Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 24 March 2011

Terima kasih, Cikgu!

Tumpang bersyukur.
Alma Mater saya yang semakin hebat!
Alhamdulillah.
Besar sungguh jasa Cikgu2 kita, sampai ke tua, saya (dan ramai lagi) masih kenang jasa Cikgu.
Menyebarkan ilmu tanpa meminta bayaran.
(I hope program2 rahsia kejayaan etc etc bla bla turut menimbangkan amalan bersedekah mengajar).
Bukankah ilmu dianugerahkan Tuhan secara percuma?


Anyway, saya baru membaca berita dalam sarang portal sekolah lama saya tu:

Keputusan SPM 2010

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar MRSM Tun Ghafar Baba yang berjaya dalam SPM 2010 yang diumumkan pada 23 Mac 2011. Tahniah sekali lagi kepada yang berjaya dengan cemerlang.

Pengetua dan seluruh warga maktab mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar kerana berjaya memeriahkan suasana dengan pakaian kebangsaan yang lengkap. (seronok tgk gambar ada yang pakai baju melayu lengkap berkain samping, wow!)

Untuk makluman, Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 0.914. Seramai 250 pelajar telah berjaya mendapat semua A (straight A's). Tahniah sekali lagi.

(dulu, time saya, yg dapat straight A's tak sampai 200 org seluruh Malaysia. Sekarang, satu sekolah je dah lebih angka tu)
This time, MRSMJ ranked only second to MRSM PC. Dengar khabar, with GPS 0.82, MRSM PC is the best school nationwide. Congratulations!




Someone important in my life pun dapat colourful result.
She got 9A's, she beat me by an extra A+ (walaupun kami 22 thn dulu pakai sistem A1).
Only 1 A (dia lebih lidah omputeh drp cakap Melayu)
The rest 8 A+
Meremang buluroma saya bagitau result dia bila menjawab pertanyaan orang
Alhamdulillah sangat2 :)
Cuma....
...
.
.
Saya ckp kat suami saya;
"The sad part is to realise that it is time to let go"

Saya cuba berlawak;
"lagi 10 tahun, sorang2 start kahwin"

Dia terdiam, lalu berkata;
"...sure dah tak seronok lepas ni dia tak de. Tinggal 3 orang je lagi"

Hmm...belum apa2 kami dah sedih.


Anyway,
to all,
ingatlah,
kita ni patut amalkan konsep 'belajar sepanjang hayat'...

5 comments:

  1. Setuju dengan entry doc. Ilmu yang di kongsi lebih berkat...Just imagine kita dapat pahala everytime ilmu tu diamalkan...Tapi ilmu yang bermanfaat la kan... :)

    ReplyDelete
  2. betul 3x :)
    Adik saya slalu guna tagline ni "sharing is caring"

    ReplyDelete
  3. salam.
    Dr., first time datang sini, dapat link pun dari komen kat blog Aidid. :)
    out of topic kejap.
    Bagaimana nak hubungi Dr. ye? ie, email add.
    Ada sedikit persoalan nak tanya pada Dr.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Latifah - pertanyaan eloklah dalam ruangan ni, untuk dikongsi bersama. Personal consultation tak digalakkan sebab saya bukan Dr anda :)

    ReplyDelete