Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 20 June 2012

PAKEJ IVF PANTAI HOSPITAL KL

Hanya serendah dari RM 8899 sahaja

Pakej dengan ubat rangsangan dan ubat 'luteal support' (termasuk sesi konsultasi bermula rangsangan dan juga semasa pemantauan) :

Dari RM 12899-RM14899 (bergantung kepada jenis ubat sama ada 'urinary' atau pun 'recombinant').

Pakej tanpa ubat rangsangan dan ubat 'luteal support': RM8899.



Murah kan? Rasanya antara yang termurah di Malaysia, malah memang yang termurah lebih2 lagi apabila membandingkan faktor2 ini:

1. Pusat IVF di Pantai Hospital KL adalah milik hospital SEPENUHNYA, bukan milik doktor.
2. Prosedur OPU di Pantai Hospital KL menggunakan perkhidmatan doktor pakar bius. Di sesetengah Pusat IVF, doktor gynae yang memberikan ubat 'sedation' dan monitoring sewaktu OPU berjalan pula dilakukan bersama nurse/assistant sahaja.
3. Dos maksimum suntikan FSH sehingga 3000 IU jumlah keseluruhan, termasuk juga ubat 'luteal support' jenis intra-vaginal.


Dengan 3 'ownership' berbeza ini (hospital, doktor pakar gynae, doktor pakar bius), kami masih boleh menawarkan IVF pada harga pakej yang sangat rendah. Sudah pastinya, potongan diberikan oleh ketiga3 pihak berbeza ini.

Tempoh : belum pasti pula sehingga bila. Besar kemungkinan untuk setahun sahaja.

Untuk makluman lanjut, hubungilah terus dgn IVF lab di situ. Ada pegawai yang akan menerangkan lebih lanjut. Juga, akan bermula juga sesi IVF workshop setiap bulan tidak lama lagi (03-22960892 or email chewfang@pantai.com.my)

4 comments:

  1. murahnya kos IVF kat sana doc...kalau kat Finland ni mahal la dekat euro 3 ribu juga...:)

    ReplyDelete
  2. Dr,
    Apakah persediaan utk buat ivf selain dr $ , maksud saya pemakanan dan lain-lain. Dr ada tak info kos rawatan di hospital kerajaan bagi yg tidak mampu ke swasta atau adakah kosnya sama sahaja jika di hospital kerajaan atau di swsta? .

    ReplyDelete
  3. sy pun teringin nak buat ivf..tapi bajet x mencukupi lagi..kn tggu biar ckup..huhuhh

    ReplyDelete
  4. doc, saya nak join workshop tu. Macammane nak tau bila workshop tu akan diadakan? kene selalu bukak web portal pmc ke?

    ReplyDelete