Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 20 September 2012

Blocked Fallopian Tubes - Spontaneous pregnancy after tubal surgery (and medication)

Ianya bermula dari seorang pesakit saya bertahun dahulu.
Masalah dihadapinya : hydrosalpinx (tiub falopian membengkak dan tersumbat).

Secara TVS, hydrosalpinx boleh dikenali sebagai kantung panjang (cyst biasanya bulat), malah boleh juga dilihat kelok2 tortuousity-nya itu. Sepatutnya tiub falopian tidak dapat dikenali melalui ultrasound.






Cuba google 'hydrosalpinx'
Kemudian, cuba google 'hydrosalpinx and IVF'
Sekarang cuba google 'blocked fallopian tubes and IVF'
Memang banyak kajian perubatan yang meyimpulkan 'hydrosalpinx mengurangkan peluang kehamilan dengan IVF', kerana cecair yang terkumpul di dalam tiub yang membengkak itu dikatakan beracun dan merosakkan embrio di samping aliran cecair itu turut 'membasuh' embrio keluar ke faraj sebelum sempat implantasi pada dinding rahim.
Maka, keluarlah saranan 'pembedahan menutup tiub pada pangkalnya' bagi menghalang cecair hydrosalpinx memasuki ruang rahim.

Saya juga mengamalkan konsep 'evidence-based medicine'. Apa yang laporan kajian perubatan yang menunjukkan keputusan signifikan (berdasarkan analisa statistik), saya akan jadikan panduan.
P.a.n.d.u.a.n.

Tetapi seorang pesakit saya yang itu tidak bersetuju apabila saya mengutarakan saranan pembedahan tersebut.
Kerana....beliau tahu, apabila tiub falopiannya ditutup secara pembedahan itu, beliau hanya boleh hamil dengan kaedah IVF sahaja (walaupun selama sebelum itu, tiub falopiannya berpenyakit dan memang telah tersumbat)
Itu sebabnya beliau menolak cadangan saya.
Rupa-rupanya, kemudiannya beliau hamil, sendirian berhad!
Saya pun mula berfikir, apa yang telah berlaku kepada tiub falopiannya itu?

Maka, saya pun bertukar arah, tetapi bukanlah 180 darjah.
1. Saya masih memberitahu akan hasil kajian2 perubatan yang mengatakan 'hydrosalpinx' perlu ditutup, jika tidakditutup maka peluang kehamilan IVF rendah..
2. Saya juga memberitahu akan kes demi kes pesakit saya yang hamil sendirinya setelah menjalani pembedahan membaiki tiub falopian dan mengambil 'cocktail ubat2an'.
3. Pesakit saya ada yang memilih untuk menjalani pembedahan menutup pangkal tiub falopian.
4. Tetapi semakin lebih ramai daripada mereka memilih untuk menjalani pembedahan membaiki tiub falopian (salpingoplasty atau fimbrioplasty atau tubal reconstruction atau nama2 lain yang maksudnya hampir sama) dan mengambil tempoh percubaan kaedah mudah, jika tidak berjaya barulah mereka akan menjalani pembedahan menutup pangkal tiub falopian. Mungkin kerana 'cyber-words of mouth' dari pesakit2 sebelum itu yang telahpun hamil.
5. Maka, telah ada suatu siri pesakit2 yang telah berjaya hamil sendirinya setelah menjalani pembedahan tiub falopian:

- ada yang pangkal tiub falopian tersumbat (jenis pembedahan ini paling mudah dan cepat, tetapi memerlukan alat yang sesuai kerana pangkal tiub falopian memang kecil - prosedur ini dinamakan tubal ostial cannulation). Jika dibandingkan, kes2 sebegini yang paling cepat hamil berbanding kes2 di bawah (mungkin kerana tahap kerosakan hanyalah sedikit sahaja)

- ada yang penghujung tiub pula yang tertutup (jenis pembedahan ini rumit kerana penghujung tiub mempunyai jejari fimbria yang sangat 'delicate' dan mudah rosak akibat luka pembedahan, mudah mengalami pendarahan dan boleh rosak pula jika menggunakan kaedah 'thermal ablation ke atas pendarahan tersebut') Prosedur ini dinamakan fimbrioplasty.

- ada juga kes yang pertengahan tiub (bahagian ampulla) yang tersumbat atau kadangkala berbonggol2 akibat tersekat2 aliran di dalamnya. Ini juga 'leceh' dan memerlukan kesabaran terutamanya apabila melakukannya menggunakan kaedah laparoskopi. Bukan mudah untuk melakukan cannulation terhadap bahagian tersebut, kena 'improvise' guna tiub nasogastrik baby dan disalurkan ke dalam tiub tersebut, secara laparoskopi. Ha...terkial2 jugalah, tapi...sabar...kena sabar. Pembedahan kes kesuburan memang kena banyak sabar kerana jika tidak, jadilah seperti tikus membaiki labu.

- ada pula yang memang rupabentuk tiub falopiannya rosak, kalau nak diikutkan memang dahulunya saya akan kata 'you ni memang kena buat IVF je sebab tiub rosak teruk'.

- ada yang sewaktu pembedahan saya masih tidak mendapat hasil yang memuaskan, sama ada aliran cecair melali tiub tidak lancar, malah ada kes2 yang masih menunjukkan aliran cecair tiada ie tersumbat. Maka selepas pembedahan saya berikan 'cocktail ubat2an 4 serangkai itu' (formula sendiri, itu sebabnya nama pelik) dan apabila diuji dengan HSG selepas itu, kedua belah tiubnya telah tidak tersumbat lagi malah aliran melalui tiub tersebut lancar. Memang selalunya, apabila kita sendiri sedar akan had keupayaan kita sebagai seorang doktor/manusia/pesakit, pertolongan itu datang dariNya dan pesakit pun hamil.

6. Maka petang tadi, saya pun bercerita mengenai satu lagi kehamilan yang disahkan pada hari ini kepada suami, seorang academician. Beliau pun teruja dan mencadangkan;
"jom kita tulis report  'series of spontaneous pregnancies in women with previously damaged/blocked fallopian tubes, following tubal surgery and medication" Dapat juga mencipta nama anak Malaysia seperti En Pua yang mencipta thumb drive itu.

Saya jawab;
"En Jake (bukan panggilan/gelaran sebenar) lah tulis. I bukan orang universiti. Tapi I dah suruh Ida (nurse saya) pergi OT minggu depan (kan saya pergi bercuti belajar minggu depan) ambil nama semua patient yang buat op dari tahun lepas. Saya nak buat data entry and nak buat rekod sendiri"

Tetapi, mengenangkan selama ini tak menang tangan (walaupun tak ada sebab kuat kenapa saya nampak sibuk), nak mem-blog pun dah tak sesempat dahulu, maka harapan kini bersandar kuat kepada nurse saya (walaupun menyedari dia berseorangan melayan saya, pesakit2 dan kini rekod pesakit pula). Dah lama dah hasrat ini seperti hangat2 ---- ayam sahaja.



Cuma,
Apa yang saya simpulkan dari kes2 ini;
Bagi yang tiub falopian tersumbat/berpenyakit, buatlah persiapan (kewangan) untuk IVF tetapi sementara itu tidak salah jika sewaktu pembedahan (yang mendapati tiub tersebut tersumbat), doktor turut melakukan pembedahan membaiki tiub dan menggunakan 'cocktail ubat2an 4 serangkai'. Siapa tahu, anda juga boleh hamil secara normal seperti pesakit2 itu. Jangan lupa makan buah prune yang banyak anti-oksida itu, murah dan mudah didapati di kebanyakan pasaraya dan kandungan ORAC prune dua kali ganda daripada kismis sementara yang lain2 lebih rendah lagi (tak ada orang yang kaji pasal ORAC kurma pula, maka tak boleh komen). Kena percaya dengan keupayaan tubuh kita sendiri untuk 'pulih'. Kalau saraf ada yang boleh regenerate, kalau parut ada yang boleh hilang, mengapa tiub tersumbat dapat 'hukuman' no-chance-but-IVF-only ?
Maka, apabila telah berjaya hamil sendirinya, tak perlulah terpaksa menjalani IVF sahaja jika ingin hamil lagi.

Tetapi, pembedahan ini memang kosnya sendirian berhad juga ya, kerana pembedahan tiub falopian selalunya berkait dengan kesuburan dan ini tidaklah ditanggung oleh pihak insurans ataupun kebanyakan panel.


Sekarang,
Bezakan dengan prosedur 'membersihkan' tiub falopian yang selalu kita dengar.Sebenarnya ianya hanyalah prosedur 'hydrotubation' atau 'dye insufflation' atau 'tubal patency test', kesmeuanya memberi maksud yang sama.
Sewaktu prosedur tersebut, cecair berwarna biru (menggunakan dye methylene blue' bercampur cecair normal saline) dimasukkan melalui pintu rahim menggunakan alat khas. Kemudiannya diperhatikan bayangan aliran cecair biru ini keluar melalui pangkal tiub falopian dan seterusnya melalui ampulla tiub sebelum sepatutnya keluar melalui penghujung(fimbria) tiub falopian. HANYA JIKA terdapat SEDIKIT sekatan/serat2 di dalam tiub, tekanan pancutan cecair ini (seumpama pancutan air melalui paip getah) dapat 'MEMBUKA' sekatan tersebut.
I.t.u. s.a.h.a.j.a.
Bukanlah bermakna tiub itu telahpun dibersihkan atau tiub tersebut rosak teruk/tersumbat banyak tetapi hasil prosedur 'dye insufflation' tersebut maka tiub telah berjaya dibuka.
Jika ianya semudah itu (kerana prosedur ini cuma mengambil masa tidak sampai 10 minit), maka sepatutnya kaedah HSG (juga memancutkan cecair berkontras melalui pintu rahim dan alirannya dilihat secara x-ray) juga dapatlah berjaya membuka tiub tersumbat sebabnya prinsip kaedahnya sama iaitu masukkan air sahaja :))

11 comments:

  1. Salam dr. Sy nazrah..2 hari lepas sy ke hospital lam wah ee penang utk ivf kali ke 2 tetapi tepaksa ditangguhkan kerana hydrosalpinx both tubes. Dr bg suggestion utk remove both tube sbb die kata tube sy dh teruk. Sy masih confuse adakah itu saja option yg sy ada iatu laporoscopy buang tube n ivf the only way kepas ni..2010 sy buat operation buang endometriosis stage 4..jd sy minta pendapat dokter adakah buang itu jalan yg terbaik..sekarang ni sy masih berharap miracle happen to me

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, byk ilmu yg sy dpt di sini.semoga Allah memberkati hidup & ilmu Dr.
    kalau ada rezeki sy ingin buat treatment dgn Dr, InsyaAllah

    definitely akn mkn prune byk2 sb rasa mcm masa dah singkat since umur pn dah 31y/o.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu makan banyak2, pt2 saya yg pregnant (spontan) ada yg makan 3 biji sehari, ada yg makan 4-5 biji sehari, ada yg makan bila teringat nak makan. Kena sederhana......

    ReplyDelete
  4. :) my bad. Allah pn xsuka perkara yg melampau2 kan jd bersederhanalah (igtkn diri sndri). InsyaAllah Dr..tk

    ReplyDelete
  5. saya pun berjaya mengandung secara normal setelah buat operation unblocked tube...syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. salam dr. Thanks for d info pasal blocked tiub ni. actually, i went to Mahkota Hospital yesterday for HSG. I was crying when doc told me that my left tube blocked. Balik je, terus cari maklumat pasal blocked tubes. Is it hard for me to conceive naturally? Any medication or herb that will be good for me? I was thinking d few months nak try biodex. Do advice me. thanks dr

    ReplyDelete
  7. Salam dr. Saya ingin bertanya bagaimana nak ketahui tiub Fallopian tersumbat?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Doc,

    Sy mengalami Adenomyosis yg dah bersarang seperti sarang labah2 serta dah blok kedua2 tiub serta Fibroid 5cm.Pernah operate bulan 4 2012 dan doktor tu kata tiada harapan mengandung normal sebab tersumbat. Bolehkah saya buat oeration tube tersebut? betulkah sy memang tiada harapan mengandung normal dan perlukan IVF sahaja?Harap doc dpt menjawab.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dr..sy dri brunei darussalam..sy dh mjalani hsg dan kputusannya both fallopian tubes sy tsumbat...x tahu tsumbat mcm mane dktr x continue treatmnt lebih lanjut lg..dr sy jua mgatakn mmg x de harapan nak prgnt kcuali dgn kaedah ivf itupn blm tentu success sebab sy jua ada rahim yg abnormal (dh check mri)...betul ke x de solutionnya bla fallopian tubes blocked ne? Apa yg sy google kebanyakannya mgunakan kaedah laparoscopy..sy btl2 buntu x tau nak pikir apa lg..sy btl2 nak prgnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Apa kesimpulan laporan MRI? Apa yang abnormal pada rahim?
      2. Kalau tiub tersumbat pada pangkal sahaja, biasanya boleh dikorek buka. Tetapi bila bahagian yang tersumbatitu lebih panjang, mungkin sukar lagipun aktiviti rerambut/otot tiub biasanya kekal rosak. Apa laporan penuh HSG?

      Delete