Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 1 June 2012

There is Hope

Baru pulang menuntut ilmu lagi, solo lagi, kali ini di Negara jiran Belgium pula, bersama Prof Dr Arnaud Wattiez, the famous French gynae surgeon and his team. Kagum melihat beliau menjalankan pembedahan2 eg. membuang rahim secara laparoscopy (TLH - total laparoscopic hysterectomy), tidak sampai 1.5 jam sahaja (termasuk selingan berhenti2 kerana mengajar kami tips2 penting). Di Malaysia, mereka yang berpengalaman (bukan saya) mengambil masa >3 jam. Techniques.....techniques....and tips....tips.....and most importantly, practice...practice...practice.....they are all very important. Cuma masa training tu, saya practice atas haiwan yang bernama k-----r, kerana strukturnya yang paling hampir kepada manusia (dah tu, tak kan dia nak bagi kita praktis potong ureter/usus manusia kan?)


Kisah benar (insert music :)

Pertama kali beliau berjumpa saya pada tahun 2007 setelah berkahwin selama 7 tahun. Masa tu usianya 31 tahun. 
Pada tahun yang sama, beliau menjalani pembedahan laparoskopi : membuang cyst endometrioma dan endometriosis stage 3. Beliau juga mempunyai subserosal fibroid sebesar 8cm di bahagian atas dan kanan serviksnya tetapi saya memilih untuk tidak membuangnya kerana dua sebab : fibroid subserosal lazimnya tidak mengakibatkan masalah kesuburan dan prosedur membuang fibroid sebesar itu di serviks mendedahkan risiko masalah serviks kelak, di samping komplikasi pendarahan berlebihan sewaktu pembedahan. Memandangkan kedua belah tiubnya berpenyakit dan setelah mencuba kaedah mudah masih tidak berjaya hamil, pasangan ini memilih kaedah IVF. Bukannya murah nak buat IVF (seingat saya, pada usia saya 31 tahun, saya sendiri belum mampu nak sediakan duit sebanyak itu dari saving saya) 

Percubaan pertama IVF sewaktu usia beliau 31 tahun, memang masih muda, maka peluang kehamilan IVF sepatutnya tinggi. Tetapi, mengambil kira faktor tempoh 7 tahun mencuba dan keadaan endometriosisnya, maka dianggarkan peluang kejayaan sekitar 1:3 atau 1:4 sahaja atau mungkin lebih rendah. Dia yakin untuk mencuba.

Saya menggunakan long protocol.
Sewaktu OPU (proses sedut telur) - dapatlah beberapa telur yang kemudiannya berjaya disenyawakan menjadi embrio.

Percubaan pertama - menggunakan fresh ET (embryo transfer)
Tidak berjaya hamil pun.

Percubaan kedua pada penghujung 2007 - menggunakan frozen embrio yang masih ada
Hamil dan melahirkan anak pertama pada Ogos 2008 secara elektif LSCS disebabkan kehadiran cervical fibroid dan sejarah IVFnya.
Nama anak perempuannya ini ada iras2 saya (bermula A dan berakhir H).
Malah, rupanya pun hampir sama dgn rupa klon/anak saya sewaktu kecil.
Nakal pun serupa :)

Percubaan ketiga - lupa tetapi saya rasa sekitar tahun 2010 atau 2011 kot- menggunakan baki frozen embrio yang dapat masa tahun 2007 tu ada lagi.
Hamil tetapi kemudiannya gugur dalam trimester pertama.

Kemudiannya.....

Beliau datang pada April 2011, tak disangka2 hamil tetapi rupa-rupanya kehamilan ektopik.
Maka saya pun melakukan pembedahan laparoskopi dan membuang tiub yang mengandungi janin ektopik itu kerana tiub telahpun merekah/berdarah. Pembedahan laparoskopi ini perlu dilakukan secara lebih berhati-hati kerana bimbangkan risiko parut/perlekatan dari 2 pembedahan sebelum ini. Bayangkan perasaan kedua-duanya apabila mengetahui hamil secara spontan/sendirinya tetapi malangnya ektopik, kemudian terpaksa menjalani pembedahan pula, dan kehilangan satu tiub; semuanya terpaksa ditelan dalam masa beberapa hari sahaja. Lebih-lebih lagi apabila saya beritahu yang tiub lagi satu itu pun nampak rosak, jadi ini merendahkan lagi peluangnya untuk hamil dan jika hamil, meningkatkan risiko kehamilan ektopik.

Tetapi....

Beliau datang semula dalam bulan Oktober 2011, hanya 6 bulan kemudiannya.
Hamil lagi.
Spontan lagi.
Kali ini, di dalam rahim.
Dan esok, beliau akan melahirkan anak ketiganya (beliau telah mengambil anak angkat sebelum hamil kali pertama).
Secara LSCS juga. Fibroidnya masih ada tetapi nampaknya telah mengalami 'calcification' dan mengecil kepada 5cm.
Cuma, kali ini bukanlah saya yang melakukan LSCS itu. Saya cuma menjaganya sehingga sekitar 7 bulan sahaja. Sebab pertama (always a good reason) - saya serahkan kepada dia yang lebih berpengalaman dalam menangani jika berlakunya pendarahan berlebihan (saya juga tak pandai buat prosedur/teknik 'internal iliac artery ligation'). Sebab kedua...heheh..heheheh...heheheheheheh (which actually, is always the true reason) ialah saya berehat dari menjadi Pakar Perbidanan. Hanya Pakar Sakitpuan sahaja, kerana komitmen hidup/keluarga telahpun berubah.

Kesimpulannya;
Seperti yang pernah saya katakan dahulu - no self pity.
Jika kita ingat diri kita bernasib malang, ada orang lain lagi besar dugaannya.
Kena ikhtiar dan cuba sedaya upaya terima hakikat.
Redha, bukannya pasrah (macam tiru je ayat ni :)
Beliau memang sentiasa merendahkan suaranya apabila berbicara (tak seperti doktornya ini yang sentiasa pakai topeng harimau). Saya kagum dengan kecekalan hati kedua pasangan ini. Kalau nak dikira, hampir semua dia ni dapat:
1. Stage 3 endometriosis with bilateral tubal damage
2. Large uterine fibroid
3. Unsuccessful IVF (1st attempt yg fresh embrio tu)
4. Successful frozen embryo transfer (her daughter is now 4 y.o.)
5. 2 consecutive 'frozen transfer' pregnancies - although the 2nd ended up with miscarriage
6. Spontaneous pregnancy - 11 years after marriage, in fact after IVF, walaupun ektopik
7. Disebabkan ektopik - kena op buang tiub
8. Another spontaneous pregnancy - walaupun tiub yang tinggal satu tu pun nampak tak cantik, intrauterine dan dah nak bersalin pun esok ni. This is her fourth pregnancy.


Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi pengalaman di blog ini, dengan harapan dapat memberi semangat kepada yang lain. Kami kini dah seperti kawan pun. Masih terngiang kata-kata beliau dan suaminya sewaktu awal kehamilan ektopik (masa tu belum tahu ektopik lagi) apabila saya bertanya apakah rahsia sehingga boleh hamil sendirinya?

"....solat hajat.....minta ibubapa saya doakan sekali..."

Dahulu, setiap kali sebelum exam, saya mesti telefon mak minta doakan. Mak saya akan berpuasa pada setiap hari yang saya ada peperiksaan, begitulah kasih ibu.


SELAMAT BERSALIN ESOK , PUAN -----. DON'T WORRY, YOU ARE IN BETTER HANDS. JANGAN LUPA MENYUSU BADAN > 6 BULAN YA!

Yang ini bukanlah beliau punya. Ini submucosal fibroid, dalam 2 x 3cm sahaja. Tetapi memandangkan kedudukannya submucosal, malah dan separuh membonjol ke dalam ruang rahim pun, ia boleh mengganggu implantasi embrio. Maka saya buang, menggunakan kaedah hysteroscopy, teropong masuk ikut pintu rahim sahaja. Hysteroscopic myomectomy.

Kepada yang lain, selamat bercuti sekolah :)

6 comments:

  1. Assalamualaikum Doc,

    Apa pendapat doc tentang cubaan iui kali ke 4? Guna medicine lain, doc lain?

    TQ

    ReplyDelete
  2. salam dr sy tahu psl doktor lps buat research psl cyst,doktor sy nk berkongsi mslh sy dgn doktor,sy berumur 29 thn dan bru kawin mac tahun ini..sy ada mslh period since dr remaja iaitu dulu period sy amat jarang kdg2 setahun 2-3 kali sahaja,tetapi sejak 1-2 tahun yg lepas period saya datang almost every month dan kdg2 lebih dr 15 hari so last month sy berjumpa dgn doktor dan doktor dapati sy ada endometriotic cyst pd kedua2 ovari sy,sy sgt sdh sbb doktor kte sy akan susah utk preg..doktor ada bg sy ubt duphaston utk rawatan..soalan sy adakah ubt itu boleh diambil masa dtg haid dan sejauh mane ubt itu mmbntu utk merawat sakit ini dan sy ingin minta nasihat dan pandangan doktor berkenaan penyakit ini...

    ReplyDelete
  3. Salam Doc,

    Saya cuba mencari email doc kat sini, tapi tak ada. Saya nak bertanya pasal vaginismus. Boleh kita berhubung di email? Email saya mohd.hadzrul@yahoo.com

    Thanks,
    HADZRUL

    ReplyDelete
  4. Salam doktor,

    umur sy 33 thn. sy bru shj opt buang cyst sebln yg lepas.menurut doktor yg buat opt tu , endometreosis sy ialah stage 4. sy ada bertanyakan samada sy patut buat ivf, ttp beliau tidak menggalakkan. beliau telah advice sy utk cuba conceive secara natural dahulu. menurut beliau rahim sy byk yg rosak & sy x pasti jika proses ivf ni mungkin akn merosakkn rahim sy atau sbgnya.

    mohon pendapat dr berkaitan masalah sy ini memandangkn ini opt buang cyst sy kali ke2. 1st time thn 2007. buat ms skrang sy hanya berharap pd Allah swt utk mempermudahkn sy mengandung. mode : sedih...

    ReplyDelete
  5. salam dr sy terjmpa blog dr ni ms google cr info tentang ivf/icsi,sy ingin meminta pendpt dr krn sy br menjalani prosedur icsi
    31/5- opu
    2/6-et
    6/6-ada spotting
    7/6-ada spotting dan keluar drh beku sprt jelly apabila buang air kecil
    8/6-spotting dh tkde tp bertkr dgn fresh blood color pink & drh beku sprt jelly apabila air kencing
    9/6-sama di atas
    10/6-sama di atas
    utk makluman dr pada 2/6 tiga embrio telh dipindahkn je rahim sy msg2 mempunyai 4&6 sel.jika darah yg keluar pd hr kelima selepad et itu adalh period,persoalan sy apa yg berlk pd 3 embrio tu,dlm ms 5 hr seleps et adakh enbrio tu terus mereput dn jth sebg period..

    ReplyDelete
  6. Salam dr adilah..apakah diagnosis terbaik utk endometriosis/cyst bg yg blm berkahwin? Sy agak risau kerana period pain sy kdg2 ada walaupun blum klua period..dulu sy teruk period pain...skg umur 28thn kurg sedikit..cumanya ada close relative yg br diagnosed with endo..dan sy bc endo is usually in the family kan..ok tq dr...

    ReplyDelete