Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 8 November 2011

Perjalanan ini....


Pernah terfikir, apakah yang menarik sperma untuk berenang mengerumuni telur? Deria apa?



video




SA - Semen analysis.

Beberapa perkara,
Termasuklah menganalisa sperma di dalamnya.

Selalunya di dalam air mani ada banyak sperma.


Sekali pancutan sepatutnya keluar sekurang-kurangnya 2 mililiter (ml) air mani.
(V untuk volume).

Dalam setiap ml air mani pula, kena ada sekurang-kurangnya 20 JUTA sperma.
(C untuk concentration)

Bermakna kena ada sekurang-kurangnya 40 juta sperma dalam pancutan air mani.

Dan kena ada sekurang-kurangnya 50% sperma yang bergerak pada tahap elok (forward movement) sama ada laju atau perlahan, atau 30% yang fast forward.
(M untuk movement)

Guna formula matematik ini:
VCM atau Vx C x M = 20

eg. Kalau ada 1 ml sahaja air mani dan di dalamnya ada 30 juta sperma dgn 50% motiliti elok, VCM = 15 sahaja {1x30x0.5}

Selain itu, perlu tengok berapa banyak sperma yang berbentuk normal. Kena ada sekurang-kurangnya 30% sperma yang normal rupabentuknya ; pada kepala, bahagian tengah dan ekornya.

OLIGOzoospermia = bilangan spermanya kurang/sedikit

TERATOzoospermia = bentuknya yang normal kurang

ASTHENOzoospermia = rupabentuk sperma normal kurang

OLIGOTERATOASTHENOzoospermia = bilangan, pergerakan, rupabentuk; semuanya kurang

Azoospermia = LANGSUNG TIADA sperma di dalam air mani walaupun seekor.

CRYPTOzoospermia = azoospermia tetapi apabila di'centrifuged', diambil pellet dan dilihat semula menggunakan mikroskop maka dapatlah akhirnya dilihat beberapa ekor

"Tapi air mani saya banyak, Dr ?"

Yang penting, sperma di dalam air mani tu, hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.
Kadang2 air mani banyak tetapi langsung tak ada sperma di dalamnya.


...dan topik ini akan bersambung kemudian.

Meanwhile, you can read on mitochondria (ingat lagi Kelas Biologi - Sel? (sigh) dulu2 saya memang tak minat (read : tak pandai) subjek ini, but now it's a complete 180-degree turn!)

I'll let you know why.

Learning should be exciting.

Let us swim in the ocean of knowledge.

11 comments:

  1. as salam, soalan saya ni out of topic skit tp masih berkaitan dgn IVF. Kedua-dua tiub saya telah tiada & saya telah menjalani IVF bulan Mac 2011 tp gagal..sob..sob...sobb.. sedih tp jgn putus asa (Allah telah merancang yang terbaik utk saya - pujuk diri sendiri!!).

    Doctor kata kemungkinan sebab fibroid. Maka saya telah menjalani myomectomy pada oktober 2011. Insya Allah pada Mei 2012@slps 6 kali period, doctor kata boleh buat IVF skali lagi. Semasa myomectomy, doctor telah turunkan sikit ovari saya (sbb katanya terlalu tinggi).

    Soalan saya, bolehkah saya membuat aktiviti lasak/air (snorkeling,jalan2 masuk hutan) dalam tempoh Januari 2012 hingga Mei 2012 iaitu sblm IVF? Insya Allah saya nak bercuti ke Sabah dalam bulan Mac@Mei 2012(release tension before next treatment).Saya risau ada gangguan kepada ovari yang telah dibetulkan oleh doctor...

    Apa pandangan doctor? TQ.....

    ReplyDelete
  2. oppppsss... lupe.. tahniah di atas kejayaan iman dlm UPSR.. Insya Allah iman akan menjadi anak yg berjaya dan solehah...agak2nya ke mana doc nak bawak iman bercuti kali ni yea???

    ReplyDelete
  3. Assalam Dr. Adilah. Saya baru dtg pariod semalam. Selalunya 1st day period memang akan overflow. Tapi kalini mcm pelik sikit. Tak banyak. Kalau ikut kiraan saya sepatutnya period sabtu ni. Tapi awal pula. Saya pernah kena ectopic dan masa tu pun saya dapat period seperti kalini. saya belum check doktor lagi sebab nak tunggu harini mungkin kot2 baru flow seperti biasa. Saya takut kena ectopic lg sbb possibility mmg ada. Mungkin ke Dr Adilah kalau saya dpt period yg pelik,comfirm saya ectopic. Ke tak semestinya? Saya takut sebabnya tiub kanan dah operate...:(

    ReplyDelete
  4. Assalam Dr Adilah...Saya yang tanya soalan tadi.. Saya nak tanya Dr Adilah, saya perlu check sekarang ke,sebabnya kalau saya scan vagina dah boleh detect ke samada saya memang pregnant atau tidak? saya buat upt -ve. Tapi period saya memang sangat pelik dari selalu dan sama macam saya ectopic haritu... Mohon2 saya tak kena lagi ectopic... Aminnnn...

    ReplyDelete
  5. Salam Dr Adilah,

    Harap Dr & family sihat2 semuanya...insyaAllah...
    Saya nk tanye berkenaan spinal procedure utk btl. Setelah op pesakit mengalami sakit kepala, mabuk, loya & tegang leher ketika duduk/berdiri tegak, tetapi sebaliknya ketika berbaring. Apakah itu Dr?

    Saya dahulukan dgn terima kasih.

    -sarlysangel-

    ReplyDelete
  6. salam Dr Adilah,

    Saya ada beberapa soalan nak ajukan pada Dr. Sebelum tu sedikit background saya; umur 27 tahun, berat 90kg, tinggi 158 cm. Telah berkahwin 1 tahun 8 bulan. BMI suami normal.

    1) Saya pernah terbaca sekiranya terlampau kerap melakukan hubungan intim dengan suami (setiap hari), jumlah sperma suami boleh menurun? period saya irregular, jadi kami cuba buat tiap2 hari sebab saya tak tau bila masa subur saya, betul ke teknik saya ni dr?

    2) Period saya datang tak tentu time. Sejak umur saya 18 tahun, period saya mmg tak regular. kadang-kadang 2 bulan,3 bulan dan pernahla sekali dua 4 bulan (4 bulan maksimum, tak pernah lebih 4 bulan). amat susah nak tau waktu subur saya. Saya pernah buat pemeriksaan doktor, dan die amaik darah saya untuk cek hormon, kalau ikut result tu, semua normal. Jadi doktor tu susah nak diagnose kenapa saya tak conceive. Tapi saya ada terbaca dalam internet untuk test hormon, test kena dibuat pada hari2 tertentu selepas period. masalahnya period saya tak regular so saya just terus buat je test tu. Soalan saya, adakah dengan buat test tu tanpa dibuat pada hari2 tertentu, result tu accurate?

    3) Dr tersebut suruh saya turunkan berat badan. Adakah berat mempengaruhi cycle period? Ada tak kes selama Dr rawat patients, yang berjaya turunkan berat badan dapat conceive? Saya just nak tau as motivation je, sebab berat badan saya sangat susah nak turun.

    4) Saya ada terbaca tanda-tanda ovulasi adalah keluar cecair jernih seperi telur putih kat vagina. Tapi seingat saya, dah lama saya tak pernah keluar cecair putih tu? Apakah maksudnya Dr? Adakah saya ni tak ovulate langsung?

    5)Saya confuse dengan masalah PCOS.Adakah sebab seseorang tu terlebih berat badan atau obese maka menyebabkan PCOS, ATAU dia ada PCOS menyebabkan dia susah nak turun berat badan?

    Mohon Dr jawab semua kemusykilan saya. Terima Kasih banyak2 Dr, semoga Allah merahmati hidup Dr dan keluarga.

    ReplyDelete
  7. hi greenflower,

    mslh yg di hadapi oleh u lebik kurang dengan i..
    dah dua bulan i tak keluar cecair yg menunjukkan tyme kesuburan tu.. i pun tak tahu kenapa.. i pun takut if ada problem dgn kesuburan... period ok, cuma plg lambat seminggu je.. tu pun dlm tempoh seminggu i mengalami kegatalan yg teramat sgt sehinggakan keputihan menjadi kekuning kehijauan.. tp alhamdulillah.. dah ok, cuma sekarang i msh terasa gatal di dlm faraj. adakah ini petanda baru utk nak period?

    huhh, i pun berharap doc dpt memberi pendapat utk kita nt.. :)

    doc, kami menunggu pendapat dari anda.. :)

    ReplyDelete
  8. Salam Dr Adilah,

    Saya berkahwin 10 bulan, baru memulakan rawatan kesuburan since period saya will skip one month e.g Aug Period, Sept Not Period, Oct Period (Cycle 60 Hari)

    Saya ada results utk hormone studies saya (Sampel darah Period Day 2 & 21), harap Dr sudi untuk review dan give advise, resultnya :
    FSH 6.0 IU/L
    LH 3.7 IU/L
    Prolactin 18.6 ug/L
    Oestradiol <70 pmol/L
    Free Thyroxine (FT4) 13.8 pmol/L
    Progesterone <0.5 nmol/L

    Adakah keputusan hormone studies saya ini worst case, atau boleh dibantu?

    Sekarang Dr bekalkan saya Ubat Norcolut utk Turunkn period, Dr. turut bekalkan Clomid 50mg (consume Day-2 until Day-6 period) dan pada hari Ke-12 period saya perlu buat TVS scan.Suami turut dibekalkan Ubat Sperma (Mobility).

    Terima kasih Dr.

    ReplyDelete
  9. Salam Dr Adilah

    Saya ingin bertanya berkenaan PCOS. Dr telah beri saya diane and metphormin untuk ini. Tanda-tanda pcos i.e lebihan rambut dan obesiti ada pada saya. Bagaimanapun saya telah berhenti mendapat rawatan selama 4-5 tahun. Kini saya cuba mendapatkan rawatan semula dan memilih hospital kerajaan memandangkan kosnya tidak semahal swasta. Walaupun saya memilih untuk mendapatkan rawatan, tiga bulan kebelakangan ini (oct, nov and dec 2012) period saya normal (2-3 hari dan sedikit saja). Dr telah bagi saya Sucee dan akan follow up semula selepas 4 bulan. Bagaimanapun, saya jadi curiga kerana tiada penerangan pada keadaan saya walau Dr ada lakukan scan. Lebih membuat saya was-was sebab saya akan berkahwin dan saya amat berharap untuk dapatkan zuriat. Saya harap Dr Adila dapat memberi pandangan dan nasihat untuk masalah saya. Untuk makluman Dr Adila, usia saya 37 tahun dan berat saya 90 kg dan tinggi 157cm.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Salam Doctor

    Terima kasih di atas jawapan yang doktor berikan, berdasarkan soalan doktor, tiub sya dibunag sewaktu pembedahan endometeorsis disebabkan ianya tidak lagi berfungsi.

    dan saya ada lagi kemusykilan

    sepatutnya hari ini saya membuat HSG di HKL, tapi sewaktu prosedur dijalankan, doktor telah cuba banyak kali tetapi dye tak dapat masuk ke dalam rahim. banyak saiz yang telah digunakan. setelah hampir sejam, mereka membatalkan prosedur tersebut dan menyatakan pangkal rahim saya terlalu tinggi dan minta saya jumpa doktor di bahagian infertility.
    dalam situasi ini, apa prosedur seterusnya yang bakal dilakukan oleh hospital
    1) adakah rahim saya akan dibetulkan?
    2) adakah cara lain untuk mengetahui keadaan tiub saya?
    3) adakah kaedah IVF boleh dilakukan sekiranya kedudukan rahim tidak betul?

    saya harap doktor boleh membantu saya
    terima kasih

    ReplyDelete
  11. Salaam Dr

    Suami saya mengalami retrograde ejaculation. Pernah berkahwin dan ada 6 orang anak. Perkahwinan pertama pula bagi saya. Beliau telah setahun menjalani rawatan (consultation + ubat) dengan pakar urologi, tiada perubahan.
    Adakah rawatan yang paling sesuai ICSI? Berapakah pula anggaran keseluruhan kosnya dan jika Dr dapat mencadangkan mana2 pakar perempuan di Johor yang boleh kami rujuk?

    Terima kasih

    ReplyDelete