Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 1 October 2010

Controlled ovarian stimulation

Apabila Dr bagi ubat subur,
Pil itu sebenarnya diharapkan dapat membanyakkan telur matang.

Macamana nak tahu telur kita dah matang ya?
Susah sebenarnya nak tengok/cari telur dalam ovari tu,
Sebab telur tu kecil sangat.
Pada mata kasar, telur tu hanya sebesar hujung/mata ballpen je.
Cuba tekan mata pen tu atas kertas,
Haa...kecik itu sahaja.
(Bayangkan sperma yang jauh berganda2 kecilnya, hanya nampak ikut mikroskop je)

Tapi kita boleh tengok kantung telur dan air di dalamnya,
Harap2 biarlah ada telur di dalam kantung itu,
Kadang2 kantung tu sebenarnya kosong sebab dibawa ke hadapan dari bulan2 yg lepas.
Pernah terjumpa "empty follicle syndrome" atau EFS dlm internet?
Pernah terdengar PCOS?

Kantung tu lah folikel ovari,
Di dalamnya ada fluid dan ovum.

Saya selalu beri pil yang mengandungi clomiphene citrate dahulu,
Atas dua sebab penting,
Murah dan mudah!
Walaupun saya sedar dia ada potential negative effect pada lapisan dalam rahim (endometrium).
Dinding itu boleh jadi nipis dan kurang sesuai untuk implantasi embrio.
Rugi...
Alangkah bertuahnya kalau suntikan kesuburan yg mengandungi FSH itu murah atau mahal sikit je
Macam tu, semua patient saya akan bagi suntikan FSH
Sebab tak de kesan negatif pada endometrium.

Clomiphene citrate
Saya biasanya mulakan sebanyak 50mg (sebiji) atau 100mg (2 biji) bergantung kepada patient dan kes,
Hanya untuk 5 hari sahaja,
Sama ada mula Day2 atau Day3 atau Day4 atau Day5 bergantung kepada panjangnya cycle pt itu.
Rarely saya akan bagi 150mg (3 biji) utk 5 hari,
Yg ni boleh kira dengan jari tangan sepanjang saya bekerja.
Maknanya tak sampai 10 pt pun selama ini.
Tak pernah bagi 200mg (4 biji)
Terkejut saya bila pt tadi beritahu dia telah diberi sebanyak itu sebelum ini.
Patient yang kecil comel sungguh saiz badannya
(anak saya yg darjah 5 tu lagi besar).
Cikgu saya kata, tak de beza bagi 2 dgn bagi 3 biji.
Dia tak mention pun pasal 4 biji.

Lagipun clomiphene citrate ini pernah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser ovari dalam kumpulan wanita yang mengambilnya untuk tempoh 12 cycles.
Saya bagi limit 6 cycles.
Sebenarnya after 3 cycles, kita dah boleh agak,
Not further changes/response
Same (low) chance dan menambah usia sahaja.
Adalah maknanya tu, adalah benda yg tak kena.
Tetapi,
Kalau pt masih belum mampu untuk ambil suntikan itu,
dan nak teruskan dengan pil,
Apa salahnya,
Lebih baik drp tak ambik apa2 kan?
Cuma tak yah lah sampai 12 kali.
Walaupun ada Dr2 yg menentang hasil kajian kanser ovari itu,
Tetapi bagi saya,
Kan elok kita ambil langkah berjaga2.

Makanlah pada waktu malam
Sebab ubat ni boleh sebabkan kepala pusing
Kdg2 boleh sakit perut
Kalau malam dah masuk tido, tak le terasa sangat
Bangun pagi, kesan tu pun dah pudar.

Jgn lupa dtg scan,
TVS atau trans-vaginal pelvic ultrasound for follicular monitoring.
Ada Dr guna istilah follicular tracking
Sama sahaja maknanya.
Kalau tak scan, makan ubat je,
Mana nak tau respon ubat tu?

Pt (yg imej ultrasound kat bawah) ni ada PCOS
Dah pernah cuba sampai 100mg x 2 cycle
Dapat 1 atau x de kantung besar pun.
Masih belum mampu nak tukar pada FSH atau operation
So, saya tukar strategi guna "extended regime" saya
Masih a total of 10 tablets sahaja
Lihatlah hasilnya pada Day-11
Memang rezeki dia


4 large follicles in the left ovary


and 1 large follicle in the right ovary


Cuma endometriumnya nipis (hmm...side effect clomiphene la tu)
Terpaksalah saya tambah ubat lain untuk menebalkan endometriumnya
Dan menunda suntikan hCG untuk "pecahkan telur2" itu
Suntikan ovulation induction
Harap2nya,insyaAllah berhasil kali ni...
Bila rezekinya sudah sampai...
Aamiiiin

9 comments:

  1. salam dr,

    blog lagi satu tu dah private kan ke? ala.. saya lama dah jadi silent reader, sudilah kiranya add kan saya dr plz.. tq
    caligaura@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Terpaksa rela atas permintaan seseorang. Blog itu hanya dibuka untuk pompuan2 sahaja. Sila check jantina sebenar anda ya :)

    ReplyDelete
  3. doc sy ni one of patient doc dulu sempat amik 2x clomid then nak wat fsh tu x mampu so doc trus rekemen sy wat ovarian drilling kt hospital selayang.. alhamdulilah rezeki sy trus pregnant, dah besar pun my dotter 1 1/2 years, tp sy x berkesempatan nak say thanks kt doc coz bile sy dtg nak wat maternity diorg ckp doc dah x amik kes2 maternity ni.. ape2 pun sy suke cara doc.. thanks again!

    ReplyDelete
  4. iksb - dah jadi ibu ya, tahniah! Rezeki u dah sampai. Besar tanggungjawab jadi mak ni kan? Enjoy motherhood, bila anak dah besar nanti, kita akan miss benda2 tukar diaper, bgn malam dsb.

    ReplyDelete
  5. confirm saya pompuan, dr pun dah check dulu, cukup semua parts ;) i'm one of ur patient kat pusrawi circa 07 dulu- kena mkn clomid, amik darah 2- 3 kali nak check telur matang etc. pastu kena transfer, so tak continue treatment ngan u. alhamdulillah at last dapat jugak baby girl, last yr.
    pls.. add me yer- caligaura@gmail.com

    ReplyDelete
  6. caliga - sebenaunya kita dah invite awak lama dah, rupanya tertinggal "g" dlm email add tu, ha ha

    ReplyDelete
  7. Salam DR, Saya pernah datang jumpa DR sekali tahun 2008 (ada UTI) and 2009 ada mendapatkan consultation for infertility. DR dapati saya dan suami OK. Walaupun one DR ni mensyaki saya PCOS.Percubaan clomid tidak menampakkan respon dan dinding rahim juga tidak cukup tebal. Namun DR bagi suntikan memecahkan telur dan Duphaston. Saya tetap period. Selepas itu bulan puasa dan saya decide nak rest dulu. Awal 2010, saya mencuba rawatan di LPPKN. Pun dapati kami OK. Saya mengambil clomid dan injection. Setelah menjalani sekali self-try dan 3 kali IUI dalam tempoh 5 bulan rawatan, kami masih gagal. Berehat semasa bulan puasa, dan kini masih berehat. Sudahpun berbincang dgn DR di LPPKN dan mencadangkan mencuba IVF. We intend to proceed next year. Apakah pandangan DR tentang Unexplained Infertility seperti ini? Saya tidak pernah tidak period dalam lingkungan 27-33 hari cycle, cuma flow yang fresh dalam 1-2 hari sahaja..the rest spotting. Is this a problem? Saya cuba untuk terima sahaja hakikat ini tetapi kerana hasrat yang terpendam kuat dan terlalu hendak membahagiakan suami, saya sentiasa mencari sumber untuk meneruskan ikhtiar. Semoga saya tabah. Harap Dr sudi menasihati saya.TQ

    ReplyDelete
  8. Klu unexplained infertility - IUI will increase the chance of pregnancy by at least 4-5 times ie to around 20%. Cuba buat laparoskopi dulu, mana tau kot2 sebenarnya ada problem. Tapi kalau nak buat IVF pun OK juga.

    ReplyDelete
  9. Salam Dr..
    Sya skrg sdg mndptkn rawatan di hospital selayang, skrg ni diberi clomid day 2-6 and masa scan pd day 10 ade follicle bersaiz 18mm. then saya diberi hcg shot. skrg ni bru ari ke 13..yg saya risaukn skrg, period saya selama ni selepas saya berhenti pil perancang tahun lepas, sgt sedikit da cuma dlm 2-3 hari shj.. adakah ini mnyukarkan saya utk get pregnant?
    saya da buat vagina scan, pap smear & hsg test, sumer nya normal. jadi apakah masalah yg menyebabkn period saya sgt sedikit dan cuma 2-3 ari tu?

    ReplyDelete