Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 16 February 2011

Nasi Arab

(copied from my other blog)

Sajak resipi nasi Arab di-introduced oleh adik saya, kami telah lama berhenti berkunjung ke al-Rawsha (rasanya dah lebih setahun pun). Dulu, asyik mencari2, lebih2 lagi bila selepas balik umrah (kat sana kan nasi Arabnya lagi best).

Sebenarnya mak n abah saya pandai memasak nasi Bukraha/ beriani gam, maklumlah nenek orang Batu Pahat. Dulu, selalulah mereka memasak untuk kenduri kahwin adik-beradik dan sedara-mara. Sekarang, hanya pada musim perayaan sahaja dan bila2 teringin. Tetapi saya sangat tak berminat nak belajar memasaknya, sebab leceh n banyak steps.

Berbalik kepada nasi Arab yang simple;

Menurut adik saya, prinsip utama nasi Arab ni adalah seperti masak sup daging je.
Lepas tu ditambah beras basmathi yg telah dibasuh dan pastikan sukatan air mencukupi.
Bunyinya memang senang kan(kecualilah kalau kita tak tau camne nak masak sup pulak :)

Ini pula resipi yang saya telah di-modified terhadap sup itu. Konsep 'simple' masih ada. Memandangkan haiwan kegemaran saya dan hubby adalah yang mengembek itu, maka yang di bawah ini adalah nasi Arab kambing (pilihlah bahagian ribs n kaki).

.
.
.

Step 1 paling penting
Baca Bismillah dan berdoa biar sedap dan cukup :)

Step 2 merebus kambing (kecuali kalau suka daging kambing yang liat :)
- Bahagian pilihan saya - ribs n kaki, dipotong sederhana besar. Kalau ribs tu, suruh potong selang 3-4 tulang.
- Kambing hendaklah dicuci dgn tepung gandum dan air
- Masukkan kambing itu ke dalam pressure cooker bersama air lebih kurang tenggelam sikit je kambing tu.
- Masukkan 3 sudu besar bawang putih blended (jangan kedekut ya) dan seketul sederhana/besar halia yg ditumbuk halus (bertujuan utk mengharumkan bau kambing yang .... itu, sehinggakan bila suami balik buka pintu rumah pun dah terliur dgn baunya yang semerbak)
- Make sure secure tutup betul2.
***kalau guna ayam rasanya tak yah le masuk pressure cooker, nanti hancur, rebus dalam periuk biasa sahaja.
- Setelah periuk itu mengeluarkan bunyi desing, sederhanakan api dan biarkan berlangsung selama 40-45 minit
- Tutup api dan release wap panas itu sebelum membuka periuk.

Intermission : sementara itu, bolehlah berehat menonton TV, bergaduh dgn anak, membaca suratkhabar, sembahyang atau membaca tafsir al-Quran

Step 3 beras
Basuh beras basmathi dan buang air sebanyak mungkin.
Untuk 2 kg kambing, saya biasanya guna 3-4 cawan penyukat beras tu je.
Basuh dalam periuk nasi je, tak yah guna banyak2 bekas (walaupun maid ada utk membantu :)

apa sahaja jenis beras basmathi boleh digunakan. Tapi kalau nak yang lebih cantik di mata, guna yang bersaiz extra-long macam yg ini. Apa2 pun, ada petua, rendam je beras tu utk setengah jam sebelum dicuci 'gently', memang dia akan mengembang dengan panjangnya.

Step 4 menyediakan barang2 menumis
Buka petiais dan cari barang2 ini;
(He he, check dulu n beli la di pasar dahulu ya)

- sebiji lemon (bukan limau purut atau limau kasturi atau buah oren)
- seikat kecil daun ketumbar (yang busuk tu, tapi penting utk nasi ni). Saya biasanya cuci dahulu lebihan daun ini, toskan, masuk dlm bekas dan simpan dalam freezer utk tahan lama. Bila nak pakai, terus ambik.
- 1-2 biji tomato yg dibelah 4-6
- sebiji bawang besar (merah) dipotong 8-12
- 1-2 sudu besar bawang goreng (buat sendiri n simpan, yang dijual di kedai tak semanis yang digoreng sendiri)
- segenggam kacang gajus, sebenarnya tak yah gajus pun tak pe
- 2 genggam kismis, yg ni elok diletak sebab kismis memang best dan berkhasiat serta tak le mahal sangat!
- i kiub ayam

Buka pula laci dan keluarkan rempah berikut;
- sedikit kayu manis
- sekuntum bunga lawang (sebenarnya 4-5 kelopak pun dah cukup)
- 5-7 biji cengkih
- 4-5 biji buah pelaga

Step 5 menumis dan taruh satu demi satu
- 2-3 sudu besar minyak sapi dipanaskan di dalam kuali
(berhati2 memilih jenama, maklumlah, ada kontroversi)
- masukkan kacang gajus dan goreng sehingga perang sedikit shj
- kdn masukkan kismis, pun kejap je
- then terus masukkan rempah 4 beradik tu, pun sekejap juga
- masukkan pula sesenduk dua air rebusan daging supaya tak hangus bahan gorengan tadi
- masukkan kiub ayam
- pindahkan ke dalam periuk nasi berisi beras tadi

Adegan "main masuk dan campak je" ke dalam periuk nasi
- masukkan air rebusan ikut sukatan beras, tapi saya biasanya lebihkan 1 sukatan ie kalau 4 cawan beras, masukkan 5 cawan air tu
- masukkan daun ketumbar
- ambil lemon, golekkan dulu sebelum dipotong dua, perahkan terus ke dalam periuk tadi(jangan masukkan bijinya)
- masukkan bawang besar dipotong, bawang goreng, tomato yang dipotong
- masukkan 1/2 sudu kecil garam halus (atau secukup rasa)
- kacau biar rata
- masukkan kambing di celah2


- Dah siap! Jgn lupa on suis periuk tu!

Melihat banyaknya isi drp beras, lebih sesuai dinamakan kambing arab masak nasi.


Hmm...sedapnya bau bila buka periuk. No colouring, all naturale

Selepas dimasak, inilah dia! Kalau nak kaler merah, tambah je sos spaghetti, tapi bukanlah nasi arab namanya


nasi Arab yang sesuka hatinya ditambah warna dgn sos Prego.


nak cantik, beli rusuk kambing. Suruh dia hiris selang 3-4 ribs, lepas tu potong separuh.


DIsebabkan resipi ni tak de sukatan tepat, tiap2 kali memasak, memang tak sama warna :)


Nasi Arab ini sedap dimakan begitu sahaja atau lebih sedap lagi dimakan bersama salad dan sos cili

Salad (courtesy dari kawan/patient saya yang lagi pandai memasak segala, thanks Natasha)
- timun jepun dipotong dadu
- tomato ceri dibelah dua (tomato biasa pun boleh, dipotong dadu)
- bawang besar dihiris
- yoghurt perasa natural sebanyak sesuka hati
- sedikit garam
- sedikit black pepper

salad - timun, epal hijau, tomato dan ditambah natural yoghurt, sedikit garam dan black pepper. Hubby suggested "cuba tambah grapes, mesti lagi sedap"


Hmm...bukan setakat tambah grapes, saya tambah biji delima (yg dari Spain ni bijinya boleh dimakan tau)...


....dan kiub nenas dlm tin dan strawberry serta epal


lama2 saya rasa ni bukan acar lagi tapi dah jadi fruit yoghurt pulak. Hubby's favourite (maklumlah, dia pernah duduk lama sangat kat negara omputeh itu), kena buat lebih sebab dia suka makan ini sahaja bila free.


Sos cili
- 3-4 biji cili merah
- 2 biji bawang putih
- sebiji tomato
- sedikit garam
- air secukupnya
- dimasukkan dalam blender dan dimesin halus


cili merah + bawang putih + tomato. The marriage between nasi Arab and this sauce membuatkan sepinggan nasi memang tak cukup.


Selamat mencuba! Tapi, jaga2 dgn kolesterol ya! Kalau masih normal, selepas ini, kita memasak...

...butter prawn!

dah lama sungguh tak memasak lauk ni. Tunggulah bila saya memasak semula n tulis dalam blog yg lagi satu tu dulu...

...bilalah agaknya laptop saya nak sihat semula?

17 comments:

  1. Adeh...lapor lak rasanya tengok entry ni.... Dr, can you give me access to your other blog? nina_afida@yahoo.com TQ...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    salam kenal. i rasa bertuah jumpa u online, thru suejoshua's blog. :)
    jarang jumpa doctors writing blog.
    :)

    ReplyDelete
  3. :)
    saja nak 'sharing is caring'

    ReplyDelete
  4. doc, saya suka la nasi arab bubuh kambing ni...dulu tak suka mkn kambing tapi my hubby suka dan sejak ikut my hubby posting ke bangladesh dulu selalu mkn terasa sedap pula...btw tq sharing doc..jemput singgah my blog..:)

    ReplyDelete
  5. Nieza - Added to my list pun. 2 out of 2 kawan Penang I pandai memasak. Agaknya mokcik2 kami di Melaka sibuk menyapu halaman rumah dahulu, ilmu memasak x sempat share :)

    ReplyDelete
  6. adoi....sedap nyer...terus nak mkn...dr ni teruja la saya tgk

    ReplyDelete
  7. ohoooooo..bukan sembarangan doktor ni...masak pon terer...anyway terliur sungguh tgk 'fruit yougurt' doktor tu...

    ReplyDelete
  8. Sue-imanja - (blushing2 malu :) tak yah la puji lebih2. Ikut mood jugak, dalam sebulan ni kekerapan memasak sangatlah jarang. Fruit yoghurt tu resipi patient-friend Sash namanya, bukalah blog dia 'when wifey talks' dlm bloglist I tu, dia lagi pandai memasak.

    ReplyDelete
  9. salam,
    saya tak makan kambing tp nasi tu nampak SANGGATTTTT la sedappppp...
    yogurt pun marvellous je!!

    nak blaja gak udang butter tu....
    nyum..nyum..
    add me please... chiquema@gmail.com

    ReplyDelete
  10. telah di-invited tapi resipi butter prawn tu belum di-posted dalam blog tu. Nanti bila I ada minat, I buat n post

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan Dr. Adilah.pls invite me ke blog Dr. yg satu lg tuh..dgr cam menarik jer..:)

    ReplyDelete
  12. Sinaran M - mana email add u?

    ReplyDelete
  13. salam dr..

    suka betul baca blog dr ni sementelah saya memang tengah dlm proses rawatan kesuburan..thnks 4 the infos yg dr share.

    btw, saya dah cuba nasi arab tu tuk dinner semalam, saya guna ayam, beras basmati pulak tkde kt umah guna beras biasa je..sedaplah amat walaupun mcm terlebih air sikit. takpe next time cuba lg tp pakai beras basmati..=)

    boleh masukkan sy dlm blog yg satu lg ke dr. tq
    asma2505@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Asma - senang kan masak nasi arab tu? tak yah buat lauk byk2 jenis pun. I dah invited u pun :)

    ReplyDelete
  15. Tengah cari topik berkenaan fertility tiba2 ternampak resipi dekat list kata kunci dr...ingat resipi apa tadi..hehe....Menariknya nasik arab dr tu.membuak2 pulak semangat untuk try memasak...

    btw, boleh ka saya nak baca juga blog dr yang satu lagi tu? add saya asyikinnam@gmail.com tu pun klu dr sudi memberi peluang kepada sayalah...hehehe

    ReplyDelete