Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 14 October 2010

The kissing ovaries

Hari ini kita belajar suatu perkara "kecil" tetapi penting.

KISSING OVARIES

Pernah dengar istilah ini?
Kami Dr2 je yg bagi nickname ni.

Bagaimanakah rupanya kissing ovaries?


Haa....inilah yg dinamakan "kissing ovaries".
Dalam satu screen view, boleh kelihatan kedua-dua ovari, bersentuhan lagi.
Lokasi ovari tu betul2 di atas selepas dinding vagina (sepatutnya begitu pun).


Tetapi yg ni pula bukan kissing ovaries berpenyakit tau.
Ovari2 ni besar sbb tgh dirangsang utk IVF,
kantung2 telur tgh banyak yg besar tu,
membesar sehinggakan bersentuhan dgn ovari lagi satu,
bukanlah kissing sebenar :)


Kenapa boleh jadi macam tu ek?

Biasa2nyalah....sebab endometriosis
Bleeding tisu endometriosis tu kan bersifat melekit2
Maka bukan setakat ovari2nya shj yang melekat sesama sendiri, tak mustahil surrounding organs yg lain pun turut melekat

Satu lagi possible reason...melekat sebab infection (PID)
Tapi untuk Muslim couples yg sepatutnya setia kepada pasangan ie tidak mempunyai berbilangan pasangan seks, penyebab ini jaranglah menjadi puncanya
Wallahua'lam

Ingat lagi sekali
Bila tgk2 monitor scan doktor tu
Dalam pemeriksaan secara TVS (trans-vaginal scan);
Di tengah2 patut ada uterus sahaja,

Bila Dr halakan hujung scan probe ke kanan anda (masih dalam vagina)
Ovari kanan akan kelihatan betul2 di hujung atas scan probe (hanya terpisah oleh dinding vagina sahaja)
Di tepi atas ovari pula akan kelihatan salurdarah pelvis

Begitu juga sebaliknya di kiri

Ovari yg ni (sebelah kiri tak le kissing tetapi lokasinya JAUH ke atas daripada dinding vagina, sehinggakan ternampak sebahagian uterus.


Scan probe diletak di tengah2,
kelihatan uterus dalam axis sebenar, tetapi pada masa yg sama kelihatan satu ovari di belakangnya.
Dapat disimpulkan, ovari ini tidak berada di kedudukan sebenar (tidak sepatutnya di tengah2).
(maklumat tambahan, secara kebetulan, pt ni ada endometrial polyp)


Melihat imej ultrasound ini memerlukan kepakaran yang membuatnya,
Sama seperti mencari gambar tersembunyi,
Gambarnya dan maklumat sebenarnya ada terpampang,
Cuma terpulang kepada mata operator yang melihat untuk mengesannya,
dan CPU motherboard di dalam jumjumatunnya utk menganalisa data,
Jika tidak, beli mesin yg RM 500K pun sia2 sahaja.

Saya biasanya "ajar" patient2 saya melihat imej scan pada monitor,
Berkongsi ilmu dan memberitahu yg benar,
Lama2, patient saya pun dah tau,
Bila saya mula scan, sebelum saya buka mulut, mereka dah bagi running commentary :)
Rasa macam kat dalam kelas pulak.
Pandai sungguh patient2 saya ni.
Sedangkan saya berbelas2 tahun nak belajar jadi Dr ni tau.
Maklumlah, mereka masih muda dan generasi cyber n elektronik.

Saya selalu berseloroh dgn mereka,
"Kalau dah pandai tgk scan macam ni, U je la buat sendiri"

6 comments:

  1. Yu ajar Ai vaginal scan bolehhh...
    :)
    .
    .

    ReplyDelete
  2. DrSinga- boley saja, FOC di dunia. Sbb dlm hadith pd footnote al-Quran saya ada ditulis :

    "When carried to his grave, a dead person is followed by three, two of which return and one remains with him: his relatives, his property and his deeds follow him, relatives and his property return back while his deeds remain with him".

    TETAPI dgn syarat utama bg menjaga hati suamiku- mestilah pompuan yg sahih XX.

    DAN harus diketahui yg saya tak pernah pergi d formal advanced USG course. Ilmu2 USG ini diturunkan oleh senior2 n lecturer2 UKM n Cikgu di Hamburg itu.

    DAN ilmu yg diajar ini MESTILAH dikongsi bersama rakan2 Dr yg lain ya...

    ReplyDelete
  3. psst Dilla..
    ni aku lah..
    Izat Dublin.....

    :)

    ReplyDelete
  4. DrSinga - Izatol Muor yg selalu senyum tu? Tang mana Singa nye? :)
    Oi! Meh dtg rumah, berbual2, berbelas tahun tak jumpa...

    ReplyDelete
  5. salam dr....

    invite me ye to the other blog...wan_isme@yahoo.com

    tq - sania

    ReplyDelete