Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 25 March 2010

Endometriosis


I love the lighting effect by adding wooden beams (hidden fr the view) below the ceiling lamp. Our corridor tepi tangga n courtyard.



Apa itu endometriosis?
- kehadiran tisu menyerupai endometrium di lokasi lain dari sepatutnya
- endometrium pula adalah tisu yang membentuk lapisan terdalam dinding rahim. Endometrium membentuk tempat perlekatan janin (jika ada persenyawaan). Jika kehamilan tidak berlaku, endometrium akan bercerai dari dinding rahim yang lain dan membentuk haid.


Apa puncanya?
- pebagai teori
- most popular theory - retrograde menstruation (darah haid memasuki tiub falopian dan tumpah ke dalam ruang pelvis, kemudiannya "hidup" mengikut hormon pusingan haid dan lama kelamaan menjadi semakin teruk), walhal sepatutnya semua darah haid ini turun ke faraj


Apa kesan endometriosis kepada seseorang?
-ramai yang tiada simptom
ada yang mengalami 1 atau lebih daripada simptom-simptom ini:
- senggugut (dysmenorrhoea) pelbagai tahap (tiada kaitan dengan tahap endometriosis, ie jika senggugut sedikit sahaja tidak bermakna endometriosis juga sedikit sahaja. Sebaliknya jika senggugut teruk, tidak semestinya bermakna endometriosis juga teruk)
- sakit ketika hubungan seks (dyspareunia)
- masalah kesuburan (terutama apabila ia mencacatkan laluan tiub falopian) atau merosakkan ovari
- bengkak abdomen seperti ada ketulan (ovarian endometriotic cyst yang besar)


Apakah kaitan endometriosis dengan kesuburan?
- kajian mendapati lebih ramai wanita dengan endometriosiis peringkat III dan IV mempunyai masalah kesuburan berbanding wanita sihat.
- bagi endometriosis peringkat I dan II, ia tiada kitan dengan gangguan kesuburan


Nama lain endometriosis?
- endometriosis adalah nama am
- apabila endometriosis membentuk ketulan di dalam dinding otot rahim, ia dinamakan ADENOMYOSIS
- apabila endometriosis membentuk cyst di dalam ovari, ia dinamakan ENDOMETRIOMA endometrioma (yang juga disebut chocolate cyst atau endometriotic cyst)
- di tempat2 lain, endometriosis tiada nama khusus, hanya guna nama endometriosis sahaja


Jangan keliru dengan endometritis (peradangan akibat jangkitan kuman di dalam ruang rahim)


Bagaimanakah mendiagnosis endometriosis?
- diagnosis sah hanyalah secara "direct visualization" sama ada secara pembedahan laparoskopi diagnostik atau secara laparotomi
- walau bagaimanapun, diagnosis provisonal boleh disyakki melalui pemeriksaan fizikal (ketulan, cervix deviated to one side), ultrasound trans-vaginal (rahim retroverted/terbalik atau senget, ovari - cyst, position not in place), fluid collection during menstruation (most probably menstrual blood)


So, anda boleh mengesyakki diri anda mempunyai endometriosis jika:
- anda mempunyai senggugut, atau
- anda mengalami sakit ketika hubungan seks, atau
- anda mempunyai masalah kesuburan, atau
- anda berasa perut membengkak, atau
- anda mempunyai kakak atau ibu dengan petanda yang sama (endometriosis boleh bersifat keturunan)


Pembedahan merawat endometriosis bagi wanita yang mengalami gangguan kesuburan adalah suatu seni yang subjektif. Ia perlu dilakukan secara berhati-hati, penuh kesabaran tanpa mementingkan masa, serta tidak mengakibatkan lebih keburukan terutamanya kepada ovari yang mengandungi bekalan benih telur yang tidak akan bertambah lagi pada sepanjang hayat wanita.


Setelah cyst pada ovary dibuang, permukaan yang luka dan kadangkala berdarah) itu perlu diberi perhatian dalam menghentikan pendarahan, tidak perlu tergesa-gesa dengan kerap mengenakan arus elektrik (diathermy) yang boleh memberi "heat trauma" dan merosakkan tisu ovari yang masih sihat. Teknik seperti tekapan (mengenakan tekanan) ke atas pendarahan tersebut dan jahitan adalah teknik-teknik yang bersifat less traumatic. Doktor sepatutnya memberi lebih perhatian dalam hal ini, terutamanya bagi wanita yang masih menginginkan kehamilan.