Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 2 January 2011

OHSS

winter evening in Paris


Sebagai makluman dan panduan, bukan mengkritik, bukan untuk menggantikan pandangan/nasihat doktor anda.

Apa yang anda perlu tahu mengenai OHSS?

Apa itu OHSS?
Ovarian Hyperstimulation Syndrome.
Kesan negatif yang berpunca daripada bahan2 kimia yang dikeluarkan oleh ovari terlebih dirangsang ini.

Siapa boleh dapat OHSS?
Sesiapa sahaja wanita yang mengambil ubat rangsangan kesuburan, terutamanya dalam rawatan IVF (sebab yang menjalani IVF biasanya ambil ubat kesuburan lebih).
Tetapi sebenarnya boleh berlaku dalam mana2 wanita yang mengambil ubat kesuburan, bukan sahaja ubat kesuburan jenis suntikan FSH sahaja malah yang ambil pil Clomiphene pun boleh dapat OHSS, tak kiralah, yang planned for IVF atau IUI atau intercourse cycle. Also, be mindful, ada juga produk kesihatan dipasaran yang merangsang kesuburan kerana mungkin ada ubat kesuburan di dalamnya (kalau tak, camne boleh dapat kembar?).

Dah tau ubat kesuburan boleh dapat OHSS, kenapa Dr bagi?
Ubat kesuburan boleh merangsang ovari menghasilkan lebih daripada satu kantung/folikel telur matang nanti. Jadi, bolehlah dapat banyak ie lebih daripada satu telur, maka peluang pregnen lagi tinggi.

Kalau tak nak ambil ubat kesuburan langsung pun boleh jugak. Ini dipanggil unstimulated cycle. Cuma, mungkin dapat satu kantung telur matang, mungkin tak de langsung. Rugilah rasanya kalau bayar ribu-ribu RM untuk prosedur sedut telur (OPU) tetapi kena bergantung nasib kepada folikel yang satu itu, kalau dalam folikel tu tak de telur lagilah rugi kan? Bayi IVF pertama, Louis Brown pun sebenarnya dari unstimulated IVF cycle.

Dr akan monitor kesan ubat kesuburan ini, bukan setakat nak tahu berkesan ke tidak, tetapi nak juga tengok sama ada dapat komplikasi OHHSS ni atau tidak.

Apa yang sebenarnya berlaku dalam OHSS?
Ovari yang membesar (sebab dirangsang) akan mengeluarkan bahan kimia yang memasuki aliran darah dan menjadikan salurdarah "bocor" sehingga cecair di dalam aliran darah ini mula mengalir keluar daripadanya dan memasuki ruang bahagian lain badan. Maka, kesan negatif yang berlaku adalah kesan daripada salurdarah bocor iaitu kesan pengumpulan cecair ini diruang tersebut dan akibat kehilangan secair ini ke atas aliran darah. Bahagian yang dimasuki cecair akan mengalami kesesakan, manakala salurdarah yang kehilangan cecair akan menjadi pekat sehingga darah membeku menjadi ketulan2 yang dipanggil thrombosis.

Siapa yang berisiko dapat OHSS?
1. SESIAPA SAHAJA yang mengambil ubat kesuburan
tetapi yang lazimnya lebih berisiko adalah;
2. PCOS terutamanya yang kurus/bersaiz kecil
3. lebih muda
4. pregnant

Apa peringkat OHSS?
Ada beberapa sistem grouping:
1. mild/moderate/severe
2. grades 1/2/3/4/5/6

Mild OHSS is quite common (1 in 3 patients) but moderate is less at about 5% but can still be treated as outpatient. Severe OHSS can affect the kidneys, liver, lungs, heart etc and can cause death. Mild cases can become worse especially when the patient is pregnant (the effect of hCG hormone)

Biarlah Dr2 je yang tahu pasal ni. Susah nak hafal ni kecuali yg ada photographic memory.
Yg lebih penting adalah mengenalpasti apakah tanda2 OHSS (tanpa anda sendiri membuat diagnosis peringkat apa) dan menghubungi/ membuat aduan kepada Dr anda jika ada mengalami tanda2 ini. Setalah itu, biarlah Dr anda membuat penilaian dan memberikan rawatan bersesuaian (jika perlu) ataupun berkata kepada anda;

"Oh tak pe, ini kategori mild sahaja. Tetapi kena....bla bla bla (dgn nasihat yang panjang lebar)..." Maknanya kena terus monitor dan update kat dia.

TANDA-TANDANYA IALAH:

1. 'perut' kembung, keras, tak selesa; dalam apapun kategori keterukannya dan semakin teruk mungkin sehingga sakit dan asyik loya/muntah (sebeb ruang abdomen dah makin kembung dengan cecair dari dalam salurdarah, ini dinamakan ascites).
2. haus, kurang membuang air kecil dan air kencing pekat, tidak bermaya (tanda2 dehidrasi). So, kenalah rajin2 tengok warna air kencing dalam toilet bowl tu sebelum dijirus air.
3. mengah, sukar bernafas (cecair dah memasuki ruang pernafasan ie hydrothorax)
4. betis bengkak, kemerahan,sakit dan bila dipegang terasa panas (tanda2 darah beku dah terbentuk dalam betis sebab darah dah 'pekat' kan)

Janganlah tunggu sampai dah teruk eg sakit perut dah tak leh tahan atau dah susah nafas baru nak datang bagitau Dr.

5. ada weighing scale? Timbanglah berat badan setiap pagi. Kalau makin meningkat, baagitau Dr
6. ada measuring tape? Ukurlah ukurlilit pinggang (pada tanda yang sama tau) setiap hari dan bagitau Dr jika ada perubahan.

Biasanya bila simptom makin teruk atau bila dah dapat simptom severe OHSS, baru kena masuk hospital and Dr akan monitor perkara 5 dan 6. Kalau mild or moderate, lazimnya tak perlu, tapi kalau ada alat penimbang n tape tu kat rumah, apa salahnya buat kan?

Semantara itu, anda bolehlah mengambil langkah2 berikut:
- minum air mencukupi, but not in excess, maybe dalam 2L sehari tapi jangan sampai lebih drp 3L tau.
- kalau nak ubat tahan sakit, ambil yang ada paracetamol sahaja. Pain killer jenis anti-inflammatory boleh menerukkan buah pinggang, so kena elakkan.
- no SEX or physical activity/exercise yg lebih2, takut ovari yang besar tu twisted pada tangkainya
- rajin2 gerakkan/goyang kaki (muscular activity oleh tolong gerakkan aliran darah n kurangkan risiko darah beku)


Have faith...InsyaAllah.

20 comments:

  1. Ya Allah Dr..hampir menangis sy baca pasal OHSS ni..sy mengalaminya hujung bulan 6 tahun lepas..been warded for 11 days..Allah sj yg tahu perasaan masa tu..skrg sy jadi fobia utk buat treatment..harap dpt consult dgn Dr..

    ReplyDelete
  2. I'm sure it was unintentional. Next time, kena bagitau mana2 Dr yg merawat U that u had had OHSS before, sebagai langkah berjaga2 nak elak berulang.
    Cikgu I kat Jerman tu ajar guna FSH dlm dos yg lebih rendah drp yg most Drs kat sini practice, eg kalau di bawah 35 thn, mula dgn 150 IU setiap hari. Kat sana, rules lagi ketat and every IVF case masuk dlm registry peringkat national dan audited.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Dr. baru hari ni saya tau pasal OHSS ni..tq for your infomation dr...actually saya tgh buat treatment iui dgn dr. pakar di Finland ni dan last month dh buat 1st iui but not succesful and this month we try for the 2nd treatment for iui again. Dr sini cuma bg ubat injection hanya 50iu jer setiap hari..selama 2 weeks juga saya inject baru doc increase dos ke 75iu...w/pun ubat dlm dos yg sikit tapi saya masih rasa kesan-kesan OHSS spt yg dr jelaskan ni. btw tq for sharing dr..:)

    ReplyDelete
  4. DR, saya sedang menjalani rawatan lucrin selepas laparoscopy, bercadang untuk mengandung selepas selesai rawatan samada natural atau ivf. Setahu saya, pengambilan folik asid baik diambil seawal 3 bulan, bolehkah saya mengambilnya semasa rawatn lucrin ini?
    TQ

    ReplyDelete
  5. Boleh saja. Asid folik ialah sejenis vitamin B. Penuh kebaikan utk menurunkan risiko kecacatan otak n saraf tunjang baby eg kecacatan anencephaly. Asid folik bukan ubat subur.

    ReplyDelete
  6. Tetapi I'm sure doktor u dah beri peringatan kena guna precaution jangan bagi pregnant sewaktu dalam tempoh rawatan lucrin sbb dikhuatiri boleh mengakibatkan keabnormalan janin. Usually I suruh husband patient I guna kondom EVERY time

    ReplyDelete
  7. DR,

    Saya akan ambil second lucrin tak lama lagi.
    Sebelum lucrin pertama/selepas laparoscopy, saya bleeding on day 29 sehari saja with fresh blood then selepas lucrin pertama saya bleeding on day 23 1 1/2 hari with fresh blood & brown, both times with minimal quantity.
    My Q, is this ok or to be worried? Is my ovary/hormone already resting selepas laparoscopy? TQ

    ReplyDelete
  8. Areina - ada buat DD&C sekali masa laparoscopy tu ke? Berapa hari selang dr tu dapat lucrin pertama? Lepas lucrin pertama, haid memang lain macam sikit. Lepas lucrin kedua, tak patut ada haid langsung. Peringatan penting - kena guna pencegah kehamilan eg kondom sewaktu tempoh rawatan lucrin sebab ia berisiko menyebabkan kecacatan bayi kalau ter-pregnen masa tu

    ReplyDelete
  9. Dr tak buat DnC, just hysteroscopy. But Dr ada usik ovary, mungkinkah sebab itu hormon saya rendah then bleeding jadi tak banyak?
    Sebelum lucrin pertama, bleeding hari ke 29 for one day, lepas lucrin pertaman bleeding hari ke 23 for 1 and a half day. Now dah ambil second lucrin. Today is day 16 after last bleeding tu.
    Should be no more bleeding until habis injections kan? Confirm tak pregnant sbb dr ada scan abdomen and dinding tak tebal.
    TQ

    ReplyDelete
  10. Salaam Dr. Adilah. I am so glad I found your blog. I am a 41 yr old Muslim mother of 3 kids and is currently 24 wks pregnant with my 4th who is diagnosed anencephalic at 17 weeks gestation. We have decided to carry to full term (or until the baby decide to come out, if earlier). I also have GDM, MGTT 7.6/12.8 & BSP 6.8/7.0/7,2/7.3 and have recently initiated insulin. We understand the risks involved. The doctors at HUKM is not really supportive of our decision and keep asking us to terminate. My baby is now 440g & I have kept my weight and sugar under control. Please, we need your advice. Should I go to other hospital who has more experience in handling anencephalic pregnancy/labour/delivery?

    ReplyDelete
  11. Pootz in Boots - may I enquire further?
    - what dosage of Insulin r u on now?
    - are there any other abnormal findings in your baby (apart from anencephaly, since you have diabetes) ?
    - what r the risks told to you?

    Whatever the decision patients make, we doctors would always respect it. The decision is always yours, no doctor can act otherwise. Perhaps the doctors in HUKM felt that it's easier to handle the delivery now than later on. The shape of the baby's head may not fit comfortably in your pelvis, hence your baby might no be in normal position (breech or in transverse lie) and this might cause you to undergo Caesarean section.

    It is best that you get consultation/explanation/care from a feto-maternal O&G sub-specialist. There are a few in HUKM itself, you may want to see the consultant at HUKM private centre (UKM specialist centre) on the 7th floor.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum Dr,

    Saya baru saja menjalani rawatan ICSI di LPPKN, selepas OPU pd hari Ahad (29/5) sy mengalami perut yg tegang sehinggalah slps ET (1/6). Adakah ini tanda2 OHSS? Selain itu, apakah supplement@makanan yg sesuai dimakan selepas ET bagi memastikan embrio terus berkembang dgn sempurna? Apa juga pantang larangnya?

    Sekian, terima kasih.

    Misszulaiha

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Dr,
    ooo saya kena OHSS rupanya. thanx for the info.
    I'm in day 20 of my IUI. Msa first week after procedure, memang saya mengalami simptom2 yang dr nyatakan di atas tadi. i tot it's just normal. Paling teruk jadi time my birthday pulak tu. sigh... and then after day 6-7 of the procedure i get slightly brown spotting then sakit2 perut, sesak nafas dan loya tu beransur2 hilang. Right now saya sedang ambil uterogestan dan duphaston and praying really hard for a success....insyaallah. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...ada apa2 update? OHSS tahap apa? Mild OHSS emang common bila ambil ubat subur.

      Delete
  14. As'kum.. Dr. Sy rse, sy mcm dh kene OHSS tu la...tp td bru sy jmpe dr. Tp sy bce ni, lps sy jmpe dr...abis, mcm mane sy nk cek ni ye??? Sy mkn clomid 2 cycle saje, skg, xdtg period lg dh...cek, tp x prgnt pulak... Mcm mane ni dr??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dtg check semula, utk confirmkan betul ke tidak dapat OHSS. Scan n ujian darah. Jarang sangat Clomiphene menyebabkan OHSS, sebab biasanya ada 2-3 sahaja telur besar dengan clomiphene.

      Delete
    2. Tp dr dh scan, xde ckp pe2 pon...klu scan, dia akan nmpk mcm mane ye dr.???

      Delete
    3. 1. ovari membengkak, boleh sampai lebih 10cm.
      2. ada air berkumpul dalam ruang abdomen (ascites)

      Delete
  15. Hi doctor,saya mempunyai anak 3orang yg hidup dan pernah d&c sebanyak 3kali kerana tertinggal mkn perancang.pendek cerita,saya seorang yang subur. Masalah saya ialah,saya teringin nak kehamilan kembar,jadi apakah saya perlu mengambil dose clomid 50mg sehari atau 100mg sehari,jika inginkan kembar.apakah risiko OHSS ini akan terjd kpd saya?

    ReplyDelete
  16. Salam doc.saya sakit bhgian blkg bawah dlm 2 3 mggu ni..xslalu tp kdg2 dtg..saya dah hri ken5 periid tp period saya lewat 2mggu..flow darah cm biasa.ada kaitan dgn gynae ke doc?

    ReplyDelete