Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 31 October 2011

Q&A Part 5

Mood tgh rajin :)
Tak jadi gi update knowledge kat bandar di mana 'semua jalan bertumpu' itu (takut dgn rusuhan OWS hari tu sehinggakan missed, places for the update course on "Endometriosis & IVF" utk 150 org tu dah fully booked)
Anak2 pun tak kacau.
Marathon menjawab soalan...


Berikut adalah soalan2 yang diajukan sepanjang bulan Oktober ini.

SILA BACA DISCLAIMER DI ATAS.
Salam kepada semua.



On Endometriosis Part 3 (20 April 2011)

Soalan 1

Assalammualaikum Dr,Saya Fatimah, saya baru 2 bulan menjalani laparoscopy dima cyst tu ada kat both of my ovary..left 5cm...right 6cm and kat bawah ari2 ada about 7 yang kecil...so banyak tempat yang ditebuk and removed the cyst. Right now I am on Lucrin injection where the Dr advise me for 4 times on Lucrin. Lucrin is a real test for me because , I sakit tulang, sakit at setiap sendi...bahang dan panas , kulit dan mata kering . Soalan saya ialah...boleh tak saya pregnent secara semula jadi...saya dah buat HSG dan alhamdulilah saluran folifio saya semuanya ok. Sekiranya saya memerlukan rawatan untuk hamil apakah rawatan yang dr cadangkan. Saya berusia 40 tahun..berkahwin selama 3 tahun dan tidak pernah hamil.

Fatimah;

Kita ambil semua faktor : usia, tempoh perkahwinan, status terkini penyakit endometriosis u dll.

Cuba bincang dgn dr mengenai suntikan FSH dan IUI untuk 1-2 kali.
Anytime bila dah ready, terus buat IVF.
Bukannya tak boleh pregnant secara normal, tetapi peluangnya rendah setakat 2-4 % sahaja.

Suntikan GnRH analog memang ada kesan samping. Biasanya Dr akan pesan awal2 kepada pesakit dan suami atauahli keluarga terdekat agar memahami dgn perubahan 'perangai'.



Soalan 2

dr..sy baru balik dari buat pap smear..n doc sy cakap rahim saya ke belakang dan menyentuh rektum..then,dia ada kata lagi dalam rahim sy ada air dan sedikit darah..kemungkinan ada kewujudan cyst yang leaking..pastu dia refer sy pi pakar ultrasound pulak..sy nak tau apa yang terjadi selanjutnya pada saya?

Creamy81;

Tak faham macamana boleh nampak air dan darah dalam rahim. Mungkin dr nampak darah/air keluar dari pintu rahim kot? Biasanya doktor pakar sakitpuan boleh buat ultrasound. Nanti update apa result scan ya.

Rahim ke belakang dinamakan retroverted uterus, Tak semestinya ada penyakit. Tak semestinya berkait kesuburan.



On Dear Eliza (23 Sept 2011)

Soalan 3

salam dr.baru2 ni sy didiagnos mempunyai adenomyosis. dn rahim sy retroverted. skng sy dan suami mencari cara utk sy conceive.sy try clomid.
1- adakah clomid mdatangkn kesan sampingan kpd pesakit adenomyosis
2- sy ada bace produk soya tidak bgs utk endo/adeno.adakah ini benar? sbb sy mengamalkn produk herbalife which is soy-based.
3- apakah lgkh sebaiknya yg perlu sy ambil to get pregnant? melalui pembacaan sy, adenomyosis mengganggu environment dlm rahim.

hrp doktor sudi mjawab soalan sy. terima kasih.

Safura;

Berapa saiz adenomyosis, apa jenis (biangan, kedudukan)? Ada endomettriosis yang lain (scan tak dapat kesan semua jenis endometriosis ni)

1- Pil clomiphene citrate ada sebahagian kesan estrogenik dan kesan anti-estrogenik.
2- Bahan yang ada kesan estrogenik (termasuk produk soya) seumpama 'makanan' kepada penyakit endoetriosis
3- Macamana dr diagnose adenomyosis? Bila dah diagnose adenomyosis, kena tahu jenis ada atau tidak endometriosis yang lain di bahagian pelvis, lazimnya secara scan dan pembedahan.



On TVS transvaginal scan (8 Okt 2011)

Soalan 4

Salam Dr.. saya baru je buat TVS ni td, day 12 utk check telur (folikel) .. so far nampak okey ada kuar 3 di ovari kanan, saiz 2.5cm kalo tak silap saya, & akan buat iui next daynya...
tp kan Dr. saya masih x faham lg tengok TVS tu huhuhu ... anyway ilmu Dr sangat berguna, Thansk Dr.

JAHM02;

Biasanya kalau saiz dan OK, endometrium dah OK, LH masih OK, IUI buat selang sehari lebih kurang 36 jam selepas suntikan hCG. Melainkan kalau LH slow rising atau sangat tinggi, then kena tukar sikit hari/waktu IUI. dan melainkan kalau endometrium tak OK. Ada beberapa faktor lain lagi.



salam DR,

Soalan 5

actually, saya tak tau nak mula mcm mana... :D
ok, saya berumur 31thn dan sudah mempunyai seorg ada anak 4thn..pernah alami otopic last 3yrs dan ovari kiri telah selamat dibuang..sob sob sob
selepas setahun 'berehat'..i tried hardest to get pregnant again and again...walaupon dlm ketakutan kejadian tu berulang lagi..
pls advise DR.

Hani;

Saya kurang pasti. Masa kehamilan ektopik tu, dr terpaksa buang tiub falopian ke ovari kiri?

Masa operation ektopik tu juga, dr lazimnya akan periksa keadaan dalam utk kehalpasti apakah punca u dapat ektopik dulu serta agaimanakah keadaan tiub falopian kanan?

Kalau setakat ektopik sahaja tanpa punca/penyakit berkaitan, apabila u hamil lagi, peluang kehamilan normal (bukan ektopik) masih tinggi sekitar 85%.



Soalan 6

as salam doctor,
berapa hari selepas operation buang fibroid(6cmx6cm), boleh naik flight?doctor nak buat myomectomy(bukak besar)... tq

Mawar;

Nak pergi mana? Berapa jam penerbangan? Nak buat apa di sana?

Masa buat op, banyak pendarahan? Kena masuk darah? Ada jangkitan? Luka jahitan terbuka atau sembuh elok?

Kalau dah keluar dari hospital (biasanya selepas 3 malam lepas op), rehat sehari dua di rumah then barulah beralih ke tempat lain. Rehat, minum air cukup, ambil antibiotik danubat yg dr bagi dll.

Biasanya dr bagi appt seminggu lps keluar wad utk check luka atau buka jahitan. Selepas tu bolehlah terbang :)



Soalan 7

salam doc Adilah..

ada tak patient doc yg mengalami pelvic adhesion n sukar utk mengandung?

saya baru je buat hsg scan.. resullt:tiub ok tapi ada appearance of pelvic adhesion..padahal tak pernah pon buat surgery sbelom ni..

And satu lagi dr filem hsg boleh nampak ke yang rahim kite terbalik or tak? or kena buat TVS/TAS baru boleh confirm?

sbb dari filem saya tu, mmg terang2 nampak rahim saya terbalik(bentuk V terbalik). :(

nak tau jugak opinion dari u
TQ


-awin-

V terbalik dalam HSG tidak bermakna rahim terbalik. Jangan risau. Check balik dgn scan dulu. Kalau dr rajin, dia akan buat 'internal examination' guna jari ke dalam faraj dan jari2 tangan satu lagi di atas di bahagian ari-ari.

Bila da suspicion of pelvic adhesion, check balik scan, tgk maklumat tambahan ie kedudukan ovari dankedudukan rahim.

Pelvic adhesion banyak tahap (sedikit, sederhana atau teruk) dan ikut bahagian/kawasan mana yang terlibat.



Soalan 8;

salam DR. Kalau org tu ada PCOS,biasanya dia irregular period. maksudnya telur dia lambat matang ataupun tak matang lgsg(jd dia tak dapat period kan). Saya nak tanya kat DR,ada ke seseorang tu dia period,tapi sebenarnya telur dia tak cukup matang? Tu sbb dia tak conceive2. Kalau dia period,maksudnya dia ovulated kan. Ataupun sebenarnya,seseorang tu akan ovulate bila hanya telur dia cukup matang?
Sorry DR,soalan ni,Tapi itu yg saya asik terfikir.

Carmello;

Kalau period regular, biasanya (bukan semestinya) telur matang dan ovulate.

Kalau period tak regular tetapi ada datang sekali-sekala, biasanya ada masalah ovulasi (teluar tak besar dan tak keluar).
Mungkin setiap kitaran, mungkin kadang2.
Bila period, tak semestinya bulan tu tekur besar dan matang. Sebab ada sedikit2 hormon progesterone yang dikeluarkan oleh tisu lemak (especially yg berbadan besar).



Soalan 9
Salam Dr,

Saya dh pun buat treatment kt private hos sbb x preggy lagi.dh kawin 3+,dh 1thn buat treatment sy stop...skang sambung blik kt lppkn..utk buat iui...sblm ni ade amik clomid..telur 18mm, tp rahim kot x tebal...so dia tukar ubat...tp rahim pla tebal, telur 10mm je..lagi Dr tu suspect sya pcos...bila sya p L***N, Dr i****l ckp if saya period every month x pe..yg syrisau mmg sy priod every month...cume cycle dia x menentu jap 32, jap 35 jap 42...2 yg jap awal bln, tgh bln..hjung bln..tapi mesti period la every month...sye ni ade masalah ke...takut iui x menjdi...boleh bantu sya x..terima kasih

happilyeverafter;

Berapa usia? Berapa berat badan dan ketinggian?

Pilihan rawatan kesuburan lebih meluas sekiranya dr tersebut mempunyai kemahiran dalam teknik2 yang ada dalam dunia rawatan kesuburan.
Jika tidak, lazimnya pilihan terhad kepada apa yang boleh ditawarkan sahaja.

Prinsip IUI hanya mendekatkan sperma ke dalam ruang rahim SAHAJA.
Kalau ada faktor/penyakit lain, ia boleh mempengaruhi peluang.




On Potong Q (17 Jul 2011)

Soalan 10

salam dr. sy pun nak join blog dr. sy ibu kepada 3 org anak lelaki yg berumur, 4bln, 3 thn & 5thn. sy nak bertanya pada dr masalah yg sy hadapi sekarang ini. soalan saya, baru2 ni dan skrg sy mengalami mslh gatal yg teramat di bhgn alat sulit yg menyebabkan ia melecek kerana sy menggaru bhgn tersebut. kekadang terasa gatal di bhgn dalam. apa yg perlu saya buat dr? nak pg klinik kebanyakkan dr lelaki.mcmana nak atasi masalah sy ini dr. harap dr dapat membantu. tq dr.

Azura;

Kalau lebih selesa dgn dr perempuan, carilah dr berdekatan. Boleh telefon dan tanya. I pun tak boleh 'tilik' dari jauh.



On Pakej IVF (17 Okt 2011)

Soalan 11

assalamualaikum doctor,
tak sempat yea nak reply soalan saya sebelum ni. sibuk kot...
soalan saya:: berapa hari boleh naik flight selepas menjalani pembedahan buang fibroid 6cmx6cm myomectomy secara laparotomy (buka besar kan?betul ke saya punye term nih). sudah 2 org gynae saya tanya tp kedua-duanya mempunyai pendapat berlainan.. Mohon doctor bagi pandangan & Doakan saya yea doctor untuk operation pada 27/10.

mawar;

Dah buat op pun. Mungkin dah selamat pulang ke rumah.
Apa pendapat dr2 tu? I dah jawab awal2 tadi.



Soalan 12
Salam Dr Adilah,

Saya ada pertanyaan.

Sejak sebelum kahwin sehingga selepas kahwin saya mempunyai masalah haid yang berpanjangan.

Terbaru..pada pertengahan bulan Ogos 2011 yg lepas , ada keluar sedikit coklat dan darah...dan seterusnya keluar darah haid yg banyak(heavy period). Yang merungsingkan saya ianya berlanjutan sehingga sekarang.

Saya ada merujuk kepada pakar dan saya diberitahu oleh Dr tersebut(melalui scan) bahawa dinding rahim saya tebal dan tiada cyst.Dr tersebut memberitahu saya ianya berkaitan dengan hormon.Saya telah diberi ubat dupashton selama 1 minggu dan daflon selama 2 minggu. Dr tersebut memberitahu sekiranya darah saya tidak berhenti, makan D&C perlu dibuat.

Ketika makan duphaston..pada hari ke 4 darah haid saya berhenti. Jadi saya pun stop makan duphaston. Tetapi bila saya berhenti makan duphaston..keesokan harinya,,,darah haid saya datang semula.

Jadi saya perlukan pendapat Dr Adilah mengenai perkara ini adakah cara lain selain D&C.Untuk makluman Dr Adilah walaupon saya sudah berkahwin tetapi saya masih lagi dara. Kalau proses D&C melibatkan dari bawah...mcm mana yer. KAlau boleh saya nak elak D&C dahulu..

Tambahan maklumat saya ada masalah kegemukan...berat saya 85kg dan tinggi 150cm...

Harap Dr boleh bantu saya...

TQ

wanntoknow79;

Bila dr bagi ubat, sila ambil ikut aturan. Pil yang diberi boleh 'menahan' period, apabila dihentikan, paras hormon progesteron darah akan turun maka period pun turun semula.

Seeloknya ikut nasihat dr u utk buat prosedur D&C, masa op tu seelok-eloknya buat hysteroscopy dahulu sebelum D&C. Kalau tak ada alat hysteroskop, D&C pun memadai. Sewaktu prosedur tu, selaput dara akan koyak sendiri apabila dr masukkan spekulum. Sila bincang dgn suami dahulu.

Jika perlu, D&C elok dijalani. Baru dr dapat ambil sampel di dalam rahim utk ujian makmal, nak pastikan apakah jenis penyakit dan yang lebih penting lagi nak pastikan ianya bukan kanser atau hiperplasia endometrium.



Soalan 13

salam dr adilah..

dila disini.. dr, macam mana cara2 saya nak buat appointment dgn doc?? terus ke PHKL atau kena call dulu buat appointment ke mcm mana?? tq doc..

OMGitsDylaLeanna;


Call dahulu, tanya nurse utk appt.

11 comments:

  1. dr...pls invite me on your private blog...tq....ny_aziz@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. salam Dr..
    masane tgh prgnnt 2nd baby,last tym melahirkn dgn cara emrgncy caesar sal dr ckap tulang punggung saya kmungkinan kecil bdsarkn saya lmbat buka lgpun thap cntraction jugak agak rapat..n baby wktu kuar pn nmpak kpala dia sdikit pnjng mngkin tgh try hard cuba msuk lorong klahiran tue..( saya keluar air ktuban hari jumat mlm 11pm cmtue..tp bukak prlhan smpai 5cm jer esok ptgnya sbtu..normal ke dr? ) so ,mcmana nak pstikn tulang punggung kita kecik? n kalo bleh nak jugak beranak scara NORMAL KALI NE..

    ReplyDelete
  3. Salam dr. ,

    Saya berumur 28 tahun, telah berkahwin selama 1 tahun tapi masih belum pregnant. Berat sy 46kg dan tinggi 156cm.

    Saya ingin meminta pendapat dr. adakah saya perlu tunggu lagi atau saya perlu dapatkan rawatan doktor.

    Boleh dr. terangkan step by step apa yg perlu sy lakukan selepas ini dan type of rawatan yg perlu sy jalani?

    tq. - Anggun

    ReplyDelete
  4. salam..
    dr..
    sy nk tny,normal ke kalu period hny keluar coklat2 je smp 4 hr..kemudian br darah..
    saya da 3x buat IUI tp semua fail..

    ReplyDelete
  5. Salam Dr.,

    saya sudah berkahwin selama 4 tahun tapi masih belum hamil.Dalam 2 tahun lepas, saya ada buat rawatan kehamilan dengan Dr. di Pusrawi selama beberapa bulan, Dr. beritahu saya, saya ada ovarian cycst tapi tak berapa besar dalam 4cm dan rahim saya terbalik, malah period saya juga tak regular. Dr. beri saya Duphaston dan juga pil kesuburan kerana telur dlm ovari saya tak cukup besar. Lepas beberapa bulan saya stop g pusrawi, sbb masa tu saya ada financial problem. Selama setahun saya tak datang period, kemudian tahun ni period saya start regular tapi terlampau banyak cuma 2-3 hari kemudian keluar mcm biasa sehingga 7 hari. Baru2 ni saya period sampai 2 minggu dan period terlampau banyak selama 14 hari malah saya mengalami senggugut yang teruk sepanjang saya period.Bulan ni saya tak datang period lagi dah 2 mgg period saya lambat, saya dah check pregnancy test tapi saya tak hamil. Saya nak tanya Dr. adakah cysct saya akan membesar, saya dah lama tak pegi check up. Macam mana kalau saya nak sambung appointment saya ngan Dr. Adilah, tapi saya nak buat rawatan di Hospital Pantai Bangsar, Macam mana Dr. ?

    ReplyDelete
  6. salam doktorku yg cantik,
    saya ade wat treatment endo dgn amik injection lupron slame 3 bulan..last injection pd 15 september 2011.. saya nk tau, bila paling lewat period akan dtg balik? 3 bulan lepas last injection ke mcm mane?
    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam Doktor

    Saya ingin dapatkan kepastian,

    Saya telah membuat pembedahan endometeorsis kali kedua pada april 2011, pembedahan pertama pada tahun 2001.kedua2nya stage 4.
    Sewaktu pembedahan salah satu tiup telah dibuang tapi satu lagi tidak dijumpai.
    Saya dh ambil suntikan menghalang period 6 bulan selepas pembedahan dan saya baru sahaja mengambil ubat untuk turun period bermula tarikh 14 Nov 2011 selama 5 hari.Bila period baru saya boleh buat X-Ray untuk mengesan tiub yang lagi satu

    1. Saya ingin tahu, adakah period saya akan keluar serta-merta atau pun mengambil masa berminggu-minggu untuk keluar setelah makan ubat tersebut?

    2. Jika tidak keluar, adakah saya mengalami masalah dgn ovari saya?

    3. Adakah saya mempunyai peluang untuk mengandung dan chances untuk berjaya dgn IVF berapa peratus?

    Harap-harap Doktor boleh membantu..

    Thank u so much

    ReplyDelete
  8. as salam, terima kasih krn sudi menjawab soalan saya. Alhamdulillah operation telah berjaya walaupun hanya sblm masuk OT, saya diberitahu oleh pakar bius yg saya akan disuntik epidural sahaja. (mungkin krn ini pembedahan saya yg ke-3). Kenapa saya nak cepat guna flight? sebab nak balik berpantang di rumah mak..hehehhee.... tq again doc...

    ReplyDelete
  9. Salam doc...saya ada masaalah pcos...da 10 tahun berkahwin...penah mengandung 2kali tetapi keguguran apabila usia kandungan 19minggu++..kedua duanya sama...contration saya terlalu awal..tp bile mendapatkn rawatan saya hanya d nasihatkn supaya berehat..di awal kehamilan juga ada mengalami pendarahan..itu juga doktor x mengambil berat...saya hanya ke hospital kerajaan kerana kurang mampu untuk ke swasta....apa saranan doctor untuk saye y terlalu mengharapkn seorang cahaya mata.....

    pernah ovarian driling pd 2003....clomid hingge ke 150mg...
    berat badan yg makin bertmbah...
    rambut d badan juge semakin bnyak...
    please help me....
    tq...

    ReplyDelete
  10. Doktor..selepas scan nmpk rahim tebal. Doktor tu suspect saya ada endometriosis. Last month saya period sampai 2 kali. Ni last day period bln ni tapi bawah perut sgt sakit mcm senggugut. Apa yang boleh saya buat? Bhaya tak?

    ReplyDelete
  11. Slm doktor, sy baru lps buat rawatan hysteriuscopy n d & c perlu ke sy berpntg?

    ReplyDelete