Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 8 October 2011

TVS Trans-vaginal Scan

Time to servis/naiktaraf hard-disk dalam jumjumatun ku.
Secara face to face.
Sambil berkongsi pengalaman (merawat pesakit le).
Boring pula asyik belajar di alam cyber dan hardcopy.
Kali ini topik apa dan kat mana?
Ada bajet ke?




TVS

Mengapakah saya lebih suka buat TVS?
Kenapa tak buat TAS (trans-abdominal scan) sahaja?

Bukan sebab saja suka-suka.
TVS ni sebenarnya lebih leceh.
Masa pun lebih;
-nak tunggu patient buka seluar dan menyediakan diri,
-kdg2 dak baring atas katil, tiba2 dia ckp nak gi buang air kecil dulu,
(mungkin sebenarnya malu, maka nak pergi membersihkan kemaluan dulu)
Nak guna kondom.

Tetapi berbaloi,
Sebab,
Sangat lebih jelas imbasannya dan lebih maklumat tambahan pula.
Caj pun sama.

Tetapi,
Kalau tak faham pun tak guna,
Tak 'nampak' apa yg tertayang di monitor itu.


Ini adalah imej TAS.
Cuba teka apa yang saya ukur tu?


Yang meneka ovari, betul!
Baca sahaja la label di atas.
TAS hanya boleh tunjuk ini, seterang ini, itupun kalau pundi kencing penuh.


Cuma,
Yang lebih memahami akan bertanya lagi;

"Dr, normal ke ovari tu kat situ?"

Pandai pun!
Bila kita letak scan probe tu kat tengah, patut nampak uterus SAHAJA.
Ovari kan patut terletak di kanan atau di kiri, bukannya di tengah2?
Yg ni, ovarinya ikut di tengah, serta ke atas dari uterus, sama 'angle' dgn uterus.
Mengapa jadi begitu?
Maka kenalah mulakan sesi memerah hard disk.
Inilah yang dinamakan maklumat tambahan.



Tetapi bila bertukar menggunakan TVS, kita boleh nampak sejelas ini, macam dilukis pula 'lining' di dalam uterus itu...
Bertambah2 lah maklumat yang diperolehi. Itupun kalau boleh identify.


....serta ovarinya yang polycystic itu.
Inilah rupa ovari PCOS, cuma kami tak tulis PCOS ovary, kami tulis 'ovary - polycystic in appearance' atau PCO sahaja. 'S' tu sindrom, dilihat pada pesakit, bukannya pada ovari.


Sungguh banyak cyst itu kan?
Imagine 3D....keseluruhan bawah permukaan ovari diselubungi berpuluh2 small cyst kecil.
PCOS pun asalnya kantung/folikel telur tetapi tak besar2, <8mm sahaja.
Lama-lama 'bersarang' dalam ovari, telur di dalam folikel pun dah 'mati', tinggallah air dalam folikel, kami panggil cyst, follicular cyst.
Semakin banyaklah follicular cysts itu, kami pun tambah istilah 'poly' yang bermakna banyak.
Polycystic...
Banyak cyst...
Yang asalnya folikel telur yang gagal membesar untuk ovulasi dan akhirnya terperangkap di dalam ovari.
Comprende?


Polycystic ovary lagi....



TVS utk tgk kesuburan/pembesaran telur


Ini 2 folikel telur.
Bukannya telur.
FOLIKEL telur.
Telur sangat kecil pada pandangan mata kasar.
Kalau telur yang diselaputi kumulus pun sebesar titik pen matabola sahaja.
Yg hitam tu adalah 'air' dalam folikel telur.
Telur biasanya terdapat pada tepi dinding folikel.
Bila Dr ukur saiz folikel, kdg2 ada Dr bagitau "telur dah besar".
Untuk memudahkan sahaja.
Makna tersirat/sebenar ialah "folikel dah besar, minta2 ada telur matang di dalamnya"


Hmm...macam kantung (folikel) telur kan?
Tidak,
Ini 'ovarian cyst'.
Nampak saiznya 6cm tu? Dah patut ovulate lama.
Memandangkan rupanya sama je macam kantung telur, besar kemungkinan cyst ini jenis follicular cyst (iaitu functional cyst).
Yg ni tak dipanggil PCOS sebab:
- sebiji sahaja
- saiz follicular cyst ini lebih besar daripada 10mm.


(yang suka bertanya maklumat tambahan, saya bagi clue, sila komen:
- pada ovari : location, normal ovarian tissue
- pada cyst ovari tu : echogenicity, cyst wall, location in relation to the ovary, other missing features to rule out sebelum buat kesimpulan ini cyst apa
- pada dinding pelvis : apa landmark location)


Haa!!!
Ini baru telur (ovum)!
Tetapi bukanlah tengok ikut TVS, apatah lagi TAS :))
Telur dapat dilihat begini menggunakan penglihatan mikroskopik.
Sperma akan berebut-rebut nak menembusi kulit luar ovum untuk masuk ke dalam CYTOPLASMA ovum itu.
Itu sebabnya istilah ICSI digunakan (intra CYTOPLASMIC sperm injection).
Harta ovum (kromosom/bahan genetik) pula terkandung dalam nukleus kecil kat tepi tu.


Lawak lagi.
Ini pun bukanlah sperma.
Warna sperma bukan pink, lagipun yang ni menghala ke bawah.
Sperma yg elok ada satu kepala dan satu ekor yang berbentuk normal, pergerakan pula jenis 'fast forward' progression.

Sebenarnya gambar ni pada pinggan makan :)
Macam berudu pun ada.
I'm thankful to have learnt a lot from this person who generously/graciously held this luncheon event for his son's graduation recently.
...termasuklah about parenting....
Otak saya ligat mengira berapalah agaknya dibelanjakan utk 70-80 orang at at least (judging from the food) RM158 per head.
But that's another story.



So,
Dear colleagues,
Let us share knowledge.
Someone asked me long ago;

"Dr tak rugi ke? Ni ilmu cari makan"

Iya lah,
Kdg2 pening juga nak tolong jawab kenapa sebelum ni dia tak dapat penerangan sebegitu rupa.
Ada professional ethics nak kena maintain.
Saya cuma jawab "no comment".
(Haha, macam selebriti pulak dah :))

Hmm...
Nasib baik dia bukan pengajar.
Nasib baik dia ni bukan Dr.
Sebab tanggungjawab Dr adalah mengajar dan berkongsi pengetahuan.
Walaupun bukan jadi pensyarah.
Tak kira kepada yang junior mahupun senior.
Itu sebabnya dunia perubatan selalu ada conference merata.
Nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
Barulah berkembang ilmu n teknologi perubatan.
Lagi satu, kalau yang mengajar syok sendiri ni salah, bolehlah dibetulkan.
Bukannya padan muka dalam hati, kan kan?

6 comments:

  1. Salam Dr.. saya baru je buat TVS ni td, day 12 utk check telur (folikel) .. so far nampak okey ada kuar 3 di ovari kanan, saiz 2.5cm kalo tak silap saya, & akan buat iui next daynya...
    tp kan Dr. saya masih x faham lg tengok TVS tu huhuhu ... anyway ilmu Dr sangat berguna, Thansk Dr.

    ReplyDelete
  2. salam DR,
    actually, saya tak tau nak mula mcm mana... :D
    ok, saya berumur 31thn dan sudah mempunyai seorg ada anak 4thn..pernah alami otopic last 3yrs dan ovari kiri telah selamat dibuang..sob sob sob
    selepas setahun 'berehat'..i tried hardest to get pregnant again and again...walaupon dlm ketakutan kejadian tu berulang lagi..
    pls advise DR.

    ReplyDelete
  3. as salam doctor,
    berapa hari selepas operation buang fibroid(6cmx6cm), boleh naik flight?doctor nak buat myomectomy(bukak besar)... tq

    ReplyDelete
  4. salam doc Adilah..

    ada tak patient doc yg mengalami pelvic adhesion n sukar utk mengandung?

    saya baru je buat hsg scan.. resullt:tiub ok tapi ada appearance of pelvic adhesion..padahal tak pernah pon buat surgery sbelom ni..

    And satu lagi dr filem hsg boleh nampak ke yang rahim kite terbalik or tak? or kena buat TVS/TAS baru boleh confirm?

    sbb dari filem saya tu, mmg terang2 nampak rahim saya terbalik(bentuk V terbalik). :(

    nak tau jugak opinion dari u
    TQ


    -awin-

    ReplyDelete
  5. salam DR. Kalau org tu ada PCOS,biasanya dia irregular period. maksudnya telur dia lambat matang ataupun tak matang lgsg(jd dia tak dapat period kan). Saya nak tanya kat DR,ada ke seseorang tu dia period,tapi sebenarnya telur dia tak cukup matang? Tu sbb dia tak conceive2. Kalau dia period,maksudnya dia ovulated kan. Ataupun sebenarnya,seseorang tu akan ovulate bila hanya telur dia cukup matang?
    Sorry DR,soalan ni,Tapi itu yg saya asik terfikir.

    ReplyDelete
  6. Salam Dr,

    Saya dh pun buat treatment kt private hos sbb x preggy lagi.dh kawin 3+,dh 1thn buat treatment sy stop...skang sambung blik kt lppkn..utk buat iui...sblm ni ade amik clomid..telur 18mm, tp rahim kot x tebal...so dia tukar ubat...tp rahim pla tebal, telur 10mm je..lagi Dr tu suspect sya pcos...bila sya p LPPKN, Dr ismail ckp if saya period every month x pe..yg syrisau mmg sy priod every month...cume cycle dia x menentu jap 32, jap 35 jap 42...2 yg jap awal bln, tgh bln..hjung bln..tapi mesti period la every month...sye ni ade masalah ke...takut iui x menjdi...boleh bantu sya x..terima kasih

    ReplyDelete