Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 8 March 2012

KANSER

Sengaja di'huruf-besar'kan tajuk ini.
Selagi penyakit ini belum ditemui penawarnya, selagi itulah (kalau boleh) kita tak mahu menghidapnya.
Kalau boleh.
K.A.L.A.U. B.O.L.E.H.
(sehingga ada yang menasihatkan rakannya yang sakit/putus hati bercinta untuk bersyukur -
'daripada dapat sakit kanser, lebih baik sakit hati dilukai')

Tetapi,
Mengapa masih ramai wanita Malaysia,
Saya ulangi,
Mengapa masih ramai WANITA MALAYSIA diserang kanser serviks?

Malaysia adalah antara negara-negara di mana kanser serviks masih merupakan kanser utama wanita, hanya selepas kanser payudara.
Di kebanyakan negara maju (and we want to claim ourselves 'maju'?),kanser serviks dah lama turun ke anak tangga bawahan gitu.

Mengapakah ini berlaku?
Sedangkan
KANSER SERVIKS BOLEH DICEGAH.

Kanser serviks ini sangat unik berbanding kebanyakan kanser lain kerana ia boleh dicegah.
Ingatlah keunikannya - BOLEH DICEGAH.

Ingatlah lagi - selagi kita ini wanita yang masih mempunyai rahim (uterus) dan pernah melakukan hubungan seks, selagi itulah kita boleh diserang kanser serviks ini.


Semudah ujian smear serviks (yang lebih dikenali sebagai Pap smear).

Bilakah kali terakhir anda menjalai ujian Pap smear?

Nak tahu macamana nak cegah,
Mesti tahu dahulu apa punca kanser serviks dan apakah yang meningkatkan lagi risiko kanser serviks:

Sebenarnya pada 17hb Mac ini, ada program ceramah kesihatan mengenai kansr serviks di Hospital Pantai Kuala Lumpur (dahulu lebih dikenali sebagai Pantai Bangsar).
9.30pagi-12tgh

Saya menunggu2 'flyer' untuk dimasukkan ke dalam post ini.
Tetapi masih belum dapat.

Terhad kepada 80 orang pertama untuk membeli voucher RM50 bagi mendapatkan perkhidmatan ujian saringan serviks menggunakan kaedah Liquid Based Cytology Pap smear dan juga ujian HPV DNA.

Saya (dan beberapa pakar sakitpuan di PHKL ini) telah bersetuju menawarkan melakukan perkhidmatan tersebut (bukanlah pada hari tu tetapi mengikut appointment di klinik masing2 di PHKL ini) kepada 10 peserta yang membeli voucher itu.
Secara percuma, kami akan menawarkan perkhidmatan tersebut secara memasukkan spekulum ke dalam faraj dan mengambil sampel untuk dihantar ke makmal dan diuji.
Bayaran RM50 adalah untuk pihak penganjur.

Sila bertanya lebih lanjut kepada pihak Pantai Premier Lab ya (tak berani nak confirm lebih2 sebab the final poster belum dihantar dan seperti cuti2 sekolah yang lain, saya tiada di hospital sepanjang cuti sekolah ini).
Sila juga faham akan syarat2nya yang dikenakan eg jika ingin mendapatkan perkhidmatan consultation lanjut dan pemeriksaan tambahan dari doktor2 berkenaan.






12 comments:

  1. as salam doc.
    thanks for giving lot of info in this blog.
    for your info, sy dh berkahwin selama 5 tahun, pernah menjalani 2 laparascopy, 1 utk cyst(2004) n 1 for endometrosis (2009)my previous gynae informed that i have retroverted uterus, tp sudah dibetulkan semasa laparascopy in 2009. pernah pregnant 3 x. tapi all miscarriage.still hoping that one day Allah akan memberi rezeki utk kami.

    sy ingin berjumpa doc.nak tahu hari dan waktu consultation doc di pantai hospital.now tgh 2nd day period, nak tahu hari ke berapa yg sy patut jumpa doc.
    tq.

    ReplyDelete
  2. :O
    BELUM BUAT!!! Tolong bagi kesedaran sikit pada saya.. :'(

    ReplyDelete
  3. salam doktor cantik.. :)

    takutnya baca entry ni..semoga penyakit saya tu bukan kanser..tak sabar utk next checkup...

    takut tp redha..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. salam doc,
    1.kalau dh buat ddnc perlu ke buat pap smear lg ??
    2.Selepas iui failed,kenapa period dtg spotting aje xde flow mcm slalu..normal ke dr??

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    Dr. Adilah

    saya mempunyai masalah dengan haidh/period saya..
    saya telah period semenjak berumur 11 tahun dan period sy hanya dtg sehingga saya berumur 18 tahun..selepas itu period sy langsung tidak dtg melainkan jika saya makan ubat untuk period..dan period sy akn dtg...

    jadi sy ingin bertanya doktor..
    apakah boleh saya makan ubat untuk datangkan period setiap bulan? adakah ia tidak merbahaya dan membawa sebarang kesan negatif?
    dan adakah dengan memakan ubat untuk datangkan period setiap bulan akan membantu saya untuk melancarkan period saya...

    harap dr dapat membantu sY y dalam kebuntuan

    anamarissa@ymail.com

    ReplyDelete
  6. Salam, Dr Adilah,

    Sy berumur 30 thn, soalan sy ialah sy mendapati ada bonjolan di dalam faraj sy.. Sebelum ini sy tidak perasan samada ada ataupun tidak? Sy telah berkahwin hampir 3 tahun dn sudah 3 kali keguguran.. Dan selepas kali ke3 keguguran sy mengalami keputihan yg pekat berwarna putih ttp tidak gatal. Ingin tahu apakah nasihat doctor..

    Wanita risau,
    Mia

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,
    kalau saya nak buat IVF dengan Doc, hospital mana yg Doc lebih selesa? Pantai @ Pusrawi? bilakah tarikh (hari ke berapa slps period) sesuai untuk Doc check? saya tinggal d pahang & sukar nak selalu berulang alik ke KL. thanx.....

    ReplyDelete
  8. salam doc...
    sy harap doc dapat membantu saya..
    saya sedang mengandung sekarang...saya nak tau la boleh x ibu yg hamil minum air bergas?
    masa mengandung ni la saya teringin nak minum...boleh x doc terangkan pd saya..

    dila_sham259@yahoo.com.my

    harap sngat doc dapat membantu saya,,,,
    terima kasih.. =)

    ReplyDelete
  9. As-salam Doc.

    Mohob invite saya di blog Doc. yg 1 lg tu yerrr...

    my email - harham77@yahoo.com.my

    TQ Doc. coz adviced me to get 2nd opinion w another doc. for my large ovarian cyst. & the operation has done & now waiting for 3rd followup in July & after that will continued follow up w U after raya. Jumpa nnt yerr...rindu nak dgr explanation doc.

    ReplyDelete
  10. As-Salam Doc.

    Mohon invite saya utk blog Doc. yg 1 lg tur yerr:)

    email addr: harham77@yahoo.com.my

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Aslm doktor, saya ingin mengutarakan soalan tentang clomiphene citrate, andakah ubat ini menyebabkan seseorg itu tidak didatangi haid, ketika pengambilannya....adakah ini akan memberikan kesan negatif kepada tubuh..saya disahkan oleh doktor bahawa saya mempunyai pcos...dan doktor menyarankan saya mengambil ubat tersebut sebagai langkah awal untuk hamil....saya telah mengambil ubat ini semasa saya dtg haid dari hari ke dua hingga ke enam...dan haid saya menjadi berkurangan dan seterusnya tiada utk tempoh tersebut...bdn saya menjadi panas sehingga demam dan pening kepala.....adakah ini normal....

    ReplyDelete