Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 8 March 2012

KANSER

Sengaja di'huruf-besar'kan tajuk ini.
Selagi penyakit ini belum ditemui penawarnya, selagi itulah (kalau boleh) kita tak mahu menghidapnya.
Kalau boleh.
K.A.L.A.U. B.O.L.E.H.
(sehingga ada yang menasihatkan rakannya yang sakit/putus hati bercinta untuk bersyukur -
'daripada dapat sakit kanser, lebih baik sakit hati dilukai')

Tetapi,
Mengapa masih ramai wanita Malaysia,
Saya ulangi,
Mengapa masih ramai WANITA MALAYSIA diserang kanser serviks?

Malaysia adalah antara negara-negara di mana kanser serviks masih merupakan kanser utama wanita, hanya selepas kanser payudara.
Di kebanyakan negara maju (and we want to claim ourselves 'maju'?),kanser serviks dah lama turun ke anak tangga bawahan gitu.

Mengapakah ini berlaku?
Sedangkan
KANSER SERVIKS BOLEH DICEGAH.

Kanser serviks ini sangat unik berbanding kebanyakan kanser lain kerana ia boleh dicegah.
Ingatlah keunikannya - BOLEH DICEGAH.

Ingatlah lagi - selagi kita ini wanita yang masih mempunyai rahim (uterus) dan pernah melakukan hubungan seks, selagi itulah kita boleh diserang kanser serviks ini.


Semudah ujian smear serviks (yang lebih dikenali sebagai Pap smear).

Bilakah kali terakhir anda menjalai ujian Pap smear?

Nak tahu macamana nak cegah,
Mesti tahu dahulu apa punca kanser serviks dan apakah yang meningkatkan lagi risiko kanser serviks:

Sebenarnya pada 17hb Mac ini, ada program ceramah kesihatan mengenai kansr serviks di Hospital Pantai Kuala Lumpur (dahulu lebih dikenali sebagai Pantai Bangsar).
9.30pagi-12tgh

Saya menunggu2 'flyer' untuk dimasukkan ke dalam post ini.
Tetapi masih belum dapat.

Terhad kepada 80 orang pertama untuk membeli voucher RM50 bagi mendapatkan perkhidmatan ujian saringan serviks menggunakan kaedah Liquid Based Cytology Pap smear dan juga ujian HPV DNA.

Saya (dan beberapa pakar sakitpuan di PHKL ini) telah bersetuju menawarkan melakukan perkhidmatan tersebut (bukanlah pada hari tu tetapi mengikut appointment di klinik masing2 di PHKL ini) kepada 10 peserta yang membeli voucher itu.
Secara percuma, kami akan menawarkan perkhidmatan tersebut secara memasukkan spekulum ke dalam faraj dan mengambil sampel untuk dihantar ke makmal dan diuji.
Bayaran RM50 adalah untuk pihak penganjur.

Sila bertanya lebih lanjut kepada pihak Pantai Premier Lab ya (tak berani nak confirm lebih2 sebab the final poster belum dihantar dan seperti cuti2 sekolah yang lain, saya tiada di hospital sepanjang cuti sekolah ini).
Sila juga faham akan syarat2nya yang dikenakan eg jika ingin mendapatkan perkhidmatan consultation lanjut dan pemeriksaan tambahan dari doktor2 berkenaan.