Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 19 April 2011

Endometriosis part 2

(sila baca dahulu post mengenai endometriosis yg lalu)


Endometriosis
- derived from the word 'endometrium'

So, what is endometrium?
- lapisan terdalam pada dinding rahim (uterus) yang akan mula2 menebal dan kemudiannya ter-detached pada awal setiap kitaran membentuk haid
- lapisan endometrium ni penting untuk perlekatan(implantation) embrio
- FYI, rahim (uterus) ada 3 lapisan - serosa (nipis je pd permukaan rahim), myometrium (lapisan tengah yang berotot, di sinilah asalnya fibroid) dan endometrium

So, apa kaitan endometriosis dgn endometrium?
- (sila baca teori dalam post yg lalu)
- tu sebab namanya hampir2 serupa dgn endometrium

Macamana nak confirm endometriosis?
- hanya secara direct visualization sahaja iaitu kena saksikan dgn 4 mata sendiri (bagi saya dan suami serta dr2 lain yg rabun) tanpa bantuan apa2 alat imbasan pun, maknanya kena buka/operatelah
- mujurlah zaman sekarang dah ada teknologi laparoskopi, tak yah buka besar2
- mujurlah teknik laparoskopi dah semakin berkembang, bergantung kepada kemahiran yang ada, bukan sahaja boleh tengok (diagnostic laparoscopy), kira point utk bagi staging berapa, and juga boleh buat clearance treatment

Habis tu, saya kena operate dulu ke?
- Ish! Tak semestinya. Sebab, endometriosis tak semestinya membebankan atau memberi masalah. Ada yg tak dapat senggugut pun, ada yang subur berturut2 tahun, ada yang dapat tahu bila dah nak sampai umur menopaus etc etc

Kalau tak nak operate, macamana Dr boleh kata saya ada endometriosis?
- Saya bagi provisional diagnosis (iaitu diagnosis yang disyakki paling mungkin) dulu. Nanti, bila dah operate (n kalau setuju nak di-operated), barulah saya boleh bagi final diagnosis (confirmatory diagnosis). Lebih kurang ala2 Dr 'tilik' dulu.
- Ada beberapa petanda utk Dr syak U ni ada endometriosis. Tetapi, ia tak le betul 100% utk semua. Ada yg tak de apa2 problem pun n Dr jumpa masa dia datang utk general screening check-up. Ada yg hanya dapat 1 atau 2 atau lebih atau semua petanda di bawah:
--1) senggugut (dysmenorrhoea)
--2) sakit ketika hubungan seks penetratif (dyspareunia)
--3) sakit ari2 (pelvic pain) biasanya kalau dah lama ada endometriosis
--4) kesukaran hamil (subfertility)
--5) ketulan di bahagian bawah perut (pelvic fullness/swelling)
--6) ada fibroid (sebab endometriosis dan fibroid 'hidup' dengan 'makanan' yang sama iaitu hormon estrogen)

Dr bagitau saya ada chocolate cyst, tu endometriosis ke?
- Endometriosis tu adalah nama am. Ada orang bijak pandai yang telah memberi nama khas untuk endometriosis di bahagian tertentu
- chocolate cyst (or endometriotic cyst or endometrioma) : endometriosis yang berupa cyst di dalam ovari
- adenomyosis (endometriosis di dalam myometrium (lapisan berotot rahim)
- so, kalau nak nama masuk dalam sejarah perubatan moden, silalah bagi nama khas utk endometriosis pada tiub falopian, usus, pundi kencing, parut pembedahan etc etc

Dr kata saya ada ovarian cyst, yg tu pun endometriosis ke?
- Oh! Tidak semestinya. Ovarian cyst ada banyak jenis (sila rujuk kembali post terdahulu)
- Kebiasaannya, ovarian cyst yg endometriosis tu (aka chocolate cyst/endometrioma/endometriotic cyst) kelihatan berjeragat cecairnya. Istilah perubatan moden utk meng-describe endometrioma ialah
--1) homogeous (as opposed to hypo-echoic dalam cyst biasa)
--2) thick capsule
--3) kadang2 boleh ada banyak sekatan2 di dalamnya (multi-loculated)
--4) lupalah pulak amende lagi.....

Adenomyosis tu camne?
- Lokasinya sama dengan fibroid, iaitu di dalam lapisan myometrium
- Cuma, ciri2nya berbeza
- The border is not that well-defined, nampak macam sebati je dgn myometrium (unlike fibroid yg ada kelihatan capsule yg jelas)


.....silalah tambah soalan am n pendek2 ya, nanti saya jawab panjang2.

Sementara itu, silalah meneka gambar di bawah n bagi hadiah sendiri :)

simple ovarian cyst
bukan cyst, hahaha
either endometrioma or haemorrhagic corpus luteal cyst
endometrioma
endometrioma
endometrioma
Ya benarrr, sebenarnya, ramai yang ada chocolate cyst ni, ada banyak lagi gambar scan, maka janganlah sedih lama2, lagipun, tak semestinya akan susah nak pregnen, the probability is less but still not impossible.

Have faith

7 comments:

  1. Dr, I did laparascopy last 2 years and was told that my uterus and its surrondings area are clean. But i still get period pain (sometimes not that bad, sometimes worst) Why eh?. FYI,my period is regular, but dr suspect my fallopian tubes are blocked since nothing come out of it when it was tested.

    ReplyDelete
  2. sweet tooth - cuba upload video laparoskopi tu kat sini, boleh? Bila Dr kata tiub tersumbat, kita nak tahu:
    - part mana yg tersumbat? dari pangkal (proximal) tube ke towards distal part (penghujung)
    - ada nampak engorged tube tak?
    - ada nampak uterus kembung with extravasation towards its surface (serosal layer)
    - bentuk asal lengan tiub (ampulla) macamana ? tortuous? melekat2?
    - jejari (fimbriae) tiub macamana?
    - apa most probable cause tiub tu macam tu. Endometriosis sangat jarang menyebabkan tiub completely blocked, tapi usually the tube/s is/are damaged. ada petanda infection?

    ReplyDelete
  3. doc..apa cth makanan yg mengandungi hormon estrogen??

    ReplyDelete
  4. mag - yang rahsianya terbocor adalah makanan mengandungi soya dan ubi (terutamanya ubi keladi). Buah2an dan sayuran tertentu pun ada. Ada bahan yang digunakan dalam ramuan sesetengah jenis pil hormon menopaus, apabila dimakan, ia akan ditukar oleh hati kepada estradiol (estrogen la tu). Tumbuhan yang mengandungi estrogen ini dinamakan phytoestrogen. Tetapi kena berignat - berlebihan hormon estrogen juga boleh membawa masalah - higher risk of endometrial cancer. Maka, praktikkan konsep 'moderation' as in Islam. Not too much, not too little...

    ReplyDelete
  5. Doc, x jumpa lak my copy video tu... Nanti dah jumpa i email u ye...
    Anyway, cantik kipas :)huhhuh...

    ReplyDelete
  6. Hi Dr! Dah buat check up with your counterpart kat PHKL (since u r not available tsk..tsk.. sedeh). He diagnosed me with endometriosis and that could be the reason why i mengadu i have vaginismus, padahal it's sakit ketika hubungan seks penetratif (dyspareunia)! & now the Dr asked me to come for laparoscopy on 17th June. I plak still rasa - is there any other option available if i still want to get pregnant and at the same time tangguh that laparoscopy. Cos i dont know how serious dis thing is and kesannya if i tak buang. If buang pun, bila can i get pregnant? Your article ni made few points, one of them - "tak semestinya akan susah nak pregnen, the probability is less but still not impossible". I really2 want to get 2nd opinion on this, if boleh, opinion from u. can we meet u? (super please)
    (Mrs Ashy with vaginismus, if u dont remember me)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum doc. saya baru alami masalah ni. 4 hari lepas saya ada buat opk untuk cek ovulasi dan ia positif. sehari selepas tu saya ada bersama suami. dan kami melakukan hubungan cara menyujud tu. ketika itu, saya merasakan sangat sakit pada bahagian bawah perut ni. dan ia dah berlangsung selama 3 hari (ketika membuat hubungan). tapi sebelum ni saya tak pernah alami keadaan tu. adakah ia ada kaitan dengan endometriosis jugak atau disebabkan rahim jatuh? buat pengetahuan doc, sblm kami melalukan hubungan memang saya ada mengangkat benda berat. harap doc dapat memberikan pandangan. sekarang ni saya merasa seakan trauma untuk buat hubungan dengan suami disebabkan kesakitan itu.

    ReplyDelete