Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 7 July 2011

July Paper

Setiap kali order ais kacang atau ABC, saya akan letakkan pantang larang : tak mau gula sirap, nak gula MELAKA sahaja. Phew! Nasib baik bukan nama negeri lain.





Baaaaaanyaknya soalan!




Macam nak ambil peperiksaan pula :)

Seperti biasa (ayat menyelamatkan diriku)
Sila baca disclaimer aka 'escape clause' di atas muka blog ini tau!





On OHSS
Asrul_Ct Leha said...
assalamualaikum Dr,
Waalaikum salam warahmatullah

Saya baru saja menjalani rawatan ICSI di LPPKN, selepas OPU pd hari Ahad (29/5) sy mengalami perut yg tegang sehinggalah slps ET (1/6). Adakah ini tanda2 OHSS? Selain itu, apakah supplement@makanan yg sesuai dimakan selepas ET bagi memastikan embrio terus berkembang dgn sempurna? Apa juga pantang larangnya?

Sekian, terima kasih.

Perut tegang adalah salah satu petanda OHSS tetapi kan OHSS ada beberapa peringkat. U n Dr kenalah berganding bahu monitor sama ada ada petanda lain, berapa darjah keterukan dll.

Makanlah makanan berkhasiat dan segar dan seimbang. Ingat, kita ni duduk di atas muka bumi, bukannya di angkasa lepas atau di dasar lautan. Konsep 'eat in moderation' pun penting.

Kalau ikut Dr moden ni, tak de pantang larang apa pun. Cuma, kalau ikut petua org2 Melayu, adalah beberapa makanan yang dikatakan sejuk la, tajam la, panas la. Contohnya nenas, tapai, air tebu, durian dan air kelapa (ada lagi makanan lain ke?). So, kalau boleh, cuba elakkan (tak mati kebuluran pun kalau tak makan benda2 tu kan?).






On Endometriosis part 2

Mrs.Ashy said...

Hi Dr!
Hi back!
Dah buat check up with your counterpart kat PHKL (since u r not available tsk..tsk.. sedeh). He diagnosed me with endometriosis and that could be the reason why i mengadu i have vaginismus, padahal it's sakit ketika hubungan seks penetratif (dyspareunia)! & now the Dr asked me to come for laparoscopy on 17th June. I plak still rasa - is there any other option available if i still want to get pregnant and at the same time tangguh that laparoscopy. Cos i dont know how serious dis thing is and kesannya if i tak buang. If buang pun, bila can i get pregnant? Your article ni made few points, one of them - "tak semestinya akan susah nak pregnen, the probability is less but still not impossible". I really2 want to get 2nd opinion on this, if boleh, opinion from u. can we meet u? (super please)
(Mrs Ashy with vaginismus, if u dont remember me)




Yes, painful sexual intercourse is called dyspareunia. Any other findings to suggest endometriosis in you (position of uterus and both ovaries, presence of adenomyosis in the uterus, homogenous cyst in the ovary etc)? June 17th dah lepas pun, apa findings masa op?





Ain Najmi said...
assalamualaikum doc.




Walaikum salam




saya baru alami masalah ni. 4 hari lepas saya ada buat opk untuk cek ovulasi dan ia positif. sehari selepas tu saya ada bersama suami. dan kami melakukan hubungan cara menyujud tu. ketika itu, saya merasakan sangat sakit pada bahagian bawah perut ni. dan ia dah berlangsung selama 3 hari (ketika membuat hubungan). tapi sebelum ni saya tak pernah alami keadaan tu. adakah ia ada kaitan dengan endometriosis jugak atau disebabkan rahim jatuh? buat pengetahuan doc, sblm kami melalukan hubungan memang saya ada mengangkat benda berat. harap doc dapat memberikan pandangan. sekarang ni saya merasa seakan trauma untuk buat hubungan dengan suami disebabkan kesakitan itu.


1. Hubungan seks setiap selang sehari atau selang 2 hari didapati lebih membuahkan kehamilan berbanding jika menumpukan kepada waktu 'subur' sahaja (tak stressful ke?). Ini bukti kajian.


2. I tak pernah tahu pula kena buat hubungan cara menyujud? Kajian/rujukan mana ni?


3. Sakit yg u ada tu mungkin sakit ovulasi (mittelschmerz - bahasa Jerman yg bermakna tengah bulan), atau sakit folicular cyst mebesar, atau sakit pendarahan cyst (haemorrhagic cyst), atau sakit jangkitan pundi kencing (UTI), atau sakit endometriosis (dyspareunia) etc etc.


4. Rahim jatuh pun jarang berlaku pada wanita yg belum pernah hamil.





On WSM 5008

Mawar said...
salam Dr Adilah,
Salam.
Bilakah masa sesuai utk buat pembedahan membuang fibroid (kena buat pembedahan major sbb fibroid besar 4x5cm)?
adakah selepas @ sblm period? sebab kalau sebelum period operate, pastu terus period, agak susah nak jaga diri kan?
boleh ke kalau hari ke-4 period, terus operate sekiranya period dah tak heavy?

kenapa saya nak buang fibroid?? sebab saya nak buat ivf utk kali kedua...

tq doctor...



Fibroid 4 x 5 cm bukanlah kategori besar sangat. Malah saiz 10cm pun boleh dibuang melalui laparoskopi, cuma ramai kami masih dalam slow learning curve lagi.


Fibroid lazimnya tak ganggu kesuburan, kecuali fibroid jenis sub-mukosal (yg membonjol ke arah endometrium) ataupun fibroid yg berada dekat pangkal tiub falopian. Cuma, ada endometriosis sekali ke tidak?


Masa IVF kali pertama tu ada tak extra embrio beku?




Searchfrjr said...
Salam doc,




Salam
This is my first time visiting this blog and am already impressed with ur achievement while still blogging n answering all the inquiries..God bless u..
Thank you very much. I need that :)
Tentang clomid, saya pernah diberi clomid utk 4 kitaran (2 yg pertama- 1 tablet, kemudian 2 tablet). Before that, my gynae has done blood test- shows hormone level OK (regular period), abdominal ultrasound scan looks OK & sperm analysis also OK. But she didnt check for my egg size, i believe due to unavailable facilities over there. When I ask about HSG, she referred me to HUKM O&G where I had my laparoscopy done & diagnosed with stage 3 endometriosis.

Soalan saya: apakah kesan clomid ke atas pesakit endometriosis? bolehkah clomid menyebabkan keadaan endometriosis saya menjadi lebih teruk?

harap doc sudi membantu, terima kasih..



Ubat yang mengandungi bahan Clomiphene citrate (maaf, saya tak boleh mention nama ubat ikut brand, kena ikut bahan di dalamnya) mempunyai sifat anti-estrogenik (di samping mengandungi sedikit sifat estrogenik). Endometriosis sebaliknya 'seronok hidup' dengan rangsangan hormon estrogen. So, secara logiknya tidak. Mungkin u dah ada endometriosis lebih awal lagi.


Lagi satu, kalau ovulation tak berlaku dalam sesuatu kitaran tu, ini bermakna hormon progesteron tak dihasilkan utk 'melawan' kesan estrogen berpanjangan...


So, kalau ubat Clomiphene citrate tu tak memberi kesan kesuburan, telur tak cukup besar dan tak ovulate (tetapi masih menghasilkan estrogen walaupun kurang) dan tiada progesteron pula akhirnya. Bukan setakat itu, period yg baru dapat ni pun boleh menambah benih endometriosis baru pula.


Nak check egg size pun guna mesin ultrasound yg sama juga, tetapi guna probe yg panjang seperti jari, bukannya yg hampir-semi-bulat sekeping utk abdominal scan tu. Biasanya setiap alat mesin ultrasound ada kedua2 probe tu.





On Ovarian reserve

kaklong said
normal ke doc saya ni kalo tarikh period saya tak kuar darah tapi kuar hanya choc2 shj selama 4 hari?



Tidak. Rule no 1, kena check, pregnant ke?


Then barulah check perkara lain eg. masalah ovulasi etc.


Kalau di bawah 45 tahun, jarang disebabkan oleh ovarian reserve dah sedikit, tetapi masih mungkin.





On IVF workshop
Kak long said...
doktor, saya ni bujang lagi..belum kawin..boleh ke join w/shop ni utk bulan jun ni? bile yer?



Rasanya susah sbb nak bagi peluang kat orang lain, tempat kan terhad. Kalau ajak ramai2, nanti tak de personal touch sangat, macam bagi ceramah kesihatan gamaknya.




On Q&A

Ummurai said...
nak tanya saya ne ada PCOS..den prnah cuba gonal f tp tak sukses..dr ada ckap yg pda hari 13 tu endo lining saya dh 14mm?katanya tak bagus ..tebal sgt?mksudnya tak sesuai utk mengandungke?


Hmm...tak pernah pulak Cikgu2 saya mengajar yg 14mm tu tak bagus. Endometrium yg dua lapis atas bawah tu seeloknya 10mm ke atas. Tapi ramai yg bagi peluang minimum 8mm. Adalah orang tu melaporkan kajian dah mendapati kalau endometrium tu di bawah 6mm, tiada kehamilan pun.


Suntikan hormon FSH tak de sifat anti-estrogenik pun. Kalau bilangan telur yang matang tu ada dalam 2-3 pun dah cukup utk menjadikan endometrium tebal.


Sebenarnya ada perkara tambahan lagi yg boleh dilihat pada endometrium semasa scan tu (antara nak interpret dgn tidak je):


1. endo-cervical canal


2. endometrial thickness


3. tri-laminar appearance


4. endometrial polyp/s


5. endometrial lining irregularity ada ke tak


6. dll


Aish! Dah macam mengajar di dalam kelas la pulak....





hanna said...
saya baru lepas menjalani laparoscopy untuk buang endometriosis. sebelum laparoscopy saya dah ambik clomid utk 3 bulan, pastu buat iui sampai 3 kali. semua fail.
saya nak mintak 2nd opinion. Lepas buat laparoscopy minggu lepas, hari ni dr bagi saya injection 'leuprorelin acetate'3.75mg. saya baru amik sekali. katanya suruh amik sampai 3 bulan. dan lepas the last shot, dalam 2-3bulan seterusnya baru saya akan dapat period balik. masalahnya saya agak teragak2 utk amik injection ni, tapi dr mcm tak bagi choice utk balik fikir dulu, dia pun actually tak terangkan injection tu utk apa. tapi lepas balik, saya buat research di internet mcm ramai cakap side effect mmglah teramat byk, and kadang ada yg tak period selama beberapa bulan lepas tu. dah la saya dah cuba selama 5 tahun utk dapat anak, dan saya mmg ada masalah period tak stabil (ada sekali tu sampai 6 bulan tak period). kalau saya teruskan dgn ubat ni, saya takut period saya jadi makin teruk. dan saya teramatlah desperet nak dapat anak sbb umur pun dah meningkat. tolong sgt2 advice, kalau saya stop dan tak teruskan injection ni boleh ke? (injection kedua bulan July).


Suntikan tu adalah sejenis analog GnRH. Ia merendahkan hormon estrogen. Maka, sisa-sisa sel endometriosis yg tak dapat dibuang sewaktu pembedahan Endometriosis Stage 3 atau 4 (dijangka masih tertinggal dalam 10,000 sel) diharapkan 'mati kekeringan'. Kalau kelak dapat endometriosis lagi pun, bukanlah dari yg sedia tertinggal dalam pelvis tetapi dari benih darah period yang baru. Utk stage 3-4, surgery sahaja tak mencukupi. Yg dah plan nak stop pregnant, biasanya Dr akan sambung utk 6-9 bulan. Yg masih belum habis kuota bilangan anak dikehendaki, biasanya Dr akan bagi 3 kali dahulu then reassess.


Zaman sekarang lebih menekankan 'informed decision'. Dr2 bagi info, pt yg buat keputusan. Dr2 yg kerja kat hospital ni tak de untungnya pun, ubat tu kan hospital punya. Utk endometriosis stage 1 dan 2 shj biasanya Dr tak bagi suntikan tu.




Dreamless Life said...
salam doktor,
Salam :)
nak tanya, betul kah pengambilan clomid akan menyebabkan peningkatan berat badan yg mendadak? kawan2 yg pernah ambil clomid juga ada masalah sedemikian. pipi bloating, double chin dan berat susah turun walaupun ada berdiet dan exercise.
betulkah berat mmg tidak boleh turun langsung?harap bantuan doktor.
stk


(first time tgk short-form stk ni, nanti I nak pinjam ya :)


Bagus juga salahkan ubat, tak le stress bertambah :)


Ada 2 kumpulan respon pt. Satu kata berat badan bertambah, yg satu lagi claim berat badan susut. Malah ada (lebih ramai) yang tak mengalami penambahan atau pengurangan berat badan pun.


U dan kawan2 u termasuk dalam golongan yg sama. Tetapi banyak kadang sebenarnya ada faktor lain yg menyebabkan berat badan mcm tu dan kebetulan sahaja ambil ubat yg ada Clomiphene citrate. Susah nak masuk kepala bagaimana ubat 5-10 biji (1 cycle) tu boleh memberi kesan berpanjangan sangat dan penambahan berat badan seteruk itu. Ke u/kwn2 kena ambil berkali2? Kalau begitu, Dr ada bagitau tak apa penyebab masalah kesuburan sampai kena ambil ubat dan beberapa kali? Ada penyakit yg memberikan kesan berat badan. Penyakit ini juga boleh mengganggu kesuburan di samping memberi risiko penyakit2 lain utk jangkamasa panjang.





On Yg dijanjikan


Searchforjr said...
wah.. this is inspiring.. subhanallah.. thanks for sharing..
saya pernah komen dkt post WSM 5008 sebelum ni, maybe tak terbaca..
Saya disahkan ada endometriosis stage 3 (w endometrial cyst) thru laparoscopy by a specialist. my previous gynae had given me clomid without knowing that I have endo (masa tu x tau lg, until she referred me to the specialist).

Soalan saya: apakah kesan clomid ke atas pesakit endometriosis? bolehkah clomid menyebabkan keadaan endometriosis saya menjadi lebih teruk?

terima kasih, doc!
Worry not, dear. My answer is, most probably NO :)


But bila tak pregnant (ambil ubat ke tidak), kita pun dapat period kan? Period tu yang boleh menambah lagi endometriosis seedling ke ruang pelvis. Tu sebab kita dapati pregnancy itself (banyak hormon progesteron) menjadikan endometriosis itu 'dormant' and kdg2 pulih!




On TAFF

Zarina said...
salam Dr.
semua syarat2 diatas tu mmg sata tepati.. cuma sy nk bertye pada doc, agak2nya berapa lama saya harus tggu utk jalani IVF ni seandainya saya terpilih?
Bila ada fund. Sumbangan dtg dari derma syarikat atau majlis/jamuan di mana hasil jualan meja atau derma disumbangkan kepada TAFF. Sumbangan juga dtg dari hasil jualan buku masakan tu.







On Pap smear


zohan_min said...
salam..
Dr, bleh trangkan dengan jelas prosedure thin prep?..
Tiada perbezaa yg pt akan alami. Sama sahaja.


Bezanya ialah alat yg digunakan utk sampling itu (selain harganya :)


Kalau Pap smear, the small brush yg digunakan itu akan di-smear ke atas sekeping slaid kaca, fixed with alcohol spray dan dihantar ke makmal. Di makmal, ia akan dibuat special staining sebelum dibaca di bawah mikroskop.


Kalau Thin prep, berus itu akan dicelup ke dalam botol berisi cecair khas. Di makmal, ia akan ditapis khas dahulu bagi membuang yg tak berkenaan (yg boleh menjadikan penilaian tidak jelas/terlindung) kemudiannya barulah diproses utk dilihat di bawah mikroskop.




on To Laila Hani dll

sweet tooth said...
Doc, nak tanya skek berkenaan IVF. Before start tu, sure ada nak kena check darah kan? Ada waktu tertentu ke nak amik darah ni? I mean kena datang 10 days after period ker etc? By the way, when is the next IVF Information session?
Tiada strict atau standard list tapi usually screening penyakit tertentu (mcm dlm kes pembedahan lain), ujian hormon tertentu (ikut keperluan) dll. Kalau long protocol, I selalu akan ulang ujian LH. Estradiol hanya kalau bilangan telur banyak sangat sahaja (tu sebab kena buat controlled stimulation shj, jgn terlalu ghairah nak dapat telur banyak).


Tak faham pula knp u kena dtg on day-10 sahaja...no comment.





marinahunny said ...
assalamualaikum doc,
Walaikum salam warahmatullah :)
saya sudah 3 thn berkahwin dan selepas setahun pertama saya tidak mengandung secara semulajadi dan kami suami isteri berjumpa doc dan melakukan rawatan selama setahun. semasa rwatan tu saya dan suami telah cek darah (saya) dan air mani(suami) dan suami normal cuma saya mengalami masalah hormon tp pakar kata x beri mslh sgt. tiap2 bulan saya mkn clomid sebiji dan kemudian hari ke 11 /10 (kalu x silap) sya di inject ubat apa saya lupa utk pecahkan telur. sblm tu dh bat TVS dan telur cantik. 3,4 kali buat tp x berhasil. setelah setahun kami stop kejap utk cuba cara tradisional pulak.

ada lah jmpa tukang ni yg rasa perut. bbrp kali jg tp x berhasil. skrg ni saya ingt nk jmpa pakar tu balik utk smbung rwtan dan cdangnya nak cek tiub dulu.

kwn saya yg 2 thn kawin baru dpt anak baru ni suggest utk mkn asid folic jenama appeton dan katanya dia jg mkn 1 produk biodex utk kuatkan rahim. kmudian dia jgh suggest jmpa seorang bidan utk rasa peranakan. katanya sebulan slps dia jmpa bidan tu dia mengandung.

entah lah doc, banyak sgt cadangan smpai saya tak tahu nak buat yg mana. nasib baik suami x mendesak. saya dah 31 thn dan suami 33 thn. saya perlukan pendapat doc utk step seterusnya. terima kasih doc krn buat blog ni. saya selalu nmpak doc jwb soalan dlm surat khabar dr zmn saya bljr lg. nama doc mmg saya ingt.






Alamak, nampak sangat I ni jauh lebih 'muda' daripada u.


Berapa telur yg 'cantik'? Berapa ketebalan endometrium? Slps injection tu, ada check tak sama ada telur tu 'pecah'? Soalan yg paling penting.....dah berapa kali ambil ubat Clomiphene citrate tu


Sebabnya....banyak pendapat yg sarankan berhenti selepas 6 bulan sekiranya tiada tanda telur pecah, lebih2 lagi kalau sebelum itu tak pernah hamil/bersalin. Ini utk mengurangkan risiko kanser ovari yg didapati meningkat bagi wanita yg mengambil lebih drp 12 bulan.


Jumpalah pakar sakitpuan dekat2 rumah u yg ada subspecialty dalam IVF sekali. Dalam pengajian kepakaran sakitpuan, saya contohnya, tidak diajar selok belok rawatan kesuburan secara terperinci. Bila ikut bos2 IVF kat HUKM dan kat Hamburg dulu, barulah diajar sikit demi sikit ilmu ni.


areina said...
DR, kebiasaan saya akan merasa sakit pada breast dan breast menjadi besar dan tegang towards getting period. Boleh DR terangkan tentang simptom ini? Apakah puncanya? Is it a problem bila tak lagi rasa seperti itu menjelang period?
TQ
Hormones dear, hormones. Blame the hormones, right after ovulation dia dah mula buat hal. Tu sebab antara tanda awal pregnancy pun benda tu jugak. Kalau tak pregnant pulak, hormon tu akan turun just 1-2 days before period dan u pun tiba2 perasan tanda2 tu hilang.





It's me said...
doctor,

saya ada makan pil perancang nordette untuk regularkan period saya selama 42 hari. biasanya bilakah darah haid akan turun selepas selesai makan ubat tersebut i.e selepas tamat 42 hari tu?
thanks doc.


Within a week, sama ada keesokan harinya atau penghujung seminggu itu.


Pendek sungguh jawapanku ini :)

9 comments:

  1. DR, thanks for the reply. Tapi, adakah bermaksud kalau tak ade rasa sakit breast langsung cycle tu means tak berlaku ovulasi?Saya pernah tak rasa apa-apa tanda kemudian ada bleeding 1-2 hari je. :( It happened lepas2 laparoscopy.
    TQ

    ReplyDelete
  2. Salam DR, yg saya faham, kalau kita pregnant, Duphaston akan kuatkan rahim, tetapi kalau kita tak pregnant, ubat ini bantu untuk period keluar, betul? Is it possible kalau tak pregnant, tapi still tak period jugak selepas ambil Duphaston? How long after finish ubat sepatutnya period? What's next? :(
    TQ :)

    ReplyDelete
  3. Doc, TQ for ur answer... :-) mcm jawab soklan peksa... heheheh

    ReplyDelete
  4. As salam doc. Sy adalah pengidap andomyoma.dulu ada cyst kat ovari...dah dua kali buat laparascopic. Lately ni saya notice period saya dah sikit ...dah tak overflow cam dulu dulu...kekadang boleh terberhenti hari ketiga dan datang balik period ..penyakit ni memang menganggu perjalanan period ke?

    ReplyDelete
  5. Salaam Doc,

    Berkaitan darah period tak keluar, cuma lendir2 brownish yg sedikit masuk hari ke 5. Buat UPT, -ve. Confused ni period ke bukan? Ada sakit2 (bhgn perut ke bawah) cuma tak 'sekuat' waktu period yg biasa sebelum ni (biasa pun tak 'kuat' mana). Disebabkan ianya datang pada masa saya sepatutnya period, maka saya tak solat. Kalau nak cek, boleh ke pergi ke klinik kesihatan je? Adakah doktor akan bagi ubat turun darah je? Bulan lepas period start 30/1/12 selepas seminggu ambil Ravimed (turun darah), selepas 2 bulan tak period. (sebelum tu regular, paling lama pun delay 2 minggu).

    TQ doc

    ReplyDelete
  6. dr, apa kesan kalau makan 2 biji pil perancang dalam waktu yang sama?tq

    ReplyDelete
  7. Salam doktor,
    Saya disahkan pcos nov lepas dan sudah ambil clomid 2 cycle and pregynl . Telur dapat membesar dgn cantik antara 18-21 mm dlm 3-5 biji membesar. Semasa 2cycle tu doktor kata lining saya sgt nipis dari 3 mm masa 1 st cycle n 5 mm 2 cycle slps diberi ubat untuk tebalkan dinding. Tapi xberjaya juga. Saya ingin pendapat doktor, ubat ape yg patut saya ambik untuk besarkn telur saya at d same time tidk menipiskn dinding rahim saya. Saya ada baca mengenai metformin bolekah saya ambik? Berat saya ideal dgn bmi 22.
    Saya mengharapkan nasihat doktor .
    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum doctor...
    kami dah berkahwin 7 thn. saya dan suami dah check kesuburan...on my side alhamdulillah takde apa2...just sperm tak byk and mortality tak bergerak langsung...so doctor GH ckp kami takde treatment yg sesuai...even ivf pun tak bleh...is that true? kami dah cube mkn tribeston , silenium , vit e for 3 years...but still takde ape2 perubahan...harap sgt ada treatment utk mslh kami...tenkiu...

    ReplyDelete
  9. Sy ada ambil ravimed stlh 5hr lewat period...
    Apakah kesan ke atas kandungan sekiranya saya disahkan hamil??
    Stgh kate kalu amek ravimed x boleh breastfeed betul ker?? Kalu breastfeed ape kesannye ke atas si anak... TQ

    ReplyDelete