Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 19 December 2011

Q&A part 6

Disember datang lagi.
Sepanjang tahun 2011 ni, bersama saya, ada yang pregnant sebelum saya dapat betul2 faham macamana nak 'tackle' masalah mereka, ada yang pregnant tetapi gugur, ada yang belum2 pregnant pun, ada IVF yang menjadi, ada IVF yang langsung tak dapat telur... Saya akan cuba terangkan satu persatu kes2 ini akan datang, harap2 dapat memberi info.



Bila dah pregnant, kenalah jaga2. Jangan nak 'challenge' badan tu. Ya, ada orang boleh main lasak segala, tetapi ada orang yang tak boleh buat kerja lebih sikit pun. Listen to your body.

Keguguran sekitar 8 minggu. Spontaneous pregnancy selepas pembedahan membuka kedua2 tiub falopiannya yang tersumbat. She missed luteal support medicaton for a few days (hmm.....no comment) then she had bleeding followed by spontaneous expulsion of this.


Harap juga selepas ini, yang ingin bertanyakan soalan dapat gunakan bahasa/ejaan yang hampir keseluruhannya betul dan mudah difahami semua kerana ini adalah blog panduan kesihatan untuk dikongsi bersama, bukannya blog bersosial.

Berikut adalah soalan2 yang diajukan sepanjang bulan November ini.

SILA BACA DISCLAIMER DI ATAS.
Salam kembali kepada semua, selamat bercuti hujung tahun dan selamat tahun baru!



On Q&A part 5
Ummurai asked (1/11/11)
salam Dr..
masane tgh prgnnt 2nd baby,last tym melahirkn dgn cara emrgncy caesar sal dr ckap tulang punggung saya kmungkinan kecil bdsarkn saya lmbat buka lgpun thap cntraction jugak agak rapat..n baby wktu kuar pn nmpak kpala dia sdikit pnjng mngkin tgh try hard cuba msuk lorong klahiran tue..( saya keluar air ktuban hari jumat mlm 11pm cmtue..tp bukak prlhan smpai 5cm jer esok ptgnya sbtu..normal ke dr? ) so ,mcmana nak pstikn tulang punggung kita kecik? n kalo bleh nak jugak beranak scara NORMAL KALI NE..


Jawapan
Bila kandungan dan masuk sekitar 36 minggu, doktor mungkin akan cadangkan ujian sama ada secara X-ray ataupun MRI untuk melihat tulang punggung. Ujian ukuran ini dinamakan pelvimetri. Pada masa yang sama, kepala bayi (jika ia berada dalam kedudukan normal ie ddi bawah) juga akan dibandingkan arasnya berbanding tulang punggung. Jika diameter ruang di antara tulang belakang dan tulang hadapan serta ruang di antara spinous tulang iskium mencukupi ukurannya dan diameter terbesar kepala bayi telah memasuki inlet tulang punggung, bolehlah anda mencuba bersalin kaedah normal
.



Anggun asked (1/11/11)
Salam dr. ,

Saya berumur 28 tahun, telah berkahwin selama 1 tahun tapi masih belum pregnant. Berat sy 46kg dan tinggi 156cm. Saya ingin meminta pendapat dr. adakah saya perlu tunggu lagi atau saya perlu dapatkan rawatan doktor. Boleh dr. terangkan step by step apa yg perlu sy lakukan selepas ini dan type of rawatan yg perlu sy jalani?


Jawapan
Tidak perlu tunggu sebenarnya. Cuma mungkin kalau anda ke klinik/hospital kerajaan, anda akan diminta menunggu/mencuba lagi atas dasar keutamaan pesakit lain. Kalau ke hospital swasta, nak check kesuburan sebelum kahwin pun boleh, maklumlah, anda yang bayar dari poket sendiri, cuma mungkin ianya dilihat membazir sahaja.

Nanti saya tulis entri mengenai apakah yang boleh diperiksa.


Minah asked (10/11/11)
salam..
dr..
sy nk tny, normal ke kalu period hny keluar coklat2 je smp 4 hr..kemudian br darah..
saya da 3x buat IUI tp semua fail..

Jawapan
Kena duduk n garu kepala semula kenapa IUI gagal, ada apa2 yg 'tertinggal'? Kalau tak de, pilihan seterusnya lebih baik secara IVF, sebab, percubaan IUI ke-4 jauh lebih tipis berbanding 3 percubaan pertama. Kalau tengok graf, dah hampir mendatar (sangat sedikit peningkata kumulatifnya).

Mengenai period, bergantung kepada paras hormon progesterone juga. Kalau cantik, period akan turun cantik jika tidak pregnant. Kalau tak de ovulasi (maka dah tentu tak pregnant jugak), period tak cantik. Kalau masih ambil ubat yang ada hormon progestin, pun boleh kacau period, selepas berhenti beberapa hari, barulah period akan turun.



Geminigurl asked
Salam Dr.,

saya sudah berkahwin selama 4 tahun tapi masih belum hamil.Dalam 2 tahun lepas, saya ada buat rawatan kehamilan dengan Dr. di Pusrawi selama beberapa bulan, Dr. beritahu saya, saya ada ovarian cyst tapi tak berapa besar dalam 4cm dan rahim saya terbalik, malah period saya juga tak regular. Dr. beri saya Duphaston dan juga pil kesuburan kerana telur dlm ovari saya tak cukup besar. Lepas beberapa bulan saya stop g pusrawi, sbb masa tu saya ada financial problem. Selama setahun saya tak datang period, kemudian tahun ni period saya start regular tapi terlampau banyak cuma 2-3 hari kemudian keluar mcm biasa sehingga 7 hari. Baru2 ni saya period sampai 2 minggu dan period terlampau banyak selama 14 hari malah saya mengalami senggugut yang teruk sepanjang saya period.Bulan ni saya tak datang period lagi dah 2 mgg period saya lambat, saya dah check pregnancy test tapi saya tak hamil. Saya nak tanya Dr. adakah cysct saya akan membesar, saya dah lama tak pegi check up. Macam mana kalau saya nak sambung appointment saya ngan Dr. Adilah, tapi saya nak buat rawatan di Hospital Pantai Bangsar, Macam mana Dr. ?

Jawapan
Sungguh musykil. Cuba ingat2 semula, yg 4cm tu saiz cyst ovari ke saiz ovari sebab ada PCOS? Sebabnya, saya tak bagi ubat kesuburan kalau ada cyst, nanti cyst tersebut boleh semakin membesar sehingga terpaksa kena operate pula. Kalau nak ambil juga, itu pilihan sendiri, asalkan you faham akan risiko cyst mungkin membesar. Bunyi kes you ni macam PCOS....

Untuk pesakit PCOS I akan selalu nasihatkan, kalau period lewat sampai sebulan, jangan tunggu lagi, jumpalah mana2 doktor untuk ambil 'ubat turun period'. Penting sangat, sebab PCOS yang begini meningkatkan risiko kanser endometrium (rahim). Kenapa tunggu tak period sampai setahun? Rawatan PCOS ni berterusan sehingga lewat usia nanti; sebab risiko kencing manis, kolesterol tinggi, sakit jantung, kanser endometrium.

PCOS, saiz ovarinya menghampiri 4cm.


Mummypoko asked
salam doktorku yg cantik,
saya ade wat treatment endo dgn amik injection lupron slame 3 bulan..last injection pd 15 september 2011.. saya nk tau, bila paling lewat period akan dtg balik? 3 bulan lepas last injection ke mcm mane?
terima kasih.

Jawapan
Kalau ikut pengalaman pesakit2 saya, biasanya period akan lewat, sekitar 8-11 minggu selepas suntikan terakhir. Ada juga yang rupa-rupanya 'ter'pregnant dalam masa menunggu tu.


Suwaibah YS asked,
Salam Doktor

Saya ingin dapatkan kepastian. Saya telah membuat pembedahan endometeorsis kali kedua pada april 2011, pembedahan pertama pada tahun 2001. Kedua2nya stage 4.
Sewaktu pembedahan salah satu tiub telah dibuang tapi satu lagi tidak dijumpai.
Saya dh ambil suntikan menghalang period 6 bulan selepas pembedahan dan saya baru sahaja mengambil ubat untuk turun period bermula tarikh 14 Nov 2011 selama 5 hari. Bila period baru saya boleh buat X-Ray untuk mengesan tiub yang lagi satu

1. Saya ingin tahu, adakah period saya akan keluar serta-merta atau pun mengambil masa berminggu-minggu untuk keluar setelah makan ubat tersebut?

2. Jika tidak keluar, adakah saya mengalami masalah dgn ovari saya?

3. Adakah saya mempunyai peluang untuk mengandung dan chances untuk berjaya dgn IVF berapa peratus?

Harap-harap Doktor boleh membantu. Thank u so much

Jawapan
1. Sama seperti jawapan kepada soalan sebelum ini.
2. Dalam keadaan anda, ia lebih bergantung kepada keadaan ovari anda pada penghujung pembedahan. Endometriosis di dalam ovari sendiri boleh merosakkan telur di dalamnya. Prosedur pembedahan endometriosis yang melibatkan ovari wanita yang masih menginginkan kehamilan seeloknya:
- membuang hanya cyst itu sahaja
- meminimakan penggunaan arus elektrik untuk menghentikan pendarahan atau memusnahkan sel-sel endometriosis kerana kepanasan dari arus elektrik ini juga boleh memusnahkan telur-telur berhampiran yang berlaku secara proses cell vapourization. Kesabaran sangat penting eg menjahit atau menekap sehingga pendarahan berhenti.
3. Faktor utama dan pertama kejayaan rawatan IVF ialah USIA wanita. Endometriosis (peringkat 4) juga menurunkan kejayaan IVF.

Mengapa doktor terpaksa buang tiub falopian tu? U ada penyakit lain juga ke?

Mengapa perlu tunggu period untuk buat HSG?
Untuk memeriksa tiub falopian yang lagi satu, tak perlu tunggu period. Sebab utama untuk tunggu period (dalam keadaan lain) adalah untuk pastikan seseorang tak pregnant (kerana ujian X-ray tu menggunakan sinaran X) dan mengelakkan waktu ovulasi (takut kesan sinaran dan juga takut ter'flush' keluar telur yang dah masuk ke dalam tiub). Pesakit saya biasanya disuruh menjalani ujian HSG (kalau perlu) pada sekitar 3 minggu selepas suntikan terakhir. Harap beri perhatian, sepanjang tempoh rawatan suntikan tu, pesakit disarankan menggunakan kaedah pencegah kehamilan (kondom) kerana ubat suntikan tersebut dikhuatiri memberikan kesan kecacatan janin jika ter-hamil.

Filem HSG, shot delay film, diambil kira2 1/2 jam selepas dye dimasukkan (anda akan rasa kena beberapa gambar diambil kemudiannya 'diam' je ut setengah jam sebelum bunyi gambar diambil tu sekali lagi). Tak semua tempat buat ujian fasa ni. Nampak masih ada cecair yang terkumpul di dalam tiub dan di kawasan rongga pelvis?


On YEAR END BREAK

Hez asked;
Salam Dr.

Saya ada soalan mengenai clomophine, kerana sy telah mengambil ubat tersebut selama 1thn atas saranan Dr di Pusrawi & skrg sy mengambil 2 biji pula.
MAsalah saya adalah waktu bersama yg disarankan oleh DR tidak dapat dipenuhi oleh suami kerana terlalu lama cth hari ke 14 til ke 17. dan saya telah cuba membeli ovulation kit bg mengetahui waktu subur saya. adakah suami perlu mengambil ubat tertentu? dan risiko kanser akan dihadapi oleh sy adakah tinggi?

Jawapan
Berhenti dari meneruskan Clomiphene citrate ini.
Tujuan ubat kesuburan (seperti bahan Clomiphene citrate) digunakan adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya SATU telur yang boleh membesar sehingga ke peringkat ovulasi.

Sekiranya didapati telah ada ovulasi dengan jayanya, ubat ini bolehlah diteruskan selama kira-kira 6 bulan lagi. Jika tidak, meneruskannya hanyalah membuang masa dan kos sahaja, sedangkan usia seseorang wanita juga akan bertambah.

Lama dahulu, ada kajian melaporkan peningkatan insiden kanser ovari di kalangan wanita yang pernah mengambil bahan Clomiphene citrate selama lebih setahun. Walaupun kajian ini ada disanggah oleh beberapa pendapat lain, namun masih ramai doktor yang memilih untuk tidak memberi preskripsi bahan ini untuk lebih setahun. Saya sendiri menamalkan monitoring pada setiap kitaran rawatan Clomiphene citrate, barulah dapat tahu apakah respon seseorang terhadapnya (secara TVS), bukannya menyuruh bersama sahaja. Kalau tak sesuai, saya akan cadangkan bertukar ubat/kaedah selepas 2-3 percubaan. Itupun kalau telah dilakukan ujian atau rawatan asas.

Ilmu rawatan kesuburan sangat subjektif, yang ditulis dalam bahan ilmiah perlu dijalin dengan pengalaman bersama pemahaman teori sebanyak mungkin dan sentiasa di-update.



On RAHSIA TARIKH LAHIR

Carmello asked;
salam doktor. saya pernah kena ectopic. masa kena ectopic tu saya dapat period pada waktu yg sepatutnya saya memang period. cuma nya dua hari sahaja period saya dgn +ve upt yg sgt kabur. semua yang pregnant tidak kira ectopic atau tak bila buat upt memang akan keluar 2 line ke doktor(wpun kabur)? sebabnya saya mcm takut pula kalau saya period tapi sbnrnya saya pregnant tapi buat upt -ve. saya kena lebih berhati2 sbb sebelah tiub dah takda doktor:( lg satu doktor,boleh ke buat iui dgn sebelah tiub?

Jawapan
Sebenarnya 'period' yang dianggap period itu bukanlah period dari rahim tetapi pendarahan dari kawasan implantasi janin di dalam tiub. Kena lebih berhati2 terutamanya kalau period 'lain macam' eg tempoh dsb. Jika tak pasti, tak salah buat ujian UPT sendiri. Kalau nak lebih tepat, buat ujian darah BhCG (kos di antara RM30-60 mengikut hospital).
Boleh buat IUI dengan sebelah tiub tetapi kenalah pastikan masa buat tu, ovulasi berlaku dari sebalah ovari yang ada tiub lagi. Maknanya, eloklah ambil ubat subur supaya (harap-harapnya) ada telur besar dari ovari yang tiubnya elok.
Tetapi...tiub yang sebelah lagi tu elok ke?
Semasa pembedahan ektopik (seeloknya secara laparoskopi), doktor akan turut menilai keadaan keseluruhan ruang/organ pelvis untuk :
- cari punca ektopik
- lihat keadaan tiub lagi satu
- pastikan tiub mana yang ada ektopik



On OVARIAN CYST
Anorrin asked;
Assalammualaikum dr, sy baru je menjalani myomectomy pd 13/10/2011 disebabkan sy ade 2 fibroid bersaiz 4.62cm. Sy nak tanye, slps pembedahan ni, berapa lama tempoh yg saya perlu ambil sebelum mengandung dan bersenam?? sy x sure sm ada ianya myomectomy atau tidak..tp yg pasti, ianya spt caesarean bersaiz 9cm

Jawapan
Biasanya rehat selama at least 6 bulan, seeloknya setahun ke atas. Tetapi ni bergantung kepada jenis (lokasi) fibroid. Kalau pedunculated fibroid, bulan berikutnya pun boleh pregnant. Kalau belahan tu menembusi sehingga ke dalam ruang tengah, kena rehat panjang.
Senaman pun bergantung kepada senaman jenis apa.




Cah Cicie asked;
salam dr..
kawan sy ade bgtw sy yg dia slalu beronani sjak tgkatan 1..skarang dia tgkatan5..smasa di tgkatan 2,,dia dapati rahimnya smakin mmbesar..tp dia tetap tros kn sikap dia..mmg jelas klihatan rahimnya mmbesar..apabila dia baring,,nmpk rahimnya terbonjol sperti bukit..adakah itu cancer?? itu akan mmbahayakan atau x??

Jawapan
Rahim tak dapat dilihat kerana ia hanyalah sekitar 6cm sahaja dan terlindung di bahagian bawah ruang tulang pelvis. Nasihatkan 'dia' berjumpa doktor :)




On DAY 21 IUI
Serry asked;
salam dr,kalau saya nak buat rawatan dgn doc boleh tak..saya dah 2 kali buat iui tapi still tak ade rezeki...

Jawapan
Boleh :) Sebenarnya prosedur IUI itu sendiri sangat mudah, yang lebih penting adalah rawatan sebelum hari IUI, monitoring (tau apa nak tengok), modifikasi ubat (berpandukan apa yang dilihat sewaktu monitoring), cara air mani dicuci, isipadu yang digunakan dan ubat untuk luteal phase support. Itupun kalau tiub berfungsi normal dan sperma tidak terlalu teruk.



On FALLOPIAN TUBE
Jasmin asked;
Assalamualaikum wbt

terlebih dahulu syabas dan terima kasih kerana Dr. sudi berkongsi ilmu & info melalui blog ini.
Allah jualah yg layak membalas segala jasa murni yg telah Dr. lakukan ini.. Moga Allah sentiasa merahmati Dr. & keluarga dunia akhirat.

Dr. 1 pertanyaan dari saya
Dr,
saya juga telah menjalani HSG dan dapati sebelah kiri saya menghidapi mcm membengkak tetapi doc menyatakan bahgian sebelah kanan saya tiada masalah. Saya telah diberi ubat (kesuburan) utk 2 kitaran.. FYI saya dah makan utk 1 kitaran pd bulan lepas.. didapati period saya lewat tp bila test urin masih (-ve) dan dalam yg sama rasa sakit spt nak period pun ada rasa ni. Dr. Masih ada peluang kah utk saya mengandung?
adakah cara utk saya mengandung secara biasa tanpa menjalani IVF jika benar tiub disebelah kanan masih bole digunakan.
TQ Dr..

Jawapan
HSG sangat terhad maklumatnya. Ia hanya menunjukkan bayangan ruang dalam rahim dan laluan dalam tiub falopian. Ada juga HSG (tidak semua tempat) yang menunjukkan satu 'shot' tambahan diambil kira-kira 1/2 jam selepasnya yang dapat memberi gambaran sama ada terdapat keadaan adhesion (perlekatan) di dalam pelvis. Itu sahaja.

Bagi keadaan HSG yang tidak normal, langkah selanjutnya ialah menjalani pembedahan laparoskopi, tujuannya untuk melihat secara langsung dan jika ada, pembedahan merawatnya boleh dilakukan pada masa yang sama.

HSG tidak dapat menilai keadaan luaran tiub dan hujung tiub yang mempunyai jejari (fimbria) yang sangat penting untuk 'memandu' telur masuk ke dalam tiub.

Jika benar tiub lagi satu itu normal, boleh hamil (sama seperti wanita yang telah menjalani pembedahan membuang tiub akibat eg kehamilan ektopik).



On PERJALANAN INI
Mawar asked;
as salam, soalan saya ni out of topic skit tp masih berkaitan dgn IVF. Kedua-dua tiub saya telah tiada & saya telah menjalani IVF bulan Mac 2011 tp gagal..sob..sob...sobb.. sedih tp jgn putus asa (Allah telah merancang yang terbaik utk saya - pujuk diri sendiri!!).

Doctor kata kemungkinan sebab fibroid. Maka saya telah menjalani myomectomy pada oktober 2011. Insya Allah pada Mei 2012@ slps 6 kali period, doctor kata boleh buat IVF skali lagi. Semasa myomectomy, doctor telah turunkan sikit ovari saya (sbb katanya terlalu tinggi).

Soalan saya, bolehkah saya membuat aktiviti lasak/air (snorkeling,jalan2 masuk hutan) dalam tempoh Januari 2012 hingga Mei 2012 iaitu sblm IVF? Insya Allah saya nak bercuti ke Sabah dalam bulan Mac@Mei 2012(release tension before next treatment).Saya risau ada gangguan kepada ovari yang telah dibetulkan oleh doctor...

Apa pandangan doctor? TQ.....

Jawapan
Jika ovari terlalu tinggi, biasanya prosedur OPU sewaktu IVF tu sukar dilakukan kerana dikhuatiri jarum tu menembusi organ lain eg usus, salurdarah sebelum dapat memasuki ovari.

Cuba tanya doktor, mengapa ovari tinggi? Ada penyakit lain ke? Fibroid tidak menyebabkan ovari tinggi. Tetapi penyakit endometriosis boleh. Dan seperti yang sering diajar dari zaman medical student dulu2 lagi, fibroid dan endometriosis sering beriringan kerana kedua-duanya 'hidup membesar' dengan 'makanan' yang sama iaitu hormon estrogen. Jadi, bila medical student nak pesent kes patient tu ada fibroid, dia mesti bagitau sama ada ada endometriosis atau tidak,baru nampak pandai/kritikal dan dapat markah tambahan :)
So, you kena tanya Dr, ada endometriosis ke tidak dan kalau ada, stage berapa?. Sebab, endometriosis peringkat 3 atau 4 boleh menurunkan success rate IVF, malah boleh juga meningkatkan risiko keguguran kelak.

Kalau dah sembuh dari pembedahan (biasanya atara 6 minggu tetapi ada juga yang ambil masa hingga berbulan2), boleh lakukan aktiviti seperti biasa. Kalau sebelum ini dah biasa buat aktiviti lasak, bolehlah.



On ENDOMETRIOSIS PART 3
Safiyyah asked;
Assalamualaikum Dr...Saya telah menjalani laparoskopi untuk masalah endometriosis 15/07/2011 yg lalu. Menurut Dr yg merawat saya, dia berpuas hati dgn laparoskopi tersebut kerana yakin dapat buang semua cyst yg ade dan dia ade menyatakan bahawa saya punye endo adalah stage 2. Masalahnye, selepas laparoskopi tersebut, saya masih lagi mengalami mslh sgugut yg teruk sehingga berasa skit ketika membuang air besar.

Pada 08/10/2011 tempoh hari saya diserang sakit perut yg teruk sehingga muntah2 dan sesak nafas dan masuk wad 2minggu. Pelbagai ujian dibuat pihak hospital termasuk ujian CT scan. Saya disahkan kene penyakit GERD. Tp itu bkn permasalahan yg ingin saya suarakan di sini. Masalah yg ingin saya tanye pada Dr ialah hasil ujian CT scan tersebut dapat mengesan beberapa ketulan cyst di kiri dan kanan ovari saya bersaiz lebih kurang 2cmx2cm. Saya agk terkejut kerana baru sahaja menjalani laparoskopi beberapa bulan lepas. Soalan saya,

1. Kenapa boleh ade lagi cyst tersebut?
2. Mgkin ke Dr terlepas pandang? Atau itu cyst baru tumbuh?
3. Adakah sbb cyst tersebut ade lagi menyebabkn saya masih mengalami masalah sgugut yg teruk wlaupun selepas laparoskopi?
4. Adakah ini bermakna saya perlu menjalani laparoskopi sekali lagi nnti?

Harap Dr dapat membantu saya.Terima kasih.

Jawapan
Hmm....biasanya kalau dah ada cyst endometriosis dalam ovari, lebih2 lagi kalau dah disebut semua (banyak ke?), dah masuk at least stage 3, melainkan kalau cyst tersebut kurang drp 1cm. Waktu medical student dah diajar 'ground rule' mcm tu. Bila check balik dgn ASRM classification, memang betul.

I susah nak claim dah buang semua, sebab we can never be sure. Apa yang nampak di mata tu mungkinlah. Tetapi ada juga yang terletak jauh di tengah pasak ovari, meunggu masa sahaja untuk lebih membesar. Kalau ikut teori pun, dalam stage 3 atau 4, masih ada lebih kurang 100 ribu sel2 endometriosis yang tertinggal, itulah sebabnya ramai Dr yang susuli dengan suntikan bahan GnRH analog.

Bolehlah you tengok semula rakaman video laparoskopi tu.



On ENDOMETRIOSIS

Creamy81 asked;
dr,sy nak tanya..br2 ni sy bt ultrasound n dr ckp sy ada uterine fibroid 2.2cm,cervix fibroid 1.8,right ovarian cyst 2.4..doc kata tak merbahaya dan ada ubat,tp doc tu tak bg apa2 ubat pun 4 next review pun tak..pastu sy pun tak ambik kisah sgt..tapi after few week masa mestrual sy pada 06/11 sgt2 sakit pinggang dan rasa menghiris dekat bawah perut.dan darah sgt cair dan banyak dan kesakitan berlarutan setelah habis menstrual..dan pada 18/11 kesakitan itu bertambah dan sy berjumpa dgn doc yang lain dan doc itu kata ada endometriosis n kedudukan rahim saya terbalik..pun x bgtau apa langkah sy seterusnya..cuma bg saya makan relax muscle dan tahan sakit.dr tu jg bgtau kalo sakit sgt dia suruh dtag utk bagi injection..tapi saya kurang faham ttg endo dan stlh sy cuba google utk lebih memahami ttg endo ni..dan terbaca blog dr Adilah..rupa²nya endo ni ada stage dan sy tak pernah diberitahu doc..FYI,saya berumur 30thn dan sdh ada sepasg cahayamata..pls..give better advice coz skrg ni macam malas nak pi doc da,kalo btul sy hanya kena makan relax muscle n painkiller jer..tapi rasa membengkak di bawah perut sebelah kanan..menghiris2 tu dtg selalu dan setiap hari mengganggu rutin harian saya..sy tidak secergas sblm ini dan lebih rasa sakit bila kencing, kentut dan buang air besar..perlukah sy jumpa dr yang lain?

Jawapan
Rawatan 'complete' untuk endometriosis ialah buang sumber estrogen tu, maknanya buang kedua belah ovari. Tetapi pilihan yang ini lebih sesuai untuk yang tak nak pregnant lagi, lebih-lebih lagi jika >45 tahun dan juga yang mengalami kesakitan amat sangat sehingga terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit sahaja.

Pembedahan tidak menjanjikan kesakitan akan hilang. Pembedahan dilakukan bertujuan untuk membuang sebanyak mungkin tisu endometriosis dan harap2nya, kesakitan akan turut hilang.

Anda masih boleh memilih untuk menjalani pembedahan yang tidak drastik (buang ovari) tetapi anda juga mesti faham bahawa tidak mustahil pembedahan tidak dapat membuang kesemuanya dan kalau dapat pun, tidak mustahil ia akan berulang lagi. Selagi kita belum menopaus, selagi itulah kita boleh dapat endometriosis. Setidak-tidaknya bila menjalani pembedahan laparoskopi, ia dapat mengesahkan apa yang Dr syak.

Pilihan ubat selain ubat penahan sakit ialah pil perancang keluarga (sebab ia mengurangkan kuantiti darah, maka kuranglah benih baru dankuranglah senggugut), suntikan hormon GnRH analog (untuk menurunkan estrogen tetapi menjadikan kita mengalami simptom2 seperti menopaus) dll lagi.


Sekian.....


13 comments:

  1. Salam Dr

    Saya umur 30, telah mencuba utk pregnant selama 1 thn tetapi masih gagal. Last month, i went to a fertility specialist here (in Australia) and was referred for ovulation tracking, TAS and TVS. Sperm analysis was good, TAS and TVS showed no abnormality but during ovulation tracking tu, i was informed that my hormones were low and then after day 20 it was cancelled. Saya disarankan utk terus membuat IuI menggunakan frozen sperm kerana suami berkerja di luar daerah.

    a) Do i need to do HSG before the iui ?

    b) On using frozen sperm, how good the chance would be ?

    c) If the hormones are the main problem, is there anyway to tackle it ? e.g hormone booster?

    Thanks Dr.

    ReplyDelete
  2. Tq dr adilah..

    saya akan bawak jawapan doc tu nanti utk minta pandangan doc pakar..size cyst sy skrg adalah 3.2cm berbanding dulu 2.4cm.tapi sy hanya pegi ke Klinik pakar Ultrasound jer..blum pegi O&G klinik..tgk macam mana nanti :)

    ReplyDelete
  3. salam dr...sye berusia 20 tahun.saye nak tanye mengenai period regulation.period saye sngt x irregular means die continous period.kdg2 smpi sebulan.pernah jmpe dr. but not specialise dr la.diorg bg hormone pill,saye pon x ingat name die.but,i just want u'r advice as specialise...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kedua-duanya mungkin. Kalau buat BhCG berturut2, jika parasnya meningkat, ini menunjukkan hamil, kecuali kalau masih ambil suntikan hCG yang ada digunakan oleh sesetengah Dr. Kalau buat UPT tak ada beza sebab ia mungkin akan dua line juga (positif tetapi tak boleh tahu nilai).
    -Kalau nak buat tak tahu pun boleh juga.
    -Kalau nak buat UPT sahaja banyak2 kali pun boleh juga.
    -Kalau nak tahu dgn lebih tepat pun boleh juga.
    Semuanya pilihan masing2, Dr biasanya dah bagitau kelebihan vs kekurangan setiap pilihan. Begitu juga dengan ubat 'luteal support' - pil murah tetapi kurang berkesan vs ubat intra-vaginal yang mahal tetapi lebih berkesan.

    ReplyDelete
  6. thanks dr. semalam (29/12) saya sakit perut..saya pergi ke klinik berdekatan rumah dan mtk dr. dekat situ buat bhcg test...result turned out >1500miu/ml. adakah itu normal dr? berdasarkan apa yg saya baca, reading tu mcm tinggi sgt utk yg baru 2mggu buat iui mcm saya. semalam dan hari ni perut/ari2 saya sengal dan denyut2 seharian. saya risau jugak ni dr. saya ada call ida, set appointment utk next friday (6/1). apa pandangan dr. tentang sakit yg saya alami. boleh ke saya buat 2nd bhcg esok (31/12)?

    ReplyDelete
  7. I berada di luar Malaysia. 3hb nanti dtg, I dah kerja. Minum air dlm 2 liter (jgn lebih drp 3 liter) sehari dan makan putih telur 2 biji setiap hari. Boleh buat 2nd BhCG, cuba buat ikut masa yang sama ie 48 jam drp waktu 2st BhCG. Risiko ruptured ectopic masih rendah sbb masih awal lagi, tetapi risiko kembar tu ada. Dpt result nanti bagitau. U ambil pil ke injection FSH hari tu? Klu U ambil injection, biasanya I bagi hp nu sbb nak monitor side effects eg OHSS. Klu ambil injection, sms update, tapi jgn slps 5am ni sbb I dah atas udara.

    ReplyDelete
  8. Kalau BhCG 29hb mcm tu, mmg sah pregnant sbb I tak bagi injection hCG lagi slps 15hb Disember. Jgn risau, rehat byk2. Bgtau Ida, I suruh dtg 3hb.

    ReplyDelete
  9. salam Doktor,
    Bole x saya tanye soalan, mungkin ke endometriosis di ovari kiri kembali membesar(7cmx3cm),dalam masa singkat?

    Apakah puncanya?

    saya operate lapatomy buang cyst pd july'11,Doktor sahkan endometriosis stage 4. Kemudian saya ada ambil analog Grnh dari Jul-Sep,1st period lepas injection bulan 12..

    Lately, saya buat medical cek up mendapati endometriosis masih ada berdasarkn ujian darah dan abdomen ultrasound scan.

    Apakah cadangan doktor?

    ReplyDelete
  10. Salam Dr Adilah
    Saya telah mendapatkan rawatan untuk kesuburan. Semasa haid Hari ke 3. Dr telah beri ubat hormone. Hari ke 14, Dr scan Dan mendapati ada 2 telur. 1besar n 1 kecil. Dr memberitahu Saya. Sy perlu bersama dengan suami 3 Hari Berturut-turut.suami membut pemeriksaan sperma Dan memiliki 95M. Dan dlm keadaan normal. Adakah Sy akan berjaya hamil. Hari ini 5 Hari selepas Sy membut rawatan scan. Sy telah 5 tahun berkahwin Dan memiliki seorg anak berusia 4tahun.

    ReplyDelete
  11. Salam dr.sy bru je mjalani laparascopy estopic pregnancy pd 1 ogos 12.skrg sdh hmpir 3 mggu,sy still bleeding.adakah tu normal or period.buat pengetahuan dr,sy mgalami sakit spt senggugut skrg.bilakah sepatutnya normal period slps operation?sy sgt risau.di mnakah klinik dr adilah?mgkn sy akn btemu utk apointment dgn puan.terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Salam Dr. Saya ingin bertanya mengenai rawatan pcos dengan ubat perancang estelle. adakah ubat ini berbahaya kepada saya yang masih blum mmpunyai anak. Untuk pengetahuan Dr. saya sudah hampir 4 tahun berkahwin dan pernah mengalami keguguran sekali. apakah risiko yang saya akan hadapi bila memakan pil tersebut. tq

    ReplyDelete
  13. salam dr....sy ingin bertanya mengenai period yg xteratur ....sejak sy disahkan kencing manis thn lepas period sy menjd x teratur,,,,, period sy akan dtg 2 kali dlm sbln...sy free tanpa period hya dlm 7hari je sebulan...period sy kdg2 sampai 15hari....pastu hr pertma hingga ke5 period hanya warna coklat je yg keluar...hari beriktnya barulah drh yg byk keluar....tp sejak 2,3 bln lepas period sy makin menjadi2 dge dtg 1bulan xberhenti..... pastu2 sy dah sbln try mkn GLA shaklee utk stabilkan period n utk kesuburan sbb sy dah 3thn kahwin tp belum prgnt lg dr... lepas dr makan shaklee 2 period sy berhenti jap tp 1minggu je pah2 dtg balik 2minggu pah2 berhenti dlm 5hari dtg balik dlm seminngu buat sy bingung gak dr....macam mane ya dr...?

    ReplyDelete