Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 2 November 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Kenapa percaya kepada 'kekuasaan' atau rahsia tarikh lahir kita?

"Tak de la, suka-suka sahaja nak tahu"
(alasan!)

Suka-suka?
Ye ke suka-suka je?

Betulkah apa yang diberitahu nanti tidak meninggalkan sedikit pun kesan kepada anda?
Anda terus lupakan apa rahsia yang diceritakan selepas itu ataupun anda akan teringat-ingat akan apa yang dikatakan?


Cik-cik dan Puan-puan;

Lupakanlah dengan kepercayaan terhadap rahsia tarikh lahir.

Tak perlu 'tilik-menilik' walau apapun istilah digunakan.


Ingatlah, ingatlah dan ingatlah;


INGATLAH fakta ini;


Nabi Muhammad s.a.w. dan Hitler dilahirkan pada tarikh yang sama.

20 hb April.

So?

.
.
.


Sebut pasal tarikh,
Semalam bertarikh 1.11.11,
Ada pasangan yang 'memilih' tarikh tersebut untuk melahirkan cahayamata mereka.
Bukan sebab percaya akan 'kekuasaan' tarikh itu,
Kebanyakannya sebab cantik di mata dan cantik ditulis.

Asalkan kandungan 'matang' dan ibu sihat untuk menjalani pembedahan Caesarean,
Kebanyakan doktor tidak menentang trend 'memilih tarikh cantik'.

Maka, sibuklah keadaan di teater pembedahan semalam,
Sehinggakan saya terpaksa menunggu giliran dan pulang ke rumah lewat.
Memandangkan kes saya bukanlah kes bersalin dan bukanlah kes emergency.
(saya kan berehat sementara dari melakukan kerja-kerja delivery 1-2 tahun ini :)
Kecuali satu kes IVF (OPU) saya yang diberi keutamaan awal,
Maklumlah, kalau tidak, telurnya dah 'keluar'.
2 kes gynae saya yang lain terpaksa tunggu.
The last case mula selepas 5.30 ptg.
Terpaksalah saya pulang lewat, setelah matahari betul-betul tenggelam.
Mujur suami juga pulang lewat, lebih lewat daripada saya.
Ada patient dia nak bersalin pada tarikh cantik itu rupanya.


menyambut kelahiran seorang lagi penduduk mukabumi ini secara pembedahan Caesarean 2 tahun yang lepas. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan ayah!



Saya pun tidak menolak secara peribadi.
Asalkan bayi dah matang dan keadaan ibu OK.
Konsep perubatan moden - pesakit membuat pilihan secara 'informed decision'
Selepas faham akan kebaikan vs keburukan sesuatu pilihan,
Pilihlah.

Yang saya tak berkenan,
Apabila ada yang mempercayai 'karma' atau rahsia tarikh lahir (insert NOKTAH BESAR berserta TANDA SERUAN).

9 comments:

  1. saya sokong cara doktor beri pandangan..hehehe

    ReplyDelete
  2. Dr. kalo doc sudi, invite la sy dlm my clone ye.. ^_^

    ReplyDelete
  3. as salam doktor, maaf saya comment kt entry yg xsepatutnye..just nak bgtau doctor saya ada add doctor kt fB and send a message. tp doctor not reply lagi..kalo free, tgk2 FB ye doktor..saya ada tnye pasal cyst.thanks. biebaayah.

    ReplyDelete
  4. salam doktor. saya pernah kena ectopic. masa kena ectopic tu saya dapat period pada waktu yg sepatutnya saya memang period. cuma nya dua hari sahaja period saya dgn +ve upt yg sgt kabur. semua yang pregnant tidak kira ectopic atau tak bila buat upt memang akan keluar 2 line ke doktor(wpun kabur)? sebabnya saya mcm takut pula kalau saya period tapi sbnrnya saya pregnant tapi buat upt -ve. saya kena lebih berhati2 sbb sebelah tiub dah takda doktor:( lg satu doktor,boleh ke buat iui dgn sebelah tiub?

    ReplyDelete
  5. salam doktor,
    1-saya umur 13 tahun, masalah saya ialah pada akhir bulan 3 iaitu antara 22-28 mac (mungkin), saya didatangi dengan cecair coklat (sebelum haid), tetapi tempoh cecair coklat itu antara 5 hari, selapas 5 hari cecair coklat itu tiada. tetapi saya didatangi haid pada 7 april...tetapi pada 5 atau 6 april, saya didatangi keputihan (warna putih dan ade yg berketul-ketul), adakah ia normal?
    2-saya kene inject(tentang kanser serviks) pada bulan 1,selepas itu saya berpindah ke sekolah lain, di sekolah baru, mereka baru nak suntik dos pertama,setahu saya setiap 3 bulan kena suntik tetapi saya masih tidak disuntik lagi apabila sudah melebihi 3 bulan, apa yg perlu saya lakukan?
    3-payudara dan dada saya mempunyai bulu2 halus, adakah patut saya gunting bulu tersebut?adakah dia dibenarkan dalam islam?harap doktor boleh membantu...
    berat saya38 kg dan tinggi saya 155cm

    ReplyDelete
  6. salam doktor, isteri saya..30 thn
    last haid 6.2.2012.kitaran kekal 28hari diawal mnggu ke 6 ada sport bleeding coklat yg keluar sehari sekali..shggalah hari ke 4 bleeding bertukar warna merah cerah tak banyak...kami jumpe pakar OnG swasta dan di sahkan kandungan tak membesar seperti dijadualkan setelah melakukan scan di bahagian faraj dan doktor itu ade memberitahu kantung hanya 1cm sahaja dan terdapat sedikit ketulan darah dalam tu. doktor itu telah menawarkan untuk masuk ubat turun darah pada rahim saya.. dalam 5 jam berikutnya saya mengalami sakit yg tidak kuat pada bahagian ari2....dan keluar ketulan berwarna putih bila dipicit ianya pecah..masa tu tiada ketulan darah yg keluar.
    hari ketiga saya merasa sakit sedikit di tempat yg sama dan keluar ketulan darah yg panjg dan darah keluar agak byk esoknya berlaku perkara yg sama shggalah hari ke 5 selepas ubat turun darah(pil) di masukkn.
    temujanji seterusnya pada hari ke 8 (16.4.2012) dan doktor O&G scan melalui saluran bawah dan di sahkan terdapat saki baki lagi dan di gesa untuk mmbuat DNC, kami mintak doktor tu mmbuat surat untuk membuat DNC d hospital ampang...doktor disana mengesahkan kantung isteri saya elok membulat dan terletak didalam rahim dan jangkaan kantung tu 6mggu..tiada apa2 didalam..doktor mintak saya tggu sbln untuk melihat perkembangannya dan pada 16.5.2012 saya perlu dtg semula.sekarang dalam delima sbb saya dah mkn habis antibiotik dan sport bleeding masih berlaku lagi..sehingga lah sekarang 21.4.2012..di harap doktor dapat membantu tq
    (hari ke 6 sport bleeding keluar agak coklat kehitaman sehinggalah kehari ini).,.

    ReplyDelete
  7. salam.
    Dr. adilah boleh x invited sy dlm blog my clone dr....tq dr....

    ReplyDelete
  8. slm doc
    blh x invite sy dlm blog myclone tu pls ye doc yg sweet tq.

    ReplyDelete
  9. doc boleh tak jika saya nak minta pendapat dan pandangan doktor?bagaimanakah caranya?

    ReplyDelete