Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 18 October 2012

Hamburg - A trip down memory lane (selingan)

Post ini untuk 'team' seperjuangan LPPKN yang sama2 menuntut ilmu IVF di Hamburg dahulu.
Kali pertama kita ke sana 10 tahun yang lepas.
Terima kasih tidak terhingga kepada LPPKN yang menaja pengajian kami.
Itulah pertama kalinya LPPKN menghantar pasukan infertiliti menjalani 'clinical training' IVF secara formal.
Bukannya murah yuran 'training attachment' yang dikenakan oleh FCH (pada masa itu, kadar tukaran pun melebihi 5x RM).
Seingat saya kadar yurannya:
Eu 2500 seminggu untuk setiap doktor.
Eu 2000 seminggu untuk setiap embriologis
Eu 1500 seminggu untuk setiap nurse (IVF coordinator)
Tidak termasuk perbelanjaan makan dan tempat tinggal kami.
Tetapi memandangkan bilangan kes yang dipelajari setiap hari memang sangat banyak (imagine 2000-2500 IVF cycles a year, sehari bersamaan dengan sebulan melakukan kerja2 IVF, maka sangatlah berbaloi2 dan cost-effective kami ke sana)
Danke schoen, LPPKN  (that is 'thank you' in German)

Rakan-rakan saya : (Dr Ghafar - the big bro, brothers Yusri n Wahaf n Aziz - the embryologists, Matron Zaitun - the caretaker and all-knower aka manager aka ibu angkat kami semua, Sister Teoh - the IVF coordinator)
Cuba ingat kembali dan teka di apakah dan dimanakah lokasi gambar2 ini :)


Hamburg in September 2012 (rugi tak sempat ke Fischmarkt dan tunggu Oktoberfest, demi anakku)


 Jumpa satu 'the hummel-hummel man' di dalam bangunan main train station. Dahulu ada banyak berderet di luar train station dan di tepi2 jalan tetapi sekarang dah tak ada. 


Hamburg Hauptbanhof - main train station. Di bawah bumbung kaca ini terdapat 2 tingkat Wanderhall - shopping mall untuk membeli-belah. Kita lalu dalam ni setiap hari pergi dan balik dari FCH.

Di bawahnya pula terdapat laluan keretapi berbagai kawasan - dalam bandar, luar Hamburg dan inter-city.



Ya, bangunan hauptbanhof inilah yang dikatakan memisahkan 2 'dunia' berbeza. Di bahagian timurnya terletak kawasan 'red-light district' (selain Reeperbahn) dan juga kawasan restoran makanan halal (termasuk hotel bajet kami at Eu70/night, mujurlah terletak betul2 seberang jalan stesen ini). We (or was it me- the boss's decision on our second visit?) took risk by not making hotel advance-booking until we reached there because I wasn't sure how 'safe' the area was, nasib baik ada bilik kosong. 
Di baratnya pula kawasan 'modern shopping area' yang dikatakan selamat dan lebih sesuai untuk tourists. Di utaranya terdapat 2 tasik buatan yang cantik - the Outer Lake (AuBenalster) yang besar and the Inner Lake (Binnenalster) yang lebih kecil.  

 Dari pintu timur stesen keretapi. Seberang jalan itulah letaknya deretan hotel 2 dan 3 bintang, salah satunya tempat kita menginap dahulu.


 Hottel ini lebih kepada ala-ala rumah tumpangan di KL. Maklumlah, dengan kadar Eu60-70 semalam, bilik kita sangat sempit hinggakan nak bergerak di dalam bilik pun susah, terpaksa mencelah di tepi beg baju. Tetapi masih nampak selamat kan? Di belakang blok hotel2 inilah letaknya kawasan red light area dan kedai2 makanan halal.


 Sungguh berbeza pula dgn keadaan di barat pintu stesen keretapi utama, seperti memasuki bandar lain. Di seberang jalan stesen itu terus terletak blok2 kedai moden yang penuh dengan orang yang berbeza penampilannya dengan kawasan kita duduki dahulu. Ini laluan pejalan kaki Monckebergstrasse, di penghujung yang seperti menara itulah Rathaus. Sememangnya jalan ini terus menghubungkan stesen keretapi dengan dataran/bandar.

Masih di Monckebergstrasse. Hari2 lalu jalan ni dahulu, sampai ingat nama dan ejaan dan sebutannya. Laluan pejalan kaki sahaja ini memang dikerumuni ramai orang. Tidak seperti di Oxford Street London (tak sampai 100m berjalan mesti akan terserempak dgn orang yang nampaknya macam orang Melayu Malaysia), di mana2 di Hamburg susahnya nak terserempak orang Asia. Yang ada cuma orang Asia Timur, itupun di kawasan yang saya katakan di utara stesen.

Banyak terdapat kerusi2 untuk bersantai di 'Mo' (singkatan Monckebergstrasse), tetapi tak ramai pula yang melepak, mungkin kerana sejuk. Di dalam salah satu kedai baju di sinilah saya mendengar suara nyanyian gadis Melayu Malaysia yang memang sedap2 lagu2nya, dimainkan di dalam kedai itu! Siapa lagi kalau bukan Yuna! - mendendangkan lagu Live Your Life. 


Ada U-train station di Mo, memang senang nak ke sini walaupun jika anda duduk berjauhan dari bandar. Dahulu, tak pernah cuba naik train pun sbb hotel bajet yang kami duduki dgn FCH memang walking distance sahaja jaraknya dan kami tak ada masa untuk berjalan2 pun kecuali pada hari Ahad (tetapi kedai tutup) memandangkan waktu training yang panjang setiap hari, lagipun waktu itu memang bajet ketat.

Ini pula hotel yang saya duduki pada kali ini, bukanlah di kawasan red light itu, tetapi di Gansemarkt. Bila berjalan berseorangan ni, kenalah cari hotel yang strategik - selamat untuk berjalan awal pagi dan malam, hanya 50 meter dari train U-station Gansemarkt. Masih tak mampu nak menginap di hotel Park Hyatt yang kita pernah makan malam di Restoran Apple itu, yang biliknya 2 kali ganda kadarnya dari hotel ini dan kena bayar tambahan untuk wifi pula. Hotel Scandic Hamburg ini pula sangatlah baru,  rasanya hanya mula beroperasi pada awal bulan September itu.


Biliknya memang masih terasa baru, pada Eu120 semalam dgn free wifi, saya memang suka dengan pilihan saya ini. Simple tapi cukup, wifi pun laju.



Tak susah nak membeli tiket keretapi, ada mesin touch-screen dwi-bahasa. Single journey, day travel, after-9-am day travel, 3-day travel, dll. Yang paling menjimatkan adalah group travel.


Tiketnya macam resit, nipis sahaja. Tak perlu nak validate pun kat mana2 mesin, tak pasti pula bagaimana mereka pastikan penumpang membeli tiket, tak nampak pun ada siapa2 yang buat rondaan nak check tiket.

Mujurlah di KL dah ada sistem keretapi bandar ini, tidaklah terpinga2 bila di luar negara. Ada peta train line yang colour-coded.

Underground area yang well-lit dan terasa selamat.

Cuma 'timing' di KL tidaklah setepat di negara2 lain. E.X.A.C.T.L.Y. as stated on the timetable on the noticeboard and reaffirmed on the electronic board; sharply by the second (haha, mesti exaggerate sikit :) 


Pagi2 dah kena keluar bekerja. Klinik mula 6.30 pagi, bayangkan pukul berapa staf kena datang. Patient2 pula hampir kesemuanya datang mengikut masa.


Ini pula bangunan di seberang jalan 'opposite' tempat belajar kita dahulu. Saya pun dah lupa adanya bangunan ini.



Inilah bangunan FCH. Memang besar.


Keluar pintu FCH, pusing kiri, di tepi blok FCH. Di hujung blok ini memang sibuk waktu siang ramai orang berkumpul untuk lunch-break, di Monckebergstrasse.

Di hujung blok , Mo. Kita pernah duduk di sini makan bekal (buah epal) waktu lunch-break. Seingat saya, ada 1-2 kali sahaja kami diberi masa rehat waktu lunch sebab their lunch-hour was (and is still) spent on meeting with the IVF secretariat (scheduling the upcoming cases, discussing the results, etc) everyday.


Rathaus, salah satu 'landmark' di Hamburg.




Terusan2 kecil ini pun banyak di Hamburg dan mendapat gelaran 'the Venice of Hamburg', penuh dengan butik/galeri dan restoran yang saya akan fikir 2-3 kali sebelum nak masuk kerana nampak mahal.



The Binnenalster - (sebenarnya jenuh nak berjalan jugak walaupun kecil). Gambar ini diambil dari seberang jalan. Tasik kecil ini lebih kurang sebesar Tasik Titiwangsa kot, manakala  sempadannya (jeti bot2 pelancong), pun tasik buatan, di kanannya terdapat deretan shoppingmalls termasuk the Europe Passage, di kirinya hotel dan di utaranya bersempadan dengan the AuBenalster yang jauh lebih besar.

Rasanya dahulu kita tak masuk pun shopping ni - Europa Passage.






Landungsbrucken - terdapatnya jeti utk kapal2 pelancong menyusur Sungai Elbe sehingga 120km ke muara (Lautan Pasifik). Bas berwarna-warni itu juga bas pelancong - hop-on hop-off, saya tak naik pun kedua-dua tu.




Selain 'Hummel Hummel', 'Rickmer Rickmers' juga adalah ungkapan popular. Ada cerita/sejarah di sebalik ungkapan itu, silalah google sendiri. Kapal ini telah dijadikan muzium. Patung kanak-kanak lelaki itu sebenarnya cucu kepada Kapten kaapal ini dahulu.

Di kawasan Landungsbrucken, lebar sungai Elbe mungkin sedikit lebih lebar je daripada sungai Muar kot.

 Haa...inilah restoran yang kita pernah pergi dahulu, mana tahan asyik nak makan mi segera dan roti sahaja kan? Sekarang bahagian tepi sudut lagi satu tu pun dah bertutup dinding kaca.


Lahmacun - Turkish pizza.

 Orang tamak ni lupa yg potion makanan di sana besar2, tavuk - ayam yg dipanggang n chips (about Eu6) tu pun nak order juga. The waiter dgn baik hatinya dan sungguh memahaminya telah awal2 memberikan bekas polisterin utk saya 'tapau'. Bukannya kebulur, tetapi teringat kisah dahulu dan teringin nak mengingati bagaimana rasanya kembali. Nostalgic food and they got me again! Inilah yang turut dikatakan dalam buku 'Brandwashed' by Martin Lindstrom about how the companies manipulate our brain into buying their products t - nostalgic (branded) item.



Jumpa dalam Europa passage. Dollar-to-dollar : Eu1.15. Kalau tukar ke RM pun masih lebih murah berbanding aiskrim BR atau HD di KL ini Words can not describe the taste of that Snickers-flavoured ice-cream.....beyond comprehension. OK, maybe I'm exaggerating again, but it did deliver the bomb onto my palate, which exploded, of course. I wish they had it here (sigh) Eh! No no no, NO! Not sighing, but drooling.....




 Walaupun kali ini masih menggunakan kasut bertapak rata dan selesa, kali ini memang melecet berganda, sebab asyik berjalan sahaja.




2 comments:

  1. Assalaamualaikum Dr..
    Maaf..nak tanya topik lain. Sy sedang ambil utrogestan. Hari ni mcm ada discharge colour coklat. Even masa masukkan ubat pun sy tgk ada colour tu. Ada something wrong ke Dr? Before ni tak pernah mcm tu. Saya takut ada infection sbb before ni Dr pernah check & ada colour choc mcm tu & Dr kata ada infection.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum doktor...

    Saya salah sorang dari patient doktor. saya ada datang untuk buat fertility assessment pada hari kedua period saya. ujian pertama menunjukkan belah kiri telur takder keluar and belah kanan ada dalam 2 3 sahaja. itu pun yang paling besar, size tak cukup 'cantik'.

    So, doktor ada bagi saya clomid untuk saya makan one cycle. lepas tu saya ada datang lagi and buat 2nd assessment, telur dah besar but masih jugak tak cukup besar. at the same time, hubby buat cek sperm count (the result is very good). lepas tu doktor ada bg saya injection.

    after two days, saya datang balik, buat 3rd assessment and telur ada sebijik yang 'cantik' ukuran dia and doktor advice untuk buat 'homework' selama 3 hari. and after that, tunggu next cycle period and buat ujian kehamilan.

    syukur, ujian positif... :)

    soalan saya 1) adakah possible semasa first assessment saya tu, saya dah pregnant sebenarnya walaupun time tu saya period? izzit possible? sebab saya ada dengar pasal 'bunting pelanduk' sebab date yang doktor saya bagi sekarang, kalau ikutkan due mula-mula pada 31 dec, but now dah jadik 23 dec. saya bimbang nanti akan lahirkan premature baby.

    terima kasih. harap doktor dapat membantu :)

    ReplyDelete