Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 15 November 2012

Telur (Oocyte)



Di dalam rawatan IVF/ICSI,
Apabila folikel2 telur di dalam kedua2 ovari telah mencapai saiz yang dikehendaki,
Maka telur2 itu dikatakan telahpun bersedia untuk diambil keluar.
Prosedur mengambil telur2 ini dinamakan OPU (ovum pick-up) atau FA (follicular aspiration) atau OR (Oocyte retrieval) atau di tempat saya belajar dahulu - FP (folikel punktion). Di PHKL, kami menggunakan istilah OPU.


Prosedur OPU ini boleh diibaratkan seperti prosedur mengambil darah ie jarum digunakan untuk menyedut cecair di dalam folikel telur, pada masa yang sama, dengan harapan telur juga boleh disedut bersama-sama (walaupun sebenarnya prosedur OPU lebih rumit dan berisiko).


Selepas prosedur OPU, anda akan diberitahu berapakah jumlah telur yang diperolehi.
Keesokan harinya pula, anda akan dapat maklumat yang lebih banyak.


Apabila diberitahu;

 'Semalam (sewaktu OPU), dapat 10 telur dan 8 daripadanya telur cantik, 2 telur pula masih tak matang'

Anda mungkin tertanya2 apakah maknanya cantik/matang dan tak cantik/matangnya?

Untuk memudahkan kita yang tak berapa nak biasa/pandai tengok oocyte menggunakan mikroskop ini, oocyte2 di bawah telahpun 'dibersihkan' ie kumulus sekitarnya telahpun dipisahkan (melalui proses 'denudation') untuk oocyte ini dilakukan ICSI. Yang biasanya saya lihat bersama2 embriologis pada hari OPU adalah COC (sila lihat di bawah lagi untuk COC) dan pada kuasa pembesaran 100x sahaja.





Inilah telur/oocyte matang yang dinamakan MII (Metaphase II meiosis). Nak kenal MII kena nampak Polar Body I iaitu jasad yang hasil selepas meiosis I (dapat 1 oocyte dan 1 polar body). Yang ini kena buka semula buku Biologi mengenai 'polar body'.
Sebelum ini, apabila telah nampak 'polar body 1' (PBI), barulah dikatakan telur matang. PB adalah benda lonjong kecil yang terletak pada pukul 12 itu. Tetapi baru2 ini, dirumuskan sifat ini (kehadiran PB I) sahaja tidak cukup, mesti nampak 'mitotic spindle' (MS) pula barulah dikatakan MII betul2 matang. Hmm.....saya nak cari telur yang ada PB pun mata berpinar, macamana pula nak tengok MS macam dalam buku Biologi dahulu?

Imej ini dilihat pada kuasa pembesaran 400x, bayangkan saiz sebenar telur kita pada mata kasar. Bayangkan pula berapa kecil saiz sperma.




Bandingkan dengan gambar kedua di atas. Tak ada PB kan? Memang belum matang pun. Oocyte ini baru berada dalam fasa MI (Metaphase I meiosis). Lagi sekali, nampak mudah dikenali tetapi dalam keadaan sebenar, bukanlah mudah nak jadi embriologis.




Haa....ini pula sangat tak matang. Oocyte masih berehat dalam fasa PI (Prophase I meiosis). Oocyte ini lebih dikenali sebagai GV iaitu 'Germinal Vesicle'. Nampak tak nukleusnya yang masih berada di dalam sitoplasma? Nampak tak nukleolus yang berada dalam nukleus itu?


Maka,

Apabila embriologis berkomunikasi dengan doktor IVF, mereka akan menggunakan istilah MII, MI dan GV. Saya tak pasti mengapa istilah PI tidak digunakan menggantikan GV.

Apabila doktor IVF berkomunikasi dengan pesakit pula, istilah telur matang (merujuk kepada MII) dan telur tak matang (merujuk kepada MI dan GV) pula digunakan. Sekiranya anda memahami apakah yang dimaksudkan dengan oocyte MII, MI dan GV dan bagaimanakah rupanya, maka anda lebih memahami daripada kebanyakan doktor pakar O&G kerana kami juga hanya belajar masa sekolah menengah dan matrikulasi dan pre-klinikal Medicine sahaja (dan subjek O&G sangat meluas untuk diajar satu persatu dengan mendalam). Ingat lagi IPMAT? Btw, untuk pengetahuan am bagi mereka yang berminat, hanya dalam meiosis I sahaja yang ada IPMAT. Dalam meiosis II hanya ada PMAT sahaja sebab tujuan Interphase adalah untuk replikasi kromosom sebelum ia membahagi, kalaulah dalam meiosis II ada InterphaseII, kromosom kita akan masih kekal diploid (2n) dan bukannya haploid (n).


Anda mungkin tertanya2 lagi,
Mengapa boleh ada telur tak matang?
Lebih2 lagi setelah anda mengambil suntikan 'triggering'/ pematangan beberapa jam sebelum prosedur OPU dilakukan. Patutnya semua telur matang le kan?
Tidak betul tu.


Menurut kajian;
Secara amnya, daripada keseluruhan telur2 yang diperolehi sewaktu OPU;
- 85% telahpun berada dalam fasa MII
- 5% berada dalam fasa MI
- 10% pula masih berada dalam keadaan GV
Tetapi kalau semua 100% oocyte tu MII, alhamdulillah!


Di PHKL, oocyte MI boleh dibantu menjalani IVM (In Vitro Maturation) dan dibiarkan semalaman, tanpa caj tambahan.
Keesokannya, jika dah bertukar kepada fasa MII, bolehlah oocyte ini digunakan untuk IVF atau ICSI (biasanya ICSI)
Jika masih berada dalam MI atau GV, memanglah tak boleh digunakan dan dibuang.


Sebenarnya,
Bukan tahap pematangan oocyte sahaja yang dinilai oleh embriologis yang berpengalaman.
Ada beberapa faktor lagi:
- pada awalnya : ciri2 kumulus-oocye (lebih dikenali sebagai COC iaiti cumulus-oocyte complex). Ya, kumulus macam awan kulumus tu...
- saiz oocyte
- bentuk oocyte
- ciri2 di dalam sitoplasma
- ciri2 di luar sitoplasma


Sekarang,
Anda telah tahu mengenai IPMAT dalam meiosis.
Anda juga telah faham mengenai kematangan oocyte dalam IVF/ICSI - perlu tahu MII, MI dan GV sahaja.
Tujuannya untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan telur matang dan telur tak matang.
Tak perlu nak ingat IPMAT lagi pun.

Selain itu,
Anda juga faham akan adanya teknik IVM (IN VITRO MATURATION)

2 comments:

  1. I'm looking forward for this ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Dr. been following this site a month ago. I found that this really help me in understanding my own body. I have irregular period. and i assume it is one of PCOS. been married for 6 months. do u think i should seek medical attention to help me conceive?

    ReplyDelete