Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 23 September 2011

Dear Eliza

Salam Dr Adilah...

Saya ingin bertanya ttg ibu saya yg berumur 63thn. Dia start menopause semasa 50++. Sejak akhir2 nih, selang beberapa bulan, kekadang masih lagi dtg tanda2 cecair coklat. Adakah ianya darah haid atau simptom penyakit lain berkaitan?

Saya dah nasihatkan ibu saya utk ke klinik tapi dia takmau..Biasanya perempuan yg bermula dan akhir menopause dlm lingkungan umur brp yer Dr? Terima kasih...

Jawapan
KENA pujuk juga mak u pergi jumpa doktor pakar sakitpuan. Most women dapat menopaus masa umur 50-51 tahun. Kalau dapat antara 45-55 tahun masih dikira OK.

Tetapi bila dah menopaus utk beberapa tahun dan kemudiannya dapat pendarahan, mesti pergi check. S.E.G.E.R.A. sebab perkara pertama yang akan terlintas dalam kepala doktor2 sakitpuan ni ialah kanser, sama ada dari serviks (pintu rahim) atau rahim, jarangkali boleh juga dari tiub falopian. Almost always begitulah. Mak u dah ada beberapa faktor risiko kanser:
- Usia lanjut
- Menopaus
- Pendarahan dari faraj

Kalau dah check dan disahkan bukan kanser, barulah boleh lega.

Kalau u nak bawa jumpa doktor pakar sakitpuan yang ada pengkhususan tambahan bidang kanser (dipanggil gynae-oncology atau gynae-cancer),lagi bagus.

Sayang kalau bila kanser dikesan lambat....

Kalau perkara ni tak penting, I tak dahulukan soalan u tau.

Thursday, 22 September 2011

Q&A Part 3

Soalan2 yang telah diajukan dari 15/07 hingga 31/08 2011 (berserta jawapannya).
Kpd yg memberi salam, ku jawab di sini awal2 "assalamualaikum".
Seperti biasa, sila baca tajuk 'disclaimer' di atas tu ya...



On Tiub Falopian (28/08/2010)

Lin (17/07/2011)
Slm.doc,
sya dah jalani hsg pada hari ke 10 cycle.normal cycle 26-28days.now dah 3days delay.adkh hsg punca haid lewat?sya belum lakukan upt,tak nak frust lagi mcm sebelum ni.anyway,tiub sya ok.x block.sya buat hsg ats saranan doc,aftr 3yrs besalin ank petama sya msh xpregnant.msa pregnant dulu,sya jalani laproscopy utk buang cyst di tiub kiri.harap doc dpt bantu.tq


Jawapanku;
Lambat menjawab soalan ni. Kalau dah pregnant, kira batal je. Tetapi kalau belum, bagitau semula, I janji akan jawab cepat2, insyaAllah :)

Dreamless Life (12/08/2011)
salam doktor..

saya buat IUI dgn doktor bulan lepas.
tapi tak berjaya.so nak tanya,perlu tak sy check tiub falopian saya before 2nd IUI?

Jawapan
Seeloknya, begitulah. Cuma, kaedah sesuai utk check tiub ni bergantung kpd penyakit u. Cukup sekadar HSG sahaja ke atau lebih sesuai buat laparoskopi, tak yah le buka besar (minilaparotomi atau laparotomi).

On POTONG Q (17/07/2011)

Faizah's (17/07/2011)
Assalamualaikum wbt... boleh tak saya nk join blog private doctor kt My Clone? Sya sudah berkahwin n ada 1org anak :) mohon invite ye... ni emel sy nurfaizah.ramli84@gmail.com

Baru di-invited, jangan terkejut ya dgn perangai anakku itu...

Faizah's (17/07/2011)
Doctor...mcm mana nk tnya if sy ada kemusykilan apa2?? boleh sy tnya doctor direk kt sini?

Boleh, silakan.

Sahida (17/072011)
Salam Dr, kalau saya ni sah- sah perempuan..boleh ke invite saya ke private blog My Clone Dr tu?;) yessamine247@yahoo.com...hehe.

Pun baru di-invited :)


Diana stories (18/07/2011)
assalamualaikum doktor..

saya nak tanya mengenai tanda kehamilan. Last period saya pada 29/5/2011 dan sehingga kini masih tidak period (18/7/2011). Cycle saya adalah tetap iaitu 32 hari dan sepatutnya period saya datang pada 30/6/2011. Saya telah membuat upt pada hari ke-10 dan juga hari ke-19 lewat period dan masing-masing -ve. Soalan saya, harus kah saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya (blood test/ scan) atau membuat test lagi sekali pada hujung bulan?

Jawapan
Pun dah basi nampaknya. Kalau masih ada problem yang sama, sila ajukan.

Areina (18/07/2011)
Thanks DR for your reply..I dah makan Duphaston for 5 days and stop makan last Tuesday, should be sehari dua ni patut period la kan..kalau tak mai jugak camna ye?What's next tu.. what should I do kalau masih tak period after a week stop makan ubat?
What is the usual reason for this condition? Or tak usual?? :(

TQ

Areina (25/07/2011) on Aamiiiiiin
DR, saya confuse sbb masih belum period..last lucrin in May and dah habis makan Duphaston 2 weeks. Ada possibility I dah ovulate (nampak dalam TVS) then kalau tak pregnant bukankah patut dah period? Sbb kalau dah ovulate means lucrin effect dah habis kan?, sbb lucrin stops FSH , LH, Estrogen (tak boleh nak ovulate). Then kalau dah ovulate ,mesti ada rise in progesterone and dah boleh period?
Or am I not right?
Saya risau pulak tunggu period ni sbb sebelum ni saya regular. Harap Dr boleh bantu. Thanks


Jawapan
Cuba check serum estradiol dulu dan tanya Dr masa buat TVS tu berapa ketebalan endometrium. Kalau estradiol masih sangat rendah dan endometrium pun nipis, mungkin disebabkan oleh kesan injection tu masih ada.
Pil turun period tu hanya tukar endometrium kepada fasa matang utk period tetapi kalau endometrium nipis.tak terbentuk, macamana nak dapat period kan?

Apa bukti2 ovulation dalam TVS tu?

Lagi satu yg penting, check kot2 u sebenarnya pregnant, dah pernah jadi pun bbrp kali :)


ayieesyasahak (19/07/2011)
doktor,boleh saya tau,selalunya saya dengar masalah keputihan selalu melanda wanita.ada ka masalah kekuningan?saya perlukan penjelasan mengenai masalah kekuningan yang salah seorang sahabat saya pernah bertanya kepada saya.adakah kekuningan itu kerana kuman atau bakteria? apakah kesannya? kerana sahabat saya sering mengalami kekuningan tersebut.

tq.

Jawapan
Beritahu 'sahabat', keputihan atau kekuningan boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, terutamanya kalau berlebihan/berlainan daripada lelehan biasa. Bakteria, kulat, parasit, virus, mana2 tu boleh menyebabkannya. Yg paling kerap adalah kulat Candida. Kalau dia dah kahwin, Dr boleh ambil sampel dari bahagian faraj sebelah atas utk dihantar ke makmal. Kalau masih dara lagi pun sebenarnya boleh diambil sampel dari faraj bahagian bawah menerusi lubang selaput dara tu.

mz (18/08/2011)
sy nk tanya soalan keputihan juga...adakah normal jika berwarna coklat2 jernih?

FYI, saya baru keguguran 2 bln lps...adakah saki baki dari darah2 lama?darah period juga..xmerah betul...warna coklat kehitaman pada awal period..dan akhir2 period...

Jawapan
Keputihan yang normal tiada calit darah pun. Gi la check dgn Dr u.


OVARIAN CYST (14/11/2010)

Mieraie (26/07/2011)
salam dr..
pada usia 16 tahun ovari sebelah kanan sy telah pecah lepas jatuh semasa sy blajar silat.sy dah buat operate,ovari kanan dah dibuang,sekarang usia sy dah 21 tahun tapi sy mengalami msalh period tak teratur,4 bulan sekali baru datang priod..adakah tue normal? 1 lg sy nk tahu adakah sy akn dpt zuriat apabila kahwin nanti?

Jawapan
Sungguh pelik ovari yang biasanya hanya 2.5cm x 1.5 x 1cm tu boleh pecah, mungkin u ada cyst sekali kot sehinggakan ovari keseluruhannya membesar dan yang pecah tu cyst. Cuba check semula apa keputusan laporan histopatologi, biasanya Dr akan bagi satu salinan.

Period 4 bulan sekali bukan normal. Kena check.

Selagi U ada rahim dan ovari lagi satu tu boleh mengeluarkan telur, selagi tu u boleh pregnant, insyaAllah.


On Q&A (07/06/2011)

Wansafinah (27/07/2011)
Salam....
Doc, saya ade PCOS dan dah 3 kali wat iui tp failed. after this doc nak wat dnc sbb dia ckp rahim saya cam bengkak. adakah kebaikan dnc utk saya yang mmg nak pregnant n adakah dnc dapat meningkatkan peluang utk pregnant
.

Jawapan
PCOS (selain beberapa perkara lain) boleh mengurangkan peluang kehamilan dan bila pregnant, ia pun boleh meningkatkan risiko keguguran. Kdg2 'period' tu sebenarnya 'early miscarriage'. Kdg2 u kena buat rawatan pembedahan. Lebih jarang lagi, semua tu tak menjadi n u kena buat IVF pula.

Faktor utama rawatan PCOS ni bukannya mendekatkan sperma (IUI) tetapi:
1. Telur boleh membesar dan ovulate ke tidak?
2. Ada tak hormone imbalance lain eg hyper-insulinaemia, free testosteron atau SHBG?

Saya tak pasti apa maksud rahim bengkak? Saiz rahim keseluruhan ke? Dinding otot rahim ke? Lapisan endometrium ke? Biasanya dalam PCOS, yang kita risaukan ialah lapisan endometrium menebal berlebihan esp bila dah lama tak period (maknanya tak ovulate2)sbb wanita PCOS lebih berisiko untuk dapat endometrial hyperplasia atau lebih teruk lagi, kanser. D&C dapat mengeluarkan lapisan endometrium ini utk diperiksa di makmal histopatologi.

Kalau dah buat rawatan IUI (maknanya U boleh ovulate kan?), sepatutnya lapisan endometrium sihat sebab ada kesan perlindungan dari hormon progesteron pula.

Kalau bengkak tu sebenarnya polip di dalam ruang rahim, maka lebih elok teropong dari bawah dulu (hysteroscopy) supaya bila nampak polip, ia boleh dicantas pada pangkal polip. D&C is a blind procedure, byk kadang polip tu tak bersih semua.

On CONTROLLED OVARIAN STIMULATION (Okt 2010)
Scarlett (01/08/2011)
Salam Dr..
Sya skrg sdg mndptkn rawatan di hospital selayang, skrg ni diberi clomid day 2-6 and masa scan pd day 10 ade follicle bersaiz 18mm. then saya diberi hcg shot. skrg ni bru ari ke 13..yg saya risaukn skrg, period saya selama ni selepas saya berhenti pil perancang tahun lepas, sgt sedikit da cuma dlm 2-3 hari shj.. adakah ini mnyukarkan saya utk get pregnant?
saya da buat vagina scan, pap smear & hsg test, sumer nya normal. jadi apakah masalah yg menyebabkn period saya sgt sedikit dan cuma 2-3 ari tu?

Jawapan
Sepatutnya semasa ambil pil perancang, period sedikit. Bila stop pil perancang baru period kembali kepada asal ie normal flow. Musykil ni. Mungkin kesan pil perancang tu belum habis sepenuhnya tapi jarang yang sampai setahun macam u.

Bila Dr kata scan normal, tanya semula satu persatu, ddi antaranya termasuklah perkara2 ini:
- Apa yang dilihat normal?
- Pada pintu rahim : changes in cervical canal.
- Pada rahim : endometrium (ciri/pattern, ketebalan, warna/echogenicity, polip, submucosal fibroid)
- Pada ovari : polycytsic? berapa yang saiz folikel 18mm tu?



On Aamiiiiin (July 2011)
otomen (08/08/2011)
salam doctor..

Good day to you..sy br 2 bulan berkahwin, after nikah period pain saya sgt teruk compare to before nikah..senggugut at 1st day yg teruk..sebelum nikah sy biasanya start senggugut pd hari ke 3 or 4.
The panel doc refers my case to Gynae.

1st appointment (30/7) - gynae scan perut and masuk kan alat kt vagina. Doc bg tau rahim ok and takde benjolan tp ada infection (keputihan), tp hanya sedikit. Doc bg ubat utk keputihan dan ubat tahan sakit.

On Wednesday (3/8) sakit sakit perut yang rasa macam nk period. Biasa nya sy hanya akan rasa sakit nak period a few days before period.
Ikut kiraan next period sy ialah 13/8 (kitaran 28 hari)

2nd appointment (5/8) - perut saya (area peranakan) sakit bila ditekan2. Doc suggest saya utk buat laparoscopic surgery on 11/8.

Soalan saya, perlu ke saya try laparoscopic surgery?

Btul ke keputihan boleh menyebabkan susah utk pregnant?

Thank you Puan Doc...

Regards,
Nana

Jawapan
Keputihan biasanya tidak menyebabkan susah nak pregnant kecuali jangkitan kuman penyakit seksual eg chlamydia dsb.

Laparoskopi membolehkan Dr memeriksa secara 'direct visualization' ke ruang pelvis. Kalau ada penyakit, boleh dirawat masa tu juga. Biasanya ada rakaman video n Dr boleh tunjukkan rakaman tu sewaktu appointment lepas op, biasanyalah....

On DUGAAN LAGI (Aug 2011)
ct (22/08/2011)

Salam Dr.

Saya telah berkhawin selama 4 bulan.Last period saya pada 15june 2011.Sepatutnya period saya datang pada 19july 2011 tetapi Pada 3aug 2011 baru ini keluar spot coklat selama 5hari. Pada 14aug 2011 saya telah membuat ujian UPT tetapi hasilnya negative.Perut saya juga terasa sakit di sebelah kanan.Apakah saya hamil dan Apakah tindakan selanjutnya?

Jawapan
UPT tidak semestinya tepat. Buatlah ujian darah B-hCG, tetapi memandangkan soalan ni dah basi, sila update situasi ya.

Kyra justtyanna (24/08/2011)
dr saya ada beberapa persoalan tentang sakit puan..saya berharap dr boleh contact email sy justyanna90@yahoo.com/0179270098.. saya harap dr dapat membantu saya :)

Jawapan
Saya tak buat private consultation kecuali kpd patient2 saya sahaja. Boleh berkongsi masalah di sini untuk manfaat beramai2 atau datang ke klinik saya.

Tuesday, 20 September 2011

Outstation

Orang lain kerja outstation, kita pun perasan outstationed juga.
Mendapat undangan memberikan ceramah "Menjalankan kehamilan sihat dan tampil trendy" di Jakarta.
Ditemani oleh seorang wakil PR.
Sanggup membatalkan klinik Sabtu yang lepas.
Walaupun tiket dah naik harga sebab lambat beli (RM900+ per person, return)
Kenapa dan mengapa?


(seperti sesetengah 'pompuan' yang lain, saya akan berilustrasi 'corner' sana-sini sebelum memberikan sebab yang satu itu:



PERJALANAN KAMI
Tak dapat dicerahkan kerana kami (saya dan handbag bergerak saya) asyik bergusti je dalam kapal terbang itu.

As we travelled on Malaysia Day, MAS added this chocolate in the lunchbox.

Environmental friendly, except for the plastic cutleries n aluminium food container.


a huge portion of fish, I must admit, boleh kongsi ber2. dan sedap juga...


HOTEL MENGINAP

The hotel lobby, and this is a 3-star hotel.


MAKANAN KAMI
We had dinner at this Sundanese restaurant.

Sambal terasi.

Jus alpokat yang sedap.

Saya doktor spesialis wanita, restoran ini pula spesialis iga (ribs). Lunch the next day.

Macam kat Dubai pula, the waitress ambil order guna ipod.

Masih dgn jus alpokat, cuma yg ni tukar rupa, chocolate stripes pula.

and I can eat rice with just this sambal terasi (belacan) dan ulam daun salad/timun. Memang berlainan rasanya dgn sambal belacan kita, sampaikan saya masuk supermarket beli terasi utk dibawa balik. kalau boleh, cili, garam n lesung pun saya nak beli, takut tak sama rasanya nanti.



SHOPPING BAJU DLL
.
.
.
.
.
Tak pergi pun.
Tak ada sehelai pun.
Tak sempat.
Tapi 'Aiman tak kisah'
.
.
.

Sebab,
Actually...


SEBAB UTAMA
The main reason why I agreed to go to Jakarta and why Iman wanted to follow but on one condition ie only for 1 night is......this apple strudel! The world-famous Perth's Corica apple strudel. She just wanted to have this strudel.

If you are still not convinced, look at this 3 paper-thin-n-super-crispy layers of pastry with creamy custard and apple chunks strudel. Mahu terliur.
My 'handbag' easily seconds anyone who proclaims that this Perth-originated Corica apple strudel is the best so far. Cua bila dia tgk benda ni, her first question;
"Ma, macamana nak masuk dalam mulut?"
Sangat tebal.
Thanks to a patient-friend who introduced this sinfully delicious indulgence they kindly brought (and of course, bought) from Perth. Funny, only 1 shop/bakery in Perth/Australia but 4 branches in Jakarta.

Walaupun bila dah sampai hotel/rumah, ketinggiannya dan kerangupannya tak la secantik kalau dimakan di kedai itu sendiri, tetapi rasanya masih sedap.

Simpan di dalam peti ais, bila dimakan, seperti makan aiskrim.





Kami pun pulang dengan selamatnya, nasib baik sempat checked-in, maklumlah, 'machet'!


Berjalan masuk ke pintu gate, macam nak masuk villa/tempat peranginan pula, beautiful concept.



Apakah pengajaran yang didapati?

1. Heavy traffic - 'machet' maknanya, jam! Saya terus insaf dan bersyukur tak tinggal di Jakarta. Seteruk2 jam kat KL ni (yg kita selalu komplen dalam FB tu), berganda2 teruk jam kat sana. Machet is the first word that travellers to Jakarta will probably learn.

2. Orang tamak selalu rugi. Ingat tu Mokcik. Punyalah nak bagi orang kat KL ni merasa kelazatan apple strudel itu, saya pun membeli 28 kotak (7 kotak telah dimakan dan dibahagi2 kepada rakan di Jakarta). Memandangkan kami 2 beranak hanya dibenarkan carried on-board sebanyak 13 kotak (lagi 8 kena ckecked-in) dan 4 daripadanya terjatuh (akibat aktiviti bergurau terlebih mother-'dotter' ini, maka yang benar2 sempurna sifat bila sampai di rumah hanyalah 9 kotak sahaja. Selebihnya, ala2 remuk 'eksiden' jenis total loss tu... Maka strudel yang mahal itu (208,000 rupiah) bertambah la mahal harga net ia. Siapa2 nak bawa balik, ingatlah, selamat dibawa 4 kotak yg dimasukkan dalam 1 kotak besar sahaja dan ditatang seperti membawa kaca.
This big box ada handle yang senang dibawa, itupun kami boleh terjatuh-kan :)



3. Jus alpokat memang sedap. Tak tahu pula kat KL ini dijual di mana.


4. Tatabahasa perubatan
- Kanser : kanker (sebutannya kangker)
- Cyst : Kista
- Fertiliti : Fertilitas
- Hospital : Rumah Sakit



Gambar kerja?
Err...tak de la pulak diambil kecuali yang satu ini.
Dasar...


...dan inilah satu2nya bukti saya pergi sana atas urusan kerja. See? Why I chose orange? Remember my Holland post? Batavia? Tapi orang Indonesia memang cantik2, kulit pun bersih, baik perempuan mahupun lelaki. Kenapa org Belanda dulu2 tak nak kahwin dgn orang Tanah Melayu ye?



And for the first time in her life, my 'handbag' became a millionaire.
And she did not spend even a dime.
Jimat :)

Tiub Falopian Tersumbat

Kalau sekali - mungkin satu kebetulan.
Kalau 2 kali - Mulalah terfikir - biar benar?
Kalau 4 kali ??? Hmm... boleh tulis case report masuk artikel jurnal saintifik ni, then org lain kat universiti boleh buat further study...


Yesterday....
(Whenever I mention yesterday, that Beatles song would linger in my mind for the next few minutes, why eh?).



Anyway,
Yesterday,
Another patient un-'sangka'rably (ampun Cikgu2 BI, merosakkan nahu) got pregnant,


Usia : 31+ tahun
Nama : dirahsiakan, nama samaran pun tak nak bagi.
Tempoh perkahwinan : 2+ tahun (Mac 09)


Sejarah rawatan infertiliti:
- bersama 2 Dr pakar mulai Jan 2010.
- dah pernah buat HSG dan diberitahu normal.
- dah cuba 3-4 kali pil subur yg ada bahan Clomiphene itu.


Present history:
1st time kami bertemu di Pantai 08/12/2010.
- Tgk balik filem HSG tu (bukannya tak percaya dgn interpretation org, tapi saya suka double-check sbb patient tu kan di bawah tanggungjawab saya) macam ada yang tak kena je tiub tu?
- Checked ovulation (dah alang2 dia dtg hari ke-22 dan scan nampak cantik) memang confirmed ada, serum progesteron 55nmol/L.
- Scan : macam ada 2 penyakit lain juga. Hmm...not a straight-forward case.
- Jan 11 : cuba natural cycle monitoring, ada ovulation, tapi no pregnancy. Kot betul tiub falopian ada masalah ?.
- Feb 11 : dia pun bersetuju dgn pilihan seterusnya iaitu op.


Op end of Feb 2011.
Apa yang dibuat?
1. Check semula tiub falopian (teropong dari bawah dan juga dari atas, then buat dye insufflation) - memang sah tersumbat dari pangkal walaupun rupabentuk luaran tiubnya sehingga jejari fimbriae itu kelihatan masih cantik.
2. Korek tiub tu dari pangkal (mujurlah ada instrument tu, tapi bukan cangkul)
3. 2 penyakit lainnya itu juga di-operate-kan
4. Di penghujung operation, check semula tiub - masih belum keluar apa2 dye biru itu kecuali 'extravasation' sahaja. Baru lagi kot?


Bila dia mendapat tahu mengenai keadaan penyakitnya, terutama tiub falopiannya yang tersumbat, terus dia menangis (part ni yang saya lemah, sebab saya memang seorang yang kememe, takut2 saya pun turut menangis :)


Iyalah.
Kalau tiub tersumbat, macamana benih nak bertemu dan bersenyawa?
Terpaksalah buat IVF jawapannya.


IVF yang M.A.H.A.L. itu.
Lebih tepat lagi,
IVF yang SANGAT mahal itu.


Saya cuba memujuk (walaupun di dalam hati kurang pasti);


"Tak pe, jangan risau dulu. Rawatan belum habis ni. Kita cuba habiskan rawatan dulu sbb dah pernah ada patient I yang pregnant sendiri walaupun sebelum tu tiub dia tersumbat. Saya pun tak tahu macamana di aboleh pregnant, kalau ikut apa yang diajar memang x de peluang kecuali IVF. Kalau lepas complete treatment pun tiub masih tersumbat juga, terpaksalahlah kita buat IVF. Tapi kalau dah bersedia (dari segi kewangan le) nak buat IVF sekarang, lagi baik teruskan"


Kenapa saya kata IVF?
Sbb;
Biasanya,
Biasanyalah,
Kalau tiub dah tersumbat, most likely ruang dalamnya dah rosak walaupun dioperate dan dibuka semula.
Yang lebih penting adalah fungsi rerambut cilia di permukaan terowong tiub itu.


Tetapi manakan dia mampu?
IVF paling2 murah pun dalam RM12K, itupun kalau guna ubat dos paling rendah.
Kalau IVF guna pil Clomiphene citrate, murahlah dalam RM10K.
Biasa2nya kalau guna suntikan, dalam sekitar RM12-15K.


Dia pun memilih rawatan kedua.
Sambung dgn beberapa ubat,
End of May 2011, check balik dgn scan, bld test dan HSG;
HSG was reported as : spillage seen from both tubes but with delayed emptying of contrast ?peritubal adhesions.
Maknanya tiub dah tak tersumbat sepenuhnya (mungkin masih tersekat2)
Hmm...ada harapan tapi belum cukup complete treatment,
Saya pun tambah lagi 1 dos bersama ubat lain.


Kami pun planned next cycle utk teruskan rawatan kesuburan regime : suntikan FSH/IUI.
She's supposed to come during her next period.
Tetapi memandangkan kesan ubat masih ada (last injection 26/05/2011), maka periodnya hanya datang pada 09/08/2011.
September, tak de period.


14/09/11
She came to see me,

"Dr, saya lambat period, lepas tu saya buat UPT ada samar2 2 line"


Biar benar dia ni pregnant?

Scan - kosong je dalam rahim tu? Kalau iya pregnant, mintak2 janganlah ektopik.

Blood test:
BhCG doubled after 48 hours,
Progesterone pun cantik.
Good news!





After 48 jours, her BhCG doubled.


Saw her again yesterday, after 5 days,
Dah nampak kantung kandungan dalam rahim.
Maknanya sahlah kandungan di dalam rahim :)


Tak sempat ambil suntikan FSH,
Tak sempat buat IUI,
Tak yah buat IVF.


...and after 5 days, a repeat TVS showed an intra-uterine gestational sac.


Hmm,
Tak sia2 ku bayar RM----- utk gi Belgium ari tu.
Nanti saya tanya dia kot2 ada petua tambahan.


.
.
.


Apa yang cuba ditekankan di sini,
- There is hope (however little).
- More importantly, there is GOD.
- Siapa2 yang ada keadaanyang sama, kalau ada duit, buatlah IVF sebab IVF memberi peluang tertinggi.
Tak yah nak mengharapkan tiub falopian tu.
- Kalau bajet lari, ikhtiar cara kedua/ ke-3 dsb. Jangan berhenti rawatan.
- Kalau memenuhi syarat, cuba memohon dgn TAFF, boleh dapat bantuan kewangan IVF secara percuma utk 2 percubaan.
- The above mentioned patient bukanlah pesakit pertamaku yg pregnant sedemikian.
The first 2 patients dah bersalin pun, sorang tu dah masuk 5 tahun and her name is also Adila :)



Yang penting untuk saya;
Prinsip asal masih ku pegang (sebab yg tu dah ditulis dalam kajian dan disahkan signifikannya oleh ujian statistik)
Tetapi dunia perubatan berubah2 dan semakin berkembang maju,
Kadang2 macam 'fesyen' pula, rawatan berbalik semula kepada kaedah lama,
(macam suntikan FSH tu, kejap tukar kepada 'recombinant' then berbalik semula kepada 'urinary' ?).
Dan hasil kajian bukanlah 100% berkesan, cuma maknanya 'lebih berkesan'.
Maka, mesti ada alternatif lain, no hard and fast rules.
Siapa tahu, kot2 teori saya ni boleh diguna-pakai.


Macam IUI,
Cikgu saya org Jerman tu (mukanya tak macam Hitler) ajar buat IUI ada tambahan perkara selain yang saya selalu buat sebelum itu.
Sebelum (stimulation) - apa nak bagi, apa nak check, apa nak ubah/tambah.
Semasa (IUI)- macamana, apa yang nak diperhatikan (boleh agak peluang).
Selepas IUI, patient boleh terus bangun, tak yah pusing kiri/kanan atau berbaring lama2.
Dan kini, I found out myself (agak2) that timing of progestin treatment for luteal support is also important.
Not too early and not too late.
So, saya pun tambah petua sendiri :)


But I still hold on to the same principles,
Evidence-based medicine.
I practice mainly evidence-based medicine...
...dan gunakan input pengalaman serta teori yang cepat berkarat di otakku ni.


Ada seorang consultant infertiliti di HUKM,
Cikgu kami ni orang Malaysia (sapa kata 'omputeh' je pandai?),
Ilmu daripada Cikgu yg ini tak de dalam buku atau internet,
So, kalau rajin ikut klinik infertiliti dia, banyaklah ilmu 'tersirat' yang dikongsi,
Bila dikaji teori dan digosip sesama kami student registrar ni, memang didapati ada logiknya apa yang dibuatnya itu.
Contohnya : Clomiphene 'extended regime', mana ada dalam buku?
And this teacher pun local grad juga degree kedoktorannya.
Err...terima kasih Prof, Prof memang sangat pandai (saya berani cakap dalam hati je).
Halalkan ilmu yang Prof beri kat saya ya.
Dan halalkan roti canai yg Prof selalu belanja kami kat kedai mamak tu.


Maka, kpd adik2 student yg nak ke 'obersi' buat Medic tapi tak dapat,
It's OK.
The reputable local universities pun masing2 dah ada a strong faculty of lecturers.
Ada 3 universiti yang usianya dah lebih 30 tahun.
Kpd yang dapat tawaran ke 'obersi' pula, tahniah, rezeki U.
Jangan hampakan harapan kami pembayar2 cukai ni.
Lainlah kalau pergi atas tanggungan ibubapa.
Kpd yg tak dapat , janganlah jelous kenapa orang lain dapat offer walaupun result sama atau kurang baik.
And janganlah asyik komplen dalam suratkhabar kenapa tak dapat biasiswa ke luar negara.
Mana tahu, parents dia org yg dapat tu bayar income tax lebih banyak dan menyumbang lebih kepada negara beranding parents kita?
Lagipun, janji dapat tempat.
Remember, di manapun kita berada,
The role of our lecturers is just to stimulate our brains.
Kalau the grey matter tu asyik nak kena makan bersuap je, alamatnya ilmu tu tahap makanan tu sahaja la.
Then, 'obersi' ke, local ke, dulu SPM/matrikulasi/A levels pandai bijaksana ke, ia takkan berkembang.
Malah, boleh semakin ketinggalan zaman.
Dan jangan pandang rendah kpd rakan2 seperjuangan kita, mahupun junior2 kita, apatah lagi senior2 kita.
I've heard of some commenting on their batch-mates' bad performance masa zaman2 belajar nak jadi pakar dulu;
- mengata this person pernah berkali2 failed dalam exam Part 2 boleh jadi lecturer, and sekarang working kat the most expensive hospital (jealous ke?)
- this houseman graduated from --- tak pandai buat itu ini (why look down on him, given the same opportunity he might outdo u in no time)
- mengata "I'm sorry to say, but u all housemen memang stupid", macamlah dia jadi houseman dulu pandai.

Remember,
We were born the same.
Tahap kepandaian hampir sama.
Baby mana terus pandai cakap dan berjalan?
Yes, persekitaran dan peluang yang berbeza membuka potensi.
Tapi, kita yang kurang peluang ni pun boleh, cuma kena kerja lebih kuat sikit saja.
Macam anak orang kaya yang dihantar ke sekolah antarabangsa vs saya anak Cikgu yang pergi ke sekolah harian biasa.
Nak cakap 'omputeh' pun tak sepandai mereka.

Also,
When we critic, do it positively, we must also aim to make that person better.
Siapa2 nurses yang baru atau belum pandai assist masa op, lagi la ku request utk suruh dia assist masa op akan datang.
Unlike some yang siang2 dah decline certain staff to assist them.
Habis tu, kalau tak nak ajar, macamana dia nak pandai?

.
.
.

I better stop for now, dah jadi emosional pula.....:)
Astaghafirullah...

Sunday, 11 September 2011

Coccyx

Tulang tongkeng.
Omputeh bagi nama coccyx.


- Tulang yang terdapat pada bahagian bawah sekali vertebra/tulang belakang kita.
- Rupanya seperti muncung paruh burung cuckoo, tu sebab dapat nama coccyx.
- Bilangan coccyx adalah di antara 3-5 keping. Tak sure pulak saya punya coccyx ada berapa (tak pernah x-ray kat situ).


Nak kata sifatnya vestigeal (sisa saki-baki ekor, ala-ala macam apendiks sisa saki-baki usus), coccyx masih banyak kegunaannya walaupun kita dah tak boleh guna 'tail-bone' tu sebagai ekor.


Walaupun kecil, tulang coccyx ini sangat penting juga:
- Bila kita duduk bersandar, tulang coccyx ni la yg menampung berat kita. Bila lama2 duduk, mesti kita rasa sengal kat belakang tu kan?
- tempat perlekatan otot yang mengawal pembuangan air (kecil dan besar), berjalan (otot gluteus maximus), otot lantai pelvis kita (otot2 levator ani- penting tau supaya kita tak dapat 'peranakan jatuh'). Banyak rupanya otot dan ligamen yg menumpang kat situ.


Dalam dunia perbidanan, tulang coccyx pun sangat penting;
- Sudut yang dibentuk oleh lengkongan tulang coccyx ini mempengaruhi diameter ruang outlet pelvis kita.
- Maka, kalau coccyx yang last tu terlalu mancung ke dalam, bertambah sempitlah jadinya jarak di antara simfisis pubis kat depan dgn coccyx kat belakang, macamana kepala baby yang 10cm tu nak keluar nanti?
- Mujurlah coccyx ni ada sendi esp coccyx pertama yang melekat pada tulang sakrum. Maka, bolehlah tertolak ke belakang sedikit (macam engsel pintu) bila baby lalu kat situ.



Kenapa nak cerita pasal coccyx ni?



I found this in the Quran translation, page 630. explaining Surah 39 Az-Zumar (The Groups) Ayah 68
And the Trumpet will be blown, and all who are in the heavens and all who are on the earth will swoon away, except him whom Allah wills. Then it will be blown a second time, and behold they will be standing, looking on (waiting).

(The above Ayah makes me wonder - if some are already in the heavens, then why do people weep/wail for so long, pity with the dead ones when we should be happy and pray that they are now in better place/heavens, insyaAllah?

Also, does this mean during/after the first Trumpet, there are some who survive?)



In fulfilment of the injunction of the Prophet (s.a.w.)
" CONVEY MY MESSAGE EVEN IF IT BE ONE SINGLE AYAH"




Narrated Abu Hurairah, the Prophet (s.a.w.) said:

"Between the two blowings of the Trumpet there will be forty."

The people said,

"O Abu Hurairah! Forty days?"
I refused to reply.

They said,
"Forty years?"
I refused to reply.

They said,
"Forty months?"
I refused to reply and added:

Everything of a human body will waste away, perish or decay except the last coccyx bone (of the tail) and from that Allah will reconstruct the whole body.
(Sahih al-Bukhari, Vol 6 Hadith no 338)



Kenapa nak blog pasal coccyx?

Kepada yang bijak pandai, cubalah stimulate organ dalam raksun tu utk mengkaji lebih dalam pasal coccyx:


Contoh soalan (hehe, ini bukan soalan UPSR ya anakku) :
- Adakah apa2 sebab atau sifat istimewa hanya coccyx sahaja yang tak hancur dimusnahkan kiamat?
- Apa special structure dalam coccyx ni?
- Apakah potensi tambahan DNA dalam coccyx yg kecil itu ya?
- Ke ada 'identiti' lain dalam coccyx ni, macam fingerprint?
- Boleh tak kita 'copy' the structure yang kuat bertahan itu dan produce the synthetic material utk kegunaan kita?
- Hmm...kalau org bangsa lain, beragama lain dan di negara lain tu sanggup mengkaji Al-Quran utk their scientific knowledge, kita ni bila lagi? Asyik komplen, komplen, komplen, gaduh, gaduh, gaduh, bangkang, gaduh balik tapi the grey matter gets smaller. Kalau minta geran mahal2 utk buat kajian, bior le buat benda baru, bukannya asyik buat semula kajian yang telahpun dibuat oleh orang lain.


- Anyway, apa maksud 40 tu?

Tuesday, 6 September 2011

Day 21 IUI

Siapa kata IUI mesti buat pada day-14?
Tidak semestinya puan2.
Mesti ikut case by case.


A lady with a beautiful name.
30 year-old
Telah berkahwin selama 6 tahun (2005)
Pertama kali berjumpa saya pada Mac 2011.
Sebelum itu pernah mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesuburan badan berkanun dan sebuah hospital swasta tetapi belum ada rezeki.


Saya pun tried ubat yg ada bahan Clomiphene citrate.
Ada kantung telur yg besar (walaupun cuma satu sahaja) apabila di-scan pada sekitar hari ke-12 ke-13 tu.
Tetapi endometriumnya kekal nipis (hanya 3-4 mm sahaja).
Ovulation confirmed.
Unfortunately tidak menjadi.
Sebanyak 3 kali percubaan dgn ubat Clomiphene ini.
Sebenarnya saya dah cadangkan ubat lain tetapi masa tu di luar kemampuan mereka.


Kdn barulah dia bersetuju untuk mencuba ubat suntikan FSH, maklumlah, sangat mahal.
Diberi dalam dos menurun, mula2 150IU kdn turun lagi sehinggalah 75IU sahaja.
Bermula Day-4.

Kenapa Day-4?
Tak de rahsia pun, sebab dia datang lambat hanya pada day-4.

Memang selalu bagi dos macam ni ke?
Pun tidak. Kan saya dah kata, kena ikut case by case. Ilmu rawatan kesuburan ni tak de protokol yg sama utk setiap patient, walaupun umur dan profil penyakit sama.

1st monitoring pada day-11.
Alamak, kecil lagi kantung telurnya.
Saya pun tambah lagi ubat suntikan FSH itu (dos pun naik, maka kosnya pun bertambah).

2nd monitoring pada day-13.
Hmm...tiada perubahan yg menggalakkan.
Saya pun tambah satu lagi ubat pil (nasib baik tak mahal).
Suntikan FSH pun kenalah diteruskan (turun balik sikit dos sebab dah lama ni, biasanya suntikan diberikan utk 5 hari sahaja).

3rd monitoring pada day-18.
Yezzr! Endometriumnya sungguh cantik 13mm!
Ada 2 kantung telur yang telah mencapai saiz dikehendaki di dalam ovari kanannya.
Ovari kiri pula kecil2 sahaja kantung itu.

"Jom buat IUI?"
Mereka pun setuju.

IUI pun dirancang pada day-21.
Kenapa tak buat pada day-20 ? (sebab kan saya tgk dia pd day-18)
Err....
Macamana nak jawab ni?
Rahsia...
Hah! Bukan rahsia pun. Tarikh tu hari yg sesuai utk saya.
Saya tak pernah buat IUI pada hari Ahad (hari diriku cuti).
IUI tak rigid mana pun.
Kena manipulate sikit2.
Dan berdoa banyak2.


She's pregnant!
Nampak satu je kantung kandungan di dalam ruang rahim itu.
Regular gestational sac.
With yolk sac.
Nanti saya upload gambar kantung tu, dalam ingatan cakera-keras scan di Pantai.
Dia kena sambung itu ubat pil bersama ubat luteal support yg dimulakan beberapa hari selepas IUI.


Seingat saya, ini kes kedua IUI day-21 yg pregnant.
My point is,
Hari ke berapa tu tak penting.
Maka janganlah asyik bertumpu nak bersama sekitar waktu subur sahaja.
mana tahu kot2 bulan tu telur cik puan buat keputusan nak ovulate lambat?
Macam patient ni yg sebelumnya ovulated hari biasa.


Kenapa kali ni lebih tinggi peluangnya?
1. Bilangan telur semakin banyak (2, dulu 1 je)
2. Endometrium pun cantik
3. Sperma pun makin hampir (IUI)


Mesti ambil kira secara keseluruhan.
Mesti.

Friday, 2 September 2011

Al Fatihah

...and I can never forget 1st Ramadhan, the day she came to my clinic, very thin and pale....the big 'C' alerted my suspicion.



Today is Friday.
My dear aunt passed away a week ago.
She was 64.
Malam Jumaat around 9.50pm.
About 2 weeks after the surgery,
Barely 3 weeks after she was diagnosed with that aggressive cancer.


There's little that I knew about her sufferings before.
But I learned a few important things from that brief 3 weeks:



1. on her 'gratitude' about her disease;

"Tak pe. Selama ni pun Mak Ja sihat. Ni baru Allah nak bagi sakit"

Yes, dialah yang x pernah sakit selama ini (unlike my mom yg dah bbrp kali masuk hospital n their younger sister who died of diabetes).
Cerita dia bersalin pun sangatlah mudah 'rasa macam nak buang air besar'. In fact yg bongsu terkeluar atas troli katil (nasib baik sempat sampai hospital).
Badan pun maintain slim sahaja.
So, when she knew about this cancer, that was what she replied.


Let us be reminded....
No regrets.
No complaints.
Be thankful with what we 'have' on loan from Him.


2. betapa mudahnya urusan pengkebumiannya;

- Disahkan meninggal pada 9.49 mlm Jumaat.
- Dimandikan dan dikapankan mulai 12 tgh mlm.
- Dihantar ke rumahnya di Batu Pahat pada jam 2 pagi.
- Sampai sebelum subuh, disembahyangkan.
- Dikebumikan sebelum tghari Jumaat.


3. About her good practice

- How she used to recite 2 pages of Quranic verses after Fatihah in her prayers.
- She also recited Yaasiiiiiin in her prayers.
- Hmm.....a wake-up call for me yg selalu mengejar masa for so-called 'important' things-to-do excuses.



al-Fatihah
Semoga ruh Mak Ja dilimpahi rahmatNya.


Terima kasih di atas peringatan yang diberikan.
Terima kasih di atas layanan baik selama ini.
(I used to follow her to school during the early years that I stayed with nenek, naik Vespa bertiga dari Batu Pahat when she and her husband were teaching at one secondary school in Muar)
dan tangan itu juga dahulu pernah menyuap mulut kami beramai2 yg berebut makan nasi panas dgn kicap + ikan goreng.