Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 9 December 2010

Sharing is caring



This is the do'a that a patient-friend taught me.
They made a request that I recite this do'a before performing the procedure.
I also made them taught me the meaning of the do'a;


"Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillah
Al-ladzi la yadhurru ma'asmihi syai-un fil-ardhi wa la fis-ssama'
Wa hua as-sami' al-'alim"


In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate.
In the name of Allah.
There is no harm/bad thing (that can happen) on His Name, be it on this earth nor in the sky,
and He is All-Listening, All-knowing.


Dengan mama Allah yang Maha Pemurah Maha Mengasihani
Dengan nama Allah
Tiada kejahatan/keburukan (yang boleh berlaku) di atas NamaNya sama ada di mukabumi mahupun di langit
dan Dialah Maha Mendengar Maha Mengetahui.


Let us impart knowledge, even it be one sentence....

12 comments:

  1. Saya baru je amal doa ni selepas ke website darussyifa. Saya amal untuk keselamatan diri since saya ni selalu jalan kaki. Rupanya byk lg kebaikan mengamalkannya.

    TQ Dr Adilah sbb share.

    ReplyDelete
  2. doa ni sebaik2 nya baca 3x waktu pagi & 3x waktu petang.. insyaallah ALLAH lindungi kita dari musibah, amiin.

    ReplyDelete
  3. Oooo...Kak Hajjah dah tau doa' ni lupa nak share dgn kita ya...

    ReplyDelete
  4. Salam Dr & Semua...
    Rasa nak share sikit knowledge ttg doa ni...doa ni dipanggil AYAT PENGGERAK yang sangat wajar diamalkan di zaman ini. seperti kata "tekasiapa" doa ini sebaiknya diamalkan 3x pagi & 3x ptg sbb Rasulullah SAW mengajarkan kpd umatnya satu doa yang jika dibaca 3x pd waktu pagi & 3x pd waktu ptg maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Antara kebaikan beramal dgn doa ini:
    1) Terhindar daripada bahaya [ baca 7x]
    2) Terhindar dpd kemudaratan makanan [baca 3x]
    3) Terhindar dpd sihir
    4) Terhindar dr gangguan makhluk halus [ baca 3x b4 masuk rumah dan diludah sebelah kiri & kanan]

    Wallahu'alam sekadar berkongsi apa yang saya pernah baca.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr,
    Saya ada satu soalan nak minta Dr terangkan berkenaan dgn vaksin HPV yang digalakkan kepada para wanita dan remaja wanita untuk mengambilnya. Mungkin Dr boleh buat satu entry baru mengenainya, kebaikan dan keburukan kepada yang mengambilnya. Ini kerana saya ada terbaca di satu blog seorang Doktor yang tak menggalakkan untuk mengambil vaksin ini.Dan saya ada juga terbaca sekiranya kita bukan pengamal seks bebas tak perlu mengambilnya dan semua ini adalah agenda yahudi untuk 'memusnahkan' umat manusia. Minta Dr terangkan dari sudut perubatan dan pandangan Dr tentang ini ye. Tq

    ReplyDelete
  6. Seronok tahu ramai kawan yang caring sharing ni :)
    Nazriyah - pasal HPV vacc ni, nanti saya kupas sikit2 ya

    ReplyDelete
  7. rasanya kalau tak salah ayat ni dari bismillah 5 yang elok diamalkan.

    ReplyDelete
  8. mak/abah ada ajar la ayat ni dulu. nanti balik gi tanya abah ayat2 Bismillah tu..

    lagi satu, doa Nabi Yunus dalam perut ikan, amalkan tak? tu pun bagus tu.. masa kita dalam kesusahan, insyaallah, ALLAH lapangkan dari kesempitan. Kalau rasa suspen masa nak belah2/cucuk2/godek2 patient (haha), baca la..

    "Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka inni kuntu minaz zolimin"

    ReplyDelete
  9. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

    • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

    • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

    ReplyDelete
  10. Wan - Terima kasih sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
  11. tolong betulkan part "ma'asmuhu" menjadi "ma'asmihi" ikut hukum nahu(jar wa majrur):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Doa ini diajar oleh seorang pesakit saya dr Timur Tgh. Baru tadi, seorang lagi pesakit dr Timur Tgh yg bersetuju dgn pembetulan anda. Tq for sharing :)

      Delete