Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 28 November 2012

Embrio

Bukan senang nak berlaku persenyawaan /'fertilization'. Langkah2nya kompleks dan perlu dilalui, tak perlulah nak hafal turutan langkah di bawah ini (bersama2 penerangan/proses lanjut pada SETIAP langkah). Sebenarnya apabila mempelajari teori dengan lebih terperinci mengenai apakah yang berlaku dalam setiap langkah di bawah, saya nak ingatkan diri sendiri dan anda juga akan kebijaksanaanNya dalam mencipta kita semua :

1. sperma perlu menembusi telur/oocyte (penetration)
2. sperma perlu bercantum dengan oocyte (fusion)
3. barulah oocyte boleh diaktifkan (activation)
4. pembentukan 2 pro-nuclei (PN) iaitu 'male-PN' dan 'female-PN'
5. migrasi 2 PN tersebut ke bahagian tengah oocyte

barulah jadi apa yang dinamakan zigot ('zygote'). Masa ni belm panggil embrio lagi, tapi kebiasaannya saya akan menggunakan perkataan embrio apabila berkomunikasi dengan pesakit saya.

Semua 5 langkah itu perlu berlaku dengan SENDIRInya di dalam IVF, sewaktu dieram dalam inkubator bersama2 cecair nutrien (dipanggil 'IVF media').

Di dalam ICSI, hanya langkah (1) sahaja yang dibantu oleh embriologis secara menyuntik sperma terus ke dalam telur, tetapi langkah2 seterusnya (2,3,4 dan 5) perlulah berlaku sendiri juga.




Senang cerita;


Anda akan diberitahu;


Pada Day 1 selepas OPU;
Adanya 'fertilization' bermakna dah jadi zigot ie dah nampak ada 2PN dalam telur tu dan ada 2 jasad polar (atau PB- polar body). Jadi Dr akan beritahu berapa telur yang dah jadi 'embrio' (sebenarnya zigot) dan berapa telur yang tak masih telur ie tak 'fertilised'. Selepas menjadi zigot, mulalah ia membahagi kepada 2 sel, kemudiannya 4 sel dan seterusnya. Proses ini dinamakan mitosis.


Pada Day 2 selepas OPU;
Masa ni dah jadi embrio dah pun menjadi 4 sel.

Pada Day 3 selepas OPU;
Masa ni embrio dah menjadi 8 sel.

Day 4 selepas OPU;
Morula (banyak sangat sel sampai tak terbilang)

Day 5 selepas OPU;
Blastocyst.


Kebiasannya 'Embryo Transfer' (ET) akan dilakukan pada Day 2 atau Day 3 atau Day 5.

Sudah tentu, Day 5 ET memberi peluang kehamilan (implantasi) yang paling tinggi (60-70% per ET kalau ikut di PHKL). Tetapi prosesnya lebih rumit kerana embriologis perlu mengganti cecair media itu beberapa kali dan kos juga bertambah. Juga, lazimnya hanya embrio yang 'kuat' sahaja yang mampu bertahan sehingga blastocyst (sebab itulah menjadi). Lagi, dalam persenyawaan biasa (bukan IVF), blastocyst adalah peringkat embrio apabila ia sampai ke ruang dalam rahim dan dalam masa 24 jam ia akan memulakan proses implantasi ke dalam lapisan endometrium. Kalau embrio sedikit, mungkin Dr terpaksa melakukan ET lebih awal dari blastocyst kerana ada pendapat yang mengatakan embrio lebih baik membesar di dalam rahim.



Kadang2 pembahagian ie tumbesaran embrio tidak berlaku pada kadar yang diharapkan (sama seperti pembesaran kantung telur yang boleh lambat kan?).


Cuba google sendiri imej berikut:
- embryo 2PN
- embryo 2 cell
- embryo 4 cell
- morula
- blastocyst

Q&A Part 10 (Mac 2012)

SILA PASTIKAN ANDA FAHAMI DISCLAIMER DI ATAS.
KEPADA YANG MEMBERI SALAM - SALAM KEMBALI WARAHMATULLAH.
KEPADA YANG BERTERIMA KASIH - BITTE SCHOEN! (SAMA-SAMA)


Berikut adalah soalan2 yang diajukan dalam bulan Maci 2012.



On QA Part 5 (31/11/2010)
Aineen bertanya;
Salam doc...saya ada masaalah pcos...da 10 tahun berkahwin...penah mengandung 2kali tetapi keguguran apabila usia kandungan 19minggu++..kedua duanya sama...contration saya terlalu awal..tp bile mendapatkn rawatan saya hanya d nasihatkn supaya berehat..di awal kehamilan juga ada mengalami pendarahan..itu juga doktor x mengambil berat...saya hanya ke hospital kerajaan kerana kurang mampu untuk ke swasta....apa saranan doctor untuk saye y terlalu mengharapkn seorang cahaya mata.....

pernah ovarian driling pd 2003....clomid hingge ke 150mg...
berat badan yg makin bertmbah...
rambut d badan juge semakin bnyak...
please help me....
tq...


Puan Aineen;

Jarang wanita keguguran pada trimester kedua. 19 minggu dah memasuki 4 bulan lebih tu. Wanita PCOS lebih berisiko keguguran tetapi kebiasaannya trimester pertama. Penyebab keguguran trimester pertama ada yang berbeza dengan keguguran trimester kedua. Boleh saya tahu, keguguran kandungan pertama dan kedua berlaku pada minggu ke-19; atau keguguran kedua berlaku lebih lambat sedikut (eg minggu ke-20 seterusnya); kerana ada kepentingan perubatan dalam menjawab soalan itu.

Satu lagi, hamil dahulu dengan ubat subur ke tanpa ubat subur? Berapa berat badan sekarang dan berapa ketinggian?



On Perjalanan Ini (08/11/2011)

Nazfa bertanya;
Salaam Dr

Suami saya mengalami retrograde ejaculation. Pernah berkahwin dan ada 6 orang anak. Perkahwinan pertama pula bagi saya. Beliau telah setahun menjalani rawatan (consultation + ubat) dengan pakar urologi, tiada perubahan.
Adakah rawatan yang paling sesuai ICSI? Berapakah pula anggaran keseluruhan kosnya dan jika Dr dapat mencadangkan mana2 pakar perempuan di Johor yang boleh kami rujuk?

Terima kasih


Puan Nazfa;

Betulkah ada retrograde ejaculation? Ini maknanya, dalam air mani tiada sperma walaupun seekor, tetapi di dalam air kencing selepas ejakulasi diperiksa ada mengandungi sperma.

Untuk 'retrograde ejaculation', boleh cuba rawatan IUI jika jumlah sperma mencukupi. Seeloknya sebelum suami masturbasi untuk proses IUI, buang air kecil dahulu. Selepas ejakulasi (dijangka dalam air maninya kosong sperma), cuba buang air kecil kembali. Dengan isipadu air kencing yang kurang (sebab baru sahaja membuang air kecil sebelumnya), mudah untuk embriologis cuba buat proses 'cuci' air kencing untuk dapatkan sperma.

ICSI lebih mahal daripada IVF, biasanya ada tambahan RM1000, bergantung kepada tempat. Pusat IVF yang menawarkan pakej IVF biasanya mengenakan caj yang sama dalam pakej itu, sama ada IVF mahupun ICSI. Selain daripada itu, ICSI bagi 'retrograde ejaculation' bergantung kepada caj tambahan mendapatkan sperma; ie sama ada dari air kencingnya ataupun melalui pembedahan 'sperm retrieval' dari epididimis/testis suami.



On Kanser (8/3/2012)

PCB Batik bertanya;
as salam doc.
thanks for giving lot of info in this blog.
for your info, sy dh berkahwin selama 5 tahun, pernah menjalani 2 laparascopy, 1 utk cyst(2004) n 1 for endometrosis (2009)my previous gynae informed that i have retroverted uterus, tp sudah dibetulkan semasa laparascopy in 2009. pernah pregnant 3 x. tapi all miscarriage.still hoping that one day Allah akan memberi rezeki utk kami.

sy ingin berjumpa doc.nak tahu hari dan waktu consultation doc di pantai hospital.now tgh 2nd day period, nak tahu hari ke berapa yg sy patut jumpa doc.
tq.


Puan OCB Batik;

Info sesi klinik ada di sisi blog ini. Seeloknya bawa laporan/maklumat berkaitan rawatan lama, termasuk ujian2 darah supaya tak perlu ulangi (membazir).


Wan bertanya;
salam doc,
1.kalau dh buat ddnc perlu ke buat pap smear lg ??
2.Selepas iui failed,kenapa period dtg spotting aje xde flow mcm slalu..normal ke dr??


Puan Wan

1. Pap smear untuk mengesan penyakit pra-kanser serviks. Itu sahaja.
Saya tak pasti mengapa Puan perlu DD&C.

2. Mungkin sebab masih mengambil ubat 'kuatkan' rahim kerana hormon progestin dalam ubat tu boleh 'melewatkan' haid.



Amin Hidaayah bertanya;
assalamualaikum

Dr. Adilah

saya mempunyai masalah dengan haidh/period saya..
saya telah period semenjak berumur 11 tahun dan period sy hanya dtg sehingga saya berumur 18 tahun..selepas itu period sy langsung tidak dtg melainkan jika saya makan ubat untuk period..dan period sy akn dtg...

jadi sy ingin bertanya doktor..
apakah boleh saya makan ubat untuk datangkan period setiap bulan? adakah ia tidak merbahaya dan membawa sebarang kesan negatif?
dan adakah dengan memakan ubat untuk datangkan period setiap bulan akan membantu saya untuk melancarkan period saya...

harap dr dapat membantu sY y dalam kebuntuan


Cik/Puan Amin Hidayah;

Ubat 'mendatangkan' period biasanya mengandungi hormon progestin. Ia bertujuan menggantikan ketiadaan hormon progestin dalam tubuh jika ketiadaan ovulasi. Ada kesan samping ubat hormon progestin (banyak - boleh google). Tetapi yang lebih penting adalah kebaikan ubat ini dalam 'mematangkan' lapisan endometrium dalam rahim anda. Bila ubat dihentikan, haid dijangka turun dlama masa seminggu. Jika tidak, anda terdedah kepada risiko hiperplasia endometrium dankanser endometrium. Jika anda dah berkahwin,mungkin doktor akan membantu dengan ubat subur bagi merangsang kantung telur membesar (kemudiannya ovulasi dan menghasilkan hormon progesteron sendirinya).



On July Paper (7/7/2011)

Nazfa bertanya;
Salaam Doc,

Berkaitan darah period tak keluar, cuma lendir2 brownish yg sedikit masuk hari ke 5. Buat UPT, -ve. Confused ni period ke bukan? Ada sakit2 (bhgn perut ke bawah) cuma tak 'sekuat' waktu period yg biasa sebelum ni (biasa pun tak 'kuat' mana). Disebabkan ianya datang pada masa saya sepatutnya period, maka saya tak solat. Kalau nak cek, boleh ke pergi ke klinik kesihatan je? Adakah doktor akan bagi ubat turun darah je? Bulan lepas period start 30/1/12 selepas seminggu ambil Ravimed (turun darah), selepas 2 bulan tak period. (sebelum tu regular, paling lama pun delay 2 minggu).

TQ doc


Puan Nazfa;

Mungkin masih ada masalah ovulasi. Doktor memang dah pastikan ada ovulasi ke dalam kitaran tu? Ada juga kemungkinan lain :
- kesan ubat 'kuatkan' rahim (macam jawapan saya di atas)
- retrograde menses
- kesan hormon dari corpus luteal cyst
- kesan lambat dari ubat kesuburan kitaran sebelumnya



On Unstimulated Cycle (24/2/2012)

Wan Sariah bertanya;
Askum Dr Adilah..
saya nak sgt jumpa Dr nak refer kes saya yg tak seberapa ni.. baru 1year married tp msh belum ada rezeki.. jeles my friends yg kawen lebih kurang dengan i, murah betul rezeki diarong.. i just nak tahu tahap kesuburan i.. cuz my period dah tak teratur since last 3months.. risau sgt.. so i don't know how to calculate tempoh kesuburan... Nak jumpa Dr, saya nak tahu Dr free tak weekend? i susah nak keluar office skg..

warm regard,

Puan Wan Sariah;

Sabtu ada klinik sehingga tgh. Ahad dan cuti am, saya pun bercuti. Klinik mmg tak buka pun dan staf klinik PHKL pun bercuti.



nurulshahfiza bertanya;

Dr, period saya dah regular after taking clomid. Tapi bila check OPK,asyik negatif aje,camne tue? Ape patut saya buat ye?

Puan Nurulshahfiza;


Bila U mula buat OPK tu? Berapa panjang kitaran haid? Berapa lama haid? Regular tu tepat ke atau ada julat beberapa hari?



On To Laila Hani (15/6/2011)

Zarina bertanya;
Salam doktor, kalau dinding rahim tebal -14 mm what is the consequences? Abd what is the best treatment of thicked endometrium. Saya baru first time missed period, for the past one month period is within 18 - 28 days and lamanya dalam 5-8 days...apa yang membuatkan endometrium saya terlalu tebal? Tolong lah saya doctor, fyi saya sekarang menetap di oman. And the doctor kat sini beri saya acid folic to kuatkan rahim saya...betulke ni doctor..

Puan Zarina;


Asid folik bukan ubat subur, tetapi ia penting untuk mengurangkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang bayi (neural tube defect).

Dalam keadaan ni, elok scan secara TVS bila haid kering untuk check endometrium. Kadang2 masih ada sisa endometrium lama (yang sepatutnya habis keluar jadi haid). Kalau endometrium yang lama habis keluar dan tumbuh endometrium baru, ketebalan 14mm tu memanglah yang saya suka untuk kesuburan. Ada ciri-ciri TVS yang dapat memberitahu sama ada endometrium tu lama atau baru. Kalau yang lama masih ada, saya nasihatkan buat DD&C 'to rule out' penyakit endometrium.


Zarina bertanya lagi :)


Salam doctor, need yr advice on what is the best step by step medical procedure for me as i have a thicked endometrium -14 mm. My last period was more than 15 days and i was given postan to stop it...it was long and with clots. Now it has stopped and i was given foloc acid. Apa contribution folic acid to my thicked endomentrium...dia boleh nipiskan dinding rahim? Tolong lah saya doctor.


(soalan berulang rupanya :)

Kerja2 Penambaikan Aras 2 PHKL (termasuk Unit IVF)




Pengumuman.



Unit IVF ditutup buat sementara waktu dari 17hb November sehingga penghujung tahun ini (bergantung kepada perjalanan kerja) disebabkan 'renovation' keseluruhan Wad C2 termasuk 'suite' bersalin dan Unit IVF, bertujuan 'mencantikkan' wad2 tersebut. Maklumlah, hospital PHKL ini dah berusia hampir 40 tahun (dari 1974). Bayi pertama IVF dunia pun dilahirkan pada tahun 1978.


Perkhidmatan Ujian SA (Ujian Air Mani) dan 'Semen Washing' untuk IUI masih berjalan tetapi dipindahkan buat sementara waktu ke Tingkat 4 (Wad C4). Maka nombor telefonnyya juga berubah ke Wad C4. Hanya IVF, ICSI, Frozen Embryo Transfer dan sekumpulan dengannya sahaja yang ditangguhkan.


Jika ada yang menghubungi nombor 22960892 tidak berjawab, janganlah marah atau merajuk kerana tiada orang pun di situ melainkan pekerja2 kontrak sahaja. Mintalah bantuan operator menyambungkan ke Wad C4.


Selepas tamatnya kerja2 'renovation' ini yang dijangka akan siap sebelum penghujung Disember, saya akan menyambung semula proses rawatan IVF mulai awal Januari tahun 2013 (kerana bercuti!).


Pakej IVF juga masih berjalan sehingga Jun 2013.



Sekian :)

Thursday, 15 November 2012

Telur (Oocyte)



Di dalam rawatan IVF/ICSI,
Apabila folikel2 telur di dalam kedua2 ovari telah mencapai saiz yang dikehendaki,
Maka telur2 itu dikatakan telahpun bersedia untuk diambil keluar.
Prosedur mengambil telur2 ini dinamakan OPU (ovum pick-up) atau FA (follicular aspiration) atau OR (Oocyte retrieval) atau di tempat saya belajar dahulu - FP (folikel punktion). Di PHKL, kami menggunakan istilah OPU.


Prosedur OPU ini boleh diibaratkan seperti prosedur mengambil darah ie jarum digunakan untuk menyedut cecair di dalam folikel telur, pada masa yang sama, dengan harapan telur juga boleh disedut bersama-sama (walaupun sebenarnya prosedur OPU lebih rumit dan berisiko).


Selepas prosedur OPU, anda akan diberitahu berapakah jumlah telur yang diperolehi.
Keesokan harinya pula, anda akan dapat maklumat yang lebih banyak.


Apabila diberitahu;

 'Semalam (sewaktu OPU), dapat 10 telur dan 8 daripadanya telur cantik, 2 telur pula masih tak matang'

Anda mungkin tertanya2 apakah maknanya cantik/matang dan tak cantik/matangnya?

Untuk memudahkan kita yang tak berapa nak biasa/pandai tengok oocyte menggunakan mikroskop ini, oocyte2 di bawah telahpun 'dibersihkan' ie kumulus sekitarnya telahpun dipisahkan (melalui proses 'denudation') untuk oocyte ini dilakukan ICSI. Yang biasanya saya lihat bersama2 embriologis pada hari OPU adalah COC (sila lihat di bawah lagi untuk COC) dan pada kuasa pembesaran 100x sahaja.





Inilah telur/oocyte matang yang dinamakan MII (Metaphase II meiosis). Nak kenal MII kena nampak Polar Body I iaitu jasad yang hasil selepas meiosis I (dapat 1 oocyte dan 1 polar body). Yang ini kena buka semula buku Biologi mengenai 'polar body'.
Sebelum ini, apabila telah nampak 'polar body 1' (PBI), barulah dikatakan telur matang. PB adalah benda lonjong kecil yang terletak pada pukul 12 itu. Tetapi baru2 ini, dirumuskan sifat ini (kehadiran PB I) sahaja tidak cukup, mesti nampak 'mitotic spindle' (MS) pula barulah dikatakan MII betul2 matang. Hmm.....saya nak cari telur yang ada PB pun mata berpinar, macamana pula nak tengok MS macam dalam buku Biologi dahulu?

Imej ini dilihat pada kuasa pembesaran 400x, bayangkan saiz sebenar telur kita pada mata kasar. Bayangkan pula berapa kecil saiz sperma.




Bandingkan dengan gambar kedua di atas. Tak ada PB kan? Memang belum matang pun. Oocyte ini baru berada dalam fasa MI (Metaphase I meiosis). Lagi sekali, nampak mudah dikenali tetapi dalam keadaan sebenar, bukanlah mudah nak jadi embriologis.




Haa....ini pula sangat tak matang. Oocyte masih berehat dalam fasa PI (Prophase I meiosis). Oocyte ini lebih dikenali sebagai GV iaitu 'Germinal Vesicle'. Nampak tak nukleusnya yang masih berada di dalam sitoplasma? Nampak tak nukleolus yang berada dalam nukleus itu?


Maka,

Apabila embriologis berkomunikasi dengan doktor IVF, mereka akan menggunakan istilah MII, MI dan GV. Saya tak pasti mengapa istilah PI tidak digunakan menggantikan GV.

Apabila doktor IVF berkomunikasi dengan pesakit pula, istilah telur matang (merujuk kepada MII) dan telur tak matang (merujuk kepada MI dan GV) pula digunakan. Sekiranya anda memahami apakah yang dimaksudkan dengan oocyte MII, MI dan GV dan bagaimanakah rupanya, maka anda lebih memahami daripada kebanyakan doktor pakar O&G kerana kami juga hanya belajar masa sekolah menengah dan matrikulasi dan pre-klinikal Medicine sahaja (dan subjek O&G sangat meluas untuk diajar satu persatu dengan mendalam). Ingat lagi IPMAT? Btw, untuk pengetahuan am bagi mereka yang berminat, hanya dalam meiosis I sahaja yang ada IPMAT. Dalam meiosis II hanya ada PMAT sahaja sebab tujuan Interphase adalah untuk replikasi kromosom sebelum ia membahagi, kalaulah dalam meiosis II ada InterphaseII, kromosom kita akan masih kekal diploid (2n) dan bukannya haploid (n).


Anda mungkin tertanya2 lagi,
Mengapa boleh ada telur tak matang?
Lebih2 lagi setelah anda mengambil suntikan 'triggering'/ pematangan beberapa jam sebelum prosedur OPU dilakukan. Patutnya semua telur matang le kan?
Tidak betul tu.


Menurut kajian;
Secara amnya, daripada keseluruhan telur2 yang diperolehi sewaktu OPU;
- 85% telahpun berada dalam fasa MII
- 5% berada dalam fasa MI
- 10% pula masih berada dalam keadaan GV
Tetapi kalau semua 100% oocyte tu MII, alhamdulillah!


Di PHKL, oocyte MI boleh dibantu menjalani IVM (In Vitro Maturation) dan dibiarkan semalaman, tanpa caj tambahan.
Keesokannya, jika dah bertukar kepada fasa MII, bolehlah oocyte ini digunakan untuk IVF atau ICSI (biasanya ICSI)
Jika masih berada dalam MI atau GV, memanglah tak boleh digunakan dan dibuang.


Sebenarnya,
Bukan tahap pematangan oocyte sahaja yang dinilai oleh embriologis yang berpengalaman.
Ada beberapa faktor lagi:
- pada awalnya : ciri2 kumulus-oocye (lebih dikenali sebagai COC iaiti cumulus-oocyte complex). Ya, kumulus macam awan kulumus tu...
- saiz oocyte
- bentuk oocyte
- ciri2 di dalam sitoplasma
- ciri2 di luar sitoplasma


Sekarang,
Anda telah tahu mengenai IPMAT dalam meiosis.
Anda juga telah faham mengenai kematangan oocyte dalam IVF/ICSI - perlu tahu MII, MI dan GV sahaja.
Tujuannya untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan telur matang dan telur tak matang.
Tak perlu nak ingat IPMAT lagi pun.

Selain itu,
Anda juga faham akan adanya teknik IVM (IN VITRO MATURATION)

Tuesday, 13 November 2012

Meiosis

(untuk menjimatkan 'printing paper', kedua2 ovari diambil dalam satu gambar). Siapa kata PCOS tak subur? Tidak semestinya. Dalam wanita ini, walaupun ovarinya 'polycystic', tetapi folikel telurnya masih boleh membesar tanpa memerlukan ubat subur pun. Di dalam folikel telur besar di sebelah kiri gambar ini, mungkin mengandungi satu telur yang cantik.



I.P.M.A.T.
IPMAT.

Saya masih ingat hingga kini, petua Cikgu Biologi saya sewaktu di MRSM Jasin dahulu.

I- Interphase
P- Prophase
M- Metaphase
A - Anaphase
T - Telophase

Fasa2 dalam Meiosis, mengikut susunan.
Itulah asal-usul kita semua.



Dan saya akan ingat topik Meiosis sehingga bila-bila.

Kerana;

Sayalah satu2nya calon MRSM Jasin yang tak menjawab langsung keseluruhan soalan bertulis kertas Amali Biologi SPM mengenai Meiosis itu, akibat cuai ter-skip satu helai kertas.
Mujurlah ada 2 soalan amali.
Hanya doa ibubapa dan guru2 dan takdir menentukan saya masih boleh mendapat A2 dalam subjek itu.

Mungkin itu sebabnya saya tak boleh nak membebel sangat apabila 'klon' saya pun suka buat 'careless mistakes'.
Dah namanya 'klon'.



Cik2 dan Puan2 juga;

Cuba ingat singkatan IPMAT itu.
Kerana selepas ini,
saya akan membuka topik IVF dan ianya bermula dari ini.
Supaya ia lebih menyeronokkan.
Sungguh mengujakan bila kita mengenali asal-usul kita dengan lebih mendalam.
Sungguh menginsafkan apabila kita mengagumi ilmu dan kekuasaanNya.

I.
P.
M.
A.
T.

I.P.M.A.T.

IPMAT, IPMAT, IPMAT, IPMAT, IPMAT.

Interphase, Prophase, Metaphase, Anaphase, Telophase.

InterphaseProphaseMetaphaseAnaphaseTelophase,

Interphaseprophasemetahaseanaphasetelophase..........

Boleh ingat tak?

:))