Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 15 October 2011

Pakej IVF

Semalam,
Seorang pesakit lama saya mengadu,
Tidak berpuashati dengan cara pakej IVF ditawarkan oleh suatu pusat di Lembah Klang ini.

Menurutnya,
Pakej yang dinyatakan RM----- sahaja,
Memang kelihatan lebih murah berbanding di PHKL yang belum menawarkan apa2 pakej IVF pun.
Itu sebab dia ke sana.
Walaupun sebelum tu dia meminta dirujuk ke sebuah hospital universiti.

Rupa-rupanya,
Kena tambah RM1500 atas alasan sperma suami kurang cantik,
Kena tambah RM4000 lagi pula utk rawatan ubatan lain.
Akhirnya jumlah tersebut melebihi purata caj IVF di PHKL.

Dia rasa tertipu,
Sebab hanya diberitahu setelah menjalani OPU,
Tidak diterangkan dari awal lagi.

"Kalau saya tahu, baik saya buat kat sini"
(sbb purata caj kat sini sekitar RM15 ribu)

.
.
.

Puan2 sekalian;
Bila berminat untuk mengambil pakej IVF,
Kenalah tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam tawaran tersebut.

Pastikan perkara2 berikut ya:
(lebih2 lagi jika kewangan faktor utama)

Adakah kos termasuk dari HARI MASUK ubat suntikan sehinggalah hari ujian darah utk pengesahan kehamilan (kira-kira 2 minggu SELEPAS hari OPU)?

atau;

Adakah kos termasuk sehingga HARI MASUK EMBRIO sahaja?


Pastikan lagi;
(tanya balik soalan yang sama tetapi ayat lain)


Adakah kos termasuk:

- SEMUA UBAT (suntikan, makan dan ubat masuk vagina) ?
- Kos monitoring (consultation, scan, blood test) ?
- Kos sedut telur/OPU (termasuk daycare hospitalization, dr bius, dr gynae IVF)?
- Kos hari Embryo Transfer (ET)?
- Kos ubat SELEPAS IVF (luteal support) sehinggalah hari ujian pengesahan kehamilan dilakukan?

dan juga...

- Apa nama ubat suntikan rangsangan tu? (lain ubat lain/berbeza harganya)
- Berapa dos ubat (dah ditetapkan tanpa mengira keperluan ke?)
- Apa nama ubat luteal support tu? (pun sama, lain jenis, lain harganya)

dan lagi...

Adakah apa2 'hidden additional charge'?

--- kos lain2? (ada yg menggunakan istilah administrative cost)
--- kos pemeriksaan awal? (screening tests etc)
--- jika kena buat ICSI? (tanpa pakej biasanya ada caj tambahan RM1000-1500)
--- jika dapat embrio lebih dan nak dibekukan/disimpan? Berapa caj setiap tahun disimpan? (ada yang mengenakan caj mengikut bilangan embrio, ada pula yang 'flatrate' tanpa mengira bilangan embrio)
--- jika terpaksa ditahan ward dan dirawat lanjut atas masalah tertentu eg pendarahan, moderate-severe OHSS?

dan...tanya juga;

Adakah apa2 pengurangan caj jika sebaliknya:

--- tak dapat telur? (maknanya tak guna perkhidmatan IVF, kultur etc)

--- tak jadi embrio? (maknanya tak guna perkhidmatan kultur dan ET)

.
.
.

Try to understand;
Telah menjadi norma bagi tawaran 'jualan' dalam perniagaan,
Pakej IVF mungkin digunakan untuk menarik lebih pelanggan.
Walaupun IVF tu mungkin bukan strongly indicated for that couple.

Maklumlah,
Pusat IVF semakin banyak terutamanya di bandar2 besar seperti di Lembah Klang ini.
Nak cover 'operating expenses' mungkin kena buat dalam 4-5 kes IVF sebulan.
Lainlah kalau Dr tu does not own the IVF unit, tak le terganggu fikiran kalau bulan tu tak de kes.

But we Drs must also remember,
Taktik pemasaran biarlah tidak mengelirukan atau memerangkap pesakit yang sememangnya mengharapkan atau terdesak inginkan cahayamata dan pada masa yang sama ingin mengurangkan kos seboleh mungkin.


Sebenarnya;
IVF tu secara amnya HANYA merujuk kepada prosedur:
- sedut telur di bilik bedah IVF
- menyatukan telur dan sperma, di dalam makmal IVF
- kultur embrio selama 1-3 hari selepas ia terbentuk
- masukkan embrio ke dalam rahim
Itu S.A.H.A.J.A.

Nak besarkan telur sebelum sedut tu tak dipanggil IVF.
Nak guna ubat selepas embrio masuk pun tak termasuk dalam syarat IVF.
Nak tambah prosedur untuk mendapatkan sperma pun tak dipanggil IVF.
Nak bekukan dan simpan embrio lebih pun tidk termasuk dalam IVF.


Likewise,
Bila nak bagitau kos sesuatu operation,
Biarlah lebihkan anggaran kos,
Supaya pesakit tak kelam-kabut nak top-up bila nak keluar wad.
Bukannya bagitau kos rendah tetapi akhirnya the final bill melambung.


Bezakan 2 pernyataan di bawah apabila mendapat bil untuk prosedur operation yang sama:

1. "Kena bayar RM10 ribu je rupanya, hari tu Dr kata dalam RM12 ribu"

vs

2. Alamak! Macamana nak bayar hutang kad kredit lepas ni? Hari tu Dr kata RM8 ribu je.




Masuk sub-topik lain.

Selain itu,
Fahamilah juga,

Peratus kejayaan IVF juga tidak dikelolakan/disemak oleh badan berkecuali.

Masing-masing boleh :

- Menulis peratus kejayaan IVF sendiri,
- Memilih data-base pesakit sendiri,
- Menambah-baik angka dengan memasukkan kejayaan menggunakan telur atau sperma penderma (walaupun sebenarnya tidak dibenarkan),
- Mengira menggunakan formula atau pemahaman sendiri (pengatas dan pembawah berlainan),
- dll yang difikirkan perlu untuk 'mencantikkan' imej sendiri.


Mungkin ada laporan yang sedikit lebih tulus,
Kita boleh merujuk kepada data/laporan dari TAFF yang dimasukkan dalam press release lama dahulu.
Sebab:
- data-base asal ada pada TAFF (pesakit kan disponsored oleh TAFF). Itupun mungkin terdapat sedikit variasi kes eg umur, straight-forward case etc, tetapi sedikit sahaj jurangnya pembahagian tersebut.
- setiap seorang yang dihantar utk buat IVF ini pula akan dibuat susulan mengenai hasilnya oleh TAFF sendiri.
- doktor2 yang dipilih pula antara yang dilaporkan terkenal dgn high success rate.
- hasilnya (sila rujuk entry mengenainya ya) : ONE in THREE couples.

Ya puan2,

1:3 couples secara purata.


Itupun setelah diberi peluang sehingga 2 kali fresh IVF cycle treatment. (in between tu kalau ada yg buat frozen transfer tak dikira dalam pembawahnya)
Yang pregnant selepas 1st fresh cycle + yg pregnant selepas 2nd fresh cycle + mungkin selepas frozen transfer cycle, semuanya dikira sekali.

Walau bagaimanapun, sebenarnya;
Di mata antarabangsa sebenarnya, angka 1:3 ni dah kira cukup baik dah.

Tapi tengok dulu,
Yang international figure tu,

Pembawahnya ialah PER CYCLE treatment (lebih adil lagi ialah per fresh ET procedure).

Pengatasnya pula sama ada CLINICAL PREGNANCY RATE atau LIVE BIRTH RATE.

(Itupun sebenarnya lebih ramai peratus pesakit mereka yang menjalani IVF sehinggakan saya terfikir - betul ke indicated ni? Agaknya kalau cuba selain IVF pun boleh pregnant)


TAFF guna pembawah PER COUPLE (yang dirawat sehingga setelah 2 fresh cycles).
(Sebenarnya ada satu pusat IVF yang memang dapat very good success rate (per cycle) dalam 40% tapi saya tak leh bagitau sbb tak de dimasukkan dalam report utk press release).

Clinical pregnancy.
Kalau biochemical pregnancy, hanya guna ujian darah BhCG sahaja.


We doctors must not only tell 'the truth, nothing but the truth' but also with no hidden important information which may result in misleading the patients who come to us seeking for the best (and hopefully the cheapest) help.

Learn to admit our limitations,
We must also learn more to increase our IVF success rate.
BY KNOWING, WE WANT TO KNOW MORE.

Learn to admit our limitations,
When it is - to stop and suggest/refer to other fellow colleague when the patients require other options that we are unable to offer.

Patients must 'read between the lines'.
Do not let your judgement be clouded by the 'special offers' or 'datelines'.
Carefully check the fine-prints.
Check the small asterisks.
Whenever you are not sure,
ASK!
and ASK AGAIN.

6 comments:

  1. Doc, kenapa website ivf unit hospital pantai tak de eh? try to click the link tapi keluar page pantai holding bhd.

    ReplyDelete
  2. Hmm....masalah lama yg masih belum selesai2. Link dari Pantai Holdings tu (masuk under PHKL then go to special services) telah dikeluarkan sbb kandungannya yang perlu ditukar/perbaharui. Webpage baru dah kami submit sejak thn lepas tetapi masih menunggu tapisan demi tapisan Pantai Holdings, harap2 boleh masuk sebelum akhir tahun. Website Pantai Holdings pun dah baru kan? Tak lama lagi lah harapnya....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum doctor,
    tak sempat yea nak reply soalan saya sebelum ni. sibuk kot...
    soalan saya:: berapa hari boleh naik flight selepas menjalani pembedahan buang fibroid 6cmx6cm myomectomy secara laparotomy (buka besar kan?betul ke saya punye term nih). sudah 2 org gynae saya tanya tp kedua-duanya mempunyai pendapat berlainan.. Mohon doctor bagi pandangan & Doakan saya yea doctor untuk operation pada 27/10.

    ReplyDelete
  4. Salam Dr Adilah,

    Saya ada pertanyaan.

    Sejak sebelum kahwin sehingga selepas kahwin saya mempunyai masalah haid yang berpanjangan.

    Terbaru..pada pertengahan bulan Ogos 2011 yg lepas , ada keluar sedikit coklat dan darah...dan seterusnya keluar darah haid yg banyak(heavy period). Yang merungsingkan saya ianya berlanjutan sehingga sekarang.

    Saya ada merujuk kepada pakar dan saya diberitahu oleh Dr tersebut(melalui scan) bahawa dinding rahim saya tebal dan tiada cyst.Dr tersebut memberitahu saya ianya berkaitan dengan hormon.Saya telah diberi ubat dupashton selama 1 minggu dan daflon selama 2 minggu. Dr tersebut memberitahu sekiranya darah saya tidak berhenti, makan D&C perlu dibuat.

    Ketika makan duphaston..pada hari ke 4 darah haid saya berhenti. Jadi saya pun stop makan duphaston. Tetapi bila saya berhenti makan duphaston..keesokan harinya,,,darah haid saya datang semula.

    Jadi saya perlukan pendapat Dr Adilah mengenai perkara ini adakah cara lain selain D&C.Untuk makluman Dr Adilah walaupon saya sudah berkahwin tetapi saya masih lagi dara. Kalau proses D&C melibatkan dari bawah...mcm mana yer. KAlau boleh saya nak elak D&C dahulu..

    Tambahan maklumat saya ada masalah kegemukan...berat saya 85kg dan tinggi 150cm...

    Harap Dr boleh bantu saya...

    TQ

    ReplyDelete
  5. salam dr adilah..

    dila disini.. dr, macam mana cara2 saya nak buat appointment dgn doc?? terus ke PHKL atau kena call dulu buat appointment ke mcm mana?? tq doc..

    ReplyDelete
  6. salam dr..
    sy ade btnyakn soaln pd dr dlm ruangan Q&A3 hr tu. period sy xnormal.18.12 hr tu period sy ade berhenti.then skrg sy period lg..start 29hb. tp darah y keluar kli ni byk n bkn skt mcm y sblm2 ni.skrg sy period hr ke3. hr prtama darah keluar normal mcm biasa. tp hr ke 2 n ke3 darah byk dr biasa.hr ke2 sy tpksa tukr pad 3x.n hr ke3 sy kna tukar 4x. pinggang sakt skt sprti senggut dr hr ke2.adalah period sy normal??atau kmgknan sy trkena endometriosis?? atau mgkn pnykt lain??harp dr dpt bantu.terima kasih..

    ReplyDelete