Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 16 February 2011

Selingan : Mari Memasak : Terung goreng cili

Cuti sekolah nak datang lagi,
Iman ada agenda di -----,
Internet surfing - tiket, hotel dll (tak salah berangan),
Membuka blog2 lagi 2 tu...
Terjumpa pula masakan ini.


Terung goreng cili.

...terung goreng sambal di Restoran Melur, memang boleh dipuji2.


Cut-n-paste gambar ke blogsite sini,
Sementara nak tunggu 'lappy' saya n Iman sihat semula,
dan menulis semula,
Marilah kita berkongsi masakan pula.


Tak pernah pun memasak item itu sebelumnya,
Selalu ordered bila makan kat luar,
Sama ada kat warung2,
Ataupun yg kat high-end restaurant seperti di Bijan,
Until we went to Restoran Melur at Edgware Road,
Punyalah sedap.....sampai tergerak nak memasak.
(Sama ada betul2 sedap, ataupun sebab lauk2 lain tak sedap, atau sebab kami dah sangat lapar...baru sampai, tu sebab tak memasak)


Selang beberapa hari di sana,
Mencuba memasak,
Mmmmmm.....memang sama rasanya.

Balik sini,
Buat lagi,
Tapi tak sama la pulak,
A few lessons learnt :
- kena guna barang yang sama
- kena guna chopper, bukannya blender (tak nak halus sangat)
- tak leh campurkan cili merah dan hijau, kisar asing2

Bahan2nya;
- Jalapeno pepper (kat pasar TTDI ada ni)
- Cili merah
- Aubergine (atau terung panjang)
- Ikan bilis yg dibersihkan
- Kiub ayam
- Sedikit gula (err....suamiku tak kuat pedas)

aubergine aka terung tetapi besarrrr, cili pulak lebih kurang separuh saiz cili di Mesia tapi pedas...


Cara2nya
1. Hiris memanjang atau menyerong aubergine setebal 2cm, kemudian lumurkan sedikit garam halus pada aubergine (untuk mengelakkan minyak diserap terlalu banyak apabila menggoreng)
3. Goreng hirisan aubergine dengan sedikit minyak
4. Sementara itu, guna alat chopper n kisar jalapeno pepper tanpa sebarang air
5. Kisar cili merah pula (jangan kisar bersama, nanti warnanya tak cantik)
6. Panaskan kuali dgn secukup minyak
7. Masukkan ikan bilis
8. Apabila separuh garing, masukan cili merah dan hijau itu
9. Masukkan kiub ayam dan terung
10. Masukkan gula sejurus sebelum siap memasak


...terung goreng cili n ikan bilis, versi 'Mokcik'.


Marilah memasak lauk baru,
Seperti biasa, silalah tambah/komen/kongsi pendapat utk memperbaikinya.
Saya pun dah muak asyik2 asam pedas sahaja.
Baru2 ni tried : chocolate croissant pudding (macam itu Masterchef Australia's Callum pya), puaslah mencari chocolate croissant kat bakery.
Nanti saya share resipi2 lain,
Sehinggalah laptopku sihat.

3 comments:

  1. sedaaaap naaaaaa! makan dgn nasik panas2 beserta cuaca yang sejuk2. ha ha.

    ReplyDelete
  2. salam,
    Dr. ada kat ner masa jadi chef terung goreng cili ni? macam bkn d m'sia jer...

    ReplyDelete
  3. pandai pun teka - di Land of Hope and Glory (dia punya national anthem)

    ReplyDelete