Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 17 July 2011

Potong Q

Thanks to a dear pt-friend for the birthday flower bouquet (yes, I'm 365 days older), menyerikan dan mengharumkan lagi opisku, and they r ORANGE roses! (did she recently go to the Netherlands, again?). Cik adik, cukup2 lah tu dah duduk sana bertahun dulu :) ....hmm...am still in love with Hollander History.


Ingatkan nak tunggu hujung bulan, tetapi soalan pertama ni memerlukan jawapan segera...

On Tiub Falopian

Lin said...
slm.doc,(salam warahmatullah :) sya dah jalani hsg pada hari ke 10 cycle.normal cycle 26-28days.now dah 3days delay.adkh hsg punca haid lewat?sya belum lakukan upt,tak nak frust lagi mcm sebelum ni.anyway,tiub sya ok.x block.sya buat hsg ats saranan doc,aftr 3yrs besalin ank petama sya msh xpregnant.msa pregnant dulu,sya jalani laproscopy utk buang cyst di tiub kiri.harap doc dpt bantu.tq

Jawapanku;
Kena check jugak UPT. HSG bukan punca haid lewat melainkan jika HSG 'membuka' lekatan simple2 n dalam tiub u pregnant! Murah je UPT tu, kalau pandai pilih kat kedai, ada yg RM5-6 je, but I understand the 'hope n despair' bila UPT jadi negatif. Kalau positif, tahniah! Kalau negatif, bersabar, tunggu lagi seminggu nn test balik...



On To Laila Hani dll

cikcoklat a.k.a. Haiza said...
Salam Doktor,
(Waalaikum salam warahmatullah)
Saya ingin bertanya...saya telah disahkan hamil.Sebelum hamil saya telah tidak datang bulan selama 2bulan..dan hujung bulan 5 sy telah berjumpa gynea dan beliau memberikan saya pil untuk turunkan darah.tapi sepanjang tempoh saya makan haid saya masih tidak datang sehingga la sekarang.dan bila sy buat upt pada bulan 6 result +ve.sy ingin bertanya
1.bolehkah seseorg itu mengandung sekiranya mengambil pil turun darah?
2.Ada effect x terhadap kandungan?
3.Adakah hasil +ve itu dari kesan ubat atau bolehkah upt itu silap?untuk pengetahuan doktor sy telah membuat upt sebanyak 5x.kerana saya xpasti waktu itu.

Jawapanku;
1. Boleh. Pil turun darah tu sebenarnya pil hormon progestin (macam hormon progesteron yg ovari hasilkan untk support pregnancy atau tahan/kuatkan rahim ie endometrium). Bila pil tu tak disambung, endometrium yg tak pregnant dah tak kuat, maka turunlah period. Tapi, tanyalah apa nama pil turun darah tu dulu?
2. Pun tak leh jawab kecuali u dapatkan nama/kandungan pil yg diberi tu.
3. Tidak, yg boleh menjadikan UPT + ialah suntikan hCG.



Cahaya Hati said...
Salam Dr,
(Salam warahmatullah)
Blh ke saya request untuk baca site My Clone..Saya pernah menjalani Laparaskopi kiv laparatomi di HTJ, Seremban 1997 yang lalu akibat Ovarian Cyst. Doktor pun dah bagitahu awal-awal mungkin akan effect saya punya kesuburan. Belum berkahwin dan umur sudah 36 tahun. Saya banyak membaca artikel ttg wanita dan sakit puan untuk menambah pengetahuan dan mengamalkan apa yg terbaik utk diri saya..tq doc..

Jawapanku;
Boleh, dipersilakan jika anda sah2 POMPUAN, itu sahaja syarat yg diberikan oleh suamiku apabila blog itu terpaksa diprivatisedkan. Cuma, blog tu bukannya membincangkan kesihatan wanita, tetapi ceritta family dan hubungan 'Mokcik' ni dan anaknya. Sila bagi emel add u nanti I invite :)



On July Paper

areina said...
DR, thanks for the reply (my pleasure, jawab pun at my leisure :). Tapi, adakah bermaksud kalau tak ade rasa sakit breast langsung cycle tu means tak berlaku ovulasi?Saya pernah tak rasa apa-apa tanda kemudian ada bleeding 1-2 hari je. :( It happened lepas2 laparoscopy.
TQ

Jawapanku;
Tak semestinya esp kalau u kurang sensitif terhadap perubahan badan sbb kdg2 ia tak berapa jelas. Gi la check Dr, senang je nak tgk ovulasi ada ke tidak.


areina said (again? :)...
Salam DR (wasaalam warahmatullah), yg saya faham, kalau kita pregnant, Duphaston akan kuatkan rahim, tetapi kalau kita tak pregnant, ubat ini bantu untuk period keluar, betul? Is it possible kalau tak pregnant, tapi still tak period jugak selepas ambil Duphaston? How long after finish ubat sepatutnya period? What's next? :(
TQ :)

Jawapanku;
Ubat yg ada hormon progestin ni bertindak mcm hormon progesteron juga, menahan lapisan endometrium. Cuba berhenti, period selalunya akan datang dalam masa seminggu berhenti.
What's next apa? Tak faham....



On Yang dijanjikan

Aniza said...
apa status patient ni doc? seronok membaca sebab dia berjaya...moga kandungannya bertahan sehingga dia selamat melahirkan...amin

Jawapanku;
Masih pregnant, tinggal seorang fetus, surviving strongly. Yg lagi satu kantung dah underwent complete resorption. No bleeding so far. I last jumpa dia seminggu lepas, 13 minggu, fetal growth cantik. Dah refer ke HUKM dah, dia nak bersalin di sana (saya masih merehatkan diri daripada menjadi bidan :).



On Endometriosis
Aminah said...
saya berusia 42 tahun,barul selesai pembedahan endometrioma pada 28/6/ 2011 yang melibatkan semua alat reproduktif terpaksa dibuang.saya nak bertanya doktor,perlukah saya mengambil hormon?Apakah kesan sekiranya saya tdak mengambilnya untuk jangka masa panjang?

Jawapanku;
Banyak kesan penuaan terhadap tubuh termasuk organ penting eg jantung, tulang etc etc, I'm sure Dr u ada bagitau dgn panjang lebar. Tapi, ubat hormon ni pun ada kesan samping, so kena pertimbangkan mana satu yg lebih; baik atau buruknya.



On WSM 5008

aieesyasahak said...
doktor,sy ade soalan personal nak tanya doktor..boleh saya dapatkan email doktor?

Jawapanku;
Hmm...maaf ya, susah nak bagi. Saya tak jawab soalan personal kecuali patient2 saya sendiri SAHAJA, itu pun tak semua. Yg lain2 biarlah dikongsi beramai2 di sini.

14 comments:

  1. Assalamualaikum wbt... boleh tak saya nk join blog private doctor kt My Clone? Sya sudah berkahwin n ada 1org anak :) mohon invite ye... ni emel sy nurfaizah.ramli84@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Doctor...mcm mana nk tnya if sy ada kemusykilan apa2?? boleh sy tnya doctor direk kt sini?

    ReplyDelete
  3. Salam Dr, kalau saya ni sah- sah perempuan..boleh ke invite saya ke private blog My Clone Dr tu?;) yessamine247@yahoo.com...hehe.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum doktor..

    saya nak tanya mengenai tanda kehamilan. Last period saya pada 29/5/2011 dan sehingga kini masih tidak period (18/7/2011). Cycle saya adalah tetap iaitu 32 hari dan sepatutnya period saya datang pada 30/6/2011. Saya telah membuat upt pada hari ke-10 dan juga hari ke-19 lewat period dan masing-masing -ve. Soalan saya, harus kah saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya (blood test/ scan) atau membuat test lagi sekali pada hujung bulan?

    ReplyDelete
  5. Thanks DR for your reply..I dah makan Duphaston for 5 days and stop makan last Tuesday, should be sehari dua ni patut period la kan..kalau tak mai jugak camna ye?What's next tu.. what should I do kalau masih tak period after a week stop makan ubat?
    What is the usual reason for this condition? Or tak usual?? :(
    TQ

    ReplyDelete
  6. doktor,boleh saya tau,selalunya saya dengar masalah keputihan selalu melanda wanita.ada ka masalah kekuningan?saya perlukan penjelasan mengenai masalah kekuningan yang salah seorang sahabat saya pernah bertanya kepada saya.adakah kekuningan itu kerana kuman atau baktiria? apakah kesannya? kerana sahabat saya sering mengalami kekuningan tersebut.

    tq.

    ReplyDelete
  7. sy nk tanya soalan keputihan juga...adakah normal jika berwarna coklat2 jernih?

    FYI, saya baru keguguran 2 bln lps...adakah saki baki dari darah2 lama?darah period juga..xmerah betul...warna coklat kehitaman pada awal period..dan akhir2 period...

    ReplyDelete
  8. salam dr. sy pun nak join blog dr. sy ibu kepada 3 org anak lelaki yg berumur, 4bln, 3 thn & 5thn. sy nak bertanya pada dr masalah yg sy hadapi sekarang ini. soalan saya, baru2 ni dan skrg sy mengalami mslh gatal yg teramat di bhgn alat sulit yg menyebabkan ia melecek kerana sy menggaru bhgn tersebut. kekadang terasa gatal di bhgn dalam. apa yg perlu saya buat dr? nak pg klinik kebanyakkan dr lelaki.mcmana nak atasi masalah sy ini dr. harap dr dapat membantu. tq dr.

    ReplyDelete
  9. salam dr.

    Saya pun nk join blog private doctor kt My Clone? Saya sudah berkahwin dan punya anak 3 orang putera yang comel2. harap2 dr dpt accept sy. anggerik04@gmail.com. tq dr.

    ReplyDelete
  10. Salam Dr..saya telah Berkahwin 3 tahun lebih Dan belum dikurniakan anak...5 bulan lepas,sy menjalani laparoscopic utk endometriosis..selepas op tu,Dr suntik utk stopkan period selama 3 bulan...tp masalahnye skang sudah melebihi had..da 4 bulan lebih sy masih belum period..sy sgt2 risau jika ade kesan sampingan suntikan itu..

    ReplyDelete
  11. salam doc. nak tanya..saya dah buat upt n hasilnye + jadi saya masih belum bersedia nk dpt kan 2nd sebab anak saya baru 10bulan..sy pg jupe doc dan doc ada bg ubat nama escappel xsilap..dlm masa smeinggu katanya turun darah.
    tp sapa skrg masih blm turun...sy last period 24/10/12 n masa doc chek dia ckp sy dah peknen 6weeks. sy xtau apa cara lgi doc ada cdgn lain x..help me tq

    ReplyDelete
  12. Salam doktor.

    Saya ada satu soalan.

    Semasa saya mengandungkan anak saya yang kedua, hampir 2 bulan saya tidak period dan bila buat upt, hasilnya negative. Sehinggalah saya diberikan pil untuk turun haid. Namun ketika itu, saya agak was-was untuk makan. Alhamdulillah, saya mengandung.

    Kini, hampir 2 bulan saya tidak period. UPT test still negative. (Sudah hampir 5 kali buat test).

    Bolehkah saya makan pil untuk turun darah? Atau history untuk 2nd pregnancy akan berulang kembali?

    Mohon untuk penjelasan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikom dktor. Sy puan ida. Slepas melahirkn ank yg kedua, sy tlh memakai iucd namun tpaksa buka slps dua bulan pakai kerana mengalami haid x teratur. Sejak dari itu period sy datang 14hari dlm sbulan. Pd ogos 2012 sy telah bjumpa dgn doktor sakit puan n sy telah diberi ubat premerin dan duphaston. Namun sehingga kini, januari 2013, period sy msih x datang wlaupun sy tlh mkn ubat norculut pd disember 2012. Sy btul2 risau dgn keadaan ini. Sy harap doktor dpt membantu. Terima ksih

    ReplyDelete
  14. Salam... Sy ada fabroid yg saiznya 3.5 cm yg terletak di dinding rahim... Selepas melahirkan ank pertama bila nak period sy akn mgalami sakit perut yg amat... Sehingga dr bg saya celebrex.... Dan lately ni period sy tidak teratur....kiranya dalam 15 hari sy dh period lg.... Kdg2 lmbt pula..... So dr bagi sy duphaston...... Bila mkn ubt ni sy mgalami alahan seperti nausea dan alahan pada kulit....... Apa yg perlu sy buat? Dan bahaya x saiz fbroid sy itu... Tq

    ReplyDelete