Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 11 September 2011

Coccyx

Tulang tongkeng.
Omputeh bagi nama coccyx.


- Tulang yang terdapat pada bahagian bawah sekali vertebra/tulang belakang kita.
- Rupanya seperti muncung paruh burung cuckoo, tu sebab dapat nama coccyx.
- Bilangan coccyx adalah di antara 3-5 keping. Tak sure pulak saya punya coccyx ada berapa (tak pernah x-ray kat situ).


Nak kata sifatnya vestigeal (sisa saki-baki ekor, ala-ala macam apendiks sisa saki-baki usus), coccyx masih banyak kegunaannya walaupun kita dah tak boleh guna 'tail-bone' tu sebagai ekor.


Walaupun kecil, tulang coccyx ini sangat penting juga:
- Bila kita duduk bersandar, tulang coccyx ni la yg menampung berat kita. Bila lama2 duduk, mesti kita rasa sengal kat belakang tu kan?
- tempat perlekatan otot yang mengawal pembuangan air (kecil dan besar), berjalan (otot gluteus maximus), otot lantai pelvis kita (otot2 levator ani- penting tau supaya kita tak dapat 'peranakan jatuh'). Banyak rupanya otot dan ligamen yg menumpang kat situ.


Dalam dunia perbidanan, tulang coccyx pun sangat penting;
- Sudut yang dibentuk oleh lengkongan tulang coccyx ini mempengaruhi diameter ruang outlet pelvis kita.
- Maka, kalau coccyx yang last tu terlalu mancung ke dalam, bertambah sempitlah jadinya jarak di antara simfisis pubis kat depan dgn coccyx kat belakang, macamana kepala baby yang 10cm tu nak keluar nanti?
- Mujurlah coccyx ni ada sendi esp coccyx pertama yang melekat pada tulang sakrum. Maka, bolehlah tertolak ke belakang sedikit (macam engsel pintu) bila baby lalu kat situ.



Kenapa nak cerita pasal coccyx ni?



I found this in the Quran translation, page 630. explaining Surah 39 Az-Zumar (The Groups) Ayah 68
And the Trumpet will be blown, and all who are in the heavens and all who are on the earth will swoon away, except him whom Allah wills. Then it will be blown a second time, and behold they will be standing, looking on (waiting).

(The above Ayah makes me wonder - if some are already in the heavens, then why do people weep/wail for so long, pity with the dead ones when we should be happy and pray that they are now in better place/heavens, insyaAllah?

Also, does this mean during/after the first Trumpet, there are some who survive?)



In fulfilment of the injunction of the Prophet (s.a.w.)
" CONVEY MY MESSAGE EVEN IF IT BE ONE SINGLE AYAH"




Narrated Abu Hurairah, the Prophet (s.a.w.) said:

"Between the two blowings of the Trumpet there will be forty."

The people said,

"O Abu Hurairah! Forty days?"
I refused to reply.

They said,
"Forty years?"
I refused to reply.

They said,
"Forty months?"
I refused to reply and added:

Everything of a human body will waste away, perish or decay except the last coccyx bone (of the tail) and from that Allah will reconstruct the whole body.
(Sahih al-Bukhari, Vol 6 Hadith no 338)



Kenapa nak blog pasal coccyx?

Kepada yang bijak pandai, cubalah stimulate organ dalam raksun tu utk mengkaji lebih dalam pasal coccyx:


Contoh soalan (hehe, ini bukan soalan UPSR ya anakku) :
- Adakah apa2 sebab atau sifat istimewa hanya coccyx sahaja yang tak hancur dimusnahkan kiamat?
- Apa special structure dalam coccyx ni?
- Apakah potensi tambahan DNA dalam coccyx yg kecil itu ya?
- Ke ada 'identiti' lain dalam coccyx ni, macam fingerprint?
- Boleh tak kita 'copy' the structure yang kuat bertahan itu dan produce the synthetic material utk kegunaan kita?
- Hmm...kalau org bangsa lain, beragama lain dan di negara lain tu sanggup mengkaji Al-Quran utk their scientific knowledge, kita ni bila lagi? Asyik komplen, komplen, komplen, gaduh, gaduh, gaduh, bangkang, gaduh balik tapi the grey matter gets smaller. Kalau minta geran mahal2 utk buat kajian, bior le buat benda baru, bukannya asyik buat semula kajian yang telahpun dibuat oleh orang lain.


- Anyway, apa maksud 40 tu?

2 comments:

  1. salam doktor adilah.(out of topic yer saya ni) saya patient Dr. kat pusrawi. (yang kena ectopic di labuan hrtu. Dr ingat tak lg?)skrg saya dah blk labuan. haritu saya lupa nak tanya Dr. (dh keluar pintu,baru terfikir nak tanya). hrtu Dr ada scan vagina saya,dan ada cecair bkumpul. Dr kata takut samada darah after operation tak serap lagi atau darah period atau ada salur darah yang pecah. Dr adilah nasihat kan saya utk di hospital yg saya buat bedah hrtu tapi saya belum pergi lg. petang ni baru saya mahu gi. saya mahu tanya,jika cecair yang bkumpul itu darah period atau darah yg belum serap habis,adakah ia mengganggu saya utk hamil? dia tak jadi darah beku ke nnt Dr? atau ia akan serap sendiri dlm badan? kalau cecair itu darah sebab ada kebocoran,maknanya saya kena operate balik lah Dr? Saya skrg ni waktu pagi asik rasa nak muntah pula(tapi saya think +ve itu sebab saya makan ubat antibiotik yg Dr bagi).
    Terima kasih Dr.

    ReplyDelete
  2. Salam, dr. sy Fira umur 24, nak tanya adakah normal kalau rasa sengal di tulang coccyx tu? sbab kdg2 walau sy dduk sekejap shaja dah boleh rs sengal kt bahagian punggung. even kalau nak exercise (sit up) akan berasa tak selesa kt bahagian tulang tu. nak kata sebab berat badan sy berlebihan, berat sy ideal. jadi sy tk tahu ap punca rs tak selesa nie. Harap dr dapat bagi penjelasan. Terima kasih.

    ReplyDelete