Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 13 August 2012

Q&A Part 9 (Feb 2012)

SILA PASTIKAN ANDA FAHAMI DISCLAIMER DI ATAS.
KEPADA YANG MEMBERI SALAM - SALAM KEMBALI WARAHMATULLAH.
KEPADA YANG BERTERIMA KASIH - BITTE SCHOEN :)

SELAMAT BERPUASA DAN HARI RAYA AIDILFITTRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Berikut adalah soalan2 yang diajukan dalam bulan Februari 2012.





On Ovarian Cyst (14/11/2010)

Hana Najwa bertanya;

Saya disahkan ada ovarian cyst 5cm, selepas sebulan cuba rawatan kg, saiz nya tetap sama. saya tidak dtg haid kira-kira 5 bulan. doctor gov kata ia tidak merbahaya dan boleh mengecut. apakah saranan doctor. saya belum berkahwin. baru2 ni saya telah ke klinik swasta, doctor memberi saya ubat turun haid dan pil hormon yasmin, beliau kata mungkin boleh kecut. boleh doc Adilah bagi pendapat sedikit.

Jawapan
Ada jenis cyst ovari yang boleh mengecut sendiri tanpa diberi apa-apa ubat pun, cyst ini lazimnya jenis physiological (eg luteal cyst), biasanya dr ruruh tunggu 3  bulan. Ada jenis cyst yang boleh mengecut dengan pil hormon (biasanya dr bagi pil perancang). Tetapi ada jenis cyst yang tak akan berubah pun saiznya dengan kaedah2 di atas. Sewaktu ultrasound, ciri-ciri cyst yang dtunjukkan boleh membantu dr mengagak apakah jenis cyst Hana. Kalau cyst masih ada sekarang, eloklah buat operation laparoskopi, keluarkan cyst, hantar cyst ke makmal untuk ujian HPE bagi mengesahkan apakah jenis cyst itu.


On 1st Day at Workplace (3/1/2012)

Darina bertanya;
salam dr..
Sy ada masalah dgn period sy..period dtg bulan 20.12.2011 then pada hari ke 19 turun darah balik for two days...
This month period dtg on the 21.1.2012 then pada hari ke 12 turun darah semula.. Period sy tak regular,so start bulan 12 last year sy makan pil herba shavatari himalaya dan serbuk kurma dgn madu..Period memang dtg alhamdullilah tapi jadi mcm di atas...

please help

Jawapan
Susah nak bantu kalau tak check. Kena tengok lapisan period tu bentuk, ketebalan, ada polip ke tidak etc. Kena tengo juga ovari, kdg2 ada penyakit ovari yang menyebabkan haid tidak teratur ni. Kena buat ujian darah untuk hormon tertentu. Dah pergi jumpa dr ke belum, apa dr kata?


Julia Taee bertanya;
Salam Dr.
Saya mengalami masalah haid tidak teratur semenjak mula-mula didatangi haid pada umur 13 tahun. Sekarang dh berumur 28 tahun, dah berkahwin selama setahun, period pun masih tak menentu juga. My last period is on 31 Ogos 2011 til now tak period lagi. Tapi pada bulan lepas-25 Dis 11, ada keluar sedikit cairan macam darah, ingatkan period tp kuantiti yang keluar sikit sgt mcm keputihan.. 2-3 hari je keadaan tu jadi. Then on 31 Jan, ade lagi keluar darah mcm tu, sikit je til hari ni masih ade lagi.. Apa yang harus saya buat sbb saya pon merancang untuk dapat baby...

Jawapan
Ada masalah lain tak? Berat badan? Perubahan kulit? Yang ni pun kena check dr juga. Tak elok biarkan period tak datang lama macam tu. Setidak2nya ambil ubat untuk turunkan haid. Kalau tak, boleh dapat risiko hiperplasia endometrium atau worse, kanser endometrium.


Idaura bertanya;
salam Dr.
saya nak bertanya sesuatu mengenai kehamilan..saya sudah berkahwin lebih 3 thn.. boleh tak kita berbincang didalam email.. ini email saya doktor
idauralyani_ramli@yahoo.com

Jawapan
Maaf sangat2. Ruang ini hanyalah untuk masalah yang ingin dikongsi beramai2 info/ilmunya. Personal consultation hanya dihadkan kepada pesakit saya yang asih dalam rawatan sahaja.


On IUI (10/11/2009)
Aaina bertanya
Salam Doktor,

boleh saya dapatkan bantuan doktor utk IUI?
macamna saya nak hubungi doktor?
emel saya : neo07phoenix@gmail.com

terima kasih doktor..
Jawapan
Telah ditambah info sesi klinik saya di tepi sebelah kanan ini :) Saya tak suka jawab telefon kecuali atas sebab kecemasan eg pesakit yang dalam rawatan suntikan FSH atas sebab monitoring risiko OHSS.


On Endometriosis (25/03/2010)
Izzati bertanya;
salam dr. Adilah,
saya ade wat laparoscopy (maaf dr. kalau silap ejaan) endo last year n then last week on 11/2/12 sy amik injection lucrin for 3 bulan.. saya nk kepastian, bila paling lewat period akan dtg balik? 3 bulan lepas last injection ke mcm mane? & sekiranya ter'pregnant' dlm tempoh itu adkh memberi kesan kepada janin sy nnt? Please help me doctor.
terima kasih.

Jawapan
Sememangnya dijangkakan dan saya akan beritahu awal2 kpd patient sipaya tak risau/panik bila tak datang period.  Biasanya kalau yang ambil suntikan tu 3 kali, haid dijangka akan datang semula kira-kira 11 minggu dari tarikh suntikan terakhir.
Dah ada amaran dari syarikat ubat itu sendiri yang suntikan ini ada risiko kepada pembentukan/sifat janin/baby. Biasanya saya suruh patient guna protection sehingga sebulan selepas tarikh suntikan terakhir.


On Unstimulated IUI (24/02/2012)
Raudhah bertanya;
salam doc,
next entri boleh tak terangkan berkenaan period jadi tidak teratur selepas berkahwin. apa puncanya dan penyelesaiannya..

macam saya, sebelum berkahwin kitaran tetap 30 hari, tetapi selepas berkahwin boleh jadi panjang sehingga 90 hari.. sudah 2 tahun lebih berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata..

Jawapan
Saya cuba tetapi tak janji sebab banyak lagi topik yang tertunda. Banya punca haid yang tak teratur ni, elok jumpa dr dulu sementara menantikan entry saya.


Billy bean bertanya;
Dr can you please comment on MLM products that promote fertility. Atau buat satu entry ke? Just nak tau apa pandangan doctor mengenai barangan ni.

Jawapan
Saya tak akan bagi komen mengenai produk sedemikian secara spesifik. Apa yang saya ingin katakan, kita perlu tahu apa yang kita ambil, adakah perlu. Ini kerana setiap benda itu ada kesan baik dan ada juga kesan buruknya. Dah ada beberapa kes pesakit berusia 30-an yang emngalami 'menopaus' apabila mengambil produk tertentu, manakala suami mereka pula mengalami masalah ereksi. Pendapat saya - kalau tak betul2 perlu dan kalau tak pasti kandungan lengkapnya, jangan ambil ,termasuklah ubat moden. Saya selalu sarankan patient ambil pil asid folik 5mg dan multivitamin (tak kira apa brand pun) setiap hari sehingga hamil. Bila dah disahkan hami, teruskan pil asid folik dan berhenti multivitamin.


On Potong Q (17/07/2011)
Ain Baharin bertanya;
Salam Dr..saya telah Berkahwin 3 tahun lebih Dan belum dikurniakan anak...5 bulan lepas,sy menjalani laparoscopic utk endometriosis..selepas op tu, Dr suntik utk stopkan period selama 3 bulan...tp masalahnye skang sudah melebihi had..da 4 bulan lebih sy masih belum period..sy sgt2 risau jika ade kesan sampingan suntikan itu..

Jawapan
Semasa dala rawatan suntikan hormon GnRH agonist tu, memang tak dapat haid. Haid biasanya datang selepas suntikan pertama sahaja (itupun lazimnya berpanjangan). Selepas suntian kedua dan ketiga memang tak patut ada haid. Dan haid akan datang semula sekitar 11 minggu selepas tarikh suntikan ketiga. Betul tak?

5 comments:

  1. Salam doc, sy ada soalan:

    Bolehkah sekiranya sy yang tggl di jb ni mahu buat treatment dgn doc? Utk makluman doc, sy ada jumpa gynae di jb tp dia lbih byk cdgkan buat ivf ( kualiti sperma suami kurang elok; morpologi hanya 7% shj)..tp bila sy baca dpd blog doc ni, doc skrg dh kurg kes yg perlu buat ivf sebaliknya iui shj pb dh boleh berjaya hamil, sy rs mahu buat treatment dgn doc..tp doc terima ke klu patient tinggal jauh ( mcm kes sy ni dr jb)..mohon penjelasan doc, terima kasih..

    ReplyDelete
  2. salam dr.
    saya sedang mencari maklumat mengenai pendarahan selepas mengambil zoladex dan terjumpa blog ini. banyak info yang bermanfaat dan permasalahan yg serupa dengan yang saya alami

    saya pernah mengambil zoladex pt 2008 sebanyak 3 kali, dan darah saya keluar seperti biasa.
    skrg saya akan menjalani pembedahan myoma, jika perlu pembuangan rahim dan ovari bergantung pada keadaan fibroid dan endo (tidak tahu ada stage pun) saya telah disuntik 3 kali sejak jun 2012. adakah darah yg keluar slps injek itu darah haid atau istihadah? dptkah membezakan antara darah haid dan istihadah dari ilmu kedoktoran?
    thanks alot in advance

    ReplyDelete
  3. Salam Dr. Adilah...

    saya endometriosis stage 3, sudah jalani laparoscopy bulan 9 2011, selepas 2x IUI masih gagal conceive..

    sy ingin bertanya;

    1)kakak sy cadangkan produk elken...nak menolak susah..saya cuma risau samaada penghidap endometriosis boleh ker makan produk herba..sebab kawan sy pernah bgtau doc die ckp elakkan produk herba sebab akan growkan endometriosis tu lg cepat..especially epo..betul ker doc?

    2)period sy dtg setiap bulan pada tarikh yg hampir sama..cuma masalahnye period sy datang antara 10-14 hari...agak susah utk sy temtukan waktu subur...setiap kali buat kiraan waktu subur...masa seawalnya ptt bersama tp masih period...start dari hari ke-4 xbanyak lg keluar...sehari ada sehari xde...tp akan drag lama...dan keluar sket..sebab tu sy susah nak conceive?

    3) sy buat treatment dekat hosp awam, doc bg 3 attempt utk IUI, die more prone to IVF...tp sy xmampu lagi...kalau last attempt hujung bulan nie masih xberjaya...boleh ke sy tukar utk buat IUI dengan doc...ape dokumen yg perlu..

    4)sejak saya stop treatment selepas gagal IUI ke-2 (alasan:kerja agak stress n telor tak membesar walau pon inject 150iu + clomid), sy dapati bila bersama suami,cairan yg keluar berwarna putih dan creamy mcm tepung likat..agak xselesa...tp bila keadaan biasa xde pulak cairan yg melekat dekat panties...masalah hormon atau keputihan atau endo dah grow semula? sebab selepas 5 bulan lap n finish 3 injection lucrin..doc yg scan ckp nampak ade lg cyst..die kata mungkin ade yg xbuang..

    harap doc dapat jawab soalan sy..terima kasih..

    ReplyDelete
  4. SALAM...Doc..saya nk tnya doc..period saya tak teratur.. 2 atau 3 bulan sekali baru datng..that mean hormon tak stabil..kalau daya buat kaedah IUI ada peluang utk hamil ke? tq doc

    ReplyDelete
  5. salam..
    saya ingin bertanya kpd doc.baru-baru ni sy datang haid pertama selepas bersalin anak sulung.haid tersebut selama 4 hari.masuk hari ke 5,totaly dh benti.selepas 9 hari darah turun kembali.pada mulanya saya sangkakan darah istihadah.tetapi darah tersebut bau dan rupa rupa-rupanya adalah haid.soalan saya,mengapa haid datang dalam tempoh yang terlalu awal.dan adakah dengan sbb datang haid terlalu awal ini membuatkan sy akan mengandung selepas haid tersebut berhenti???mintak doctor jelaskn.saya semakin runsing kerana tidak mahu hamil lagi dalam masa terdekat ini.tolong doctor jelaskan.

    ReplyDelete