Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 8 November 2011

Perjalanan ini....


Pernah terfikir, apakah yang menarik sperma untuk berenang mengerumuni telur? Deria apa?



video




SA - Semen analysis.

Beberapa perkara,
Termasuklah menganalisa sperma di dalamnya.

Selalunya di dalam air mani ada banyak sperma.


Sekali pancutan sepatutnya keluar sekurang-kurangnya 2 mililiter (ml) air mani.
(V untuk volume).

Dalam setiap ml air mani pula, kena ada sekurang-kurangnya 20 JUTA sperma.
(C untuk concentration)

Bermakna kena ada sekurang-kurangnya 40 juta sperma dalam pancutan air mani.

Dan kena ada sekurang-kurangnya 50% sperma yang bergerak pada tahap elok (forward movement) sama ada laju atau perlahan, atau 30% yang fast forward.
(M untuk movement)

Guna formula matematik ini:
VCM atau Vx C x M = 20

eg. Kalau ada 1 ml sahaja air mani dan di dalamnya ada 30 juta sperma dgn 50% motiliti elok, VCM = 15 sahaja {1x30x0.5}

Selain itu, perlu tengok berapa banyak sperma yang berbentuk normal. Kena ada sekurang-kurangnya 30% sperma yang normal rupabentuknya ; pada kepala, bahagian tengah dan ekornya.

OLIGOzoospermia = bilangan spermanya kurang/sedikit

TERATOzoospermia = bentuknya yang normal kurang

ASTHENOzoospermia = rupabentuk sperma normal kurang

OLIGOTERATOASTHENOzoospermia = bilangan, pergerakan, rupabentuk; semuanya kurang

Azoospermia = LANGSUNG TIADA sperma di dalam air mani walaupun seekor.

CRYPTOzoospermia = azoospermia tetapi apabila di'centrifuged', diambil pellet dan dilihat semula menggunakan mikroskop maka dapatlah akhirnya dilihat beberapa ekor

"Tapi air mani saya banyak, Dr ?"

Yang penting, sperma di dalam air mani tu, hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.
Kadang2 air mani banyak tetapi langsung tak ada sperma di dalamnya.


...dan topik ini akan bersambung kemudian.

Meanwhile, you can read on mitochondria (ingat lagi Kelas Biologi - Sel? (sigh) dulu2 saya memang tak minat (read : tak pandai) subjek ini, but now it's a complete 180-degree turn!)

I'll let you know why.

Learning should be exciting.

Let us swim in the ocean of knowledge.

Wednesday, 2 November 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Kenapa percaya kepada 'kekuasaan' atau rahsia tarikh lahir kita?

"Tak de la, suka-suka sahaja nak tahu"
(alasan!)

Suka-suka?
Ye ke suka-suka je?

Betulkah apa yang diberitahu nanti tidak meninggalkan sedikit pun kesan kepada anda?
Anda terus lupakan apa rahsia yang diceritakan selepas itu ataupun anda akan teringat-ingat akan apa yang dikatakan?


Cik-cik dan Puan-puan;

Lupakanlah dengan kepercayaan terhadap rahsia tarikh lahir.

Tak perlu 'tilik-menilik' walau apapun istilah digunakan.


Ingatlah, ingatlah dan ingatlah;


INGATLAH fakta ini;


Nabi Muhammad s.a.w. dan Hitler dilahirkan pada tarikh yang sama.

20 hb April.

So?

.
.
.


Sebut pasal tarikh,
Semalam bertarikh 1.11.11,
Ada pasangan yang 'memilih' tarikh tersebut untuk melahirkan cahayamata mereka.
Bukan sebab percaya akan 'kekuasaan' tarikh itu,
Kebanyakannya sebab cantik di mata dan cantik ditulis.

Asalkan kandungan 'matang' dan ibu sihat untuk menjalani pembedahan Caesarean,
Kebanyakan doktor tidak menentang trend 'memilih tarikh cantik'.

Maka, sibuklah keadaan di teater pembedahan semalam,
Sehinggakan saya terpaksa menunggu giliran dan pulang ke rumah lewat.
Memandangkan kes saya bukanlah kes bersalin dan bukanlah kes emergency.
(saya kan berehat sementara dari melakukan kerja-kerja delivery 1-2 tahun ini :)
Kecuali satu kes IVF (OPU) saya yang diberi keutamaan awal,
Maklumlah, kalau tidak, telurnya dah 'keluar'.
2 kes gynae saya yang lain terpaksa tunggu.
The last case mula selepas 5.30 ptg.
Terpaksalah saya pulang lewat, setelah matahari betul-betul tenggelam.
Mujur suami juga pulang lewat, lebih lewat daripada saya.
Ada patient dia nak bersalin pada tarikh cantik itu rupanya.


menyambut kelahiran seorang lagi penduduk mukabumi ini secara pembedahan Caesarean 2 tahun yang lepas. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan ayah!



Saya pun tidak menolak secara peribadi.
Asalkan bayi dah matang dan keadaan ibu OK.
Konsep perubatan moden - pesakit membuat pilihan secara 'informed decision'
Selepas faham akan kebaikan vs keburukan sesuatu pilihan,
Pilihlah.

Yang saya tak berkenan,
Apabila ada yang mempercayai 'karma' atau rahsia tarikh lahir (insert NOKTAH BESAR berserta TANDA SERUAN).