Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 6 September 2011

Day 21 IUI

Siapa kata IUI mesti buat pada day-14?
Tidak semestinya puan2.
Mesti ikut case by case.


A lady with a beautiful name.
30 year-old
Telah berkahwin selama 6 tahun (2005)
Pertama kali berjumpa saya pada Mac 2011.
Sebelum itu pernah mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesuburan badan berkanun dan sebuah hospital swasta tetapi belum ada rezeki.


Saya pun tried ubat yg ada bahan Clomiphene citrate.
Ada kantung telur yg besar (walaupun cuma satu sahaja) apabila di-scan pada sekitar hari ke-12 ke-13 tu.
Tetapi endometriumnya kekal nipis (hanya 3-4 mm sahaja).
Ovulation confirmed.
Unfortunately tidak menjadi.
Sebanyak 3 kali percubaan dgn ubat Clomiphene ini.
Sebenarnya saya dah cadangkan ubat lain tetapi masa tu di luar kemampuan mereka.


Kdn barulah dia bersetuju untuk mencuba ubat suntikan FSH, maklumlah, sangat mahal.
Diberi dalam dos menurun, mula2 150IU kdn turun lagi sehinggalah 75IU sahaja.
Bermula Day-4.

Kenapa Day-4?
Tak de rahsia pun, sebab dia datang lambat hanya pada day-4.

Memang selalu bagi dos macam ni ke?
Pun tidak. Kan saya dah kata, kena ikut case by case. Ilmu rawatan kesuburan ni tak de protokol yg sama utk setiap patient, walaupun umur dan profil penyakit sama.

1st monitoring pada day-11.
Alamak, kecil lagi kantung telurnya.
Saya pun tambah lagi ubat suntikan FSH itu (dos pun naik, maka kosnya pun bertambah).

2nd monitoring pada day-13.
Hmm...tiada perubahan yg menggalakkan.
Saya pun tambah satu lagi ubat pil (nasib baik tak mahal).
Suntikan FSH pun kenalah diteruskan (turun balik sikit dos sebab dah lama ni, biasanya suntikan diberikan utk 5 hari sahaja).

3rd monitoring pada day-18.
Yezzr! Endometriumnya sungguh cantik 13mm!
Ada 2 kantung telur yang telah mencapai saiz dikehendaki di dalam ovari kanannya.
Ovari kiri pula kecil2 sahaja kantung itu.

"Jom buat IUI?"
Mereka pun setuju.

IUI pun dirancang pada day-21.
Kenapa tak buat pada day-20 ? (sebab kan saya tgk dia pd day-18)
Err....
Macamana nak jawab ni?
Rahsia...
Hah! Bukan rahsia pun. Tarikh tu hari yg sesuai utk saya.
Saya tak pernah buat IUI pada hari Ahad (hari diriku cuti).
IUI tak rigid mana pun.
Kena manipulate sikit2.
Dan berdoa banyak2.


She's pregnant!
Nampak satu je kantung kandungan di dalam ruang rahim itu.
Regular gestational sac.
With yolk sac.
Nanti saya upload gambar kantung tu, dalam ingatan cakera-keras scan di Pantai.
Dia kena sambung itu ubat pil bersama ubat luteal support yg dimulakan beberapa hari selepas IUI.


Seingat saya, ini kes kedua IUI day-21 yg pregnant.
My point is,
Hari ke berapa tu tak penting.
Maka janganlah asyik bertumpu nak bersama sekitar waktu subur sahaja.
mana tahu kot2 bulan tu telur cik puan buat keputusan nak ovulate lambat?
Macam patient ni yg sebelumnya ovulated hari biasa.


Kenapa kali ni lebih tinggi peluangnya?
1. Bilangan telur semakin banyak (2, dulu 1 je)
2. Endometrium pun cantik
3. Sperma pun makin hampir (IUI)


Mesti ambil kira secara keseluruhan.
Mesti.

9 comments:

  1. Dr,
    thank you so much for the article.it means a lot to me & menjawab semua teka teki saya selama ini.

    during my last pregnancy which finally failed,saya telah disahkan hamil a week right after period saya abis.saya bingung sangat time tuh.asyik fikir..boleh ke jadi macam nih?xsempat waktu subur lagi.saya lagi confuse bile takde doktor yang boleh explain pada saya at that particular time.

    now..i know.

    thank you doc!

    ReplyDelete
  2. DR, apakah pil yang diberi day 13 tu? Adakah untuk better lining? Saya pun susah nak dapat lebih 6mm day 12-13 walaupun tak guna clomid, but Gonal F.Macamana ye DR?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dr, sy ada PCOS..sy pernah buat IUI last year..Dr inform badan sy tak bertindak balas terhadap ubat hormon berbentuk pil..sy dah cuba Clomiphene dan letrozole..jadi Dr bagi beberapa dos suntikan FSH..mungkin belum rezeki..IUI tak berjaya sbb sy kena OHSS..maybe overdos kot..wallahu'alam..masalahnya Dr,nak tnya, lepas dari kena OHSS tu..period sy semakin menentu..dh lebih 6 bulan tak period..sy ingat nak cuba sekali lagi..umur 29..telah berkahwin 6 tahun (2005)..mcm patient Dr juga..apa advise Dr? btw..bole sy dapatkan permission utk baca blog Dr lagi satu tu (my-clone)..email sy: me01my@yahoo.com

    maaf panjang comment..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..seronok dengar success story macam ni...rasa macam ada sinar buat orang2 yg senasib

    ReplyDelete
  5. salam dr. u're the best dr yg pernah saya jumpa. semoga Allah sentiasa murahkan rezeki dr dan merahmati dr.

    ReplyDelete
  6. salam doc,

    saya mengambil suntikan buserelin 0.5ml setiap hari bg tujuan IVF utk mengawal hormon saya. saya ambil selama 17 hari. pada hari ini, apabila saya buat ujian darah di dapati buserelin tersebut tidak dpt membantu saya. bacaan darah 30, sdgkan sepatutnya 20 ke bwh. saya rasa kecewa sekali. oleh sbb itu, IVF tersebut di batalkan.

    doc mencadangkan agar saya berehat 3 bulan dahulu sblm memulakan semula rawatan. saya dapati tempoh ini agak lama bg saya. di pusat tersebut, mereka hanya menjalankan long protocol sahaja utk IVF. saya dapati ianya memakan masa lebih 2 bulan utk proses ini berbanding dgn short protocol tak lebih 1 bulan.

    soalan saya,
    1) mengapakah bg sesetngah doc menjalankan long protocol shj utk IVF. adakah hasilnya lebih baik?

    2) mengapakah perlu ambil suntikan buserelin utk suppress ovari. adakah slps itu ovari dpt mengeluarkan telur yg bnyk dan cantik?

    3)adakah boleh jika saya masih ingin meneruskan rawatan tanpa menuggu tempoh rehat 3 bulan tersebut di hosp yg lain. tempoh 3 bln tersebut teramat lah lama bg saya.

    FYI, saya berumur 30 thn, 5 thn kahwin, hydrosalpinx, IUI 3x tetapi semua gagal. :(

    maaf pnjg sgt soalan. terima kasih doctor!

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Saya kagum dgn Dr bile bace blog ni dan tumpang gembira bg yg dh pregnant. Owh actually saya ada 2 soklan,if doktor sudi sgt la berharap agar soalan saya terjwp. ;)
    1. Doktor kt mane yer? Pusrawi ke Pantai Hosp?
    2. Brape anggaran kos rawatan dr awal smpai stage IUI? Kos IUI mahal mcm IVF ke? Saya pernah buat rawatan di 1 of specialist hosp di ktn. 1st time dr just bg chlomid 3cycle (mkn sebiji sehari selama 5hari) then buat blood test utk check samada ovulate atau x (kalau x silap dr ckp camtu) dr ckp ok cume kurang telur. Next step buat sperm test,pun ok xde masalah result normal. Dr keep on bg chlomid lg utk 3 cycle lg (dos sama) tp yg saya konfius xde pun buat HSG test atau scan telur? atau belum sampai masanya. Kalau x silap treatment tu lebih laa 6bln. Bile tgk blog org semua yg buat fertiliti treatment ada buat HSG test & scan telur saya pun dh x gi kt dr tu. Last gi bln 1.
    Kalau boleh nk dgr pandangan dr Adilah pula ape next step yg patut saya buat? 
    Mcm nk try buat treatment ngn Dr pulak tp saya jauh di Trg. Of course la treatment kene ikut hari yg sepatutnye kan? (ke camne?)
    Pjg nye soalan no2 ni. 
    Harap doktor boleh bg pendapat.
    Tq in advance..;)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete