Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 20 April 2011

Endometriosis part 3

sambung kuiz mengenal gambar scan



Before surgery, it is very important to obtain as much information as possible from whatever imaging technique/s available. Tapi tak la sampai semua orang kena buat CT scan atau MRI. Most of the times, USG (which is far cheaper) is adequate enough PLUS knowledge, knowledge and knowledge.


kawasan hitam dalam cyst tu biasanya melambangkan isi kandungannya cecair jernih, most likely this is serous cyst
homogenous cystic content - darah la tu


Ada faham?


sekali tgk, macam sebiji sahaja
bila pusingkan angle sana sini, baru dapat further info yang sebenarnya - ada lebih drp satu cyst. In fact, there were 2 smaller cysts, kalau tak cari or jumpa (sebab kecil) n buang masa op, rugi kan?

Most importantly, we must always be prepared in anticipation that the findings during the surgery (intra-op findings) might be totally different from what we had suspected earlier on.


So, apa preparation tu Dr?
1. Knowledge again
2. Updating the knowledge
3. Bowel prep
- perkara yg patient saya tak berapa suka
- sebab rasa ubat ni menurut mereka 'pahit bercampur masin'
- proses mengosongkan usus secara berperingkat menggunakan sekatan makanan dan ubat mencetus pembuangan air besar BERKALI-KALI sehinggalah yg keluar itu cecair air sahaja
- supaya - kalau usus terbocor, tak lah melimpah najis tu ke dalam ruang intra-peritoneal
- dan supaya - senang saya nak buat bila usus kempis tak makan ruang ni
- jangan mengelat ya
- jangan minum tak habis
- kalau boleh, jangan sampai muntah



sambung steps...these 3 important steps;

4. Baca Bismillah sebelum mula 'cutting the skin'
5. Remind aka paksa assistant baca Bismillah jugak :)
6. Baca Bismillah lagi dan lagi sebelum setiap langkah prosedur


7. tak yah ceritalah apa saya buat selepas itu, sebab ada direkod dalam VCD, U tgk la sendiri dulu kat rumah, kalau tak faham, boleh tanya masa datang appointment nanti....

25 comments:

  1. x dpt nak bayangkan 'rasa' itu lagi...lagi teruk dari rasa operation.Op went smooth sbb ada tangan lembut yg sgt skillfull anugerah Allah utk org2 mcm kami...alhamdulillah semoga tangan itu terus berbakti dan semoga Allah merahmati,melimpahkan kurnia dan rezeki yg berpanjangan kepada tuanpunya tangan...TQ dr Adilah

    ReplyDelete
  2. emm..rasa ubat menang payah nak cakap....payau...tak tau nak cakap rasa apa entah...vcd memang membantu..cumanya kalau orang macam saya ni memang tak faham pun....nampak berasap aje dalam tu...hi..hi..hi..yang penting dah pulih..alhamdulillah..sharing is caring...

    ReplyDelete
  3. Wan - (hidungku yang kembang kini semakin mengembang :) cuma tangan2 itu (perasan) agak malas bekerja, asyik pikir nak jadi housewife kat kawasan2 shopping je ...

    Aniza - cuba describe lagi payau macam apa? Air laut ke? I tak pernah rasa. Kalau trans-vaginal scan tu, I dah pernah merasa (scan diri sendiri), so bolehlah memahami perasaan yg mengalaminya :)

    ReplyDelete
  4. doc payau yang susah nak describe...nak kata masin tak masin, masam tak masam...tak pahit...deria rasa saya tak tau lagi nak bagi rasa apa..hi..hi..hi...minum aje....bertahan 2-3 minit kot pastu muntah...rasanya melekat kat tekak...tapi still berkesan..cuma seingat saya doc kata masih ada barang dalam usus tu...tak abis buang...kalau tvs tu saya rasa sakit memula tu mungkin sebab fibroid kot...entahle..

    ReplyDelete
  5. tq doc sbb share byk info yg dah lama sy tercari-cari..jika lepas opration tu baisanya bila bole start pregnant?

    ReplyDelete
  6. Dr. Adilah - saya just nak tanye pendapat dr. Sekrg ni ade beberapa produk kesihatan dijual dipasaran yang salah satu khasiatnya boleh mengatasi masalah endometriosis. Contoh produk mcm U-Queen. Betul ke tu dr.? Kalau betul, tak perlu lah sy jalani laparoskopi. Saya sbnrnye takut nak jalani pembedahan...sbb skit lepas pembedahan tu aduhhh. mcm serik cikit lah rasenye.

    ReplyDelete
  7. aniza - ehem, apa update fibroid u ni :)

    alessya - kalau op tak kacau dinding rahim, u can get pregnant the very next month pun

    zura - I reserve my direct comment. Secara kiasannya begini - dunia perubatan moden kuat berasaskan evidence-based. Setiap satunya dikaji menggunakan sekurang2 2 kumpulan utk PERBANDINGAN. Setelah dapat figure perbandingan, dijalankan pula ujian STATISTIK untuk mengetahui adakah perbezaan tersebut SIGNIFIKAN. Cuba tanya company mana- produk yg u berkenan tu rujukan hasil kajian dan mintak laporan kajian tersebut. Setakat testimoni sahaja tidak mencukupi/signifikan. Tetapi, kalau u nak guna jugak produk tu, u boleh menyumbang kepada hasil kajian pemerhatian mereka :)

    Untuk menghadkan masalah endometriosis adalah dengan 'membuangnya' atau menghentikan/mengurangkan hormon estrogen. Itulah sebabnya wanita menopaus mendapat kelegaan dari endometriosis dan sejenis ubat perubatan moden diberikan utk tempoh terhad bagi menjadikan pesakit endometriosis "menopaus' buat sementara waktu. Ubat ini ada kesan samping juga, itulah sebabnya ia dihadkan penggunaannya dan diberikan HANYA setelah endometriosis is confirmed. Adakah kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan anti-estrogen / menopaus ?

    ReplyDelete
  8. Dr Adilah - sy pun tak pasti pasal produk tu..kwn yg perkenalkan. dia kate elok untuk endometriosis. diperbuat dari 17 jenis buah2an & daun2. antaranya daun sireh, buah nenas, betik dan mcm2 lagi. samada ianya anti estrogen atau tak, saya pun tak pasti. emmmm...tp sy dah pun set date untuk pembedahan, maybe mei ini. takut jugak nak tangguh lame2, sbb nnti bertambah teruk pulak kan. Anyway, tq dr. adilah atas pandangan yg diberikan.

    ReplyDelete
  9. salam doc...entahlah saya pun setiap kali nak update pasal fibroid, rasa takut aje jumpa benda baru pulak....insyaAllah akan jumpa jugak dengan doc. dengan sejarah endometrosis stage 3, cyst, hormon yang tak berapa nak balance...dan fibroid...banyak benda yang dalam fikiran...selebihnya berserah kepada yang Maha Esa. lagi satu doc betul ke kalau kita ada fibroid, kira akan rasa stress disebabkan perubahan hormon?...

    ReplyDelete
  10. doc nak bg idea ni..tulisla ttg masalah keputihan..camne yang normal..yang xnormal..camne nak atasi nya..dll..tq

    ReplyDelete
  11. Dr, saya diagnosis endo end of Dec 2009, has been removed, continue with Lucrin for the next 6 months. Sekarang ni after 1 year enject Lucrin I still not pregnant, and my period pain is back! Kalau saya nak buat appoiment dengan doktor di mana yer? Pusrawi or Pantai Medical Center?

    ReplyDelete
  12. Aniza - fibroid tak de keluarkan hormon. Fibroid tu sebenarnya gumpalan sel-sel otot myometrium bersulam tisu fibrous.

    Mag - akan diusahakan. Kat H Metro pun selalu dpt soalan keputihan.

    Liea - Any one of those hospital pun boleh. (Pantai - Isnin HINGGA Sabtu pagi) (Pusrawi Isnin DAN Rabu ptg

    ReplyDelete
  13. DR, I heard that there will be IVF workshop at PHKL this Saturday. Boleh saya tahu details about it? Interested to participate.

    ReplyDelete
  14. Ada - not only on IVF but on infertility as a whole. U kena register, a phone call away je. This is not a public forum but an interactive workshop, we do not allow on-site registration (there's a list of names who had called)

    ReplyDelete
  15. doc..2 bln lps..saya ada cyst 6cm dan endo 2 cm..alhamdulilah dah ilang...baru je check up dgn doc 2 hr lps..

    soalan saya...
    1. mengapa hingga kini saya belum period? hampir dua bulan..kitaran haid saya mmg terganggu ke?sb ada benda tu? saya ada tanya juga dgn doc saya..juz nak mintak second opinion dgn doc adilah pulak..
    my doc suruh tunggu 10 hari lg..kalo xperiod gak dia akan bg ubat keluar period.
    2. ada kemungkinan saya bole mengandung ke kalo xdtg period ni..dah check urine dah..-VE

    ReplyDelete
  16. Dr. Adilah,
    1) kalau kite nak jalani laparoskopi untuk endometriosis, kite mesti dalam keadaan sihat sepenuhnye ke? kalau ade batuk cikit2 boleh teruskan tak? Ape efek nye nnti?

    2) Misal kate kalau mase buat laparoskopi, dr. rase perlu untuk bedah, akan bedah mase tu jugak ke? Maksud saya, belah kat bhgn bawah perut tu.

    ReplyDelete
  17. mag - kalau period delayed, the 1st thing dr mesti rule out is pregnancy, either buat UPT or scan or blood test BhCG.

    R u sure it was endometriotic cyst? Sbb endometriotic cyst biasanya tak mengecil/hilang. It either stays that size or grow bigger or 'bocor' and spills out its content into the pelvic cavity. Sommetimes, haemorrhagic corpus luteal ctst may be mistaken as endometriotic cyst. Meh la paste gambar scan u kat sini, boleh kita kongsi tengok the appearence of both cysts.

    Any pvarian cyst that is 'hormone-producing' may interfere with the endometrium sbb endometrium (yg jadi period tu) is mainly controlled by estrogen/progesterone stimulation.

    ReplyDelete
  18. zura - I would take no unnecessary risks. Kalau ada kemungkinan u dapat jangkitan (selsema etc) baiklah ditangguhkan sahaja melainkan kalau kes emergency. Walaupun dr bagi antibiotik utk cover infection, but your immune system is down, nanti wound healing pun lambat.

    The possibility of 'buka besar' ie laparotomy in planned laparoscopy, however minor, is still a possibility. That, u have to understand and sign/acknowledge in the consent form. Cuma, it's up to you to, ada juga pt I yang dah memenag tahu ada endometriosis teruk sebelum tu cakap awal2 "kalau melekat banyak sangat ke, dr jangan buka besar, melainkan kalau jadi problem eg usus bocor ke, bleeding ke baru saya bagi dr buka". She just consented for laparoscopy to know the status inside sbb dia senggugut teruk.

    ReplyDelete
  19. ohya..betul kata doc..yg saya ada tu luteal cyst..my doc ada bgtau..
    yg sy sebut endo tu pulak.xtau apa istilah sebenar sb yg ni dh mengecil dr 2cm kpd 1cm..dah mengecut..alhamdulilah..

    my doc yg simpan 1 copy gamba scan tu..lupa lak suruh dia bt 1 copy lg...utk simpanan sy.next taim nak mintakla...masuk dlm fail peribadi kan..:)

    kalo luteal cyst ada kemungkinan bole tumbuh balik x ?
    my next appoiment this monday ..doc akn bg ubat kuar period..sb smp skrg lom period lg:(:(
    risau gak doc xkeluar period lg ni..takut ada masalah lain la pulak timbul..

    ReplyDelete
  20. Dr Adilah,
    Assalamualaikum ..

    Saya berumur 29tahun, berkahwin 1tahun 4bulan & masih tiada cahayamata. Saya baru lepas operation bulan 7 yg lepas, dsahkan endometrioma in both ovaries & in stage 4, Dr said my left ovary damage, right ok. For tiub falopio, masih belum cek lagi ..

    Sekarang saya on Lucrin dose ke 3. Saya nak minta pandangan Doc, adakah saya bole berhenti suntikan Lucrin sekarang(take every month) atau teruskan selama 3 bulan lagi (in total 6x or 6months)? Doc saya minta saya buat keputusan so saya perlukan pandangan doc. Kalo bole saya ingin mengandung segera, tapi Doc saya beritahu peluang org2 macam saya utk mengandung secara semulajadi agak susah.

    Harap doc dapat bantu saya .. terima kasih ..

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum Dr,

    Saya Fatimah, saya baru 2 bulan menjalani laparoscopy dima cyst tu ada kat both of my ovary..left 5cm...right 6cm and kat bawah ari2 ada about 7 yang kecil...so banyak tempat yang ditebuk and removed the cyst. Right now I am on Lucrin injection where the Dr advise me for 4 times on Lucrin. Lucrin is a real test for me because , I sakit tulang, sakit at setiap sendi...bahang dan panas , kulit dan mata kering . Soalan saya ialah...boleh tak saya pregnent secara semula jadi...saya dah buat HSG dan alhamdulilah saluran folifio saya semuanya ok. Sekiranya saya memerlukan rawatan untuk hamil apakah rawatan yang dr cadangkan. Saya berusia 40 tahun..berkahwin selama 3 tahun dan tidak pernah hamil.

    ReplyDelete
  22. dr..sy baru balik dari buat pap smear..n doc sy cakap rahim saya ke belakang dan menyentuh rektum..then,dia ada kata lagi dalam rahim sy ada air dan sedikit darah..kemungkinan ada kewujudan cyst yang leaking..pastu dia refer sy pi pakar ultrasound pulak..sy nak tau apa yang terjadi selanjutnya pada saya?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Dr...Saya telah menjalani laparoskopi untuk masalah endometriosis 15/07/2011 yg lalu. Menurut Dr yg merawat saya, dia berpuas hati dgn laparoskopi tersebut kerana yakin dapat buang semua cyst yg ade dan dia ade menyatakan bahawa saya punye endo adalah stage 2. Masalahnye, selepas laparoskopi tersebut, saya masih lagi mengalami mslh sgugut yg teruk sehingga berasa skit ketika membuang air besar.

    Pada 08/10/2011 tempoh hari saya diserang sakit perut yg teruk sehingga muntah2 dan sesak nafas dan masuk wad 2minggu. Pelbagai ujian dibuat pihak hospital termasuk ujian CT scan. Saya disahkan kene penyakit GERD. Tp itu bkn permasalahan yg ingin saya suarakan di sini. Masalah yg ingin saya tanye pada Dr ialah hasil ujian CT scan tersebut dapat mengesan beberapa ketulan cyst di kiri dan kanan ovari saya bersaiz lebih kurang 2cmx2cm. Saya agk terkejut kerana baru sahaja menjalani laparoskopi beberapa bulan lepas. Soalan saya,

    1. Kenapa boleh ade lagi cyst tersebut?
    2. Mgkin ke Dr terlepas pandang? Atau itu cyst baru tumbuh?
    3. Adakah sbb cyst tersebut ade lagi menyebbkn saya masih mengalami masalah sgugut yg teruk wlaupun selepas laparoskopi?
    4. Adakah ini bermakna saya perlu menjalani laparoskopi sekali lagi nnti?

    Harap Dr dapat membantu saya.Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. As salam Dr Adilah.

    Klinik Dr boleh buat TVS tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hapir semua gambar scan di dalam blog ini adalah gambar TVS

      Delete