Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 9 July 2011

Time to give back, again.

It was on June 18th, about a month ago.
I had to limit the appointments on that day as Nana (our Alumni president) texted me;
"We couldn't get any doctors for that day. Am counting on you"


Ada Hari Kerjaya.
Utk Form 5 dan Form 4 yg berminat.
Abg kakak seniors lama2 ni pun biasanya akan datang memberikan panduan.
Kdg2 datang sempoi pakai casual.
Kdg2 dtg penuh bergaya memakai uniform kerja.
Lawyers, pilots, doctors, engineers etc etc.
Saja nak bagi gempak.


Kalau nak diikutkan, memang rugi menutup klinik hari Sabtu.
Tapi, as my Abah said to me many times before;
"Kita kena bagi balik apa kita dapat...."
The last time I went there was 5 years ago.
I felt that my turn was up again.


So,
Tinggallah suami (dia sibuk memanjang),
Tinggal anak (dia pulak tak nak ikut),
Tinggallah pembantuku.


Saya pun memandu ikan terus dari klinik.
Called Abah tanya directions,
Then baru teringat yg ikan ni ada peta yg boleh berkata2.
Smooth driving mengikut halaju.
Sampai dah pkl 1tgh.
I missed the morning session.
Tapi sempat joined for lunch.

Ladang kelapa sawit memanjang. Dulu saya selalu tertidur bila Abah drove to/from the school, rasanya macam the journey was so long.

Saspen jugak kalau nak drive malam2 ni,kiri kanan memang tak de jalan lain, estet kelapa sawit SAHAJA.

Pokok getah. Teringat dulu2 acara tahunan 'cross country' lalu kebun getah, mengah betul. Seperti dijangka, saya tak pernah menang dan tak pernah corot.

Masjid tpt boys gi sbyg Jumaat. Nampak kubah tu? Mencerminkan budaya masyarakat Cina. Inilah landmark saya, nampak je masjid ni, dah tau, dah nak sampai sekolah.

Dewan Makan pun dah bertambah. Yg lama ni skrg rupanya utk boys sahaja, A few other changes. No more trays for them!


Lepas makan2, kami jalan2 mengimbau kenangan lalu.
Dah banyak berubah rupanya.
Dewan Makan dah ada 2, separate boys dgn girls punya.
Dah ditenderkan (kayo Pokcik Mokcik Dewan Makan ni) utk RM--/head.
Dah ada swimming pool.
Asrama dah bertambah.
Dah tak ambil Form 1-3 lagi, hanya Forms 4 & 5 sahaja.


Dah tambah papan semangat ni. Siapa Dr Robert Schuller ni? Kalau Robert Fischer Cikgu IVF saya itu memanglah ku kenal.


Dulu2 Bilik Rekreasi kami, tpt jumpa parents pun...


Library di kiri dan Bilik Senireka di kanan. Saya cuma ingat projek buat pelan rumah, saya tiru pelan rumah Abah je. Masa susun toothpick jadi rangka bangunan lps tu uji dgn pemberat pun saya so-so je. Memang tak pandai Ilmu Architecture.


Perkhidmatan dobi, saya selalu hantar cadar n selimut je...


Kami juga digalakkan berniaga. Malam weekend dulu2 homeroom kami asyik jual burger, modal barang2 dalam 50sen je (tak masuk tenaga kami) tapi jual RM1.50, memang untung. Sekarang pun aktiviti berniaga ni masih ada, adik2 sekarang jual waffles!



Pukul 2.30 sesi break-out;
Ikut minat, students berpecah ikut group profession.
Saya pun memulakan slide presentation yg disediakan pagi itu.
Sehinggalah pkl 4pm.
Sebelum beredar ke kampungku.
Sempat makan, tambah lagi.
Kdn pulang ke KL n home by 8pm.
A looooong day.


Batch kami truly first batch (Form 1 dari situ). Batch senior2 kami kesian, Pioneer kami kena menumpang di MRSM Terengganu (Form 1 thn 1981& Form 2 thn 82) dan senior di bawahnya pula menumpang di MRSM Muar (Form 1 thn 82). Masa kami datang ke Jasin Form 1 thn 83, mereka pun joined sekali masuk Form 2 dan 3.


Lebih ramai girls daripada boys. Ada juga yg mengaku tak minat, tapi parents suruh jadi doktor. Tapi, jauh lebih ramai yang memang minat dengan sucinya :)


Bila saya bagi kamera ni suruh dia org ambil gambar utk dimasukkan dlm entry ni, rupanya ambik gambar sendiri...Adik, mana gambar Kak Dila ni?


....dan lagi. Saya sempat tegur; "Kenapa semua bersaiz kecil je? Tak cukup vitamin ke? Anak I yg Drjh 6 pun lagi tinggi drp u all tau"


Walaupun mereka lahir tahun 1994 (lama selepas kami keluar lps SPM), saya bagitau syarat2 sebelum memulakan ceramah;

"Syarat no 1, mesti baca Bismillah. Amalkan sampai bila2. Bila dah bekerja jadi doktor nanti, ajak pt baca bismillah sebelum mulakan operation"

"Syarat no 2, jangan sekali2 panggil I Aunty atau Makcik tau. Kalau malu, panggil doktor tapi kalau nak lagi mesra boleh panggil Kak Dila sahaja, kita kan dah kira adik-beradik". Maka, gelaranku pada hari itu adalah Kak Dila :)

My IT-man (not IP-man :). Nampak je pemalu, kuat bergurau jugak dia ni.


"Demi masa....". I always remind my juniors; "Baca buku and do something good. Jangan asyik tidur sahaja, kita boleh tidur lama2 bila kita dalam kubur nanti". Tapi sebenarnya, saya ni banyak kadang macam ketam jugak :)


Inilah masa berjumpa kawan lama.
Seniors, juniors dan ex- serta dot dot dot ..
Cikgu2 lama ramai dah tak de, berpindah ke tempat lain.


Bersama kawan lama, Veena. Dia Chief Editor w BH sekarang, sangat pandai nahu bahasa, baik Melayu mahupun Inggeris. She fared better result for 1119 English paper than me.

My junior, bukan sahaja di MRSM Jasin, tetapi dari sekolah rendah. Balik sekolah, she and her elder sister selalu ikut kami balik sbb rumah dia on d way je. During the orientation week, senior2 tanya "nak panggil nickname apa?" sbb ramai yg nama Zaidah and dia jawab "cincai je la" (don't tell me u don't know what cincai mean). Maka dia pun dapat nama tu, ChinChye...kekal sampai skrg, dah shortened jadi Chye...


So.
Adik2,
Belajarlah rajin2.
Jangan buang masa.
Kalau boleh, tak yah berbangga kalau kita tak belajar pun tapi 'score'.
Ingat tanggungjawab kita sebagai Muslim.
Remember to always feed and stimulate our brain cells.


Mak Abah dan Cikgu2 bagi kita pelajaran, kita yang mencorakkan masa depan kita. Semoga kehidupan kita lebih baik daripada hidup mak ayah kita, kelak biarlah kehidupan anak2 kita pula lebih baik daripada kita...

...and I shall continue educating this clone too.

No comments:

Post a Comment