Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 23 September 2011

Dear Eliza

Salam Dr Adilah...

Saya ingin bertanya ttg ibu saya yg berumur 63thn. Dia start menopause semasa 50++. Sejak akhir2 nih, selang beberapa bulan, kekadang masih lagi dtg tanda2 cecair coklat. Adakah ianya darah haid atau simptom penyakit lain berkaitan?

Saya dah nasihatkan ibu saya utk ke klinik tapi dia takmau..Biasanya perempuan yg bermula dan akhir menopause dlm lingkungan umur brp yer Dr? Terima kasih...

Jawapan
KENA pujuk juga mak u pergi jumpa doktor pakar sakitpuan. Most women dapat menopaus masa umur 50-51 tahun. Kalau dapat antara 45-55 tahun masih dikira OK.

Tetapi bila dah menopaus utk beberapa tahun dan kemudiannya dapat pendarahan, mesti pergi check. S.E.G.E.R.A. sebab perkara pertama yang akan terlintas dalam kepala doktor2 sakitpuan ni ialah kanser, sama ada dari serviks (pintu rahim) atau rahim, jarangkali boleh juga dari tiub falopian. Almost always begitulah. Mak u dah ada beberapa faktor risiko kanser:
- Usia lanjut
- Menopaus
- Pendarahan dari faraj

Kalau dah check dan disahkan bukan kanser, barulah boleh lega.

Kalau u nak bawa jumpa doktor pakar sakitpuan yang ada pengkhususan tambahan bidang kanser (dipanggil gynae-oncology atau gynae-cancer),lagi bagus.

Sayang kalau bila kanser dikesan lambat....

Kalau perkara ni tak penting, I tak dahulukan soalan u tau.

17 comments:

  1. Terima kasih Dr Adilah. Terharunya hati ini...

    Saya dah agak mesti ada sesuatu yg tak kena. Kalo ikut keturunan family ibu, takde lagi yg kena kanser minor atau serius so far. Nevermind, lepas nih saya sendiri akan bawak dia gi mana2 klinik pakar sakitpuan. Thanks again...

    ReplyDelete
  2. Salam dr adilah. nak minta izin baca blog clone doktor boleh? saya dah dibuktikan gadis. hihi terima kasih carmello8611@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. carmello - bukankah dulu u dah pernah ada di-invited? Anyway, telah dijemput semula :)

    ReplyDelete
  4. Eliza - sudi update keadaan mak u nanti? Tx

    ReplyDelete
  5. salam dr adilah...leh xsy nak join blog clone dr...fizanabilla@yahoo.com..tq doc

    ReplyDelete
  6. doc, nak join blog clone doc jugak... how i wish my daughter nanti jdk cam doc jugak so bley tolong org yg problem mcm mak dia nih hhehe.alhamdulilah 1st pregnancy lepas ovarian drilling yg doc suggested then 2nd pregnancy cara neutral n how suprised sy ms tu x sangka boleh pregnant neutrally.ni email sy cikzuha@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam Dr... Selamat berkenalan, nak join blog clone Dr juge beleh..

    jahm02viva@gmail.com


    thank Dr..

    ReplyDelete
  8. salam doc,
    sgt berbesar hati kalau dpt join blog clone..
    rohanibtramli@gmail.com

    tq doc

    ReplyDelete
  9. salam dr.baru2 ni sy didiagnos mempunyai adenomyosis. dn rahim sy retroverted. skng sy dan suami mencari cara utk sy conceive.sy try clomid.
    1- adakah clomid mdatangkn kesan sampingan kpd pesakit adenomyosis
    2- sy ada bace produk soya tidak bgs utk endo/adeno.adakah ini benar? sbb sy mengamalkn produk herbalife which is soy-based.
    3- apakah lgkh sebaiknya yg perlu sy ambil to get pregnant? melalui pembacaan sy, adenomyosis mengganggu environment dlm rahim.

    hrp doktor sudi mjawab soalan sy. terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Salam Dr Adilah...

    Its me again..:)

    Dpt pujuk ibu gi buat pap smear. Alhamdulillah, nothing serious. Bukan kanser, maybe ada jangkitan kuman, darah kotor atau sebab stress. Bukan darah haid dan masih boleh solat.

    Thanks Dr and may Allah bless you always...

    ReplyDelete
  11. Eliza - pap smear sahaja tak cukup, setakat permukaan luar PINTU RAHIM sahaja. Kena buat TVS, tgk DALAM rahim especially ketebalan endometrium. Ada dua cara nak ambil sampel endometrium : di klinik boleh buat endometrial sampling guna alat aspirator; nak lebih menyeluruh boleh buat at least DD&C atau lebih elok lagi hysteroscopy DD&C. Tu sebab I suruh jumpa pakar gynae.

    ReplyDelete
  12. Alamak..gitu yer Dr? Nak pujuk ibu punyalah payah sampai kita pulak kena lecture mcm2. Saya buat muka sedih baru dia kata okay...

    Lambat ler nak ajak dia gi check up lagik sekali nampak gayanya...confirm dia mengelak lepas nih. :)

    *Really appreciate your concern. You such a wonderful person dan tak kedekut ilmu dunia. Tq

    ReplyDelete
  13. juga nak join blog clone dr.
    mim.ezra@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Askum Dr Adilah,

    saya tak tahu lah dr msh igt sy or tak, mayb kena check @ report kat pusrawi baru bole igt my probs. :) huhuhu

    dr, saya ada mslh..hmm yes till now sy msh belum pregnant.. sy menganggap masih belum ada rezeki...

    saya ada membaca beberapa artikal dan dr jge pernah berkata, if kita dlm tempoh subur cecair akn byk keluar bkn?

    tetapi sy tidak dr. cecair boleh dikatakan tidak keluar melainkan kalau nak period, tu pun tak byk..

    adakah ini mslh kesuburan?

    sebab apa dr, secara peribadi semasa sy bersama suami pun tidak ada cecair.. kalau ada sedikit sgt dr.

    boleh saya tahu apa punca sebenar yg terjadi pd saya?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum doktor...sy ada 2 soalan.

    1. Sejak akhir2 nie, sy sudah mula membuat catitan tntg kitaran period sy. Yang sy perasan jika bulan lepas sy period akhir bulan, bulan ini sy period prtengahan bulan. Selalunya period sy awal seminggu dr bulan sebelumnya.

    2. Mengikut pemahaman sy mengenai sistem reproduksi wanita, di bawah klitoris, ada lubang urethra. Di bahagian sy, ada bonjolan yg terletak betul2 di bawah klitoris sy. Bila sy tekan dgn jari, sy dapat rasa tekanan itu. Adakah itu lubang urethra sy dan adakah itu normal bg sy?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum dr..saya mengalami kegatalan di alat sulit saya..dan kadang2 saya berasa sakit mungkin sebab saya menggarunya..saya tak tahu apa yg saya perlu buat lagi..saya dah cuba membersihkannya dengan baik tetapi masih gatal..saya student lagi dan belum berkahwin..saya harap dr dapat membantu..





    ReplyDelete