Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 7 June 2011

Q&A

Agaknya blogger.com ni ada masalah. Saya susah nak jawap dalam comment macam biasa. So, ini jawapan kpd sebhg soalan bulan Mei. Seperti biasa, sila ambil maklum akan disclaimer di atas ni ie jawapan ini hanya PANDUAN sahaja dan TIDAK menggantikan nasihat doktor anda. Sekian....



It's me asked on WSM 5008 (23/05/2011);

baru2 ni saya mendapatkan rawatan IUI kali ke3 tetapi tidak berjaya. pada hari ke 28 saya period tapi darah yg keluar sgt sedikit hinggakan saya xperlu pakai pad cukup dgn pantyliner saja.soalan saya

1) adakah darah period yg sangat sedikit ini kesan dari ubat2 yg saya ambil? saya mengambil ubat secara suntikan sbb badan saya tak tahan dgn clomid. kalau makan clomid badan jadi panas sehinggakan xbole tidur malam.

2) semasa scan telor sblm IUI saya ada nampak doc tulis cyst/hydrosalpinx pada kertas yg mencatatkan saiz telur sblh kiri. jika saya ada cyst/hydrosalpinx boleh ke saya mengandung tanpa buat IVF? tiub belah kiri saya mmg tersumbat ttp sebelah kanan tidak tersembat namun adalah sempit. my gynae kata walau sempit chance utk mengandung ada.

3. adakah perlu kalau cyst/hydrosalpinx mesti jalani laporoscopy dan buang dulu cyst atau kena ikat tiub dulu. kalau xbuat boleh mengandung ke?

4. akhir sekali, saya memang bercadang utk buat IVF tetapi risau jika buat IVF bolehkah success jika ada cyst/hydrosalpinx? apa pendapat dr.

harap doktor boleh membantu. maaf banyak sgt soalan. thanks doc!

Answer;

1) Mcmana tau ada hydrosalpinx? Kalau buat TVS dapat nampak, most probably memanglah hydrosalpinx ie dalam tu ada cecair terkumpul. Kajian kata elok tutup supaya cecair tu tak flush out/merosakkan embrio selepas embryo transfer IVF nanti. Kdg2 bukan hydrosalpinx tetapi tiub tu hanya membengkak (disebabkan oleh penyakit lain) tetapi tak de pun pengumpulan cecair, cuma bila buat HSG nampaklah terowong dlm tiub membengkak tu.

2) Berapa bilangan telur yg besar? Bila dah tau ada kerosakan pada tiub (tapi tak tersumbat sepenuhnya), boleh cuba kaedah lain eg IUI tetapi tak perlu sehingga berkali2 especially bila dah nampak bilangan telur besar tu banyak eg dgn injection FSH higher dosage. Sekali tak jadi (dgn telur yg banyak), probably sebab by chance tapi kalau kali ke-2 pun tak jadi, mmm....maybe memang tiub tak dapat ambil pun telur tu masuk.

3) U masih ambil apa2 ubat yg ada hormon progestin ke masa period turun tu? Sebab, ubat tu boleh menahan period. Or, maybe U sebenarnya pregnen, ada buat blood test BhCG?

4) I agree w ur dr, laparoscopy maybe the next step. Assessment on the tubes pun lebih detailed and sometimes dr boleh buat prosedur 'repair' kerosakan tiub ikut laparoskopi tu, cuma ia memerlukan kesabaran sebab ia kerja halus/teliti eg jahitan pada kelopak fimbriae etc.

5) cyst yg dr nampak tu pada ovari ke? Kalau dlm scan ia terpisah/ di luar ovari, mungkin cyst pada tiub sahaja. Berapa saiz?

Sekian :)



Mag asked on PCOS (27/05/2011)

doc..ada kemungkinan x kalo xnak buat laparoskopi ni..boleh baik dgn sndri nya?? boleh kecut sendiri....cyst tu..

saya ada cyst dlm 2 cm..sebelum ni period teratur..skrg xteratur..start dr bulan Mac 2011. dah 2 bulan x period..berat badan saya ok.BMI tu masih paras ok..sya x pasti ada PCOS atau tidak...dh cek UPT mmg -ve..

Jawapanku;

Cyst PCOS asalnya adalah kantung telur yang 'tergencat' pembesarannya, saiznya sekitar 8mm sahaja diameternya (berbeza dgn saiz kantung telur matang 18-22mm). Lama kelamaan, dari bulan ke bulan, bertambahlah bilangan cyst ini jika tak de ovulasi.

Kalau cyst 2cm, biasanya bukanlah cyst PCOS, kecuali kalau u ada ambil ubat kesuburan (yg membesarkan kantung telur baru dan juga kantung telur lama ie cyst PCOS).

Dah berapa lama U ada cyst ni? Apa kandungan cyst tu, cecair sahaja kan? Kalau 2cm (sama macam saiz kantung telur matang), I biasanya monitor je every month utk 3 months, sebab, most likely cyst tu akan kecut sendiri, tak yah buat op pun.

Cuba tanya dr u dulu dgn lebih lanjut. I tak boleh tilik dari sini :)



Ida asked on Mengira Waktu Subur (30/05/2011)

salam Dr..
saya dh setahun kahwin. before ni memang tak kisah pasal period tapi bila still tak pregnant i feel worried.
my period : 1-8 jan, 5-19 feb, 12-18 march, 2-8 apr, 24-29 apr, 14-20 may(just brownish 4days, 2days fresh blood, then brownish again)...
is that normal? macam mana pula saya nak tau waktu subur saya?


Jawapanku;
Ish! Ni mesti tak baca betul2 entry Mengira Waktu Subur tu :) Apa2pun, dah cukup setahun, eloklah gi check dgn mana2 dr sakitpuan.



Min Malek asked on Ovarian Cyst (31/05/11)

Salam dr,
sy mengandung 10 minggu, dr detect ada ovarian cyst sebesar 5 cm,minggu lepas sy buat lagi checkup n dr detect pelvis mass most likely a dermoid cyst berhampiran dengan cyst yg sedia ada. Dan dalam masa 2 minggi je cyst sy membesar almost double. Dr suggest nak operate pd usia kandungan 3 bulan. soalan sy adakah operation ini berisiko pada baby?boleh ke kalo sy x operate?

Aminah


Jawapanku;
Dermoid cyst/teratoma jarang sangat mengecut pun. Eloklah operate, cuma mcm yg dr u ckp, biasanya akan buat sekitar minggu ke-14. Kalau tunggu lebih lama, lagi leceh nak operate sbb kandungan semakin membesar (lagi sempit ruangan abdomen utk dibuat prosedur) dan risiko cyst tu jadi lagi besar selain risiko terpintal (twisted ovary) sewaktu rahim tu naik membesar ataupun sewaktu berpantang lepas bersalin bila rahim 'turun' mengecil, rupture dll. Lagi satu, lps op, dr akan hantar teratoma tu utk HPE. Kalau immature, kena follow-up lama sebab ada risiko. Kalau tak nak operate jugak, dr tak de la nak paksa. Cuma bila terpaksa buat secara emergency op nanti lagi leceh. Berapa level blood test utk alpha fetoprotein?

6 comments:

  1. nak tanya saya ne ada PCOS..den prnah cuba gonal f tp tak sukses..dr ada ckap yg pda hari 13 tu endo lining saya dh 14mm?katanya tak bagus ..tebal sgt?mksudnya tak sesuai utk mengandungke?

    ReplyDelete
  2. saya baru lepas menjalani laparoscopy untuk buang endometriosis. sebelum laparoscopy saya dah ambik clomid utk 3 bulan, pastu buat iui sampai 3 kali. semua fail.
    saya nak mintak 2nd opinion. Lepas buat laparoscopy minggu lepas, harini dr bagi saya injection 'leuprorelin acetate'3.75mg. saya baru amik sekali. katanya suruh amik sampai 3 bulan. dan lepas the last shot, dalam 2-3bulan seterusnya baru saya akan dapat period balik. masalahnya saya agak teragak2 utk amik injection ni, tapi dr mcm tak bagi choice utk balik fikir dulu, dia pun actually tak terangkan injection tu utk apa. tapi lepas balik, saya buat research di internet mcm ramai cakap side effect mmglah teramat byk, and kadang ada yg tak period selama beberapa bulan lepas tu. dah la saya dah cuba selama 5 tahun utk dapat anak, dan saya mmg ada masalah period tak stabil (ada sekali tu sampai 6 bulan tak period). kalau saya teruskan dgn ubat ni, saya takut period saya jadi makin teruk. dan saya teramatlah desperet nak dapat anak sbb umur pun dah meningkat. tolong sgt2 advice, kalau saya stop dan tak teruskan injection ni boleh ke? (injection kedua bulan July).

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam....
    Doc, saya ade PCOS dan dah 3 kali wat iui tp failed. after this doc nak wat dnc sbb dia ckp rahim saya cam bengkak. adakah kebaikan dnc utk saya yang mmg nak pregnant n adakah dnc dapat meningkatkan peluang utk pregnant

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt Dr. yang dikasihi...
    boleh tak saya nk join blog private doctor kt My Clone? Sya sudah berkahwin :) mohon invite ye... emel sy jasmin_7684@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  6. Salam, Dr Adilah...

    Saya merupakan pesakit doktor 3 tahun yang lepas mendapatkan rawatan kesuburan di Pusrawi. boleh saya join log private doctor kt my clone dan gynee add saya norsuriati85@yahoo.com dan gtalk saya birdberry85@gmail.com

    Doktor ada tak akaun facebook... ini lebih memudahkan saya untuk bertanya soalan..

    Sekian terima kasih
    Doktor yang dikasihi

    ReplyDelete