Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 20 June 2012

PAKEJ IVF PANTAI HOSPITAL KL

Hanya serendah dari RM 8899 sahaja

Pakej dengan ubat rangsangan dan ubat 'luteal support' (termasuk sesi konsultasi bermula rangsangan dan juga semasa pemantauan) :

Dari RM 12899-RM14899 (bergantung kepada jenis ubat sama ada 'urinary' atau pun 'recombinant').

Pakej tanpa ubat rangsangan dan ubat 'luteal support': RM8899.



Murah kan? Rasanya antara yang termurah di Malaysia, malah memang yang termurah lebih2 lagi apabila membandingkan faktor2 ini:

1. Pusat IVF di Pantai Hospital KL adalah milik hospital SEPENUHNYA, bukan milik doktor.
2. Prosedur OPU di Pantai Hospital KL menggunakan perkhidmatan doktor pakar bius. Di sesetengah Pusat IVF, doktor gynae yang memberikan ubat 'sedation' dan monitoring sewaktu OPU berjalan pula dilakukan bersama nurse/assistant sahaja.
3. Dos maksimum suntikan FSH sehingga 3000 IU jumlah keseluruhan, termasuk juga ubat 'luteal support' jenis intra-vaginal.


Dengan 3 'ownership' berbeza ini (hospital, doktor pakar gynae, doktor pakar bius), kami masih boleh menawarkan IVF pada harga pakej yang sangat rendah. Sudah pastinya, potongan diberikan oleh ketiga3 pihak berbeza ini.

Tempoh : belum pasti pula sehingga bila. Besar kemungkinan untuk setahun sahaja.

Untuk makluman lanjut, hubungilah terus dgn IVF lab di situ. Ada pegawai yang akan menerangkan lebih lanjut. Juga, akan bermula juga sesi IVF workshop setiap bulan tidak lama lagi (03-22960892 or email chewfang@pantai.com.my)

Saturday, 9 June 2012

Analisa Air Mani (SA)

Seminal Analysis (SA)
Saya bukanlah pakar sperma. Jika ada sebarang kesilapan, harap betulkan (terima kasih in advance)






Bagi pasangan lelaki, SA adalah perkara/ujian pertama yang diminta oleh doktor. Tak ada pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas kawasan sulit itu. Kebiasaannya doktor akan bertanya beberapa soalan sahaja, atau mungkin langsung tidak bertanya:


- Ini perkahwinan pertama? Kalau bukan, ada anak tak dari perkahwinan sebelum ini? (jika dah ada anak sebelum ini, mungkin rawatan tak perlu sampai ke tahap ICSI)
- Merokok? (sebab merokok selalunya mengurangkan bilangan dan melemahkan pergerakan sperma)
- Ada problem tak untuk kekalkan 'erection'? 
- Boleh 'ejaculate' ke dalam faraj? (kalau tak ada masalah 'erection', maka biasanya tak de masalah ni.
- Pernah dapat demam panas eg masa kecil2 dapat beguk ?
- Pekerjaan


Itu sahaja. Tidak ada sentuhan fizikal dari doktor ini. Sekiranya keputusan SA tidak normal, barulah saya akan mengajukan ujian-ujian lain (eg profil hormon FSH, LH, Estradiol, Testosteron) atau dalam kes-kes khusus - berganding dengan rakan sekerja eg dalam kes 'obstructive azoospermia' untuk diperiksa testisnya dan dilakukan prosedur minor sebelum saya meneruskan dengan ICSI.


Kemudian saya akan isikan borang permintaan ujian SA.


Info 1 : Adakah sampel air mani sesuai?
- Memandangkan stok air mani di dalam tubuh perlu selama 3-5 hari sebelum ujian SA dilakukan, secara praktikalnya ujian SA akan diaturkan sewaktu pasangan wanita didatangi haid (kan tak boleh hubungan seks). Ini kerana, jika air mani baru 1-2 hari, mungkin nampak macam kurang je sperma itu. Jika air mani dah lama eg lebih seminggu, memang kelihatan banyak sperma tetapi banyak yang dah mati/kurang berkualiti. Ini boleh mengubah ketepatan bacaan ujian.
- Maklumkan kepada doktor jika anda merokok atau baru diserang demam panas


Info 2 : Bagaimanakah nak mengeluarkan air mani?
- Seelok-eloknya secara 'masturbation' sendiri. 
- Bagi yang kurang selesa dengan tempat yang disediakan, bolehlah melakukannya di rumah tetapi seeloknya sampel tersebut hendaklah sampai ke makmal dalam masa setengah jam. 
- Bagi yang tak boleh/biasa melakukan 'masturbation' sendiri, bolehlah secara hubungan seks/pertolongan isteri untuk 'manual stimulation' menggunakan kondom khas (tetapi sangat mahal berbanding kondom biasa, puluhan RM harganya).
- Bekas yang digunakan untuk menadah air mani lazimnya botol kecil sahaja (sama seperti botol untuk ujian air kencing). Pastikan/maklumkan jika ada yang terpancut keluar kerana ia memberi kesan terhadap ukuran jumlah air mani. Ada pilihan untuk menggunakan bekas khas (lebih besar) tetapi bukan percuma (sekitar RM40)


Info 3: Caj?
- Bagi ujian SA yang dilakukan di makmal2 pusat kesuburan/IVF, ujian SA akan dilakukan/dibaca oleh embriologis. Kaedah dan alat yang digunakan juga berbeza. Caj kebiasaannya di antara RM100-120.
- Bagi ujian SA yang dilakukan oleh makmal2 perubatan lain, ujian SA dilakukan/dibaca oleh MLT atau pembantu makmal. Kaedah dan alat yang digunakan mungkin berbeza. Caj kebiasaannya di antara RM30-40. 
- Memandangkan ianya subjektif (bergantung kepada mata yang menilai/mengira), 'kepakaran' dan pengalaman penting.
- Ketepatan ujian SA penting kerana ia mempengaruhi cadangan rawatan doktor ke atas anda.
- Jarang doktor yang menjalankannya sendiri kerana ia mengambil masa eg nak kira tempoh air mani 'mencair', nak buat slide-staining dll.

Info 4: Apakah ukuran/perbandingan yang digunakan?
- Kebanyakan pusat menggunakan nilai2 rujukan yang digunakan oleh WHO (World Health Organization). Kebiasaannya nilai rujukan ini turut dipaparkan bersama laporan keputusan SA anda. Cuma, pastikan tahun/edisi tahun bila:


Edisi terakhir WHO 2010 (di antaranya):


pH air mani : 7.2 atau lebih
Isipadu air mani : 1.5ml atau lebih
Kepekatan sperma di dalam air mani : 15juta/ml atau lebih
Jumlah keseluruhan sperma dalam keseluruhan isipadu ejakulasi : 39 juta atau lebih
Peratus sperma bergerak : 40% (jumlah a+b+c) ataupun 32% (a+b) atau lebih
Peratus sperma berbentuk normal (head, mid-piece and tail) : 4% atau lebih


a : fast forward movement
b : slow forward movement
c : no forward movement
d : no movement at all
ada juga makmal yang menggunakan istilah 1,2,3,4 ('4' sama dgn 'a')


Jika kurang daripada paras yang dinyatakan di atas, kenalah ambil rawatan dan berhenti merokok. Selain itu, meminum alkohol juga boleh mengurangkan peratus sperma berbentuk normal.
Tetapi, memandangkan ia boleh disebabkan oleh suhu badan eg demam panas, ujian SA boleh diulangi selepas 3 bulan. Kalau keputusan SA terlalu rendah/abnormal - tidak perlu menunggu 3 bulan, boleh diulangi segera kerana biasanya ia bukan disebabkan oleh demam panas. Tujuan diulangi adalah untuk memastikan ia bukan 'false negative'.
Mengapa perlu menunggu 3 bulan? Kerana - pembentukan sperma mengambil masa 3 bulan. Jika diulangi dalam masa itu, kita membaca kumpulan sperma yang sama (yang terdedah kepada demam panas). Selepas 3 bulan, kita mendapat kumpulan sperma baru. Kalau dalam masa menunggu pun dapat demam sekali lagi, kenalah ditunggu selepas 3 bulan demam sembuh ya. Ini tidak bermakna rawatan pasangan ditangguhkan, masih boleh meneruskan rawatan juga.




Info 5: Istilah dan maknanya?
NORMOspermia - normal :)
OLIGOzoospermia - Maknanya kepekatan sperma kurang iaitu < 15 juta/ml, peratus pergerakan dan bentuk sperma normal masih OK.
ASTHENOzoosperma - Maknanya < 40% sperma yang bergerak (a+b+c) ataupun <32% sperma yang bergerak secara progresif (a+b), kepekatan dan peratus bentuk normal masih OK. 
TERATOzoospermia - Maknanya < 4% peratus sperma yang berbentuk normal, kepekatan dan peratus pergerakan sperma masih OK.  
OLIGOASTHENOTERATOzoospermia - ketiga-tiga ukuran kurang (bilangan, pergerakan, bentuk normal) 
SEVERE OLIGOzoospermia - bilangan sperma sangat sedikit, kurang daripada 


CRYPTOzoospermia - analisa sampel menunjukkan azoospermia tetapi setelah kesemua air mani diasingkan secara 'centrifugation' dan dilihat semula di bawah mikroskop - dapatlah dilihat beberapa ekor sperma


AZOOSPERMIA - langsung tak nampak sperma di dalam keseluruhan air mani. Yang ini perlu ditanya/pastikan lebih lanjut kerana ada makmal yang hanya berdasarkan analisa sperma ke atas sampel air mani sahaja. Sememangnya analisa sperma secara umum (bukannya analisa air mani) dilakukan ke atas sedikit sampel air mani. Tetapi sepatutnya, apabila analisa ke atas sampel air mani menunjukkan tiada sperma, proses centrifugation perlu dilakukan seterusnya untuk memastikan benarkan tiada langsung sperma di dalam keseluruhan air mani itu. Bukan mudah untuk 'melabelkan' seseorang itu mandul (air maninya kosong di dalamnya).


ASPERMIA/ANEJACULATION - tiada air mani dikeluarkan, walaupun ada rasa klimaks.




Berdasarkan pengalaman peribadi, SA yang dilakukan di makmal pusat kesuburan/IVF menggunakan:


1. (seperti yang lain2), mikroskop untuk melihat dan mengira sperma


2. Alat takungan sampel ie 'counting chamber' yang dibuat khusus untuk sperma.





Alat di atas lebih sesuai digunakan kerana ketebalan 10 mikrometer takungan tempat mengisi sampel air mani yang ingin dianalisa hanya membenarkan selapis sperma sahaja. Bukan itu sahaja, grid yang digunakan juga lebih sesuai. Namanya 



Ketebalan takungan air mani yang dibenarkan hanyalah 10mikrometer sahaja. Kalau dibandingkan, saiz kepala sperma (bahagian sperma yang paling besar adalah kepalanya kan?) hanyalah 2.5-3.5mikrometer lebar dan 5-6mikrometer panjang sahaja (untuk info tambahan, panjang ekor pula sekitar 50 mikrometer). Maka muatlah satu lapisan sperma (tidaklah bertimpa-timpa), dan pergerakan 'forward' sperma berlaku secara melintang sahaja dan tidak dapat secara menegak. Tetapi alat ini lebih mahal (ribuan RM) kosnya kalau dibandingkan dengan alat di bawah ini.




Berbeza dengan counting chamber di atas, ada makmal lain menggunakan alat di atas untuk diletakkan sperma, sebelum dikira di bawah penglihatan mikroskop.  Alat counting chamber jenis ini pula dinamakan haemocytometer, kerana sebenarnya tujuan asalnya adalah untuk mengira sel-sel darah (haem = darah) dalam ujian FBP (Full Blood Picture). Bentuknya seperti slaid kaca yang biasa kita gunakan dalam makmal sekolah dahulu tetapi tebal dan mempunyai kotak takungan di tengah-tengahnya. Itulah sebabnya ia lebih dalam/tebal iaitu 0.1milimeter (100 mikrometer) kedalamannya untuk memuatkan sel-sel darah merah dan darah putih. Satu lagi perkara, lazimnya sampel air mani perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum menggunakan alat ini, ini boleh memberi kesan kepada ketepatan bacaan. Masih ada yang menggunakan alat ini untuk ujian SA walaupun sebenarnya ia tidak tepat kerana terdapat beberapa lapisan sperma yang muat mengisi kedalaman 0.1 mikrometer, ini memberi kesan kepada ketepatan pengiraan. Kos bagi alat ini hanyalah sekitar RM100 shj.


3.  Apakah kaedah yang digunakan dalam menilai bentuk sperma?




Untuk melihat bentuk sperma, sperma perlulah dihentikan pergerakannya. Sama seperti melihat mikroorganisma menggunakan slaid kaca di makmal sekolah dahulu, proses staining memudahkan penglihatan walaupun embriologis yang berpengalaman boleh menilai sperma tanpa menggunakannya. Tetapi, tidak semua sanggup menambah kos menggunakan cecair staining di atas kerana harganya ribuan RM jug. Slaid tersebut akan dicelup ke dalam larutan ini selama 5 minit setiap satu. Dengan 'accreditation' yang diperolehi dan dikekalkan, makmal IVF di PHKL tetap menggunakan bahan ini, 'counting chamber' yang seperti di atas sekali dan dibaca oleh embriologis.

Selesai.

Hmm...

Bukan senang nak terus menerus menjalankan ujian SA demi SA. Jika mata kita sendiri akan berpinar apabila mengadap skrin komputer untuk terlalu lama, bayangkan mereka yang duduk melihat menerusi 2 pelaras kanta mata mikroskop itu. Bayangkan kalau ada 10-20 SA yang dilakukan sehari.


Mikroskop. Terima kasih kepada Antonie van Leeuwenhoek yang mencipta mikroskop pada tahun 1673 dan kemudiannya menjumpai sperma pada tahun 1677 (human sperm was actually discovered by a medical student named Johan Ham who later pointed out to Leeuwenhoek. Nevertheless, he was the one who described/drew sperm in detail, walaupun sebenarnya beliau tak mendapat pendidikan formal yang tinggi, tak masuk universiti pun. And actually 'ekcelinya' the person who invented microscope was Zacharia Janssen, a spectacle maker, half a century earlier, but Leeuwenhoek was given the credit as he was the first who applied it into Biology). Bentuk mikroskop Leeeuwenhoek bukanlah cantik macam ini.  Satu lagi perkara, Leeuwenhoek ni orang 'blue'-Holland (Delft), negara yang sejarah ekonominya sangat menarik hati saya (walaupun saya yang tak minat bolasepak memilih untuk menyokong negara jirannya untuk Euro 2012 ini). 


Alat ini pula membantu merekodkan pengiraan, bayangkan kalau tengah2 membilang tu terkejut langsung terlupa, terpaksalah membilang sekali lagi....Selain itu, ada juga yang menggunakan alat mengira yang lebih simple dan murah (macam alat bertasbih tu)

Maka, kaedah yang diterangkan di atas masih menggunakan manusia - mata, tangan dan semestinya organ yang terdapat di dalam jumjumatun manusia.

Selain kaedah manual, terdapat juga kaedah lain untuk SA eg kaedah berkomputer.
Kaedah CASA (Computer Assisted Semen Analysis) - kaedah ini menggunakan pancaran sinaran lampu ke atas sampel air mani yang dianalisa. Kaedah CASA hanya mengukur bilangan/kepekatan dan pergerakan sperma sahaja. Ia tidak dapat menilai morfologi sperma (mengira peratus sperma yang berbentuk normal). Satu lagi kekurangan, jika air mani itu sendiri lebih pekat dengan bahan lain, ini juga mengubah bacaan kerana sinaran lampu menerusi cecair ini juga terganggu.




Maka, bagaimana nak tahu apakah kaedahyang digunakan untuk SA anda?
Ada mulut - tanya doktor atau embriologis/MLT yang melakukannya
Ada mata - cuba tinjau ke dalam makmal andrologi tu




Friday, 1 June 2012

There is Hope

Baru pulang menuntut ilmu lagi, solo lagi, kali ini di Negara jiran Belgium pula, bersama Prof Dr Arnaud Wattiez, the famous French gynae surgeon and his team. Kagum melihat beliau menjalankan pembedahan2 eg. membuang rahim secara laparoscopy (TLH - total laparoscopic hysterectomy), tidak sampai 1.5 jam sahaja (termasuk selingan berhenti2 kerana mengajar kami tips2 penting). Di Malaysia, mereka yang berpengalaman (bukan saya) mengambil masa >3 jam. Techniques.....techniques....and tips....tips.....and most importantly, practice...practice...practice.....they are all very important. Cuma masa training tu, saya practice atas haiwan yang bernama k-----r, kerana strukturnya yang paling hampir kepada manusia (dah tu, tak kan dia nak bagi kita praktis potong ureter/usus manusia kan?)


Kisah benar (insert music :)

Pertama kali beliau berjumpa saya pada tahun 2007 setelah berkahwin selama 7 tahun. Masa tu usianya 31 tahun. 
Pada tahun yang sama, beliau menjalani pembedahan laparoskopi : membuang cyst endometrioma dan endometriosis stage 3. Beliau juga mempunyai subserosal fibroid sebesar 8cm di bahagian atas dan kanan serviksnya tetapi saya memilih untuk tidak membuangnya kerana dua sebab : fibroid subserosal lazimnya tidak mengakibatkan masalah kesuburan dan prosedur membuang fibroid sebesar itu di serviks mendedahkan risiko masalah serviks kelak, di samping komplikasi pendarahan berlebihan sewaktu pembedahan. Memandangkan kedua belah tiubnya berpenyakit dan setelah mencuba kaedah mudah masih tidak berjaya hamil, pasangan ini memilih kaedah IVF. Bukannya murah nak buat IVF (seingat saya, pada usia saya 31 tahun, saya sendiri belum mampu nak sediakan duit sebanyak itu dari saving saya) 

Percubaan pertama IVF sewaktu usia beliau 31 tahun, memang masih muda, maka peluang kehamilan IVF sepatutnya tinggi. Tetapi, mengambil kira faktor tempoh 7 tahun mencuba dan keadaan endometriosisnya, maka dianggarkan peluang kejayaan sekitar 1:3 atau 1:4 sahaja atau mungkin lebih rendah. Dia yakin untuk mencuba.

Saya menggunakan long protocol.
Sewaktu OPU (proses sedut telur) - dapatlah beberapa telur yang kemudiannya berjaya disenyawakan menjadi embrio.

Percubaan pertama - menggunakan fresh ET (embryo transfer)
Tidak berjaya hamil pun.

Percubaan kedua pada penghujung 2007 - menggunakan frozen embrio yang masih ada
Hamil dan melahirkan anak pertama pada Ogos 2008 secara elektif LSCS disebabkan kehadiran cervical fibroid dan sejarah IVFnya.
Nama anak perempuannya ini ada iras2 saya (bermula A dan berakhir H).
Malah, rupanya pun hampir sama dgn rupa klon/anak saya sewaktu kecil.
Nakal pun serupa :)

Percubaan ketiga - lupa tetapi saya rasa sekitar tahun 2010 atau 2011 kot- menggunakan baki frozen embrio yang dapat masa tahun 2007 tu ada lagi.
Hamil tetapi kemudiannya gugur dalam trimester pertama.

Kemudiannya.....

Beliau datang pada April 2011, tak disangka2 hamil tetapi rupa-rupanya kehamilan ektopik.
Maka saya pun melakukan pembedahan laparoskopi dan membuang tiub yang mengandungi janin ektopik itu kerana tiub telahpun merekah/berdarah. Pembedahan laparoskopi ini perlu dilakukan secara lebih berhati-hati kerana bimbangkan risiko parut/perlekatan dari 2 pembedahan sebelum ini. Bayangkan perasaan kedua-duanya apabila mengetahui hamil secara spontan/sendirinya tetapi malangnya ektopik, kemudian terpaksa menjalani pembedahan pula, dan kehilangan satu tiub; semuanya terpaksa ditelan dalam masa beberapa hari sahaja. Lebih-lebih lagi apabila saya beritahu yang tiub lagi satu itu pun nampak rosak, jadi ini merendahkan lagi peluangnya untuk hamil dan jika hamil, meningkatkan risiko kehamilan ektopik.

Tetapi....

Beliau datang semula dalam bulan Oktober 2011, hanya 6 bulan kemudiannya.
Hamil lagi.
Spontan lagi.
Kali ini, di dalam rahim.
Dan esok, beliau akan melahirkan anak ketiganya (beliau telah mengambil anak angkat sebelum hamil kali pertama).
Secara LSCS juga. Fibroidnya masih ada tetapi nampaknya telah mengalami 'calcification' dan mengecil kepada 5cm.
Cuma, kali ini bukanlah saya yang melakukan LSCS itu. Saya cuma menjaganya sehingga sekitar 7 bulan sahaja. Sebab pertama (always a good reason) - saya serahkan kepada dia yang lebih berpengalaman dalam menangani jika berlakunya pendarahan berlebihan (saya juga tak pandai buat prosedur/teknik 'internal iliac artery ligation'). Sebab kedua...heheh..heheheh...heheheheheheh (which actually, is always the true reason) ialah saya berehat dari menjadi Pakar Perbidanan. Hanya Pakar Sakitpuan sahaja, kerana komitmen hidup/keluarga telahpun berubah.

Kesimpulannya;
Seperti yang pernah saya katakan dahulu - no self pity.
Jika kita ingat diri kita bernasib malang, ada orang lain lagi besar dugaannya.
Kena ikhtiar dan cuba sedaya upaya terima hakikat.
Redha, bukannya pasrah (macam tiru je ayat ni :)
Beliau memang sentiasa merendahkan suaranya apabila berbicara (tak seperti doktornya ini yang sentiasa pakai topeng harimau). Saya kagum dengan kecekalan hati kedua pasangan ini. Kalau nak dikira, hampir semua dia ni dapat:
1. Stage 3 endometriosis with bilateral tubal damage
2. Large uterine fibroid
3. Unsuccessful IVF (1st attempt yg fresh embrio tu)
4. Successful frozen embryo transfer (her daughter is now 4 y.o.)
5. 2 consecutive 'frozen transfer' pregnancies - although the 2nd ended up with miscarriage
6. Spontaneous pregnancy - 11 years after marriage, in fact after IVF, walaupun ektopik
7. Disebabkan ektopik - kena op buang tiub
8. Another spontaneous pregnancy - walaupun tiub yang tinggal satu tu pun nampak tak cantik, intrauterine dan dah nak bersalin pun esok ni. This is her fourth pregnancy.


Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi pengalaman di blog ini, dengan harapan dapat memberi semangat kepada yang lain. Kami kini dah seperti kawan pun. Masih terngiang kata-kata beliau dan suaminya sewaktu awal kehamilan ektopik (masa tu belum tahu ektopik lagi) apabila saya bertanya apakah rahsia sehingga boleh hamil sendirinya?

"....solat hajat.....minta ibubapa saya doakan sekali..."

Dahulu, setiap kali sebelum exam, saya mesti telefon mak minta doakan. Mak saya akan berpuasa pada setiap hari yang saya ada peperiksaan, begitulah kasih ibu.


SELAMAT BERSALIN ESOK , PUAN -----. DON'T WORRY, YOU ARE IN BETTER HANDS. JANGAN LUPA MENYUSU BADAN > 6 BULAN YA!

Yang ini bukanlah beliau punya. Ini submucosal fibroid, dalam 2 x 3cm sahaja. Tetapi memandangkan kedudukannya submucosal, malah dan separuh membonjol ke dalam ruang rahim pun, ia boleh mengganggu implantasi embrio. Maka saya buang, menggunakan kaedah hysteroscopy, teropong masuk ikut pintu rahim sahaja. Hysteroscopic myomectomy.

Kepada yang lain, selamat bercuti sekolah :)