Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 7 September 2012

Protokol IVF atau ICSI


Terima kasih atas kad raya velvet yang cantik itu, kuih raya (jujurnya, belum buka lagi), penghargaan dan yang lebih penting - doa :)




Ada 3 jenis protokol yang sebenarnya merujuk kepada jenis/cara ubat diberikan. (harap maklum, selain 3 protokol ini, ada juga IVF atau ICSI yang tidak menggunakan mana-mana protokol di atas tetapi hanya menggunakan pil Clomiphene citrate atau tiada ubat perangsang langsung. Bayi pertama IVF Louise Brown itu pun dari satu telur sahaja tanpa ubat rangsangan)



1. LONG PROTOCOL
Nama lainnya ialah Agonist Protocol
Konsep 'long protocol' - SEBELUM fasa ubat merangsang pembesaran folikel2 telur menggunakan suntikan FSH, terdapat fasa 'down-regulation' yang menggunakan suntikan/nasal spray bahan GnRH agonist

 

Ubat2 yang biasanya digunakan dalam 'long protocol':
1. Ubat pil perancang diberikan bermula kitaran haid bulan sebelumnya.
2. Pada kira2 beberapa hari sebelum kedatangan haid seterusnya, pemeriksaan TVS akan dilakukan, kemudian ubat GnRH agonist (dalam bentuk suntikan/nasal spray) akan dimulakan (jangan lupa bertanyakan Dr anda akan apakah kesan samping ang oleh dialami, supaya tidak risau/panik).
3. Pada awal kitaran haid seterusnya itu (ie bulan prosedur OPU IVF dilakukan), pemeriksaan TVS dilakukan lagi, barulah Dr menentukan dos suntikan FSH yang dimulakan (ini bermakna anda akan menyuntik diri sendiri sebanyak 2 kali setiap hari). Pastikan juga anda mengambil maklum dari Dr akan kesan samping yang mungkin dialami SERTA mengenalpasti tanda-tanda awal OHSS (sebelum ia menjadi lebih teruk). 
4. Selepas beberapa hari, pemeriksaan TVS dilakukan untuk mengetahuk sama ada dos yang diberikan sesuai dengan respon ovari ie. dapat  folikel telur dalam jumlah BILANGAN yang dikehendaki. Anda akan dinasihatkan sama ada :
- menyambung suntikan FSH dalam dos yang sama, atau;
- menyambung suntikan FSH dalam dos yang lebih tinggi (kurang bilangan folikel) atau;
- menyambung suntikan FSH dalam dos ang lebih rendah (dah terlebih banyak folikel la tu)
- menghentikan suntikan dan membatalkan program IVF itu (tiada respon atau bilangan  folikel telur terlalu sedikit)
5. Temujanji seterusnya adalah kira-kira 2 hari sebelum prosedur OPU dijangkakan. Jika benar folikel telur telah mencapai saiz dikehendaki, prosedur OPU (sedut telur) pun akan diatur. Suntikan terakhir yang mengandungi hCG pun diberikan kira-kira 36 jam sebelum prosedur OPU itu.
6. Pada hari OPU, daftar sebagai 'day-care surgery' sahaja. Folikel telur akan disedut, telur-telur akan dieram di dalam bekas/piring di dalam inkubator sebelum dicampurkan bersama sperma-sperma (IVF) atau disuntik (ICSI), kemudian dieram lagi.
7. Keesokannya, barulah dapat diketahui sama ada telah berlakunya  persenyawaan. Embrio yang terbentuk akan dieram lagi untuk beberapa hari sebelum dimasukkan ke dalam rahim dan selebihnya dibekukan..


2. SHORT FLARE PROTOCOL
Bezanya, masih menggunakan jenis ubat yang sama dengan 'long protocol', cuma ia diberikan pada waktu yang berbeza. Ini kurang digunapakai di negara kita berbanding 2 protokol lain. Jadi saya tidak akan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam kecuali jika masih ada yang nak tahu.


3. (SHORT) ANTAGONIST PROTOCOL
Kadang2 ia disebut 'short protocol' sahaja, maklumlah seperti yang saya katakan, ramai Dr yang menggunakan protokol 1 atau 3 sahaja, jadi 'short protocol' mereka merujuk kepada 'antagonist protocol'. Saya akan copy-paste perenggan di atas dan ubahsuai ya:

Ubat2 yang biasanya digunakan dalam 'antagonist protocol':
1. Ubat pil perancang juga mungkin diberikan bermula kitaran haid bulan sebelumnya, namun biasanya tidak diberikan.
2. Pada awal kedatangan haid seterusnya, pemeriksaan TVS dilakukan lagi, Dr menentukan dos suntikan FSH yang dimulakan. Pastikan juga anda mengambil maklum dari Dr akan kesan samping yang mungkin dialami SERTA mengenalpasti tanda-tanda awal OHSS (sebelum ia menjadi lebih teruk).
3. Selepas beberapa hari, pemeriksaan TVS dilakukan untuk mengetahuk sama ada dos yang diberikan sesuai dengan respon ovari ie. dapat folikel telur dalam jumlah BILANGAN yang dikehendaki. Anda akan dinasihatkan sama ada :
- menyambung suntikan FSH dalam dos yang sama, atau;
- menyambung suntikan FSH dalam dos yang lebih tinggi (kurang bilangan folikel) atau;
- menyambung suntikan FSH dalam dos ang lebih rendah (dah terlebih banyak folikel la tu)
- menghentikan suntikan dan membatalkan program IVF itu (tiada respon atau bilangan folikel telur terlalu sedikit)
4. Pada masa yang sama (penting ni), apabila folikel telah mencapai saiz yang dikehendaki, barulah suntikan bahan GnRH antagonist akan dimulakan (ini bermakna anda akan menyuntik diri sendiri sebanyak 2 kali setiap hari). Ia bertujuan untuk menghalang folikel yang membesar ini mengalami ovulasi sebelum OPU dilakukan.
5. Temujanji seterusnya adalah kira-kira 2 hari sebelum prosedur OPU dijangkakan. Jika benar folikel telur telah mencapai saiz dikehendaki, prosedur OPU (sedut telur) pun akan diatur. Suntikan terakhir yang mengandungi hCG pun diberikan kira-kira 36 jam sebelum prosedur OPU itu.
6. Pada hari OPU, daftar sebagai 'day-care surgery' sahaja. Folikel telur akan disedut, telur-telur akan dieram di dalam bekas/piring di dalam inkubator sebelum dicampurkan bersama sperma-sperma (IVF) atau disuntik (ICSI), kemudian dieram lagi.
7. Keesokannya, barulah dapat diketahui sama ada telah berlakunya persenyawaan. Embrio yang terbentuk akan dieram lagi untuk beberapa hari sebelum dimasukkan ke dalam rahim dan selebihnya dibekukan..



SECARA PERBANDINGAN
1. Long protocol mengambil masa yang lebih lama kira2 4 minggu (tempoh suntikan pun lebih lama dan semestinya lebih banyak kali anda menyuntik diri sendiri). Tetapi kos ubat GnRH agonist ini lebih murah berbanding GnRH antagonist.
2. Antagonist protocol memang lebih sekejap hanya kira-kira 2 minggu sahaja, lebih convenient untuk Dr dan juga untuk pesakit.
3. Namun, setakat ini, masih belum ada satu kajian pun yang melaporkan peratus kehamilan 'antagonist protocol' melebihi 'long protocol'. Kalau ada pun, hanya setakat menyamai sahaja atau lebih rendah. Ada teori yang menyatakan ini disebabkan oleh kesan GnRH antagonist terhadap rahim sehingga ia kurang sesuai untuk implantasi embrio.
4. Itulah sebabnya kebanyakan Dr akan memulakan dengan 'long protocol' dahulu. Hanya jika dengan 'long protocol' bilangan telur (antral follicle count atau AFC, bukannya rancangan memasak Astro itu) terlalu sedikit atau dalam kumpulan wanita berusia lebih (pun dijangka telur sedikit sahaja), maka 'antagonist protokol' akan digunapakai. Sehinggalah ada pusat IVF yang mengamalkan 'antagonist protocol' utk convenience, kemudian KESEMUA embrio akan dibekukan dan prosedur ET (Embryo Transfer) hanya dilakukan pada bulan berikutnya ie frozen ET kerana keadaan rahim lebih sesuai dan peluang kehamilan lebih tinggi. Masih ramai yang melakukan fresh cycle ET sahaja. Pesakit terakhir 'antagonist protocol' (sebab AFC beliau sedikit) saya pun menjalani fresh ET, 1st attempt, kebetulan dia hamil, dah bersalin pun. Tetapi saya masih orang 'long protocol', sehinggalah ada kajian yang membuktikan secara saintifik n statistically significant bahawa 'antagonist protocol' memberikan peratus kehamilan yang lebih tinggi daripada 'long protocol'. Mungkin pusat2 IVF yang mengatakan peratus kehamilan IVF mereka sudah cukup tinggi (ada yang kata 60-80% on Day2 or Day3 ET, so they claimed) dengan 'antagonist protocol' menggunapakai 'long protocol', siapa tahu ia akan terus menjadi 100% pula.


Di negara kita tiada peraturan tetap, itulah sebabnya ada embrio yang dibekukan pada hari ke-2 atau ke-3. Di negara seperti Jerman, undang2 negara tidak membenarkan embrio dieram melebihi 1 hari. Semua embrio awal berusia tahap 2-pn yang tidak digunakan dalam ET mesti dibekukan, namun mereka masih dapat mengekalkan peratus kehamilan yang tinggi. Pening kepala saya nak menguasai kepakaran mereka. Kadang2 kes yang saya jangka menjadi, tak berjaya. Kes yang saya kurang yakin, hamil pula.


Maka, tidak lama lagi, saya pun akan menuntut ilmu lagi, berkenaan "GnRH antagonists in Ovarian Stimulation' di negara itu, insyaAllah. Dengan sesi debate pakar2 IVF dari negara2 Eropah, pembentangan analisa sekumpulan hasil kajian-kajian dari tahun 2002 sehingga tahun lepas dan banyak lagi.


Hmm...bilalah pula agaknya pakar2 negara kita menjadi rebutan memberikan ceramah antarabangsa. Dah ramai yang senior2 ni, Cikgu2 saya di HUKM tu pun dah lama tahap 'otai', ramai pakar2 baru IVF tempatan menjalani attachment-training dengan mereka.


Semoga ia akan memberi manfaat kepada saya dan pesakit-pesakit saya. Doakan saya selamat di atas angin dan di sana.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Dr.. Kami doakan semoga segala urusan Dr. dipermudahkanNya dan Dr. dpt menimba ilmu sebanyak-banyaknya untuk membantu kami..

    ReplyDelete
  2. ntah la ..saya mula-mula paham ...dari MI , MII , GV ..masuk IPMAT kebawah saya terus pergi ke komen

    ReplyDelete
  3. salam doc

    harap u sehat hari ni...
    nak pendapat/nasihat. Sy dah kahwin 1.5 yrs tp blum ada tanda2 pregnant. Period sy sgt regular & utk makluman doc,this is 2nd time marriage for my husband, dia ada 4 beautiful kids. Nak pendapat doc pemeriksaan mcm mana yg perlu sy buat utk check my problem ni...FYI, m 40 yrs old this yr...Pls help
    Advance thank you!!

    zdzanida

    ReplyDelete