Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 4 March 2011

Ectopic Pregnancy

Let there be light, be it at the end of the tunnel, or anywhere.....


Kehamilan ektopik - kehamilan yang terletak di luar kawasan sepatutnya (di dalam ruang rahim.
(kalau ada baca entry lama, endometriosis : iaitu ectopic endometrium ie endometrium-like tissue that is found outside its normal location di permukaan dalam pada rahim)

Macamana boleh jadi ektopik?
Fakta 1 - persenyawaan ovum (telur wanita) dan sperma SEPATUTNYA berlaku di kawasan penghujung tiub falopian.
Fakta 2 - setelah embrio terbentuk, ia akan memulakan pembesaran seiring dengan 'perjalanan' dari situ menuju ke ruang dalam rahim. Kemudian embrio ini akan melekat (implantation)

Masalahnya, dalam ectopic pregnancy;
Kalau tiub falopian tu tak normal eg rosak akibat penyakit atau terlebih panjang, maka perjalanan embrio inipun terganggu sedangkan ia akan terus membesar sehinggalah mencapai 'umur implantation'.

Inilah sebabnya ectopic pregnancy is MOST COMMONLY LOCATED IN THE FALLOPIAN TUBE. Ada juga terdapat di tempat lain eg di ovari atau di dalam runag abdomen (camne agaknya sperma ni boleh bergerak terlebih laju? or maybe, embrio ni yang ter-reversed ke hala terbalik?); atau terlebih forward sehingga sampai ke dalam serviks (pintu rahim).

Tapi, macamana boleh jadi kat saya ? (orang lain tak dapat pun ya ke?)
Habis tu, awak pregnen kan? Memanglah, sesiapa sahaja yang melakukan hubungan seks ada kemungkinan akan pregnen. Maka barangsiapa sahaja yang pregnen, memang ada kemungkinan pula akan terkena ectopic pregnancy. Sesiapa sahaja, sama ada awak atau orang lain. So, janganlah bersedih atau menyalahkan takdir.

Tapi ectopic pregnancy is not that common, around 1% sahaja.

Ectopic pregnancy cannot grow much or survive in that fallopian tube. Until it reaches a point where it causes the tube to burst/rupture, hence internal bleeding. This can be life threatening to the mother. This also means, the pregnancy is not salvageable. We want to save the mother's life from complications of continuous bleeding.


Zaman sekarang (telah pun beberapa tahun) di Malaysia ni dah makin ramai doktor yang boleh buat operation ektopik ni ikut laparoskopi sahaja (I already mentioned the many advantages of laparoscopic surgery over laparotomy). Even in cases on bleeding ie tiub dah pecah, when the vital signs are still stable and the bleeding in considerable not that much (around 200ml), and the surgeon is skillful in doing laparoscopic surgery, it can still be done through that way. But, if your doctor is not trained in doing laparoscopic surgery, it is better (and safer( for him/her to 'buka terus'.

Pernah dengar kemoterapi? Yes, inipun ada digunakan dalam rawatan ectopic pregnancy but in selected cases sahaja. Methotrexate injection is used and serial blood tests (b-hCG) and there is a risk that surgery is finally indicated (in about 30% cases).

This unfortunate patient had been having regular menses till the day I did vaginal scan (saje2 sebab dia memang dah under my follow up for suspicion of endometriosis). Unusual presentation sebab dia tak pernah missed her periods. Sekali tengok nampak macam biasa je, 2 ovaries with egg follicles
Bila tukar sikit angle probe tu, nampaklah a foetus inside what was earlier thought as an ovarian follicle. The ectopic pregnancy was seen next to the uterus. It was located in the right fallopian tube
and the pregnancy was still viable! See the fetal heart activity when using doppler? dup dap dup dap dup dap....
yes, she had retroverted uterus and a small left ovarian cyst, suggestive of an endometrioma. Memang betul pun masa laparoscopy, she had endometriosis and that caused this ectopic pregnancy as the fallopian tube was not healthy. She had her tube (with the pregnancy inside) removed.
This was from another patient, the ectopic was already non-viable (miscarried dah) and there was blood accumulation in the fallopian tube (hematosalpynx), nampak tiub dia bengkak kan? She was given methotrexate and followed up with serial blood tests.

Tetapi,


Tujuan saya nak tulis pasal ectopic pregnancy ni bukan nak cite in detail. Cuma nak advise apa yang perlu diketahui/dibuat setelah anda mendapat ectopic pregnancy (dalam kebanyakan kes, setelah menjalani pembedahan ektopik)

1. If you get pregnant again, your risk of getting an ectopic pregnancy again is between 7-10%
- Yes, your risk is higher when compared to the general population (awal2 tadi saya ada bagitau yang the risk of ectopic is only 1% kan?)
- But look on the bright side, if you are pregnant again, the chance of that pregnancy being in normal location ie intra-uterine pregnancy is 90-93%

2. Still, anyway, since you are at increased risk of another ectopic pregnancy:
- bila2 masa period lewat or rasa lain macam je pattern period tu, buatlah UPT
- kalau UPT positive, cepat2lah gi check dgn doktor kat mana kandungan tu
- sama ada doktor akan scan (vaginal scan lagi dapat tgk awal) or kalau tak nampak jugak, doktor akan suruh buat blood test 2 kali and selang 48 jam and compare the 2 values of b-hCG
- biasa2nya kan, kalau the value doubles after 48 hours, most likely it is an intra-uterine pregnancy (bukan ektopik)
- kalau the level of b-hCG naik tapi sikit je : hmm... ada possibility etopik
- kalau level turun : mungkin keguguran (tak kiralah sama ada dalam rahim atau ektopik)

3. Kesuburan?
- tengoklah apa penyebab ektopik yang dulu tu
- kalau ada PID or endometriosis dalam pelvis, memang kesuburan tu kurang (dah lah sekarang pulak ada 1 tiub sahaja kan) especially kalau tiub yg masih ada tu pun nampak rosak
- That is why penting doktor yg buat operation tu cari/bagi info:
---the condition of your pelvic area eg perlekatan/adhesions
---the associated condition that may cause ectopic pregnancy eg PID, endometriosis
---the condition of the other tube (termasuklah jejari fimbria)
---what was done
-Generally kesuburan tu akan kurang sedikit. Yalah, kan dah tak de satu tiub. Jadi, kalau ovulation occurs from the ovary yang dah tak de tiub tu, kan tak de peluang pregnen bulan tersebut? Mind you, ovulation does not occur ikut turn (dia tak kira sama ada ada giliran ovari kanan atau kiri)

Sekian secara ringkas tetapi tak le ringkas manapun.

46 comments:

  1. Dr, I just wonder... what did the hospital do with the removed tube tu yer? Just buang ke? Kalau buang, buang ke mana yer? Hehehe... sajer nak tau cerita belakang tabir...

    ReplyDelete
  2. thanks doc...for the info!!

    nak tanya sikit....
    nak prepare for laparoscopy,better before/after menstrual doctor?? should go to see u on day 7 or day 12??

    TQ

    ReplyDelete
  3. anytime selepas period habis, tapi jgn le dah nak sampai period lagi satu, nanti kan susah nak asyik bangun gi tukar pad je. Come around day 10, I suka buat sekitar day 12. Tapi nx week ni cuti sekolah, mokcik ni pun nak cuti jugak tau.

    ReplyDelete
  4. doc..mungkin soalan ni lari dari tajuk. just nk tnye klu pregnant dlm 3-4 weeks boleh tak naik flight (perjalanan dlm 2 jam). adakah risiko utk gugur? sbb kwn saya dulu pernah gugur. trun flight je tumpah darah. so sy nk kepastian. thanks

    ReplyDelete
  5. Aja_aja - sesiapa yg pregnen memang ada risiko gugur, dlm 15-25% utk yg sedang hamil the 1st 13 weeks. In fact, ramai yg gugur without them realising that they were pregnant (ingatkan bleeding keguguran tu delayed period).
    Saya tak dapat bagi kepastian sbb saya bukan 'Yg Di Atas'. Kajian yg manusia pernah buat tak de pulak sebut flight as a risk factor.

    ReplyDelete
  6. salam dr saya ni nak bertanyakan pada DR,apa itu yang di maksudkan ADENOMYOSIS? adakah boleh di lakukan operation membuangnya?

    ReplyDelete
  7. Salam doc...
    saya nk tanya, klu makan ubat hormon, period circulation lari k? sbb sy mkn ubat hormon & plan utk buat IUI tp x jd buat sbb jatuh pd weekend. so skrg period sya lewat 4 hari.. tq doc..

    ReplyDelete
  8. @tidh@ti - (apa pelik benor nama u ni?) Pelik jugak nape IUI tak jadi buat sebab jatuh weekend. Sebenarnya tak yah rigid sangat bila buat IUI ni, lainlah kalau IVF. Boeh buat IUI that Friday sebab ada lagi sperm boleh bertahan sampai 72 jam sementara menunggu ovulation.
    Kalau period u lewat samoai 4 hari, most prob hari tu ovulation u pun lambat, so dr boleh check n boleh buat IUI Isnin tu pun.
    Apa nama ubat hormon yg u ambil ni?

    ReplyDelete
  9. suerieyani - adenomyosis tu nama khas utk endometriosis. Bila sebut adenomyosis, automatik kita akan tahu yg endometriosis yg dimaksudkan tu terletak di dalam uterus.
    Adenomyosis ni lain drp fibroid. Dia tumbuh di celah2 sel otot rahim ie sebati n susah nak asingkan utk dibuang completely. Kalau fibroid, dia ada kapsul pemisah, senang nak asingkan.
    Boleh kalau nak op, tapi most likely sama ada dr akan terbuang lebih (termasuk otot rahim yg normal) atau terkurang.
    The q is, selain adenomyosis, u mungkin ada endometriosis kat tempat lain

    ReplyDelete
  10. thanks doc... nama sy ati je hiii.. sy dh period pun last stday. tp sblm ni sy x pnh lewat priod 2 yg sy tya doc 2.. sy ni buat kat govt hspital kan close on Sat & sunday. ari 2 scan on day9 22/2(tues) tlur x cukup besar. scan lg on day12 25/2(fri) pun x cukup besar. so doc kt xleh wat IUI on Feb coz dah tlebih hari so berusahalah dirumah. mkn clomid, ni 2nd time mkn 2 biji plak.. jap lg sy nk baca blk aritkel IUI doc 2..

    ReplyDelete
  11. Ati - tak semua kita ni yg on day 12 telur akan besar/matang. I pernah buat IUI on day 23 sebab day 21 baru kantung telur tu matang n she got pregnant (memang rezeki dia).

    ReplyDelete
  12. so maknanya blh buat IUI ni smpi day k brapa? b4 telur matang or b4 hari ovuluate?

    ReplyDelete
  13. ....sedihhhh....

    dah 2 kali ectopic :(

    ReplyDelete
  14. Ikut cycle length. Usually paling lambat dalam sekitar 10 hari sebelum jangkaan next period.
    Bila dr monitor pembesaran telur (kantung/folikel) tu, dia akan tgk :
    - berapa biji kantung yang besar (kalau ada ambil ubat subur)
    - saiz setiap kantung yg besar dan sederhana (diameter dalam ukuran mm)
    - ketebalan lapisan endometrium (pun dalam mm)
    - perubahan pd cervical canal
    Kalau dah OK, dr akan suruh ambil injection hCG (ovidrel/pregnyl/pubergen) and IUI akan dibuat sekitar 36 jam selepas injection tu. So, kalau dr plan IUI waktu klinik pagi, injection tu ambil sebelum midnight. Kalau waktu klinik petang, maka kenalah datang ambil injection tgh2 malam.
    Tapi tu semua ikut teori yg logik. In reality, I baru buatkan IUI (no stimulation using Clomid/FSH pun) sehari awal (atas sebab peribadi, tapi saya check bld test dia = serum LH) and she got pregnant. That same week, ada sorang tu buat IUI on her ovulation day - tak de rezeki pun.

    ReplyDelete
  15. chiquema - kalau dah pernah ada ectopic pregnancy (and tiub tu dibuang) and dapat lagi sekali n that ectopic belum pecah, dr biasanya akan toreh pd tiub n keluarkan ectopic tu n biarkan tiub tu ie tak buang. That would give you chance for spontaneous pregnancy (kalau tak, kena IVF sahaja) but with higher risk of another ectopic. But mind you, IVF pun gives higher risk of ectopic pregnancy compared to natural pregnancy. So?

    ReplyDelete
  16. ooo br sy faham... tq so much doc atas pnjelasan ni.. next week sy nk g scan n sy nk tya btl2 kat doc 2 on details. nti sy update doc ape yg jd ps2..

    doc.. ni kawan sy nk tya..
    “Salam doc...saya nk tanya, saya miscarried 19 weeks last month coz air ketuban saya pecah, doc kata ada infection, hmm bila boleh try again yer doc? kalu nak try again kna makan supplement ke, folic acid, vit.c, multi-vit? saya takut infection lagi doc..tq doc..”

    didahului dgn trima kasih =)

    ReplyDelete
  17. salam Dr.

    kalau dh buang dua2 tiub & buat IVF, peluang utk ectopic ada lg ker? konpius skit nih.. heheheee...

    ReplyDelete
  18. DR, how to differentiate image via TVS,uterus retroverted dgn normal ye? Boleh DR terangkan atau with sample of image? TQ

    ReplyDelete
  19. dr,
    sy pernah ectopik tahun 2009 di sebelah kiri sebab tiub kanan block.tiub kiri tidak dipotong.2010 sy pregnant lagi tapi keguguran.this yr sy ambil clomid dan dr suggest buat IUI (1/4/2011), tetapi..telor yg besar adalah di tiub kanan (which is block)..Dr cakap kita cuba/try/test...kalau tak berjaya try next cycle dgn harapan tiub kiri akan keluarkan telor yg besar.soalan saya...risiko yang bakao sy hadapi? dan chances? harap dr dapat berikan pandangan...

    ReplyDelete
  20. CChiquema - IVF is known to be associated with higher risk of ectopic pregnancy.

    (penerangan di bawah ni teori I berdasarkan statement di atas yg didapati dr hasil kajian statistik)
    Dlm kes yg tiub dah dibuang kedua2nya, jarang sesangat dr akan buang the total length of the tubes (cuba tgk balik VCD yg dr bagi), cuma part yg ada ectopik tu je. Maknanya, ada bahagian awal tiub (proximal ampulla) yg masih bersambung terus dgn rahim.

    ReplyDelete
  21. dr oh dr...bila nak jawab ni...tengah tungguh nih...

    ReplyDelete
  22. myartzone- I termissed soalan u, a thousand epolojis :) Kalau ambil ubat subur (termasuk yg ada clomiphene citrate), kita expect akan dapat lebih drp satu telur yg matang. And telur matang (besar) ada di dalam ovari bukannya di dalam tiub falopian. In between permukaan ovari dengan bukaan tiub falopian pula ada ruang bebas (lebih kurang angkasa lepas) dan bukannya berhubung directly. So, kalau telur keluar dari ovari kanan, kita jangka ia akan diambil masuk oleh tiub kananlah (itupun kalau tiub tu nak ambik masuk) dan tersekat di bahagian yg blocked tu. Kalau tidak, ia akan bebas di ruang dan biasanya tenggelam di dasar pelvis. Kalau IUI tu free, no harm. Tapi kalau kena bayar, rasanya macam rugi je sebab dalam hati memang tau telur tak boleh masuk ikut tiub kanan kan? So, camne nak jadi embrio kalau tak berjumpa sperm suami. Bukan setakat rugi duit, yg lebih besar impak adalah frustration tak jadi.

    Tetapi, ada teori yg mengatakan ia mungkin akan disenyawakan di ruang bebas pelvis sebelum termasuk ke dalam tiub kiri (jauh berenang tu) dan terlekat di penghujung tiub sebab dah terlalu besar, and berlakulah ektopik pregnancy lagi. Ini hanya teori sahaja.

    ReplyDelete
  23. tq dr atas penjelasan tersebut...1 lg soalan...kalau telor keluar dr tiub kiri next cycle..adakah chances lebih tinggi utk conceive ? & recurrent ectopic ? adakah clomid boleh diambil berterusan? any side effect? boleh tak clomid diambil bersekali dgn product biodex atau supplement lain? ...lg 2 minggu baru dpt tahu iui tu success ke tak ...will updates u...

    ReplyDelete
  24. my.artzone - macamana dr tahu tiub kanan u blocked? dia tested masa laparoskopi tu sekali ke?
    Kalau telur keluar dari ovari (bukan tiub) kiri next cycle - better chance utk pregnen, but higher chance utk ektopik berbanding org yg tak de ektopik (peratusannya ada disebut dlm post di atas).

    Clomid telah dilaporkan meningkatkan insiden kanser ovari apabila pengambilannya melebihi 12 kitaran. Walaupun banyak pendapat menentang hasil kajian tersebut, eloklah jgn saja2 nak ambil banyak macam tu. Lagipun, ada pilihan ubat lain yg lebih berkesan (tetapi mahal)

    I tak nak komen produk bukan ubat moden. Tapi saya umpamakan - kalau sesuatu produk itu boleh menyebabkan kehamilan kembar, tidak mustahil ia mengandungi bahan anti-estrogen utk merangsang kesuburan seperti yg ada dalam clomid.

    ReplyDelete
  25. Salam Dr..rili2 like ur laidback post muahaha...i dh kawen nk masok 4 months..x peknen agi then i jmpe one dr..dia buat TVS n ckp my rahim is retroverted sob3...i oso get cervical mucus with blood tinge pd hari ke 13-16 (sumtimes sehari je sumtimes 2 hari)..n bile tgk pasal ectopic pregnancy in the 1st case with endometriosis tu terus i nk tny symtoms endo ni cmne..coz my period is regular 28 days...yg patient Dr tu ade senggugut ke ek? Coz i dun hv senggugut..tp i takut becoz its retroverted i mite hv endo lurking there without me even realizing it (sbb no pain associated with it) so skang ni im on clomid for the next cycle n kene kurangkan berat badan gak..huhu...eh meleret lak..my quest: how to know d symptoms of endo and did ur patient with retroverted uterus+endo tu suffer from period pain @ senggugut? thanks Dr. that would be a great help :) GOD bless..

    ReplyDelete
  26. Taper - masih pengantin baru, inai pun belum hilang lagi :) Sebenar2nya saya seorang yg serius/sombong kalau dilihat dari jauh :walaupun perangai sebenar....suami n anak2 n kawan2 shj yg tau :)

    I advise jgn postpone lama2 dalam hal bila nak pregnen ni. Kalau dah masuk 6 bulan trying tapi masih belum2 pregnen, jumpalah doktor utk treatment infertility. U dah ambil ubat subur pun kan? Ada monitor dgn TVS around day 13 utk tgk ada tak kantung2 telur besar? Kalau tak, mana nak tahu ubat tu berkesan ke tidak.
    Senggugut tu tak semestinya ada endometriosis. Kalau ada pun endometriosis, senggugut teruk tu tak semestinya endometriosis pun teruk.
    Likewise, retroverted uterus pun tak semestinya ada endometriosis. Retroverted uterus pun tak de kaoitan dgn infertility kecuali kalau u ada endometriosis or PID, then endometriosis/PID tu yg perlu di-clear masa op bukannya dibetulkan uterus. Saya menjawab mengikut hasil kajian2 yang telah dianalisa secara statistik, bukannya kajian pemerhatian. I practice evidence-based medicine.
    Bila dah ready n tak takut nak dioperate, buatlah diagnostic laparoscopy.

    ReplyDelete
  27. tenkiu Dr..rili2 appreciate ur feedback..insya-Allah will take the necessary precautions sbb nk baby sgt2 weee...walopon havent met or known u personally..i pray for ur happiness n success amin..tq Dr for assisting (n calming the nerves) of future mommies insya-Allah...hv a great day ahead :)

    ReplyDelete
  28. Dr,really appreciate your answer walaupun lama gak tunggu he he he...lepas iui tu i check upt tapi -ve, hari ni hari ke 6 lewat period.dah buat bhsg tapi dr tu suruh call balik next wed utk tahu result.mmg dr bag ubat duphaston n asid folic.adakah ubat duphoston,asid folic n clomid boleh sebabkan delay period after iui n ended to -ve result?dr sahkan tiub kanan i blok masa buat laparaskopi utk buang ectopik preganacy dan again masa buat hcg tempohari.skrg ni i tgh risau sebab tak tahu situasi..pregnant or not....

    ReplyDelete
  29. taper - u r most welcome :) but as I have mentioned, do your own research and get 2nd opinion (professionally, from other gynaecologists) jugak, kan kan kan?

    ReplyDelete
  30. my.artzone - biasanya selagi u makan ubat2 progestin seperti duphaston tu, tidak akan berlaku pendarahan (period) walaupun u tak pregnen. Tak pe, tunggu result BhCG, kalau kat most private hospitals boleh dapat tahu dalam masa 2-3 jam sahaja (kos di antara RM30-6- bergantung kpd hospital)

    ReplyDelete
  31. dr,kalau upt still negative, result bhcg juga -ve tapi period still delay...adakah bermakna saya sakit? adakah dr akan beri ubat utk turunkan darah?saya mmg amat runsing sekarang...beberapa simpton pregnancy mmg ada seperti kerap buang air,pening2 n rasa loya tetapi saya takut itu cuma perasaan saya sebab saya terlalu ingin conceive....

    ReplyDelete
  32. dr, sy dah dpt result bhcg sy dan mmg -ve...dan smlm ada darah keluar tapi sangat sedikit lepas tu dah stop...dr suruh sy stop ambik duphaston dan consult next cyle utk 2nd iui....tapi sy hanya risau kenapa darah period tu hanya sekali dan sedikit....

    ReplyDelete
  33. my.artzone - berapa ketebalan endometrium U? Kalau endometrium nipis, period pun sikit juga

    ReplyDelete
  34. dr..segala persoalan sy telah terjawab...selepas darah tu stop 1 hari n sy stop duphaston...darah turun seperti period biasa...selama 5 hari..dan skrg dah tinggal sikit2...ms dr scan ketebalan ed tu kalau tak silap 14.atau mybe sy silap...dr o&g sy dah bg next appt utk try next cycle...tq atas semua penjelasan dr...sy byk tanya sebb ini 1st time buat iui...lepas ni mybe dah tak kalut sikit ..he he he...

    ReplyDelete
  35. Salam doctor..sy ada Somalian berkaitan dgn ectopic ni...sy mengalami ectopic pada feb 2011...selepas laparoscopic dijalankan, doctor buat pengesahan bahawa janin tu dah jatuh..Dan kedua2 tub sy masih berfungsi...persoalannya...kat mana janin tu jatuh??...selepas jalani laparoscopic, sy mengalami senggugut yg agak teruk...Ada itu kesan bass selepas pembedahan??...sy juga risau kerana sy masih Blum hamil...sy pernah berjumpa dgn doc dan diberitahu semua ya ok..Dan tahap kesuburan sy pun ok...tapi setelah hampir sethn kenapa sy masih Blum hamil...Dan setiap bulan sy Akan mengalami senggugut yg agak teruk...doctor juga pernah memberitahu sy, terdapat byk cecair dalam rahim sy...

    Apa yang patut sy lakukan doctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlambat sangat saya nak menjawab soalan ini. Ektopik tu jatuh keluar dari penghujung tiub falopian. Maka, doktor hanya perlu menyedut/menarik keluar sahaja ektopik itu. Dah dapat laporan ujian pengesahan patologi (HPE report) kan?

      Delete
  36. salam doc...saya mengalamai ectopic ( dibahagian cornu) pada bulan Mac ketika kandungan hampir 2 minggu..terlewat dikesan kerana pada peringkat awal doc kata sy gugur dan saya telah buat d&c..tetapi sebulan kemudian doc kerajaan mengesahkan saya sebenarnya ectopic dan tidak pernah gugur...saya telah menjalani laparoscopic pada 22/3/2012 dengan membuang tiub kiri dan sebahagian kecil rahim. tetapi saya disahkan hamil semula pada 23/4/2012 melalui ujian air kencing dan ujian darah (beta hcg)..persoalannya..adakah terlalu merbahaya kepada saya jika diteruskan kandungan ni atau saya perlu gugurkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun dah lambat. So, apa keputusannya? Betul hamil lagi dan di dalam rahim?

      Delete
  37. Doctor, sy br sebulan operation ovari kiri knn sbb endometriosis. Tiub fallopio sy rosak 1. Now sy ambil suntikan lucrin. Br 2 dos. Doctor suggest 6x. Sy nk tny dlm keadaan sy sekrg bole ke sy melakukan hubungan intim bersama suami spt biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tetapi dinasihatkan suami memakai kondom SETIAP kali hubungan seks penetratif kerana khuatir dengan kesan bahan dalam ubat tersebut ke atas sifat janin.

      Delete
  38. salam doktor, pd usia 13 thn sy tlh menjalani pembedahan dimana utk mengeluarkan darah period yg dikenali sbg imperforate hymen,slps tuh sy xde masaalah lgsg dgn period sy, pd usia 20an sy dh start spot bleeding sikit2 dan kdg2 tp x terlalu teruk pun, beberapa thn berlalu bleeding semakin teruk sehinggakan hanya bleeding berselang, 2-3 ari clear 2-3 ari bleeding, pastu ok balik dan bleeding balik,dan selepas hampir sethn bleeding cmtuh sy gy gynea dr wong di hospital pantai dia ckp polyp dan hormon pd july 2010, pastu dh ok, tp sy telah pergi latihan berat krn sy badan beruniform sy spot yg bleeding tuh hampir nk bermula blk, tp sikit jek dan x worry sbb sy ingt itu normal bila buat keje berat. ttp selepas sy berkawen pd mac 2012, sy masih tidak dpt bersama dgn suami kerana sakit, setelah berpuluh2 kali mencuba wlupun sgt sakit,sy telah bleeding non stop slps seminggu period, sy mula period on 17-23 april then stop, pastu period dr 7 may 2012 dan x stop lgsg smapai sekarang ( 3 july 2012). bleeding jugak sgt byk sehingga sy rase lesu,sy dh gi check dan sy akan menjalani hysterocopy dan dd&c utk endo polyp dan tro endopd mggu depan, pd pendapat doktor adakah sy leh mengandung dan ape kah punca2nya sbb pd sy polyp tuh hanya tebalkan rahim dan ini masuk kali kedua sy buat d&c, tak mudarat ke,sy takut rumah tangga sy runtuh krn sy x dpt jlnkan t/jwb serta bahagian sulit sy sgt sakit kerana sentiasa lembab dgn darah dan bertambah gelap

    ReplyDelete
  39. Berape kos pembedahan ectopic tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut apa yang dibuat. Kalau setakat laparoskopi buang ektopik, sekitar RM8-12 ribu bergantung kepada apa yang dibuat, masa yang diambil, ubat yang turut diberikan dan alat tambahan (biasanya yang disposables)

      Delete