Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 28 November 2012

Embrio

Bukan senang nak berlaku persenyawaan /'fertilization'. Langkah2nya kompleks dan perlu dilalui, tak perlulah nak hafal turutan langkah di bawah ini (bersama2 penerangan/proses lanjut pada SETIAP langkah). Sebenarnya apabila mempelajari teori dengan lebih terperinci mengenai apakah yang berlaku dalam setiap langkah di bawah, saya nak ingatkan diri sendiri dan anda juga akan kebijaksanaanNya dalam mencipta kita semua :

1. sperma perlu menembusi telur/oocyte (penetration)
2. sperma perlu bercantum dengan oocyte (fusion)
3. barulah oocyte boleh diaktifkan (activation)
4. pembentukan 2 pro-nuclei (PN) iaitu 'male-PN' dan 'female-PN'
5. migrasi 2 PN tersebut ke bahagian tengah oocyte

barulah jadi apa yang dinamakan zigot ('zygote'). Masa ni belm panggil embrio lagi, tapi kebiasaannya saya akan menggunakan perkataan embrio apabila berkomunikasi dengan pesakit saya.

Semua 5 langkah itu perlu berlaku dengan SENDIRInya di dalam IVF, sewaktu dieram dalam inkubator bersama2 cecair nutrien (dipanggil 'IVF media').

Di dalam ICSI, hanya langkah (1) sahaja yang dibantu oleh embriologis secara menyuntik sperma terus ke dalam telur, tetapi langkah2 seterusnya (2,3,4 dan 5) perlulah berlaku sendiri juga.




Senang cerita;


Anda akan diberitahu;


Pada Day 1 selepas OPU;
Adanya 'fertilization' bermakna dah jadi zigot ie dah nampak ada 2PN dalam telur tu dan ada 2 jasad polar (atau PB- polar body). Jadi Dr akan beritahu berapa telur yang dah jadi 'embrio' (sebenarnya zigot) dan berapa telur yang tak masih telur ie tak 'fertilised'. Selepas menjadi zigot, mulalah ia membahagi kepada 2 sel, kemudiannya 4 sel dan seterusnya. Proses ini dinamakan mitosis.


Pada Day 2 selepas OPU;
Masa ni dah jadi embrio dah pun menjadi 4 sel.

Pada Day 3 selepas OPU;
Masa ni embrio dah menjadi 8 sel.

Day 4 selepas OPU;
Morula (banyak sangat sel sampai tak terbilang)

Day 5 selepas OPU;
Blastocyst.


Kebiasannya 'Embryo Transfer' (ET) akan dilakukan pada Day 2 atau Day 3 atau Day 5.

Sudah tentu, Day 5 ET memberi peluang kehamilan (implantasi) yang paling tinggi (60-70% per ET kalau ikut di PHKL). Tetapi prosesnya lebih rumit kerana embriologis perlu mengganti cecair media itu beberapa kali dan kos juga bertambah. Juga, lazimnya hanya embrio yang 'kuat' sahaja yang mampu bertahan sehingga blastocyst (sebab itulah menjadi). Lagi, dalam persenyawaan biasa (bukan IVF), blastocyst adalah peringkat embrio apabila ia sampai ke ruang dalam rahim dan dalam masa 24 jam ia akan memulakan proses implantasi ke dalam lapisan endometrium. Kalau embrio sedikit, mungkin Dr terpaksa melakukan ET lebih awal dari blastocyst kerana ada pendapat yang mengatakan embrio lebih baik membesar di dalam rahim.



Kadang2 pembahagian ie tumbesaran embrio tidak berlaku pada kadar yang diharapkan (sama seperti pembesaran kantung telur yang boleh lambat kan?).


Cuba google sendiri imej berikut:
- embryo 2PN
- embryo 2 cell
- embryo 4 cell
- morula
- blastocyst

6 comments:

  1. Terus terimagine blastocyst yang sangat cantik sedang implant :)

    ReplyDelete
  2. Salam Dr Adilla,

    Umur saya 35 thn. Saya dh 7 thn berkahwin, belum ada chayamata lagi.

    Saya pernah berkunjung ke klinik dr di Pusrawi, masa tu saya bermasalah vaginismuss + fibroid + endometriosis. Alhamdulillah masalah vaginismuss dah lama selesai, terima kasih atas consultation dgn dr. Tahun lepas pula saya dah buang 4 ketul fibroid dari bhg belakang dalam rahim, paling besar 11cm di hospital separuh swasta.

    3 bulan slp buang fibroid, dr saya mulakan proses utk kesuburan which includes clomid+suntikan2 (saya tak ingat suntikan apa). Bulan pertama, saya mengalami sakit perut yg teruk kesan ubat2an tu, jadi bulan ke-2 saya hanya mengambil clomid 150mg sahaja (tanpa suntikan2) selama 5 hari, bermula hari ke-3 period. Hari ke 24 cycle bulan tu saya kebetulan ada appointment dgn dr saya. Masa scan tengok2 dah ada 3 embrio di bhg tgh rahim. Tapi by the end of the month satu pun tak lekat.

    Boleh saya tau bgmana implantasi boleh terjadi & mcmmana nak tingkatkan peluang supaya embrio boleh implant? Mungkin tak embrio tu susah nak implant dlm rahim saya sbb rahim saya masih lemah disbbkan baru 4 bulan lps myomectomy.

    Lagi satu, adakah bila umur saya dah masuk 36 thn, thn 2013 ni, peluang saya utk menghasilkan telur yg baik & banyak significantly reduced? Masa scan slps 1st month fertility treatment tu, ada 7 ovum besar di ovari belah kiri dan 2 ovum besar di ovari belah kiri.

    Thank you in advance atas jawapan2 Dr. Semoga Dr Adilla & keluarga sentiasa beroleh kerahmatan & keberkatan.

    ReplyDelete
  3. Salam Doc..
    I'm one of your patient at Pantai's. Can u pls add me to your private blog? Like to read and gain more stuff there. Thanks Dr.
    Email: mazlina.mnas@gmail.com

    ReplyDelete
  4. *
    Salam doc, saya berumur 30 thn, sudah 4thn berkahwin, tp masih belum mempunyai cahaya mata,pada bulan 7 yg lepas saya keguguran buat pertama kali, period saya agak tidak teratur, kitaran pernah mencecah 40 hari, kitaran paling pendek 26 hari, masalah saya ialah, sejak bulan lepas(november) selepas saya period, hari ke8, ada berlaku spotting yg keluar hingga 3-4 hari, bulan ini (december) spotting masih ada, hari ni adalah hari ke3 (spotting) adakah ianya normal? Kerana saya merancang untuk hamil, harap dapat diberi pandangan miszleesa10@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam Dr Adilah,
    Saya patient dr at Pusrawi(2009) and PHKL.
    Saya ade bbrp soalan :
    1) Bilakah sepatutnye saya buat Ujian Pap Smear (saya baru bersalin August 2012)
    2) Boleh dr add sy to ur private blog - my clone :-)
    3) my email : syuhada.sohaimi@gmail.com, TQ

    ReplyDelete
  6. Salam Dr..nak baca jugak private blog Dr tu boleh..? We met today for the 1st time kat pantai hospital..hehe..email ms_anamafiza@yahoo.com :)

    ReplyDelete