Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 31 July 2012

Q&A Part 8 (Januari 2012)

Marathon menjawab soalan (tapi saya tak janji, ikut kemampuanku).
SILA PASTIKAN ANDA FAHAMI DISCLAIMER DI ATAS.
KEPADA YANG MEMEBRI SALAM - SALAM KEMBALI WARAHMATULLAH.
KEPADA YANG BERTERIMA KASIH - DE NADA :)

Berikut adalah soalan2 yang diajukan dalam bulan Januari 2012.

ON PERJALANAN INI (8/11/11)

Dari Mizz
Salam Dr Adilah


Saya ingin bertanya berkenaan PCOS. Dr telah beri saya diane and metphormin untuk ini. Tanda-tanda pcos i.e lebihan rambut dan obesiti ada pada saya. Bagaimanapun saya telah berhenti mendapat rawatan selama 4-5 tahun. Kini saya cuba mendapatkan rawatan semula dan memilih hospital kerajaan memandangkan kosnya tidak semahal swasta. Walaupun saya memilih untuk mendapatkan rawatan, tiga bulan kebelakangan ini (oct, nov and dec 2012) period saya normal (2-3 hari dan sedikit saja). Dr telah bagi saya Sucee dan akan follow up semula selepas 4 bulan. Bagaimanapun, saya jadi curiga kerana tiada penerangan pada keadaan saya walau Dr ada lakukan scan. Lebih membuat saya was-was sebab saya akan berkahwin dan saya amat berharap untuk dapatkan zuriat. Saya harap Dr Adila dapat memberi pandangan dan nasihat untuk masalah saya. Untuk makluman Dr Adila, usia saya 37 tahun dan berat saya 90 kg dan tinggi 157cm.


terima kasih.

Jawapan

Tidak semua wanita yang mengalami PCOS juga mempunyai masalah kesuburan. Ia lebih lazim pada wanita PCOS yang mempunyai berlebihan berat badan dan haid yang tidak teratur (kerana besar kemungkinan ovulasinya juga tidak teratur).

Mizz perlu berusaha lebih kuat lagi untuk menurunkan berat badan. Ini sangat penting. Tetapi bukan mudah nak turunkan berat badan bagi wanita PCOS. Biasanya wanita PCOS akan mudah mengalami kenaikan berat badan walaupun makan sedikit sahaja. Tetapi Mizz perlu faham akan keadaan Mizz sekarang:

1. Berat badan dah masuk kategori obes morbid ie obes berpenyakit. BMI dah melebihi 35 kgm2 pun. Mesti ingat akan jantung kita. Mesti kaji semula pemakanan dan lakukan senaman lagi. Elok dapatkan nasihat pakar dietician. Percayalah, panduan dietician memang praktikal dan membantu, di Hospital Pantai PHKL pun ada dietician. Cuba turunkan kepada kategori 'overweight' sahaja dahulu (di bawah 73kg) kemudian baru 'aim' untuk turunkan kepada berat badan ideal pula (46-61kg). Saya tiada petua 'short-cut', kalau ada, dah lama saya pun kurus :)

2. (untuk memberi semangat) kajian dah membuktikan, dengan menurunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dahulu boleh membantu menjadikan kitaran haid teratur semula (ie ovulasi pun teratur)

Tunggu selepas kahwin, kalau masih belum pregnant selepas 6 bulan, bolehlah dapatkan rawatan kesuburan. Kalau nak datang lebih awal pun boleh (tetapi harap maklum akan kos rawatan kesuburan)

PCOS ada banyak perkara lain yang perlu dijaga dan perlu dijaga sehingga kita lebioh berusia kelak - pemakanan kurang berkolesterol, screening untuk penyakit diabetes mellitus (kencing manis), penyakit jantung, kitaran haid (ada kaitan dengan risiko kanser endometrium) dll.

Saya tak faham apakah Sucee.



Dari Suwaibah YS
Salam Doctor

Terima kasih di atas jawapan yang doktor berikan, berdasarkan soalan doktor, tiub sya dibuang sewaktu pembedahan endometeorsis disebabkan ianya tidak lagi berfungsi.

dan saya ada lagi kemusykilan

sepatutnya hari ini saya membuat HSG di HKL, tapi sewaktu prosedur dijalankan, doktor telah cuba banyak kali tetapi dye tak dapat masuk ke dalam rahim. banyak saiz yang telah digunakan. setelah hampir sejam, mereka membatalkan prosedur tersebut dan menyatakan pangkal rahim saya terlalu tinggi dan minta saya jumpa doktor di bahagian infertility.
dalam situasi ini, apa prosedur seterusnya yang bakal dilakukan oleh hospital
1) adakah rahim saya akan dibetulkan?
2) adakah cara lain untuk mengetahui keadaan tiub saya?
3) adakah kaedah IVF boleh dilakukan sekiranya kedudukan rahim tidak betul?

saya harap doktor boleh membantu saya
terima kasih


Jawapan

Ada pendapat berbeza mengenai tiub falopian yang berpenyakit ni. Ada pendapat yang mengatakan perlu dibuang memandangkan dijangkakan tiub yang rosak tidak lagi berfungsi. Tetapi ada pendapat yang tidak membuangnya, cuma melakukan prosedur membaikinya seboleh mungkin dan berharap pada 'natural healing process'. Kadangkala kita tidak dapat menjangka akan kebolehan untuk tibuh kita mengalami 'remarkable spontaneous healing' sendirinya, sama seperti kita sembuh daripada luka atau patah tulang. Saya pun ada belajar daripada kes2 pesakit sendiri:
- ada yang memilih untuk tidak membuang hydrosalpinx dan kemudiannya hamil secara sendiri!
- ada yang memang tiub falopian kelihatan rosak, menjalani pembedahan dan ubatan, bersedia untuk meneruskan rawatan dengan IVF, tiba2 hamil sendiri.

Apa-apapun, Suwaibah masih ada sebelah lagi tiub. HSG adalah ujian mudah menggunakan cecair dan x-ray. Apakah sebenarnya pangkal rahim tinggi yang dimaksudkan itu? Bagi keadaan pangkal rahim terlalu tinggi, mungkin dalam posisi tertentu katil itu dan bertukar kepada alat spekulum bersaiz besar dapat menunjukkan pangkal rahim itu, barulah doktor mudah hendak memasukkan alat ke dalam pangkal rahim. Tetapi jika dye dapat dimasukkan, ini bermakna alat ke dalam pangkal rahim pun dah berjaya dimasukkan, cuma dye sahaja yang tak dapat disuntik menerusinya. Di hospital tertentu, jika terdapat masalah sebegini, staf akan meminta bantuan doktor x-ray (radiologist) ataupun doktor gynae untuk cuba memasukkan alat/dye itu.

Mesti dapatkan penjelasan akan keadaan pangkal rahim tinggi, biasanya tak de masalah besar untuk lakukan prosedur termasuk IUI atau IVF.

Ada cara lain, mengunakan ultrasound tetapi cecair dimasukkan melalui pangkal rahim juga. Saya pernah ada seorang pesakit sebegini dalam tahun 210 atau 2011. Secara X-ray (HSG) tidak berjaya. Secara ultrasound pun tak berjaya dimasukkan cecair (hanya ke dalam ruang rahim sahaja) sehingga mengambil masa lama dan beliau kesakitan. Beliau kemudiannya memilih IVF, berjaya hamil kali pertama dan kini dah selamat bersalin pun.




ON 1ST DAY AT WORKPLACE (3/1/12)
Dari Angah
Assalamualaikum Doktor, saya pernah buat IUI pada tahun 2007 dan tidak berjaya. selepas proses itu saya dapati senguggut saya yg kebiasaan pada hari pertama telah menjadi sangat teruk hingga hari 5-8 hari period (period saya biasanya 10 hari). Saya jadi takut nak ulangi IUI itu. tapi saya masih inginkan zuriat. Boleh Doktor cadngkan apa-apa yg baik buat saya? tq

Jawapan
Ada 2 isu berbeza:
IUI - mengapa IUI perlu dan apakah faktor2 sewaktu IUI tersebut?
senggugut - mungkin tiada kaitan pun dengan IUI. Mungkin juga ada kaitan ie anda hamil dan keguguran awal (dan anda sangkakan period)



dari Sri Rahayu
as salam doktor..
saya nak tanya, saya dah setahun pakai iud...sebelum ni period saya elok, teratur dan normal..tapi bulan ni period saya datang betul pada waktunya, cuma kuantitinya sedikit...kuantiti haid bergantung kpd hormon ke? ade possibility ke saya pregnant? risau gak ni...
tq doc..

Jawapan
Ada kemungkinan, check dahulu untuk kepastian. IUD tiada hormon (kecuali IUD berprogestin tetapi yang ini sangat mahal mencecah RMseribu ++).
Kuantiti haid bergantung kepada penebalan lapisan endometrium (yang membentuk haid). Lapisan endometrium ini memang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron.


Dari Salamz
Assalaamualaikum Dr..
Boleh tak nak tau minor surgery yg Dr buat utk patient tu laparoscopy ke? Saya dh jumpa Dr (x tau dr ingat ke tak..nama saya saliza) and Dr suggest buat laparoscopy tapi tgh pikir nak buat ke tak or buat IUI lagi buleh ke? Setakat ni dah 4 kali IUI tp dgn Dr lain. Kalau dgn laparoscopy + iui boleh berjaya, ada la sikit motivasi saya nak buat laparoscopy..hehe

Jawapan
Rasanya dah tak payah jawab soalan ini sebab you dah pregnan IUI. Tahniah :) Semoga selamat sehingga melahirkan.



Dari Ana
Assalamualaikum Dr
Saya sudah 7 thn berkahwin dan telah menjalani 4 kali IUI pada thn 2011. Semuanya gagal, dan saya beranggapan kemungkinan disebabkan berat badan yang berlebihan. Berat saya naik dari 60kg sebelum kawin dan kini 105kg. Secara tidak langsung saya ada diabetik.

Apa saranan Dr selain dari menurunkan berat badan.
terima kasih.

Jawapan
Saya masih nak sarankan turunkan berat badan kerana :
- bukan sahaja peluang hamil rendah
- risiko keguguran pun tinggi
- masalah kehamilan/bersalin kelak

IUI bukannya murah. Sayang kalau dah berjaya hamil dengan IUI kemudiannya gugur. Cuba turunkan 5 kg sahaj dulu.

Ana ada diabetes, ada tak Dr beritahu Ana ada PCOS? Kena jaga banyak perkara kalau ada PCOS. 



Dari Hartanak
Dr,sy mmpunyai mslh tiub sebelah kanan tersumbat manakala sebelah kiri dlm kadaan baik,ianya dpt dkesan mlalui ujian HSG..sy pnh melakukan IUI namun tdk berjaya.Dr,apakah peluang utk sy hamil msih ada.Skiranya sy melakukan IUI skali lagi,apakah peluang utk sy hamil?utk pngetahuan dr,bhagian bwh perut (kiri) juga slalu sakit & senak terutama slps period.

Jawapan
Kena tahu beberapa perkara lagi:
- ultrasound (TVS) : kedudukan rahim dan ovari, keadaan lapisan endometrium, keadaan telur matang pada bahagian tiub falopian yang masih tidak tersumbat, mengapa tiub falopia tersumbat (apa penyakitnya?), sperma suami, cara sperma 'dicuci', timing IUI, cara IUI dilakukan dan masalah sewaktu IUI (jika ada)  etc.

Jika kesemua faktor dipenuhi, peluang IUI di sini adalah melebihi 40% per cycle. Jika tidak berjaya, boleh cuba kali kedua. Tetapi jika masih tidak berjaya (sebab majoriti yang memenuhi faktor di atas dah pregnant pun), eloklah selidiki lebih lanjut secara pembedahan.

ON Q&A PART 6 (19/12/11)
Dari Cinda
salam Doktor,
Bole x saya tanye soalan, mungkin ke endometriosis di ovari kiri kembali membesar(7cmx3cm),dalam masa singkat?
Apakah puncanya?Saya operate lapatomy buang cyst pd july'11,Doktor sahkan endometriosis stage 4. Kemudian saya ada ambil analog Grnh dari Jul-Sep,1st period lepas injection bulan 12. Lately, saya buat medical cek up mendapati endometriosis masih ada berdasarkn ujian darah dan abdomen ultrasound scan. Apakah cadangan doktor?

Jawapan
Boleh, tetapi sangat jarang begitu cepat.
Sewaktu follow-up September, ada tak Dr kesan apa2 cyst?
Mungkin pesudocyst sahaja. Mungkin cyst jenis lain. Mungkin bukan cyst ovari pun sebab jarang cyst ovari lonjong sebegitu, tiub falopian bengkak/pseudocyst kot?



ON ECTOPIC PREGNANCY (4/3/11)
Dari Apple Lily
Salam doctor..sy ada Somalian berkaitan dgn ectopic ni...sy mengalami ectopic pada feb 2011...selepas laparoscopic dijalankan, doctor buat pengesahan bahawa janin tu dah jatuh..Dan kedua2 tub sy masih berfungsi...persoalannya...kat mana janin tu jatuh??...selepas jalani laparoscopic, sy mengalami senggugut yg agak teruk...Ada itu kesan bass selepas pembedahan??...sy juga risau kerana sy masih Blum hamil...sy pernah berjumpa dgn doc dan diberitahu semua ya ok..Dan tahap kesuburan sy pun ok...tapi setelah hampir sethn kenapa sy masih Blum hamil...Dan setiap bulan sy Akan mengalami senggugut yg agak teruk...doctor juga pernah memberitahu sy, terdapat byk cecair dalam rahim sy...
Apa yang patut sy lakukan doctor

Jawapan
Mungkin apa yang dimaksudkan adalah ektopik tu berada betul-betul pada penghujung tiub falopian sehinggalah ia terlepas dan terjatuh ke ruang pelvis. Maka doktor tak perlu membelah atau memotong tiubfalopian pun. Tetapi ini tidaka bermakna tiub falopian memang normal (kalau normal, macamana boleh jadi ektopik?)

Pastikan:
- apakah penyakit yang menyebabkan ektopik dahulu? Kebiasaannya endometriosis ataupun PID.
- apakah status tiub falopian?
- adakah mengalami lelehan faraj yang berbau? Atau pendarahan berpanjangan? Kalau ikut pengalaman dan ikut logik, jika tiub falopian tersumbat pada penghujung, haid lambat habis, biasanya ada pendarahan 'kotor' selepas haid berhenti 1-2 hari. Malah sewaktu haid pun sakit keran adarah haid turut berkumpul di dalam tiub.

Dah setahun ni, kenalah ikhtiar cara lain. Bila tahap kesuburan OK, mungkin maksudnya telur keluar (pvulasi ada). Tetapi ada beberapa faktor kesuburan yang lain.

4 comments:

  1. assalamualaikum doc

    sy ingin bertanya mengenai masalah kesuburan sy. umur sy 31thn & suami 40thn (sudah ada 2ank dr previous marriage).rahim sy RU, period ok (cycle 25-28), result HSG menurut doc yg merawat ok xde masalah. cuma darah saja xtahu ok ke x sb result xde dgn doc tp sy dah pg hosptal utk amik darah pd hr ke-2 period.

    result SA suami (ujian dilakukan selepas 5 hari tidak bersama) - mobility kurang so doc suggest ambil Tribestan + vit E + vit C

    setakat ini doc hanya bekalkan folic acid+metronidazole(utk vagina infection)dan sebagai tambahan saya ambil multi-vitamin (21st century) yg mengandungi ginseng.

    soalan sy:
    1) setahu saya RU memang akn rasa sakit sms bersama suami & chances utk conceive adalah rendah. bole doc bg petua sikit mcm mana nk kurangkn sakit tu & bagaimana utk meningkatkan peluang utk conceive?

    2) pada anggaran doc, adakah sy/suami mempunyai masalah kesuburan yg lain? adakah perlu utk sy/suami melakukan ujian2 spt laparoskopi dll?

    3) apa pandangan doc mengenai pengambilan multi-vitamin serta produk2 kesihatan (cth biodex, herbalife dll) bg yg mengalami masalah kesuburan? perlu/x?

    setinggi penghargaan sy ucapkan sekiranya doc dpt menjawab soalan sy ini.
    sekian.

    zara

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..terima kasih Dr. Syukur sgt saya jumpa Dr :)...ni pun x sabar nak jumpa Dr next week

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum doktor...sy ada 2 soalan.

    1. Sejak akhir2 nie, sy sudah mula membuat catitan tntg kitaran period sy. Yang sy perasan jika bulan lepas sy period akhir bulan, bulan ini sy period prtengahan bulan. Selalunya period sy awal seminggu dr bulan sebelumnya.

    2. Mengikut pemahaman sy mengenai sistem reproduksi wanita, di bawah klitoris, ada lubang urethra. Di bahagian sy, ada bonjolan yg terletak betul2 di bawah klitoris sy. Bila sy tekan dgn jari, sy dapat rasa tekanan itu. Adakah itu lubang urethra sy dan adakah itu normal bg sy?

    ReplyDelete
  4. Salam, Doktor, saya nak tanya skit, boleh kah berlaku pendarahan macam period semasa ovulasi berlaku? saya period 12hari then, hari ke 13&14 bersih, then hari ke-15, datang darah balik...tp, yang saya musykil, Ovulation test saya menunjuk kan keputusan positif..

    ReplyDelete