Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 26 October 2011

Q&A Part 4

Semakin banyak soalan dikirim, maka semakin banyaklah yang tertunggak.
Berikut adalah soalan2 sepanjang bulan September 2011

SILA BACA DISCLAIMER DI ATAS
Wassalam alaikum warahmatullah utk yang memberi salam.



On Day 21 IUI (6/9/11)


Soalan 1

DR, apakah pil yang diberi day 13 tu? Adakah untuk better lining? Saya pun susah nak dapat lebih 6mm day 12-13 walaupun tak guna clomid, but Gonal F. Macamana ye DR?

Areina;
Susah nak bagi nama pil itu sebab kami doktor2 dilarang 'mengiklankan' jenama ubat. Tetapi ubat itu mengandungi bahan estrogenik, Cikgu IVF saya yang kat Hamburg dulu ada ajar, pelik cara mengambilnya. Kalau tak jalan juga, kena buat satu prosedur.

Masa tu, berapa saiz kantung telur? Kalau day 12-13 pun, tetapi kantung telur masih tak besar, macamana endometrium nak tebal?




Soalan 2

Assalamualaikum Dr, sy ada PCOS..sy pernah buat IUI last year..Dr inform badan sy tak bertindak balas terhadap ubat hormon berbentuk pil. Sy dah cuba Clomiphene dan letrozole..jadi Dr bagi beberapa dos suntikan FSH..mungkin belum rezeki..IUI tak berjaya sbb sy kena OHSS..maybe overdos kot..wallahu'alam..masalahnya Dr,nak tnya, lepas dari kena OHSS tu..period sy semakin menentu..dh lebih 6 bulan tak period..sy ingat nak cuba sekali lagi..umur 29..telah berkahwin 6 tahun (2005)..mcm patient Dr juga..apa advise Dr?

Me01my;
I suka cara u beri nama umum ubat2 kesuburan :) Utk pesakit PCOS, kena tgk profile dulu. Ada PCOS yang sangat sensitif dgn ubat rangsangan, maka lebih berisiko dapat OHSS. Dos ubat subur (esp suntikan FSH) biasanya direndahkan drp dos yg Dr biasa bagi kat pesakit lain.

Bila berbincang mengenai faktor kejayaan IUI, ada banyak perkara lain, bukannya IUI sahaja. Perkara2 yg dibuat/dilihat sebelum IUI dan selepas IUI pun penting. Di Bourn Hall Clinic kat Cambridge tu (tempat 1st IVF baby Louis Brown), masa kami gi melawat tahun 2002 dulu, yang buat prosedur IUI tu hanya nurse2 sahaja. Tetapi yang merawat peringkat awal dan monitor dan modify tu memanglah doktor2.

Kalau U bertukar Dr, mesti bagitau kejadian OHSS tu, supaya tidak berulang lagi. Ingat, OHSS boleh menjadi teruk dan menyebabkan krisis/kematian. Biasanya Dr akan 'halve' dos ubat tu, so U kena ingat berapa dos suntikan FSH yang diberi.

Dah 6 tahun kahwin ni, U dah check betul2 ke? Sepatutnya dalam masa 3 tahun seseorang pesakit ambil rawatan BERSESUAIAN, 80% dijangka dah selamat hamil.



Soalan 3

Saya mengambil suntikan buserelin 0.5ml setiap hari bg tujuan IVF utk mengawal hormon saya. saya ambil selama 17 hari. Pada hari ini, apabila saya buat ujian darah di dapati buserelin tersebut tidak dpt membantu saya. bacaan darah 30, sdgkan sepatutnya 20 ke bwh. saya rasa kecewa sekali. Oleh sbb itu, IVF tersebut di batalkan.

Doc mencadangkan agar saya berehat 3 bulan dahulu sblm memulakan semula rawatan. saya dapati tempoh ini agak lama bg saya. di pusat tersebut, mereka hanya menjalankan long protocol sahaja utk IVF. Saya dapati ianya memakan masa lebih 2 bulan utk proses ini berbanding dgn short protocol tak lebih 1 bulan.

soalan saya,
1) mengapakah bg sesetngah doc menjalankan long protocol shj utk IVF. adakah hasilnya lebih baik?

2) mengapakah perlu ambil suntikan buserelin utk suppress ovari. adakah slps itu ovari dpt mengeluarkan telur yg bnyk dan cantik?

3)adakah boleh jika saya masih ingin meneruskan rawatan tanpa menuggu tempoh rehat 3 bulan tersebut di hosp yg lain. tempoh 3 bln tersebut teramat lah lama bg saya.

FYI, saya berumur 30 thn, 5 thn kahwin, hydrosalpinx, IUI 3x tetapi semua gagal. :(

maaf pnjg sgt soalan. terima kasih doctor!

ThisIsMine;
Saya tidak akan kritik cara rawatan rakan2 Dr. Saya cuma boleh beri penjelasan mengenai apakah yang biasanya saya lakukan;

- I rasa istilah short protocol U tu merujuk kepada 'ANTAGONIST PROTOCOL'. Short protocol ada dua jenis : flare and antagonist. Antagonist protocol ialah bila dr guna GnRH antagonist dalam regime tu.

- Antagonist protocol lebih 'convenient' dan lebih pendek tempoh, cuma sedikit lebih mahal (harga ubat GnRH antagonist lebih mahal berbanding harga ubat GnRH agonist yang digunakan dalam long protocol)

- BELUM ada kajian yang melaporkan higher pregnancy rate with antagonist protocol. Paling2 tinggi pun, hanya MENYAMAI peratus kejayaan long protocol, but NEVER higher. Tak tahulah kalau2 selepas ini, ada kajian yang mendapati higher pregnancy rates witth antagonist protocol. Itu sebabnya long protocol almost always jadi 1st line dalam IVF. Kalau tak respond well dgn long protocol, baru dr tukar kpd antagonist protocol. Selain tu, ada juga faktor2 lain mengapa dr plih short protocol, so kadang2 ada juga pesakit saya yang saya terus guna antagonist protocol.

- Biasanya I akan suruh pesakit sambung je suntikan buserelin tu sampailah saya dapat hasil yang dikehendaki (melalui scan). I tak sure apa unit LH yang digunakan sebab I tak guna angka 20 30 tu.

- dan saya tak tunggu lama kalau terpaksa abandon that treatment cycle, sebulan dua sahaja. Tetapi sebelum start back, saya akan korek kepala pikir semula apa yang tak kena, tak nak pisang berbuah dua kali...



Soalan 4

Saya kagum dgn Dr bile bace blog ni dan tumpang gembira bg yg dh pregnant. Owh actually saya ada 2 soklan,if doktor sudi sgt la berharap agar soalan saya terjwp. ;)
1. Doktor kt mane yer? Pusrawi ke Pantai Hosp?
2. Brape anggaran kos rawatan dr awal smpai stage IUI? Kos IUI mahal mcm IVF ke? Saya pernah buat rawatan di 1 of specialist hosp di ktn. 1st time dr just bg chlomid 3 cycle (mkn sebiji sehari selama 5 hari) then buat blood test utk check samada ovulate atau x (kalau x silap dr ckp camtu) dr ckp ok cume kurang telur. Next step buat sperm test,pun ok xde masalah result normal. Dr keep on bg chlomid lg utk 3 cycle lg (dos sama) tp yg saya konfius xde pun buat HSG test atau scan telur? atau belum sampai masanya. Kalau x silap treatment tu lebih laa 6bln. Bile tgk blog org semua yg buat fertiliti treatment ada buat HSG test & scan telur saya pun dh x gi kt dr tu. Last gi bln 1.
Kalau boleh nk dgr pandangan dr Adilah pula ape next step yg patut saya buat?
Mcm nk try buat treatment ngn Dr pulak tp saya jauh di Trg. Of course la treatment kene ikut hari yg sepatutnye kan? (ke camne?)
Pjg nye soalan no2 ni.
Harap doktor boleh bg pendapat.
Tq in advance..;)

Putri Nadiah

- Di Pantai Bangsar (setiap pagi Isnin sehingga Sabtu)
- Di Pusrawi (setiap Isnin dan Rabu petang)

- IUI murah sahaja, sekitar RM500-1000 mengikut tempat dan jenis cecair media yang digunakan. Yang berbeza ialah apakah ubat yang digunakan dalam rangsangan dan selepas IUI. Contohnya ubat rangsangan, kalau pil clomiphene citrate sekitar 25-50 sahaja tetapi kalau suntikan FSH sekitar RM600 sehingga 1 atau 2 ribu mengikut dos dan kekerapan)

- Kalau tak scan, tak boleh tahu berapa telur yang besar.
- Ujian darah ovulasi hanya boleh mengesahkan ovulasi (tak kira berapa telur). Tetapi kalau salah hari (tak semestinya kena buat hari ke-21) dan keputusannya rendah, tak semestinya bulan tu telur tak keluar esp kalau kitaran haid panjang.

- Ilmu kesuburan masih kompleks. Sedangkan yang dah kategori pakar antarabangsa pun kadangkala masih tak dapat jawapan untuk semua, inikan pula jika tidak menyambung bidang subspecialty kesuburan selepas menjadi pakar sakitpuan.



July Paper (7/7/11)

Soalan 5

As salam doc. Sy adalah pengidap andomyoma. dulu ada cyst kat ovari...dah dua kali buat laparascopic. Lately ni saya notice period saya dah sikit ...dah tak overflow cam dulu dulu...kekadang boleh terberhenti hari ketiga dan datang balik period ..penyakit ni memang menganggu perjalanan period ke?

MakLong Melaka;

Berapa usia? Berapa anak?

Saya rasa bukan andomyoma,mungin adenomyosis kot? Kalau adenomyosis, ini sejenis penyakit endometriosis. ENdometriosis ni boleh tumbu dalam otot dinding rahim (dipanggil adenomyosis), di dalam ovari (dipanggil endometriotic cyst) atau di mana2 sahaja.

Bila buat operation? Apa peringkat penyakit? Selepas op, ada rawatan ubat tambahan eg suntikan atau pil?
Banyaknya info belum lengkap...



Coccyx (11/9/11)

Soalan 6

Salam doktor adilah.(out of topic yer saya ni) saya patient Dr. kat pusrawi. (yang kena ectopic di labuan hrtu. Dr ingat tak lg?)skrg saya dah blk labuan. haritu saya lupa nak tanya Dr. (dh keluar pintu,baru terfikir nak tanya). hrtu Dr ada scan vagina saya,dan ada cecair bkumpul. Dr kata takut samada darah after operation tak serap lagi atau darah period atau ada salur darah yang pecah. Dr adilah nasihat kan saya utk di hospital yg saya buat bedah hrtu tapi saya belum pergi lg. petang ni baru saya mahu gi. saya mahu tanya,jika cecair yang bkumpul itu darah period atau darah yg belum serap habis,adakah ia mengganggu saya utk hamil? dia tak jadi darah beku ke nnt Dr? atau ia akan serap sendiri dlm badan? kalau cecair itu darah sebab ada kebocoran,maknanya saya kena operate balik lah Dr? Saya skrg ni waktu pagi asik rasa nak muntah pula(tapi saya think +ve itu sebab saya makan ubat antibiotik yg Dr bagi).
Terima kasih Dr.

Carmello;

Mungkin boleh serap, mungkin juga tidak.
Itu sebabnya ada wanita yang mengalami retrograde menstruation, tetapi darah tu 'diserap' dan tidak bercambah kepada endometriosis.



Tiub Falopian Tersumbat (20/9/11)

Soalan 7

Assalam Doktor..
Bila baca blog dr saya rasa x sabar2 nk jumpa Dr nk teruskan rawatan..before ni sy agak frust n rasa sikit putus asa sbb dh try mcm2 tp x berjaya wpun masa wat HSG x de problem. Saya dah pernah makan clomid (dh byk kali), dah try alternatif i.e. homeopathy, dah wat IUI 4 kali (3 consecutively)..sumernye failed:(
So sy nak try pulak jumpa Dr..insya Allah. Dr kat Pantai Bangsar kan? Perlu buat appmt ke?

Salamz;

Jangan putus asa melainkan kalau dah betul2 give-up dan redha begitu. Kalau masih ada sekelumit harapan atau niat nak pregnant, cuba dan terus cuba sebab nak kejar usia. Semakin meningkat usia, semakin susah nak berjaya, walaupun dengan IVF.



Endometriosis Part 3 (20/4/11)


Soalan 8
Saya berumur 29tahun, berkahwin 1tahun 4bulan & masih tiada cahayamata. Saya baru lepas operation bulan 7 yg lepas, dsahkan endometrioma in both ovaries & in stage 4, Dr said my left ovary damage, right ok. For tiub falopio, masih belum cek lagi ..

Sekarang saya on Lucrin dose ke 3. Saya nak minta pandangan Doc, adakah saya bole berhenti suntikan Lucrin sekarang(take every month) atau teruskan selama 3 bulan lagi (in total 6x or 6months)? Doc saya minta saya buat keputusan so saya perlukan pandangan doc. Kalo bole saya ingin mengandung segera, tapi Doc saya beritahu peluang org2 macam saya utk mengandung secara semulajadi agak susah.

Harap doc dapat bantu saya .. terima kasih ..

Cinda;

I jawab ikut apa yang dilaporkan dalam kajian ya...

- Suntikan GnRH analog : dalam pesakit yang menginginkan kehamilan, tak perlu sehingga 6 atau 9 bulan kerana tidak berbeza hasilnya malah usia pula semakin bertambah. Tetapi masih ikut case by case eg scan and blood test.

- Biasanya bila I operate, I akan check tiub falopian sekali, melainkan kalau masa tu pesakit tgh period. Nak check tiub bukan setakat tersumbat atau tidak sahaja tetapi rupabentuk/sifat esp kalau dah stage 4.

- Stage 4 tidak melibatkan ovari sahaja, biasanya organ pelvis lain pun terlibat. Ada point system untuk tentukan stage endometriosis.




Q&A Part 3 (23/9/11)

Soalan 9

Salam Dr.Adilah, saya ingin mendapatkan pandangan puan untuk masalah saya. Saya telah keguguran sebanyak 2 kali (1st & 2nd pregnancy). Pregnancy yg pertama saya keguguran pada minggu ke 5 dan pregnancy kedua pada minggu ke 10 walaupun heartbeat baby telah dapat dikesan pada minggu ke 8. Sekarang saya pregnant kali ke-3 dan berada dalam minggu ke-5. Doktor saya memberikan 2 jenis ubat untuk dimakan setiap hari duphaston & casprin. Apakah fungsi casprin dan adakah ia mempunya any side effect kepada diri saya ataupun kepada fetus? saya ade terbaca mengenai adverse effect of casprin on fetus. Harap doktor dapat bantu n jelaskan. Adakah apa2 approach lain untuk mengurangkan risiko keguguran?

Crytalline Gems;

U kena bincang semula dgn dr u. Semua ubat ada kesan samping. Yang penting kena pertimbangkan yang mana satu yang lebih bermanfaat kat u memandangkan dah 2 kali keguguran. Kebanyakan dr akan guna ubat aspirin berdos rendah. Memandangkan ada banyak penyebab keguguran, doktor cuba guna apa yang ada untuk kandungan ketiga ini tidak gugur.



Soalan 10

Dr, saya skrg 34 weeks 2nd pregnancy. Anak pertama meninggal dunia 1day after lahir - PPHN,fetal distress.Masa tu emergency caesar.Utk anak kedua,sy plh caesar juga krn trauma dgn prolong labour sblm ni.SY nk tahu kalo Dr blh bg pendapat:ada kebarangkalian kes fetal distress berulang? Apa chances sy? Thanks Doc

Mrsboxz;

Fetal distress termasuk dalam kategori 'penyebab tidak berulang'. Bukannya ia bermakna fetal distress tidak akan berulang, tetapi fetal distress dahulu tidak ada sangkut paut atau kesan kepada keadaan bayi sewaktu kelahiran seterusnya.

Kalau U nak cuba bersalin normal (memandangkan belum ada 'living child' lagi), doktor akan lower the treshold, tak le tunggu sampai distress baru nak buat op. Any minor reason pun dr akan consider op, at least u cuba kan?



Soalan 11

Saya berumur 31th, da bkahwin selama 1 thn 2 bln. dan masih belum hamil, disebabkan curious dgn ketidakhamilan,saya chek di satu hospital swasta dan disahkan saya ada endo dlm ovari, so, perlu operate. disebabkan byrn diluar kemampuan saya, saya rujuk di H*KM. doc di H*KM kata x serius dan x perlu operate.. 3-4cm.. mula2 saya buat pap smear, pastu ambil darah pd hari ke-2 dtg period. sepatutnya hari ke-21 pun kena ambik darah, tp hari cuti,bahagian O & G tutup.Kemudian next appointment pun saya x pegi sbb ada tulis 'gun flap'.. sound scary.. :(

1) takpe ke kalo saya x amik darah utk hari ke-21, pastu terus ke next appointment?
2) gun flap tu apa yer?
3) adakah sbb saya terlalu kerap outstation (keluar masuk ladang/kebun naik 4 wheel) dan kerap buat kerja-kerja berat, angkat kotak etc, menyebabkan saya sukar hamil?
4) what should i expect in my next treatment/appointment?

fyi, my cycle : 31-32 day..
so far hanya baru 2 kali saya lewat period

1) supposed 10 july,UPT-faint line.. then period pada 24july.. :(
2) supposed 24-25 Sept, then 28 period.. :(

TQ doc..

K@sih;

1) boleh kot, tanyalah dr u tu. Biasanya day21 utk progesteron je. I jarang test utk progesteron dah sbb scan dah cukup
2) tak pernah dengar lagi 'gun flap', u salah baca kot?
3)soalan yang susah nak jawab sbb ada yang redah segala dan pregnant tetapi ada yang 'sensitif' tak boleh 'renyah'
4)sama ada dr monitor 'natural cycle' tanpa ubat subur atau beri ubat subur dan monitor kesan



Leuven - the university town (2/12/10)


Soalan 12

salam. =) i wanted to ask how did you get into KULeuven. Sbb I'm trying to apply to Leuven this coming November for Bachelor of Pharmacy. Tapi saya takut dia reject je =/ hmmm

Alice wonderland;

I tak gi KULeuven. I gi Academy ESHRE, applied pun ke ESHRE (European Society of Human Reproduction), and as an ESHRE member dapatlah diskaun. Bertuahnya kalau u dapat gi KUL tu...



Clomiphene citrate (21/2/10)


Soalan 13

Berapakah level progestorene yang baik untuk wanita yg ingin mengandung?

Mei cing;

Saya tak faham. Progesteron diukur untuk mengetahui sama ada u ovulate atau tidak pada BULAN ITU SAHAJA. Tak kan nak ukur progesteron tiap2 bulan? Sakit juga nak kena cucuk ambil darah je.

Sewaktu awal kehamilan, progesteron boleh membantu menilai esp dalam keadaan kandungan ektopik atau kandungan tak normal.



PCOS (18/11/09)

Soalan 14

salam dr...
Saya dh kawin 5 thn. Blum hamil.. period x normal.dapat PCOS.. dr bagi duphaston untuk datang period lepas tu hari ke2 period mula mkn clomid hingga hari ke6 period... dr saya bagi ubat duphaston dan clomid untuk 2 cycles... tp saya lupa nk tanya bila harus saya makan duphaston untuk bulan ke2 sbb period saya xnormal. boleh dr bantu saya??? Sekian, terima kasih..

Duniaje;

Tu yang susah kalau tak monitor dgn scan utk tgk kesan/respon ubat subur terhadap telur. Kalau ada telur yang besar, boleh agak bila period (kalau tak pregnant). Period biasanya tak normal sebab tak de ovulation/tak subur.

Dah 5 tahun ni, eloklah check/monitor. Boleh tahu ubat yang diberikan tu sesuai atau tidak.

No comments:

Post a Comment