT adalah -ve. adakah kemungkinan saya telah hamil walaupun saya telah mengalami period?terima kasih

Jawapan
Jika period bulan November habis pada 26hb, mungkin ia bermula awal 20hb. Maknanya period 20/12 nampak normal. Jika ada pendarahan dan UPT pula negatif, besar kemungkinan tak hamil.



Dalam topik Q&A Part 6
Marsha bertanya;
Salam Dr

Saya umur 30, telah mencuba utk pregnant selama 1 thn tetapi masih gagal. Last month, i went to a fertility specialist here (in Australia) and was referred for ovulation tracking, TAS and TVS. Sperm analysis was good, TAS and TVS showed no abnormality but during ovulation tracking tu, i was informed that my hormones were low and then after day 20 it was cancelled. Saya disarankan utk terus membuat IuI menggunakan frozen sperm kerana suami berkerja di luar daerah.
Tak faham mengapa ovulation tracking (saya guna istilah follicular tracking) guna kedua2 TAS dan TVS. Biasanya TVS dah cukup baik.
Tak faham juga follicular tracking dan gunakan ujian hormon? Biasanya kalau follicular tracking ada masalah baru doktor akan buat ujian darah hormon.

a) Do i need to do HSG before the iui ?Seeloknyalah, sebab nak tahu status tiub falopian. Kalau sebenarnya kedua2 tiub falopian tersumbat, IUI memang tak berjaya. Tetapi kalau IUI tu percuma dan HSG kena bayar, mungkin Marsha boleh cuba IUI dulu. Di sini, IUI lebih mahal daripada HSG dan secara prinsip elok tahu status tiub falopian.

b) On using frozen sperm, how good the chance would be ?
Lebih baik guna fresh sperm.


c) If the hormones are the main problem, is there anyway to tackle it ? e.g hormone booster?
Kena tahu apa hormon tu? Hormon kesuburan ada beberapa jenis.
Thanks Dr.



Fazliana bertanya;
salam dr...sye berusia 20 tahun.saye nak tanye mengenai period regulation.period saye sngt x irregular means die continous period.kdg2 smpi sebulan.pernah jmpe dr. but not specialise dr la.diorg bg hormone pill,saye pon x ingat name die.but,i just want u'r advice as specialise...

Jawapan
Elok jumpa doktor pakar gynae, kena tahu sebab. Ubat setakat untuk bagi period cantik sahaja.

Wednesday, 25 July 2012

Mengapa dah lama tak update blog?

Mengapakah saya lama tidak mengemaskini blog ini?

Laptop birthday present dari Tuan Tabib ini pun dah ala2 'hanging by a thread'. Sungguh payah nak menulis dengan skrin yang tak teguh berdiri ini, bergoyang2 seperti lalang ditiup angin.





Apatah lagi dengan laptop anakku yang memang patah tulang belakang, langsung tak boleh berdiri lagi skrinnya, terus jatuh 180 darjah.

Jadi, macamana saya nak menulis dengan bersemangat?

Mujurlah semangat ini timbul semula hari ini.
Baru lepas meng-upload gambar beratus2 keping.

Tunggu!

Wednesday, 11 July 2012

PAKEJ IVF PHKL

NO HIDDEN COST.
SILA BACA DENGAN TELITI DAN BANDINGKAN DENGAN PAKEJ DI TEMPAT LAIN (terutamanya perkataan yang telah 'diwarnakan').

3 pilihan pakej


Tiub falopian kedua-duanya membengkak dan tersumbat. Pilihan : pembedahan tiub atau IVF.



Pakej RM8899 (pakej prosedur OPU dan ET atau lebih difahami sebagai pakej tanpa ubat IVF)
Termasuk SEMUA di bawah ini:
- caj perundingan Dr Pakar Gynae (pada hari OPU dan ET) dan Dr Pakar Bius (pada hariOPU)
- caj prosedur Dr Pakar Gynae (pada hari OPU dan ET) dan Dr Pakar Bius (pada hari OPU)
- prosedur OPU (Oocyte Pick-Up) atau nama sebenarnya FA (Follicle Aspiration for Oocyte Retrieval) dan barang-barang yang digunakan.
- caj perkhidmatan IVF lab (termasuk ICSI, jika perlu)
- caj day-care open ward (2-bedded or 4-bedded room)
- prosedur ET (Embryo Transfer)
- caj bilik bedah, alat-alatan, ubat pembiusan. ubat penahan sakit selepas OPU dan antibiotik.

Sungguh menjimatkan kerana caj kebiasaannya di antara RM10,000 ++ - RM11,000 ++

Apa yang TIDAK TERMASUK dalam pakej ini:
- Semua ujian darah (lazimnya ujian darah telahpun pesakit jalani sebelum itu sama ada di PHKLataupun di hospital lain. Ujian darah sewaktu proses rangsangan tidak dilakukan secara rutin. Hanya ujian penentu kehamilan (serum b-hCG) yang perlu dilakukan selepas kira-kira 10 hari selepas ET, caj terkini adalah RM49 dan keputusan diketahui dalam masa 2-3 jam)
- caj perundingan Dr Pakar Gynae sewaktu bermula protocol, simulation dan monitoring. (biasanya memerlukan 4-5 kali sesi dalam Long Protocol yang berjumlah sekitar RM900-1100 ataupun 3-4 kali sesi dalam short protocol yang berjumlah sekitar RM750-950)
- suntikan ubat hormon FSH, LHRH-a (untuk Long Protocol atau Short Flare Protocol) atau LHRH antagonist (untuk Short Antagonist Protocol), hCG, serta ubat untuk luteal support (sila ambil perhatian kerana protokol yang digunakan berbeza harganya dan jenis/sumber serta dos FSH serta hCG juga jauh berbeza harganya mengikut individu).
Dos lazimnya mengikut umur wanita dan previous history of stimulation treatment dosage, lazimnya dos ubat FSH ialah di antara sejumlah 1500IU - 3600IU bagi wanita dibawah 38 tahun). Manakala dos hCG, LHRH-a atau LHRH-antagonist pula sama tanpa mengikut umur. Pakej ini lebih menguntungkan bagi wanita yang menggunakan dos FSH yang rendah daripada jumlah keseluruhan 3000IU kerana ubat FSH yang paling mahal.
- ubat hormon 'luteal support' yang digunakan selepas prosedur OPU sehingga keputusan kehamilan diketahui
- Embryo Freezing (jika ada embrio yang lebih)
- Embryo Storage (dan lebih dan beku, kenalah simpan di dalam tangki liquid nitrogen)
- sekiranya berlaku komplikasi yang memerlukan rawatan lanjut eg OHSS


2 fasa pembayaran YANG TELUS:
Bayaran pertama - RM7800 dibuat pada hari OPU
Bayaran ketiga - RM1099 dibuat pada hari ET

Mengapa saya katakan telus?
Jika sewaktu OPU tiada telur ataupun kemudiannya ada telur tetapi tiada persenyawaan atau tiada embrio untuk dimasukkan ke dalam rahim, maka tidak perlu membuat bayaran fasa kedua, hanya bayar sebanyak RM7800 SAHAJA. Hanya jika lengkap menjalani proses rawatan sehingga ke ET, barulah kena membayar baki R1099 menjadi keseluruhan RM8899 itu.





Pakej RM12899 (lebih mudah difahami sebagai Natural-FSH, recombinant-hCG, Long Protocol ONLY)

Termasuk SEMUA di bawah ini
- apa-apa yang ditawarkan di dalam pakej RM8899
berserta;
sesi perundingan, monitoring dan ubat dalam Long protocol Management, iaitu:
- kesemua caj perundingan Dr Pakar Gynae dan Monitoring Scan (Follicular Tracking) bermula dari down regulation, stimulation, OPU sehinggalah ke ET (bilangan sesi sama seperti yang diterangkan di atas)
- ubat untuk down regulation ie Buserelin acetate (maksima 2 vial 5.5ml berju,lah 11ml, lazimnya mencukupi pun).
- ubat suntikan naturally derived-FSH sebanyak maksimum 3000IU (jika dos yang diperlukan kurang daripada 3000IU, ia tidak akan dipulangkan kepada pesakit)
- suntikan recombinant-alpha-choriogonadotrophin 250mcg (bersamaan 6500IU hCG)
- ubat untuk luteal support ie vaginal micronised progesterone sebanyak maksium 6 biji sehari selama 14 hari (jumlah maksima 84 biji). (Kita semua tahu vaginal progesterone works better compared to oral progestin, but of course, more expensive)

Apa yang TIDAK TERMASUK
- apa-apa yang tidak termasuk dalam pakej RM8899
berserta;
- sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada 3000IU suntikan FSH, perlulah membayar tambahan dos suntikan tersebut.
- sekiranya perlu bertukar daripada Long Protocol kepada Short Antagonist Protocol (kerana ubat LHRH-antagonist yang digunakan dalam Short Antagonist Protocol jauh berganda lebih mahal). Ubat suntikan Buserelin pula tidak dipulangkan.
- sekiranya perlu bertukar dari suntikan urinary-FSH kepada recombinant-FSH (ubat recombinant-FSH juga jauh lebih mahal, ubat urinary-FSH pula tidak dipulangkan)
- ubat untuk luteal support selepas didapati hamil dan perlu diteruskan setelah habis 84 biji untuk 14 hari itu (kebiasaannya diteruskan sehingga kehamilan 3 bulan)



3 fasa pembayaran YANG TELUS:
Bayaran pertama - RM3975 dibuat pada permulaan pakej (untuk fasa rangsangan dan monitoring)
Bayaran kedua - RM7716 dibuat pada hari OPU
Bayaran ketiga - RM1208 dibuat pada hari ET

Mengapa saya katakan telus?
Jika fasa rangsangan tidak berjaya (kadang-kadang ia boleh berlaku eg apabila dos suntikan FSH tidak mencukupi atau 'ovarian reserve' memang rendah), TIADA CAJ akan dikutip untuk OPU dan ET. Hanya bayar sebanyak RM3975 SAHAJA. Jika sewaktu OPU tiada telur ataupun kemudiannya ada telur tetapi tiada persenyawaan atau tiada embrio untuk dimasukkan ke dalam rahim, maka tidak perlu membuat bayaran fasa ketiga itu, hanya bayar sebanyak RM3975 + RM 7716 iaitu rm11691 SAHAJA. Hanya jika lengkap menjalani proses rawatan sehingga ke ET, barulah kena membayar leseluruhan RM12899 itu.





Pakej RM14899 (lebih mudah difahami sebagai pakej recombinant-FSH, recombinant-hCG, ANY protocol)
Termasuk SEMUA di bawah ini:
- apa-apa yang ditawarkan dalam pakej RM8899
berserta;
sesi perundingan, monitoring dan ubat dalam Long Protocol atau Short Flare Protocol atau Short Antagonist Protocol Management, iaitu:
- kesemua caj perundingan Dr Pakar Gynae dan Monitoring Scan (Follicular Tracking) bermula dari down regulation, stimulation (OPU dan ET memang dah masuk pun).
- ubat untuk down regulation Long Protocol/Short Flare Protocol ie LHRH-a Buserelin (maksima 11ml) ATAU ubat untuk Short Antagonist Protocol ie LHRH-antagonist ie Cetrorelix 0.25mg sebanyak maksima 7 suntikan. (ubat yang tidak diperlukan TIDAK akan dipulangkan. Jika memerlukan lebih pula (sangat jarang sebenarnya) - perlulah membuat tambahan bayaran.
- suntikan recombinant-FSH sebanyak maksimum 3000IU (jika dos yang diperlukan kurang daripada 3000IU, ia tidak dipulangkan)
- suntikan recombinant-alpha-choriogonadotrophin 250mcg
- ubat untuk luteal support ie vaginal micronised progesterone sebanyak maksium 6 biji sehari selama 14 hari (jumlah maksima 84 biji). (Kita semua tahu vaginal progesterone works better compared to oral progestin, but of course, more expensive)


Apa yang TIDAK TERMASUK
- apa-apa yang tidak termasuk dalam pakej RM8899
berserta;
- sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada 3000IU suntikan FSH (caj terkini suntikan rec-FSH adalah RM1.80 per IU).
- sekiranya memerlukan lebih daripada 7 suntikan Cetrorelix (caj terkini suntikan Cetrorelix ialah RM170 per injection )
- ubat untuk luteal support selepas didapati hamil dan perlu diteruskan setelah habis 84 biji itu (kebiasaannya diteruskan sehingga kehamilan 3 bulan)


3 fasa pembayaran YANG TELUS:
Bayaran pertama - RM5975 dibuat pada permulaan pakej (untuk fasa rangsangan dan monitoring)
Bayaran kedua - RM7716 dibuat pada hari OPU
Bayaran ketiga - RM1208 dibuat pada hari ET

Mengapa saya katakan telus?
Jika fasa rangsangan tidak berjaya (kadang-kadang ia boleh berlaku eg apabila dos suntikan FSH tidak mencukupi atau 'ovarian reserve' memang rendah), TIADA CAJ akan dikutip untuk OPU dan ET. Hanya bayar sebanyak RM5975 SAHAJA. Jika sewaktu  OPU tiada telur ataupun kemudiannya ada telur tetapi tiada persenyawaan atau tiada embrio untuk dimasukkan ke dalam rahim, maka tidak perlu membuat bayaran fasa ketiga itu, hanya bayar sebanyak RM5975 + RM 7716 IAITU rm13691 SAHAJA. Hanya jika lengkap menjalani proses rawatan sehingga ke ET, barulah kena membayar leseluruhan RM14899 itu.


Dos suntikan FSH sebanyak maksimum 3000IU juga adalah yang terbaik pernah ditawarkan, termasuklah yang jenis recombinant. Kebanyakan pakej hanya menawarkan dos suntikan FSH sebanyak maksimum 1800IU sahaja atau 2250IU sahaja dan berjenis urinary-FSH.


Sila ambil perhatian. Pasangan beragama Islam disarankan juga mendapatkan pandangan ulama/syariah dalam penggunaan mana-mana satu suntikan yang mengandungi naturally derived FSH dan hCG mahupun recombinant FSH dan hCG.


SILA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DAN PENILAIAN DARIPADA DOKTOR IVF ANDA DI SANA UNTUK MEMILIH PAKEJ YANG SESUAI.

Apabila merujuk kepada protokol IVF, sebenarnya ada 3 jenis :
1. Long Protocol
2. Short Flare Protocol
3. Short Antagonist Protocol (lebih dikenali sebagai Antagonist Protocol)