Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 26 January 2011

Please consult another gynae for a second opinion

When it comes to decision whether to undergo an operation or not,
Always remember,
There is nothing wrong with seeking for a second opinion,
Of course from another gynae specialist,
(kalau dari bidang lain eg perawat homeopathy, bidan2 kenalah mintak second opinion dr jurusan mereka pulak :)
Or better still, a gynae sub-specialist ie general gynae specialist who subspecialised (furthered his/her study after being a specialist) in certain fields eg ART (assisted reproductive therapy) kalau dalam kes kesuburan.
And check his/her credentials termasuklah training subspecialty kat mana, experience etc etc.

I repeat,
In fact,
I urge,
PLEASE GET A SECOND OPINION
You'll be amazed with how far the opinion might differ.

Why?

1. The first surgery always gives the best chance. Subsequent surgeries (sepatutnya tak perlu kan?) are usually done with limitations and side effects arising from the first surgery eg fibrous scar formation.
2. The full diagnosis given by the first Dr can be confirmed by the second Dr
3. Kita sebagai pesakit pun akan rasa lebih yakin
4. Lebih2 lagi jika kita tak faham dengan imej ultrasound kat monitor tu. Silalah mintak gambar ultrasound dan simpan utk rujukan sendiri atau Dr lain kelak. Tak semua Dr nak ajar macamana nak tgk imej ultrasound ni.
5. Mintak Dr tu tulis senarai diagnosis dan senarai prosedur yg nak dibuat.

The first reaction to my first-time patients bila scan;
"Tak fahamlah Dr. Saya tak nampak apa pun"

Tapi, lama kelamaan, bila diajar berulang2, ada yg jadi terlebih pandai pula.
Saya belum buka mulut, dia n hubbynya dah bagitau apa yg nampak kat monitor :)


Gynae problems jarang yg urgent sangat sampai kena buat operation hari tu jugak atau keesokannya atau daam masa terdekat.
Janganlah sampai rasa malu nak cakap dgn Dr.
Kita semua ada hak masing2.
Sebab,
Bila dah operate,
Itu nasi sudah menjadi bubur.


Most gynae operations now can be done through laparoscopy,
Buang rahim atau fibroid pun dah boleh ikut total laparoscopy sahaja.
Setelah dipotong, rahim yg tak kan muat lubang kecil tu akan dimesin menggunakan 'morcellator' dan dibuang melalui bukaan sebesar 15milimeter sahaja.
Semakin ramai Dr gynae di Malaysia yg pandai buat operation ikut laparoskopi.

Dulu2 kan,
Laparoskopi hanya utk diagnostic sahaja.
Bila dah nampak penyakit dalam tu, Dr akan buka besar (laparotomy),
Sekarang,
Macam yg saya tulis dulu,
Setakat fibroid 12 cm, no problem (tapi saya tak le cekap buat yg besar2 sangat ni)
Buang rahim (histerektomi), no worries,
Buang lymph nodes dalamkes kanser, pun kacang je (bukan saya :)


It is embarrassing to find out that myomectomy (buang fibroid) dibuat secara laparotomy (buka besar) ke atas fibroid bersaiz 10 MILIMETER!
Lainlah kalau secara kebetulan nak buat prosedur lain, tiba2 Dr ternampak fibroid comel tu, maka buanglah sekali (takkan nak biarkan sahaja)

Laparoscopic surgery is better for one main reason and several other reasons:

Reason nu 1,
-It gives magnified vision.
Ada kanta pembesar dalam teleskop itu rupanya.
Kalau bleeding kecil2an pun boleh nampak dgn nyata tau.

Reason nu 2:
-small holes
Saya biasanya buat 3 lubang sahaja bersaiz 1cm, 0.5cm dan 0.5cm.
Paling2 pun (sangat jarang) lubang keempat akan ditambah (1cm)
What does that mean?
Parutnya kecil, risiko perlekatan kat dalam tu pun kurang.

Reason nu 3;
-cepat je boleh balik
Esok dah boleh balik.
Kalau rasa badan tak berapa sedap or nak rehat2 lagi, baliklah lusa.

Reason nu 4,
- Penglihatan lebih meluas walaupun lubangnya kecil
Boleh tengok almost all of the abdominal area
Lepas tengok kawasan pelvis (yg ada rahim, tiub falopian, ovari, sebahagian usus besar, sebahagian pundi kencing), alat teropong tu boleh dihalakan ke seluruh ruang tepi dan atas pula.
Nak tengok apendiks
Nak tengok kawasan permukaan hati (tempat perlekatan jangkitan Chlamydia yg penting utk kesuburan)
Nak tengok ada tak usus lain melekat pada dinding etc
Kalau open surgery, pandangan terhad setakat kawasan bukaan itu sahaja, camne nak tengok liver surface dll?

Reason nu 5,
-Ada kemudahan merekod video operation itu
Kalau Dr anda baik hati, dia akan bagi salinan VCD
So, anda akan tahu apa yg ada kat dalam tu dan apa yg Dr buat.
For me, bukti sangat penting.
Kena ikhlas dalam mencari rezeki, tak nak auta2.
Tapi kalau Dr anda tak nak bagi VCD pun memang hak dia,
It's your privilege, not your right to obtain the VCD.
Dan sebenarnya kalau pembedahan laparotomy pun boleh mintak Dr gambar operation.
Kamera sekarang dah comel2, muat dalam handbag Dr utk digunapakai.
And ada laporan histopatologi ke atas apa benda yg dibuang.
Mintaklah Dr sekeping salinan (biasanya Dr dapat 3 salinan bertaip).

Reason nu 6,
-Zaman teknologi sentiasa berubah
Kita kena ikut peredaran zaman
Demi kebaikan pelanggan/pesakit
Tak kan nak pakai typewriter lagi kan?
Mestilah nak pakai keyboard komputer.
Samalah dengan teknologi perubatan.
Hmm... when was the last time I performed open surgery?
(the brain cells sudah lupa)


Kalau masih hati tak tetap utk menjalani pembedahan setelah mendapatkan second opinion,
Don't worry,
Go and get a third or even a fourth opinion.
Kami Dr tak kecil hati, percayalah :)
And do some homework,
Buka internet cari maklumat mengenai peyakit anda.
Itupun kalau betul anda sebenarnya ada penyakit tu.


Kalau hati masih cuak,
Don't worry,
Postpone dulu,
Kes kesuburan ni mana banyak yg urgent-nya.
Ectopic pregnancy iyalah, yg lain?

I always encourage my patients to go and get a second opinion after seeing me.
Especially when it concerns surgery.
And if they feel more comfortable to have the surgery done with that Dr, let them be.
Sungguh bertuah ada 100% orang suka kat kita.
Nabi pun ada orang tak suka.
As long as lebih ramai yg suka drp yg tak suka, Alhamdulillah.

Biarlah kita masuk ke dalam bilik bedah dengan hati yang tenang dan yakin
Biarlah hasilnya baik
Jangan lupa baca Bismillah banyak2.

Tuesday, 25 January 2011

Intermission

Terpaksa berehat.
Laptop peribadi telah rosak.
Kena tunggu diserviced

Laptop Iman pun rosak selepas seminggu
Circuit rosak terkena air
Pun masih di bengkel

Sementara itu
Meminjam laptop kongsi2

Puan2 n Cik2 bolehlah berehat dari memeingkan kepala
Please visit in a few weeks' time

Saya pun tgh gatal nak gi belajar lagi ni
Ada reproductive surgery course minggu depan
In ------

Saturday, 8 January 2011

Refurbishment




So, beginning 5th January,
I've increased my clinic sessions at Pantai,
Every morning from Monday to Saturday,
and also noon sessions on Tuesdays & Thursdays.

My husband was deeply concerned.
"Are you sure you nak kerja tiap2 hari ni?"
(he knows very well isterinya ini berangan nak jadi full-time housewife)
"OK tu bang, lagipun only gynae cases je and no on-calls"

As such, the room's interior has been facelifted :)
Saya tak nak sakit mata lagi sebab nak mengadap bilik ni tiap2 hari kan!

I only keep a few things untouched;
- this window curtain yg dalam gambar di atas (sebab saya rasa cantik, Pantai's)
- a tall book cabinet (bought it years ago)
- the ceiling (tak mauhabuk2 n mau jimat bajet)

I engaged the same ID who did a very good job for our bedrooms last year.
Told them;

"Ikut macam bilik Iman, and cosy. Tapi tak le sampai patient tak nak keluar2 dari bilik tu :)"

(cuma Iman's room was extensively renovated at more than double the RM paid for this clinic reno)

They took the challenge of doing it within the short period we were abroad.
(mind you, the reno work can only be done after office hours sbb tak boleh kacau patient2/doc2 lain)
Dah siap pun when I started my year on the 5th.
Cuma kena betulkan finishing sikit lagi,
and nak tunggu meja n kerusi sampai (terpaksa sebab Pantai punya kaler biru),
and nak decorate je belum.

Meh kita test kebolehan masing2 meng-redesign bilik kecil ini.
Ingat!
Colour scheme kena guna sikit2 atau semua yg ada kat curtain yg kat atas tu tau.
Dgn cost within 15-20K sahaja ya.
Then compare with mine.
So far, patient2 suka;
"Barulah nampak macam bilik pompuan, Dr!"

Sunday, 2 January 2011

OHSS

winter evening in Paris


Sebagai makluman dan panduan, bukan mengkritik, bukan untuk menggantikan pandangan/nasihat doktor anda.

Apa yang anda perlu tahu mengenai OHSS?

Apa itu OHSS?
Ovarian Hyperstimulation Syndrome.
Kesan negatif yang berpunca daripada bahan2 kimia yang dikeluarkan oleh ovari terlebih dirangsang ini.

Siapa boleh dapat OHSS?
Sesiapa sahaja wanita yang mengambil ubat rangsangan kesuburan, terutamanya dalam rawatan IVF (sebab yang menjalani IVF biasanya ambil ubat kesuburan lebih).
Tetapi sebenarnya boleh berlaku dalam mana2 wanita yang mengambil ubat kesuburan, bukan sahaja ubat kesuburan jenis suntikan FSH sahaja malah yang ambil pil Clomiphene pun boleh dapat OHSS, tak kiralah, yang planned for IVF atau IUI atau intercourse cycle. Also, be mindful, ada juga produk kesihatan dipasaran yang merangsang kesuburan kerana mungkin ada ubat kesuburan di dalamnya (kalau tak, camne boleh dapat kembar?).

Dah tau ubat kesuburan boleh dapat OHSS, kenapa Dr bagi?
Ubat kesuburan boleh merangsang ovari menghasilkan lebih daripada satu kantung/folikel telur matang nanti. Jadi, bolehlah dapat banyak ie lebih daripada satu telur, maka peluang pregnen lagi tinggi.

Kalau tak nak ambil ubat kesuburan langsung pun boleh jugak. Ini dipanggil unstimulated cycle. Cuma, mungkin dapat satu kantung telur matang, mungkin tak de langsung. Rugilah rasanya kalau bayar ribu-ribu RM untuk prosedur sedut telur (OPU) tetapi kena bergantung nasib kepada folikel yang satu itu, kalau dalam folikel tu tak de telur lagilah rugi kan? Bayi IVF pertama, Louis Brown pun sebenarnya dari unstimulated IVF cycle.

Dr akan monitor kesan ubat kesuburan ini, bukan setakat nak tahu berkesan ke tidak, tetapi nak juga tengok sama ada dapat komplikasi OHHSS ni atau tidak.

Apa yang sebenarnya berlaku dalam OHSS?
Ovari yang membesar (sebab dirangsang) akan mengeluarkan bahan kimia yang memasuki aliran darah dan menjadikan salurdarah "bocor" sehingga cecair di dalam aliran darah ini mula mengalir keluar daripadanya dan memasuki ruang bahagian lain badan. Maka, kesan negatif yang berlaku adalah kesan daripada salurdarah bocor iaitu kesan pengumpulan cecair ini diruang tersebut dan akibat kehilangan secair ini ke atas aliran darah. Bahagian yang dimasuki cecair akan mengalami kesesakan, manakala salurdarah yang kehilangan cecair akan menjadi pekat sehingga darah membeku menjadi ketulan2 yang dipanggil thrombosis.

Siapa yang berisiko dapat OHSS?
1. SESIAPA SAHAJA yang mengambil ubat kesuburan
tetapi yang lazimnya lebih berisiko adalah;
2. PCOS terutamanya yang kurus/bersaiz kecil
3. lebih muda
4. pregnant

Apa peringkat OHSS?
Ada beberapa sistem grouping:
1. mild/moderate/severe
2. grades 1/2/3/4/5/6

Mild OHSS is quite common (1 in 3 patients) but moderate is less at about 5% but can still be treated as outpatient. Severe OHSS can affect the kidneys, liver, lungs, heart etc and can cause death. Mild cases can become worse especially when the patient is pregnant (the effect of hCG hormone)

Biarlah Dr2 je yang tahu pasal ni. Susah nak hafal ni kecuali yg ada photographic memory.
Yg lebih penting adalah mengenalpasti apakah tanda2 OHSS (tanpa anda sendiri membuat diagnosis peringkat apa) dan menghubungi/ membuat aduan kepada Dr anda jika ada mengalami tanda2 ini. Setalah itu, biarlah Dr anda membuat penilaian dan memberikan rawatan bersesuaian (jika perlu) ataupun berkata kepada anda;

"Oh tak pe, ini kategori mild sahaja. Tetapi kena....bla bla bla (dgn nasihat yang panjang lebar)..." Maknanya kena terus monitor dan update kat dia.

TANDA-TANDANYA IALAH:

1. 'perut' kembung, keras, tak selesa; dalam apapun kategori keterukannya dan semakin teruk mungkin sehingga sakit dan asyik loya/muntah (sebeb ruang abdomen dah makin kembung dengan cecair dari dalam salurdarah, ini dinamakan ascites).
2. haus, kurang membuang air kecil dan air kencing pekat, tidak bermaya (tanda2 dehidrasi). So, kenalah rajin2 tengok warna air kencing dalam toilet bowl tu sebelum dijirus air.
3. mengah, sukar bernafas (cecair dah memasuki ruang pernafasan ie hydrothorax)
4. betis bengkak, kemerahan,sakit dan bila dipegang terasa panas (tanda2 darah beku dah terbentuk dalam betis sebab darah dah 'pekat' kan)

Janganlah tunggu sampai dah teruk eg sakit perut dah tak leh tahan atau dah susah nafas baru nak datang bagitau Dr.

5. ada weighing scale? Timbanglah berat badan setiap pagi. Kalau makin meningkat, baagitau Dr
6. ada measuring tape? Ukurlah ukurlilit pinggang (pada tanda yang sama tau) setiap hari dan bagitau Dr jika ada perubahan.

Biasanya bila simptom makin teruk atau bila dah dapat simptom severe OHSS, baru kena masuk hospital and Dr akan monitor perkara 5 dan 6. Kalau mild or moderate, lazimnya tak perlu, tapi kalau ada alat penimbang n tape tu kat rumah, apa salahnya buat kan?

Semantara itu, anda bolehlah mengambil langkah2 berikut:
- minum air mencukupi, but not in excess, maybe dalam 2L sehari tapi jangan sampai lebih drp 3L tau.
- kalau nak ubat tahan sakit, ambil yang ada paracetamol sahaja. Pain killer jenis anti-inflammatory boleh menerukkan buah pinggang, so kena elakkan.
- no SEX or physical activity/exercise yg lebih2, takut ovari yang besar tu twisted pada tangkainya
- rajin2 gerakkan/goyang kaki (muscular activity oleh tolong gerakkan aliran darah n kurangkan risiko darah beku)


Have faith...InsyaAllah.