Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 25 September 2012

Malaysia vs Jerman

1. Malaysia (Melaka) pernah mengalami zaman kegemilangan pelabuhannya, ada selat Melaka yang tenang. Jerman (Hamburg) pula masih mengekalkan kegemilangan itu, dia pun ada Sg Elbe yang panjang dan Hamburg terletak 120 km menyusur dari laut.

2. Sebelum ini saya 'kiasu' dgn buku2 mengenai Hitler. Hanya semenjak dua menjak ini sahaja saya baru sedar akan 'kekayaan' Jerman dgn cendikiawan dan inovasinya, bukanlah setakat buat kereta sahaja. Juga di sinilah bermulanya sejarah universiti moden apabila mula memasukkan elemen kajian ke dalam institusi itu beratus tahun dahulu, kemudian barulah diikuti oleh British dan USA. Patut pun mereka ada banyak ciptaan. Maka alasan belum habis lagi khatam buku tebal 'The German Genius' bolehlah dipakai walaupun dah hampir 6 bulan membelinya. Anak Malaysia pun ada ciptaan sendiri, tapi dia buat itu di Taiwan (ingat tak cerita mengenai Dato' Pua Khein Seng yg mencipta USB/pen-drive/thumb-drive itu (teringat zaman floppy disk dulu2)? Cuma sayangnya, beliau tidak mendapat sokongan sewaktu ingin membuatnya di negara kita)

3. Di Malaysia, ramai pemandu kereta menyangka mereka berada di Jerman Autobahn. Saya masih kura-kura yang memandu dengan penuh berhemah. Itulah agaknya sebabnya kereta Jerman saya masih tak tukar2 bateri lagi walaupun hujung tahun ini genaplah usianya 5 tahun. Petrol pula sungguh menjimatkan, Ron 95 sahaja dan memang melebihi 600km bagi setiap full-tank 60liter semenjak sering memandu long-distance kat highway ini.

4. Di sini, IVF ditanggung sebanyak 3 kali bagi pemegang insurans am, manakala pemegang insurans   swasta pula tiada had berapa kali pun, cuma terhad utk 40thn ke bawah. Kita agak beruntung juga sebab ada TAFF walaupun ada syarat2 kelayakan. Semoga Allah memberkati hidup
TPP (Tengku Puan Pahang) sekeluarga, aamiiiiiin.

5. Berbalik kepada inovasi, kini ada 'short protocol' IVF yang memberikan pregnancy rate yang lebih tinggi daripada 'long protocol'. Hmm....baru ku tahu, dah 2 tahun rupanya mereka menggunakan protokol ini. Better late than never.

7 comments:

  1. As salam Dr, best nya kt sana IVF ditanggung.. :) Dr, i'm your patient, saya skrg on lucrin, suntikan ketiga pd 8/9/12, dan HSG pd 22/9/12, today 26/9/12 ada keluar darah (not sure whether this is period), setakat ni tak byk lg. Sorry terpaksa tanya kat sini since you're not here, my next appointment pd 6/10/12. A bit worry sbb supposed tak dtg period :( ok have a great n safe trip Dr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh tak patut period cepat ni. Dah check UPT? Tgk dulu flow macamana, esok bgtau saya. Cuma saya reply lambat, sibuk 'menyibukkan' diri, n di sini 6 jam lewat.

      Delete
  2. Salam doctor.
    Bole saya tau samada endometriosis bole dpt detect melalui scan thru vagina? Kalau based on US medical forum, kebanyakan doctor informed yg endometriosis hanya bole detect melalui laparoscopy, jd mana satu betul ya? Lg satu, betul ke retroverted uterus bole menyebabkan infertility dan dgn itu perlu ada surgery utk membetulkannya? Ini kerana saya mempunya sahabat yg mempunya retrovert uterus tp mampu hamil lebih 3 kali. Harap doktor bolehmberi pandangan doktor.
    Sekian :)

    ReplyDelete
  3. Salam doc adilah.
    Saya patient doc br lps laparoscopy on 03/09, dh abis 4 antiobiotic last taken on 29/09. 1st Lucrin injection on 17/10.
    Tiba2 hari ni ada darah sikit2 keluar, x sure whether period ke tak. Bole doctor advise? 2nd lucrin expected on 17/10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti lupa apa I pesan :) Lepas suntikan pertama, ramai yg akan dapat period dan corak period berlainan, kebanyakannya spotting berpanjangan, kadang2 (jarang) ada yang dapat heavy bleeding. Hanya selepas suntikan ke-2 baru expect no period. Harap jangan lupa pesanan lagi satu, guna precaution/protection ya

      Delete
  4. Owh ok faham ^_^. Thanks doctor :)

    ReplyDelete
  5. Salam doc, boleh tak saya dapat anggaran harga ubat injection pergoveris berape? anggaran kasar..thanks doc

    ReplyDelete