Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 16 May 2011

Ovarian reserve

There are many ways to assess ovarian reserve
What does ovarian reserve mean?
Nak tengok sama ada ovari tu masih 'aktif' atau 'kurang aktif'
Boleh agak sama ada ovari-ovari kita ni ada banyak telur lagi ke tidak
Boleh agak berapa dos ubat subur nak bagi
Tetapi tak le sampai boleh mengira berapa banyak telur yang tinggal


Pilihan pertama
-Ujian darah FSH yang selalunya dilakukan pada hari period ke-3
(sebenarnya anyday dari hari ke-2 hingga ke-5)
-In many private hospitals, the result can be obtained after a few hours


Pilihan kedua
-TVS (trans-vaginal scan) ke atas ovari kanan dan kiri untuk mengira bilangan folikel telur awal (antral follicle count) untuk kitaran tersebut
-Ia sering dilakukan pada hari ke-2 (ya benar, tengah2 period tu :)
-Dr pun boleh tengok sama ada terdapat 'leftover' follicular/luteal cyst, kalau ada yg sebesar >1cm, mungkin Dr tak nak start stimulation menggunakan ubat subur sebab takut cyst tu (especially yg estrogen producing) akan membesar (tak pasal2 kena op nanti kan)
-Sebenarnya bukan telur yg dilihat dalam scan tu tetapi kantung folikel sahaja (sebab telur sangat kecil hanya sebesar titik dawat mata pen) sama ada kantung folikel baru ataupun lama
-Ada kajian kata, pada setiap kitaran ada sekitar 8-15 telur2 baru yg akan berlumba2 untuk membesar dan di-ovulate (walaupun pada akhirnya hanya SATU sahaja yg berjaya, kdg2 satu pun tak besar, jarang2 ada 2 - tu sebab ada yg boleh dapat kehamilan kembar secara spontan)


Pilihan ketiga
-Ujian darah aMH (anti-Mullerian Hormone)
-Malangnya kita bukannya berada di Jerman atau negara2 lain
-Ujian tu tak dibuat di sini, tetapi dihantar ke Australia
-Bukan sahaja kosnya mahal (RM400+), tetapi hasilnya hanya balik dalam SEBULAN!
-Tu sebab saya tak buat pun, ada la dalam 2-3 org je pd patient yg ada premature menopause tapi nak jugak try utk IVF



Telur-telur dalam ovari kanan dan kiri kita ni pada awalnya ada beratus ribu
Tetapi tu masa dulu la
Bila dilahirkan, bilangannya asemakin berkurangan dan apabila baligh, lagilah tinggal sedikit sehinggalah kehabisan ie menopaus
Seawal kita di peringkat janin lagi, ovari2 dah membentuk telur-telur sebagai bekalan kita masa hidup nanti sehinggalah habis (menopaus)
So, kalau dalam uterus ibu tu dah berada selama 9 bulan, ini bermakna telur-telur kita sekarang dah pun berusia (.... tahun + 9 bulan)
Masa mak kita pregnen-kan kita 5 bulan, ovari2 kita dalam uterus mak tu dah ada 7 JUTA telur!
Ini berbeza dengan sperma lelaki yang sentiasa dibentuk setiap hari
Maka sebenarnya 'perkahwinan' berlaku di antara telur wanita yang jauh lebih berusia dengan sperma lelaki yang sungguh muda (paling tua pun 3 bulan)


...err bersambung kemudian hari

4 comments:

  1. assalammualaikum doc, menarik info ni..tq sharing yer:)

    ReplyDelete
  2. assalam doc. saya pernah buat TVS. didapati ada cyst besar sehingga memenuhi ovary sebelah kiri. bila saya perhatikan perot saya, sebelah kiri nmpak sedikit bengkak. Adakah cyst ini boleh hilang sekiranya kita mengambil clomid?
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam doc,

    saya ada pertanyaan, adakah boleh naik flight pada awal kehamilan?

    ReplyDelete
  4. normal ke doc saya ni kalo tarikh period saya tak kuar darah tapi kuar hanya choc2 shj selama 4 hari?

    ReplyDelete