Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 20 September 2011

Tiub Falopian Tersumbat

Kalau sekali - mungkin satu kebetulan.
Kalau 2 kali - Mulalah terfikir - biar benar?
Kalau 4 kali ??? Hmm... boleh tulis case report masuk artikel jurnal saintifik ni, then org lain kat universiti boleh buat further study...


Yesterday....
(Whenever I mention yesterday, that Beatles song would linger in my mind for the next few minutes, why eh?).



Anyway,
Yesterday,
Another patient un-'sangka'rably (ampun Cikgu2 BI, merosakkan nahu) got pregnant,


Usia : 31+ tahun
Nama : dirahsiakan, nama samaran pun tak nak bagi.
Tempoh perkahwinan : 2+ tahun (Mac 09)


Sejarah rawatan infertiliti:
- bersama 2 Dr pakar mulai Jan 2010.
- dah pernah buat HSG dan diberitahu normal.
- dah cuba 3-4 kali pil subur yg ada bahan Clomiphene itu.


Present history:
1st time kami bertemu di Pantai 08/12/2010.
- Tgk balik filem HSG tu (bukannya tak percaya dgn interpretation org, tapi saya suka double-check sbb patient tu kan di bawah tanggungjawab saya) macam ada yang tak kena je tiub tu?
- Checked ovulation (dah alang2 dia dtg hari ke-22 dan scan nampak cantik) memang confirmed ada, serum progesteron 55nmol/L.
- Scan : macam ada 2 penyakit lain juga. Hmm...not a straight-forward case.
- Jan 11 : cuba natural cycle monitoring, ada ovulation, tapi no pregnancy. Kot betul tiub falopian ada masalah ?.
- Feb 11 : dia pun bersetuju dgn pilihan seterusnya iaitu op.


Op end of Feb 2011.
Apa yang dibuat?
1. Check semula tiub falopian (teropong dari bawah dan juga dari atas, then buat dye insufflation) - memang sah tersumbat dari pangkal walaupun rupabentuk luaran tiubnya sehingga jejari fimbriae itu kelihatan masih cantik.
2. Korek tiub tu dari pangkal (mujurlah ada instrument tu, tapi bukan cangkul)
3. 2 penyakit lainnya itu juga di-operate-kan
4. Di penghujung operation, check semula tiub - masih belum keluar apa2 dye biru itu kecuali 'extravasation' sahaja. Baru lagi kot?


Bila dia mendapat tahu mengenai keadaan penyakitnya, terutama tiub falopiannya yang tersumbat, terus dia menangis (part ni yang saya lemah, sebab saya memang seorang yang kememe, takut2 saya pun turut menangis :)


Iyalah.
Kalau tiub tersumbat, macamana benih nak bertemu dan bersenyawa?
Terpaksalah buat IVF jawapannya.


IVF yang M.A.H.A.L. itu.
Lebih tepat lagi,
IVF yang SANGAT mahal itu.


Saya cuba memujuk (walaupun di dalam hati kurang pasti);


"Tak pe, jangan risau dulu. Rawatan belum habis ni. Kita cuba habiskan rawatan dulu sbb dah pernah ada patient I yang pregnant sendiri walaupun sebelum tu tiub dia tersumbat. Saya pun tak tahu macamana di aboleh pregnant, kalau ikut apa yang diajar memang x de peluang kecuali IVF. Kalau lepas complete treatment pun tiub masih tersumbat juga, terpaksalahlah kita buat IVF. Tapi kalau dah bersedia (dari segi kewangan le) nak buat IVF sekarang, lagi baik teruskan"


Kenapa saya kata IVF?
Sbb;
Biasanya,
Biasanyalah,
Kalau tiub dah tersumbat, most likely ruang dalamnya dah rosak walaupun dioperate dan dibuka semula.
Yang lebih penting adalah fungsi rerambut cilia di permukaan terowong tiub itu.


Tetapi manakan dia mampu?
IVF paling2 murah pun dalam RM12K, itupun kalau guna ubat dos paling rendah.
Kalau IVF guna pil Clomiphene citrate, murahlah dalam RM10K.
Biasa2nya kalau guna suntikan, dalam sekitar RM12-15K.


Dia pun memilih rawatan kedua.
Sambung dgn beberapa ubat,
End of May 2011, check balik dgn scan, bld test dan HSG;
HSG was reported as : spillage seen from both tubes but with delayed emptying of contrast ?peritubal adhesions.
Maknanya tiub dah tak tersumbat sepenuhnya (mungkin masih tersekat2)
Hmm...ada harapan tapi belum cukup complete treatment,
Saya pun tambah lagi 1 dos bersama ubat lain.


Kami pun planned next cycle utk teruskan rawatan kesuburan regime : suntikan FSH/IUI.
She's supposed to come during her next period.
Tetapi memandangkan kesan ubat masih ada (last injection 26/05/2011), maka periodnya hanya datang pada 09/08/2011.
September, tak de period.


14/09/11
She came to see me,

"Dr, saya lambat period, lepas tu saya buat UPT ada samar2 2 line"


Biar benar dia ni pregnant?

Scan - kosong je dalam rahim tu? Kalau iya pregnant, mintak2 janganlah ektopik.

Blood test:
BhCG doubled after 48 hours,
Progesterone pun cantik.
Good news!





After 48 jours, her BhCG doubled.


Saw her again yesterday, after 5 days,
Dah nampak kantung kandungan dalam rahim.
Maknanya sahlah kandungan di dalam rahim :)


Tak sempat ambil suntikan FSH,
Tak sempat buat IUI,
Tak yah buat IVF.


...and after 5 days, a repeat TVS showed an intra-uterine gestational sac.


Hmm,
Tak sia2 ku bayar RM----- utk gi Belgium ari tu.
Nanti saya tanya dia kot2 ada petua tambahan.


.
.
.


Apa yang cuba ditekankan di sini,
- There is hope (however little).
- More importantly, there is GOD.
- Siapa2 yang ada keadaanyang sama, kalau ada duit, buatlah IVF sebab IVF memberi peluang tertinggi.
Tak yah nak mengharapkan tiub falopian tu.
- Kalau bajet lari, ikhtiar cara kedua/ ke-3 dsb. Jangan berhenti rawatan.
- Kalau memenuhi syarat, cuba memohon dgn TAFF, boleh dapat bantuan kewangan IVF secara percuma utk 2 percubaan.
- The above mentioned patient bukanlah pesakit pertamaku yg pregnant sedemikian.
The first 2 patients dah bersalin pun, sorang tu dah masuk 5 tahun and her name is also Adila :)



Yang penting untuk saya;
Prinsip asal masih ku pegang (sebab yg tu dah ditulis dalam kajian dan disahkan signifikannya oleh ujian statistik)
Tetapi dunia perubatan berubah2 dan semakin berkembang maju,
Kadang2 macam 'fesyen' pula, rawatan berbalik semula kepada kaedah lama,
(macam suntikan FSH tu, kejap tukar kepada 'recombinant' then berbalik semula kepada 'urinary' ?).
Dan hasil kajian bukanlah 100% berkesan, cuma maknanya 'lebih berkesan'.
Maka, mesti ada alternatif lain, no hard and fast rules.
Siapa tahu, kot2 teori saya ni boleh diguna-pakai.


Macam IUI,
Cikgu saya org Jerman tu (mukanya tak macam Hitler) ajar buat IUI ada tambahan perkara selain yang saya selalu buat sebelum itu.
Sebelum (stimulation) - apa nak bagi, apa nak check, apa nak ubah/tambah.
Semasa (IUI)- macamana, apa yang nak diperhatikan (boleh agak peluang).
Selepas IUI, patient boleh terus bangun, tak yah pusing kiri/kanan atau berbaring lama2.
Dan kini, I found out myself (agak2) that timing of progestin treatment for luteal support is also important.
Not too early and not too late.
So, saya pun tambah petua sendiri :)


But I still hold on to the same principles,
Evidence-based medicine.
I practice mainly evidence-based medicine...
...dan gunakan input pengalaman serta teori yang cepat berkarat di otakku ni.


Ada seorang consultant infertiliti di HUKM,
Cikgu kami ni orang Malaysia (sapa kata 'omputeh' je pandai?),
Ilmu daripada Cikgu yg ini tak de dalam buku atau internet,
So, kalau rajin ikut klinik infertiliti dia, banyaklah ilmu 'tersirat' yang dikongsi,
Bila dikaji teori dan digosip sesama kami student registrar ni, memang didapati ada logiknya apa yang dibuatnya itu.
Contohnya : Clomiphene 'extended regime', mana ada dalam buku?
And this teacher pun local grad juga degree kedoktorannya.
Err...terima kasih Prof, Prof memang sangat pandai (saya berani cakap dalam hati je).
Halalkan ilmu yang Prof beri kat saya ya.
Dan halalkan roti canai yg Prof selalu belanja kami kat kedai mamak tu.


Maka, kpd adik2 student yg nak ke 'obersi' buat Medic tapi tak dapat,
It's OK.
The reputable local universities pun masing2 dah ada a strong faculty of lecturers.
Ada 3 universiti yang usianya dah lebih 30 tahun.
Kpd yang dapat tawaran ke 'obersi' pula, tahniah, rezeki U.
Jangan hampakan harapan kami pembayar2 cukai ni.
Lainlah kalau pergi atas tanggungan ibubapa.
Kpd yg tak dapat , janganlah jelous kenapa orang lain dapat offer walaupun result sama atau kurang baik.
And janganlah asyik komplen dalam suratkhabar kenapa tak dapat biasiswa ke luar negara.
Mana tahu, parents dia org yg dapat tu bayar income tax lebih banyak dan menyumbang lebih kepada negara beranding parents kita?
Lagipun, janji dapat tempat.
Remember, di manapun kita berada,
The role of our lecturers is just to stimulate our brains.
Kalau the grey matter tu asyik nak kena makan bersuap je, alamatnya ilmu tu tahap makanan tu sahaja la.
Then, 'obersi' ke, local ke, dulu SPM/matrikulasi/A levels pandai bijaksana ke, ia takkan berkembang.
Malah, boleh semakin ketinggalan zaman.
Dan jangan pandang rendah kpd rakan2 seperjuangan kita, mahupun junior2 kita, apatah lagi senior2 kita.
I've heard of some commenting on their batch-mates' bad performance masa zaman2 belajar nak jadi pakar dulu;
- mengata this person pernah berkali2 failed dalam exam Part 2 boleh jadi lecturer, and sekarang working kat the most expensive hospital (jealous ke?)
- this houseman graduated from --- tak pandai buat itu ini (why look down on him, given the same opportunity he might outdo u in no time)
- mengata "I'm sorry to say, but u all housemen memang stupid", macamlah dia jadi houseman dulu pandai.

Remember,
We were born the same.
Tahap kepandaian hampir sama.
Baby mana terus pandai cakap dan berjalan?
Yes, persekitaran dan peluang yang berbeza membuka potensi.
Tapi, kita yang kurang peluang ni pun boleh, cuma kena kerja lebih kuat sikit saja.
Macam anak orang kaya yang dihantar ke sekolah antarabangsa vs saya anak Cikgu yang pergi ke sekolah harian biasa.
Nak cakap 'omputeh' pun tak sepandai mereka.

Also,
When we critic, do it positively, we must also aim to make that person better.
Siapa2 nurses yang baru atau belum pandai assist masa op, lagi la ku request utk suruh dia assist masa op akan datang.
Unlike some yang siang2 dah decline certain staff to assist them.
Habis tu, kalau tak nak ajar, macamana dia nak pandai?

.
.
.

I better stop for now, dah jadi emosional pula.....:)
Astaghafirullah...

4 comments:

  1. sebab nilah saya suka jumpa doc...bukan sekadar merawat badan tapi hati juga...segala persoalan dapat dirungkai.jurang antara doc dan patient juga akan lebih dekat dan segala permasaalahan InsyaAllah dapat diselesaikan..mudah2an...besar ganjarannya kelak...amin

    ReplyDelete
  2. alhamdululilah...im happy 4 her...
    tu la dia keajaiban tuhan..
    tiada yang mustahil...saya dah buat IUI las week..
    dalam tempoh bertenang..menunggu buat UPT 2 minggu lagi..doakan saya

    ReplyDelete
  3. Assalam Doktor..
    Bila baca blog dr saya rasa x sabar2 nk jumpa Dr nk teruskan rawatan..before ni sy agak frust n rasa sikit putus asa sbb dh try mcm2 tp x berjaya wpun masa wat HSG x de problem. Saya dah pernah makan clomid (dh byk kali), dah try alternatif i.e. homeopathy, dah wat IUI 4 kali (3 consecutively)..sumernye failed:(
    So sy nak try pulak jumpa Dr..insya Allah. Dr kat Pantai Bangsar kan? Perlu buat appmt ke?

    ReplyDelete
  4. yes doc, peluang sentiasa terbuka bg yg tdk prnh berputus asa.

    hmm, saya pon sntiasa usaha utk fertile, last 3 mnth abortion. tu pun dgn bantuan clomiphene.. 2y7m kawen..

    ape lg la nk telan bg telur aktif n besar2..

    ReplyDelete