Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 19 November 2010

Pap smear

Inilah rupa 'plastic brush' yang digunakan untuk menyapu secara lembut ke atas permukaan lubang  serviks. Cuba sentuh berus botol susu budak2 tu kat tangan, tak sakit pun kan? 2-3 sapu dah cukup untuk mendapatkan contoh sel-sel.
Pap smear pakai berus atas tu. A more accurate assessment is via Thin prep solution using the brush below (of course, more expensive). But, Pap smear is good enough.


Siapa yang pernah buat Pap smear?

Siapa yang perlu buat Pap smear?
- Sesiapa (wanita ya) sahaja yang telah pernah lakukan hubungan seks penetratif

Saya belum pernah bersalin, jadi tak payah buat Pap smear.
- Siapa kata?

Saya baru ambil vaksin HPV, kena ke buat Pap smear lagi?
- Ya semestinya! 

Takutlah nak buat
- Ish! Bukannya sakit pun, bukannya kena potong apa2 pun. Ambil darah lagi sakit tau.


Pap smear
-as named by the person who invented it (Mr Papaniculao). Thanks to him, with Pap smear (and of course, the necessary treatment), cervical cancer can be prevented.

How does Pap smear prevent cervical cancer?
The explanation goes like this...
- Pap smear can detect abnormality in the cervical cells.
- When dyskariosis is detected, women are further subjected to a more definitive test via colposcopic assessment.
- During colposcopy, visualization of the cervical surface is magnified enabling the Dr to identify suspicious area/s (which can be made clearer using certain solution eg acetic acid). The Dr then will take a biopsy of this area and this tissue will be sent for histologic confirmation. Only then, the pre-cancerous lesion is confirmed.
- The pre-cancerous lesion is named CIN (carcinoma intra-epithelial neoplasia). In grades I, II and III these (especially CIN III) may predispose women to cervical cancer within 10-15 years if left untreated. 
- but if treated accordingly, it will prevent CIN from progressing into carcinoma/cancer.
- senang kan?

Apa lagi kelebihan Pap smear?
- murah (free kat klinik kerajaan n kempen2 kesihatan)
- mudah (out-patient je, tak yah masuk wad pun n tak yah ambil MC)
- tak sakit (cuma kena tahan masuk spekulum dalam faraj SAHAJA). Kalau tak masuk spekulum, macamana nak tengok serviks kat hujung faraj tu kan?

Kalau tak nak buat jugak?
Nak buat macamana, Dr tak boleh paksa.....

Mintak2 tak dapat kanser serviks (nanti kaya husband saya, Dr gynae cancer tu).
Sebab kalau dapat kanser walaupun sebesar 1cm, kena operate.
Major case tau : buang serviks, rahim, tiub falopian kanan kiri, dinding tepi, sebahagian faraj
Saya sendiri tak pandai buat.
Kalau dah stage 2b ke atas- dah tak sesuai surgery, kena radiotherapy pula.

When compared,
- in Malaysian women, cervical cancer is just second to breast cancer
- in developed countries, this is not the case. With effective cervical screening programme, the rate of cervical cancer has dropped so much that it is only no 8-9th commonest cancer in women.
- ???
- We Muslims (with single partner) vs them with history of multiple sexual partners and early sexual exposure (cervical cancer is closely related to sexual activity, but?)


Fikir-fikirkanlah...
Jom buat Pap smear!

11 comments:

  1. doc, rase macam HSG jugak ke? just wondering kenape sakit sangat hari tu..

    ReplyDelete
  2. Oh tidak sama sekali. Maybe uterine instrument yg digunakan dlm HSG u tu besar for your cervix kot.

    ReplyDelete
  3. how often do we have to do it?

    ReplyDelete
  4. pijah - kalau kali pertama keputusannya normal, kena buat lagi tahun berikutnya (sbb nak ensure tak ter-miss 'false negative' result). Selepas itu, kalau dua2 kali result normal, memadilah buat setiap 3 tahun sampailah umur 65 tahun. Ini kalau ikut saranan KKM. Tapi, kalau nak buat secara swasta, tiap2 tahun pun boleh :), lagipun bukannya mahal sangat. Yg high risk eloklah buat sekurang2nya setahun sekali atau 6 bulan sekali.

    ReplyDelete
  5. DR, My first time Pap Smear done by you last year in June 2009, nak proceed lagi tahun ini but sampai sekarang belum lagi..heard DR only focus on fertility treatment nowadays, still conduct pap smear tak? Thinking of going back to you..boleh?

    ReplyDelete
  6. areina - Pap smear I buat, meh la, jap je tu. Yg I pause sekarang cuma kes bersalin sbb nak ensure ada time utk anak n tak nak sibuk lepas office hr.

    ReplyDelete
  7. Salam Dr..
    I'd done my Pap Smear test few month ago and the result was normal. Then the Dr Said to repeat the test following year.
    Then few days ago, sy ada buat blood test just to makesure that I'm in the best condition of health (sy buat blood test ni sbb sy demam, batuk & selsema almost 2 weeks tak baik2 lagi. But the result not receive yet)
    So my question, from blood test result, boleh detect ke sbrg kanser yang berlaku di sekitar rahim? Tq Dr.

    ReplyDelete
  8. ada cancer/tumour markers dlm blood test - CEA, Ca125 dan alpha-fetoprotein. Tapi tak le conclusive sangat especially kalau scan pelvis tak nampak apa2. U x ckp pun umur u, biasanya untuk screening kesihatan yg muda2 ni - physical examination, pap smear, pelvic ultrasound, blood test, breast ultrasound.

    ReplyDelete
  9. DR, one religious Q to confirm, after procedure melibatkan seperti TransVaginal Scan,HSG, OPU/ET,ataupun pap smear etc,sama seperti IUI which we have to mandi wajib after that?
    TQ

    ReplyDelete
  10. Areina - no no no. Tak perlu. Mandi wajib lepas IUI sebab yg dimasukkan tu sperma yg mungkin masih ada sedikit air mani lagi. Prosedur lain tak de melibatkan air mani. Lepas embryo transfer pun tak yah mandi wajib.

    ReplyDelete
  11. salam..
    Dr, bleh trangkan dengan jelas prosedure thin prep?..

    ReplyDelete