Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 2 October 2012

Istilah sebenar kedudukan uterus




Ketahuilah istilah sebenar bagi menerangkan kedudukan uterus (rahim).


Ketahuilah dahulu;

Penerangan kedudukan uterus sebenarnya merujuk kepada 2 bahagian utama : badan dan pintu (serviks).
Ia merujuk kepada arah ie ke bahagian hadapan tubuh kita (ANTE-) atau ke bahagian belakang tubuh kita (RETRO-).
Arah pintu rahim atau serviks (berhubung kepada faraj) - VERSION
Arah badan rahim (berhubung kepada serviks) - FLEXION


Maka ketahuilah;

Ia sepatutnya dijelaskan dalam ayat sebegini;

The uterus is anteverted (serviks ke hadapan) AND anteflexed (badan rahim juga ke hadapan)

atau

The uterus is anteverted and retroflexed (serviks ke hadapan tetapi badan rahim ke belakang)

atau

The uterus is retroverted and retroflexed (serviks ke belakang dan badan rahim juga ke belakang)

atau

The uterus is retroverted and anteflexed (serviks ke belakang dan badan rahim ke hadapan)

Contoh komen: saya akan menulis dengan ringkas di dalam rekod pesakit : Ut AV AF

Kebanyakan doktor (termasuk saya, apabila terlupa) hanya akan menyebut 'anteverted uterus' atau 'retroverted uterus'. Ini sebenarnya tidak tepat aka salah kerana kebanyakan doktor hanya akan memberikomen terhadap arah mana badan rahim itu melentok, maka istilah 'ante-flexion' atau 'retro-flexion' yang sepatutnya digunakan.

Apa-apapun, pendapat kajian perubatan sekarang menyatakan pembedahan membetulkan retroflexed uterus tidak meningkatkan peluang kehamilan, ia hanya menambah kos. Ada juga kes yang 'round ligament' (struktur berupa tali yang diikat ke hadapan dalam prosedur membetulkan kedudukan rahim) didapati putus kerana penyakit yang bersarang di belakang rahim telah menarik rahim ke belakang pula.





11 comments:

  1. Thanks doctor, maknanya retroverted tak perlu operation. Banyak blog yg saya jumpa whereby the patients kene undergo operation utk betulkan uterus walaupun tak perlu. Terima kasih atas penerangan doctor :-).

    ReplyDelete
  2. salam dr, good info..
    saya nak tanya retroverted uterus ada effect tak kepada pesakit yg buat ivf?

    ReplyDelete
  3. Assalaam Dr..
    Saya patient Dr. Hari tu miscarriage, now dah period semula. Boleh tak saya nk buat IUI next cycle (maybe early next month)? Sy perlu makan clomid berapa ye, 2 biji ke Dr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi elok scan sebelum mula ubat kesuburan, utk pastikan tiada cyst eg corpus luteal cyst etc

      Delete
  4. Salam Doc,

    Welcome back..thanks for the explanation berkenaan RU ..I'm one of your patient with RU (not sure type yg mana satu..hehe). My laparoscopy op pd mid July & ada severe endo with pelvic adhesion.. My 3rd lucrin was on 13th Sept..Tak sabar sangat nak dptkan period semula & nak sambung ttc..

    Soalan saya :

    1) Lepas lucrin injection & dapat period semula, boleh ke saya terus proceed dgn iui? Atau kena tunggu 2/3 cycle dulu?

    2)Sekiranya masih ada nampak lekatan dr result hsg, tetapi kedua tiub normal, bagaimana dgn chances utk success melalui iui?

    Thanks in advance doc..

    Semoga segala urusan doc dipermudahkan & sentiasa success dlm kerjaya.. dan paling penting semoga usaha2 yg doc lakukan utk membantu patients akan menjadi aset doc di akhirat kelak..Aminnn

    ReplyDelete
  5. saya pun slalu baca ada blog gynae yg akan suh operation utk betulkan rahim..tp most gynae prmpuan suggest xpayah..thanks for sharing doc! ;)

    ReplyDelete
  6. salam Dr...saya ada beberapa keraguan..sy dh hmpr 4 thn kawen..tp belum berrezeki utk ada bby...tp sy ada cek dgn doctor kat tpt sy ni die scan n kate xde pape problem..then die bg sy ubat nama clomid..after 1 month xde berita baik..die scan lg n katenye dlm telur byk air?..sy xphm..tp die pn mcm xphm nk terangkan tmbh2 dr tu chinese.mgkin sush die nk communicate..die juz bgtau sy yg telur sy byk air n die bg ubat 'parlodel' (bromocriptine 2.5mg)..die suh try for 3 months..sy diminta mkn ubt tu bermula hari ke7 period.tp die kate klu period lg teruskan je mkn smpai ada berita baik...skrg dh 3 bulan sy makan ubat tu tp msh belum ada berita baik yg diharapakn..sy bukn la nk salahkn dr tu..cuma sy nk ty doktor, apa maksud dia telur sy byk air? adakah mksdnya sy xsubur? lg 1 sy nk ty, adakah kencing kotor antara perkara yg menyebabkan ketidaksuburan?..harap Dr. dpt bantu n tidak pening bc msg sy ni..tq doc..

    ReplyDelete
  7. Salam dr adilah, nak bertanya ttg pendapat dr ttg permasalahan saya spt d bwh kalau dr free

    Baru-baru ni sye buat checkup. Result diagnosis came out mcm ni:

    PA: soft, non tender, no masses, palpable
    Speculum: VV nad, cervix tubular, no obvious massed seen, pap smear taken
    TAS: uterus axial normal size and pushed to the left, right ovarian cyst seen measuring 6cm in diameter biloculated with lower locule has sedimentation and the upper locule is clear with some septation, no papillary projections or free fluid, no other adnexal masses seen

    Imp: right ovarian cyst most likely endometrioma

    Plan: lap cystectomy as well as tubal potency since saya da 1 tahun stengah mencuba tapi masih belum berjaya utk preg naturally (plan undergo lap on 20/12/12)

    Blood test result day 21

    Thyroxine t4: 14.2
    TSH: 1.16
    Prolactin: 260
    Testosterone: 2.0
    FSH: 4.1
    LH: 4.8
    Ca125: 38.9
    CEA: 2.4

    cycle: q cycle (28-32 days) kalau ada stress kerja jadi lambat sket (35days)

    Duration of menses: 7-9 days

    Period pain: day before period/day 1 period or both day before and day 1. Kadang2 tahan je. Painkiller y slalu ambil kalau xthn PCM

    Hopefully dr adilah dapat bagi pendapat dr charting di atas~ ive been stressing my self out doing the search tru the internet. The term and all the lab values.. Tapi sbb bkn bidang saya. Tak membantu sgt. Harap dapat pendapat dr dr adilah.. Tq

    (Saya tak tau nak post soalan kat mana, tq!)

    ReplyDelete
  8. Salam Dr Adilah,
    Im looking fro 2nd opinion...seems like you are the perfect reference I have....
    Sy buat IUI pd 21-12-2012...sy mulakan dengan makan clomid...suntikan HcG....kemudian selepas IUI...sy mula makan Duphaston pada 25-12-2012...dan kini sy masih belom period tetapi stok Duphaston sy telahpun habis...perlukah sy mendapatkan stok Duphaston dan makan sehingga disahkan mengandung atau sebaliknya?Sangat berharap IUI ini berjaya sbb this is my 4-IUI...dan telah berkahwin selama 4 tahun....
    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  9. assalam dr...sy ada masalah berkaitan dengan haid.Semasa hari pertama kedua dan ketiga haid iaitu hari flow darah yang lebat darah haid sy bercampur dengan lendiran putih jernih yg agak sama banyak dengan darah haid yg keluar tp tidak berbau dan tidak gatal.tp sgt merungsingkan sy sbb perkara ini br terjadi dalam 2-3 bulan ini..adakah ini disebabkan fibroid sy @ adakah sy menghidapi penyakit lain?

    ReplyDelete
  10. assalam dr...sy ada masalah berkaitan
    dengan haid.Semasa hari pertama hingga
    dan ketiga haid iaitu hari flow
    lebat darah haid sy bercampur
    lendiran putih jernih yg agak sm banyak
    dengan darah haid yg keluar tp tdk
    berbau dan tidak gatal..ianya terjadi hanya pd hari haid yg banyak shj.tp sgt merisaukan sy.
    Adakah disebabkan oleh fibroid dan rahim terbalik yg sy alami sekrg..pls dr.thx

    ReplyDelete